Bab 22

Romance Series 7991

Farisya menaiki tangga dengan hati yang sebal. turut setia mengikuti di belakangnya, siapa lagi kalau tak si Natasya Fatihah tu. sibuk!.. tersengeh-sengeh macam budak kecil walaupun jarak umur mereka berdua tidak lah jauh mana. hanya Natasya muda setahun darinya.

"aku tak sabar la nak tengok bakal suami kau, haritu kau tak tunjuk pun kat aku, kedekut..! ". Natasya sudah mula membecok.

Farisya terkedu dituduh kedekut oleh sepupunya, kalau dia kenal dah lama ditunjuk bakal suaminya pada Natasya, bukan Natasya seorang je habis semua dia akan tunjuk.. nak tengok sangat kan. Farisya mendengus lalu mempercepatkan langkahnya menuju masuk ke bilik pengantin.

cantik..!! bilik tetamu itu sudah dihias menjadi bilik pengantin, baru hari ini dia melangkah masuk ke sini.. memang dia yang menyuruh mommynya mengunakan bilik tetamu dirumahnya itu menjadi bilik pengantin. dia tak mahu mengunakan biliknya sendiri sebab.. sebab dia tak nak ambil tahu semua tentang majlis perkahwinannya. sikit pun tak nak..

bilik pengantin itu dihias dengan warna maroon dan gold dihiasi bunga ros merah dan lily putih disekeliling atas katil kayu berukir yang mempunyai empat batang tiang. kain langsir onganza lembut berwarna merah dan putih menghiasi pintu beranda di sisi kiri bilik. dengan lampu tidur yang terpasang di dalam labu sayung yang diukir indah diletakkan di tepi kiri kanan katil itu menambahkan keunikan bilik pengantin tersebut. Farisya terpegun.

"ni ke pengantin tu.. cantikknya nokk, tak sabar nyaa akak nak solek kau dikk.." mak andam yang ala-ala perempuan itu menyambut ketibaan Farisya lalu menarik tubuh Farisya menghampirinya.

"akak ni, Kak Suzie.. Datin suruh akak solek muka kau ni bagi meletop kebabom kalah artis malaysia kat sini ha..". kak Suzie bercakap dengan gaya maknyahnya sambil tangan terawang-awang di udara.

Farisya ketawa melihat telatah mak andam yang disuruh memanggil dirinya kak Suzie, kelihatan halkum kepunyaan kak Suzie tu dah nak sama besar dengan saiz penumbuknya. dia ketawa lagi.

"meh, akak nak tengok muka kau dikk.. emm.. elok.. tak dak jerawat, parut semua tak dak, senang sikit keje akak nak solek kau dikk". kak Suzie melepaskan kedua belah pipi Farisya apabila dia berpuas hati dengan kulit wajah orang yang bakal disoleknya itu.

"ha.. kau dikk pakai baju akad nikah ni dulu, nanti tak payah tukar-tukar dah". kak Suzie sudah menolak tubuh Farisya bersama sepasang baju di dalam beg berwarna putih gading masuk kedalam bilik air yang memang tersedia ada di dalam bilik pengantin itu.

terdengar gelakan halus dari mulut Natasya apabila dia melihat Farisya yang terpinga-pinga ditolak kak Suzie masuk ke dalam bilik air.

"eh.. yang kau gelak ni dah kenapa, meh sini tolong akak kemas meja solek ni bagi kosong sikit, akak nak letak barang make-up akak atas meja ni". sudah keluar arahan dari kak Suzie pada Natasya bila dia melihat Natasya duduk elok di atas katil sedang mengetawakan Farisya.

Natasya terdiam, aduh.. tak pasal-pasal disuruhnya membuat kerja, menyesal pula dia mengikuti Farisya ke sini.

"hari ni akak sorang.. tak dak pembantu, kau la ye jadi pembantu akak hari ni, nanti akak bagi la upah..". kak Suzie sudah melobi Natasya bila melihat Natasya diam seribu bahasa.

mendengar kata Kak Suzie hendak memberinya upah, laju sahaja tangannya membuat apa yang disuruh oleh kak Suzie. tersenyum-senyum Natasya mengingatkan ganjaran yang akan diberi oleh kak Suzie padanya selepas ini.

setelah meja solek dikosongkan Natasya, kak Suzie meletakkan dua buah kotak yang menyimpan semua peralatan make-up dan terus membukanya. ternganga Natasya melihat barangan make-up milik kak Suzie sebegitu banyak, bermacam-macam jenis dan bentuk. laju tangan Natasya ingin mengambil satu barangan make-up yang menarik minatnya tetapi belum pun sempat dipegang, tangannya telah dipukul lembut oleh kak Suzie.

"oii.. jangan kau nak memandai sentuh barang akak.. semua barang make-up ni harga dia mahal-mahal, ada yang import dari luar negara.. kau mampu". kak Suzie memberi amaran, matanya dijegil geram pada Natasya yang sudah menyibuk.

Natasya tersengeh memandang kak Suzie lalu mengeleng-gelengkan kepalanya.

kelihatan dengan perlahan-lahan Farisya keluar dari bilik air sesudah dia selesai memakai persalinan akad nikah yang diberikan oleh kak Suzie tadi. baju akad nikahnya dijahit seperti jubah moden yang mengikuti bentuk tubuh badannya tetapi agak longar sedikit dan di bahagian bawahnya pula kembang seperti ekor ikan duyung, bermanik mutiara berwarna hitam melatari di bahagian dada dan di hujung kedua-dua belah tangan hingga ke lengan.

nampak ringkas tapi bila Farisya yang memakainya terselah keayuannya sampaikan sepupunya Natasya terpana melihatnya apatah lagi kak Suzie yang setengah-setengah tu. kedua-dua terdiam berdiri kaku melihat kecantikan Farisya. Farisya yang malu-malu melihat kak Suzie dan Natasya yang terdiam melihatnya terus sahaja berdehem untuk menyedarkan mereka berdua.

"eh.. akak ingatkan bidadari wujud kat syurga je, rupanya wujud jugak la kat sini". Kak Suzie sudah mula memuji Farisya laju kakinya menghampiri Farisya melihatnya atas dan bawah. sungguh mempersonakan..! Natasya yang berdiri di sebelah kak Suzie sudah mencebek cemburu. eleh.. cantik sangat ke Farisya tu?.

"akak ni, macam-macam lah.. ". Farisya tertunduk malu, wajahnya memerah, siapa la yang tak bangga bila dipuji sebegitu tapi hati Farisya sakit dan pedih. mana taknya dia yang sudah disamakan seperti bidadari oleh kak Suzie mahu dipadankan dengan Irfan yang hitam melegam tu. oh.. riak sungguh Farisya saat ini.

"cepat lah duduk sini, akak dah tak sabar nak cantikkan muka kau dikk mesti lagi bommm..". semangat terus Kak Suzie mahu memulakan kerjanya. kalau wajah Farisya meletop kebabom, mesti namanya akan popular dikalangan mak-mak Datin nanti. terbayangkan itu dia sudah tidak sabar melakukan kerjanya.

tergedik-gedik kak Suzie membuat kerjanya sambil mulutnya turut sama berkerja, berceloteh sehingga Farisya tertidur. walaupun Farisya tengah lena tangannya masih lagi ligat menyolek wajah Farisya, dia sudah biasa dengan keadaan itu, Natasya di sebelahnya pula menjadi mangsa mendengar semua celotehnya. pot let pot pet.

tangan Natasya laju sahaja mengambil barang-barang make-up yang disuruh kak Suzie. emm.. tadi bukan main marah ke bila Natasya nak pegang satu barang make-up, kak Suzie memang macam tu mula-mula je marah dah lama okey la, lagipun kak Suzie ni tak ada pembantu, siapa lagi nak disuruhnya. lagipun dapat upahkan.

sudah sahaja selesai wajah Farisya disolek, kak Suzie menepuk lembut bahu Farisya, mahu mengejutkan Farisya dari tidurnya. terpisat-pisat Farisya bangun mahu melihat wajahnya dicermin.

"eh.. siapa tu..?". pelik Farisya memandang wajahnya, lain benar.. gojes!.

kak Suzie sudah tersenyum simpul bangga akan hasil kerjanya itu.

"ish kau dikk, takkan tak kenal diri kau sendiri, duduk elok-elok akak nak pakaikan shawl ni". kak Suzie tahu Farisya hanya bergurau dengannya.

Farisya tersenyum manis bukannya dia tidur tapi sebenarnya dia malas mahu mendengar celoteh dari mulut kak Suzie yang tak reti diam dari tadi, sudahnya dia berpura-pura ketiduran membiarkan Natasya keseorangan menjadi mangsa kepetahan kak Suzie.

Farisya membiarkan Kak Suzie menghabiskan kerjanya, membalut kepalanya dengan shawl panjang yang juga berwarna putih gading. sesudah siap memakaikan shawl yang bersulam di hujung tudung dengan benang berwarna hitam, selesai memakaikan shawl di kepala Farisya. kak Suzie memakaikan pula tiara di atas kepala Farisya.

walaaa.. Farisya sudah sempurna menjadi seorang pengantin perempuan yang sudah siap sedia untuk dinikahi. kak Suzie mengesat air matanya sungguh bangga dia melihat Farisya saat ini. cehhh over nau kak Suzie ni emo lebih...

"Fisya dah siap, jom dah lambat ni". tersembul Datin Faridah disebalik pintu, ingin melihat Farisya sudah siap atau belum. melihat gaya kak Suzie yang sedang mengelap air matanya dengan tisu Datin Faridah terus masuk menghampiri Farisya. risau pula apa yang jadi.

"ya Allah.. anak mommy cantiknya.. subahanAllah.." Datin Faridah memeluk anaknya lalu mencium pipi Farisya kiri dan kanan.

mendengar pujian dari Datin Faridah pada Farisya, lagi kuat tangisan kak Suzie. semua pandangan mata di dalam bilik pengantin itu melirik ke arah kak Suzie lalu mereka semua ketawa geli hati.

melihat kesemua yang ada dibilik ini mengetawakannya, kak Suzie mencebek bibirnya lantas dia pun ikut sama ketawa melihat perangainya yang terlebih over dari pengantin sendiri.

"eh.. jom lah kita, tunggu apa lagi". Datin Faridah mengajak Farisya keluar bersamanya. takut lambat pula tidak mahu tok kadi menunggu mereka pula.

"Suzie nak ikut sekali tak ke masjid, tengok Fisya akad nikah". pelawa Datin Farisya.

laju sahaja kepala kak Suzie mengeleng. dia sedar dirinya yang tak sempurna, hendak pergi masuk ke rumah Allah memang taklah.  dengan pakaiannya yang agak ketat hari ini, lagi lah dia tak mahu.

Datin Faridah yang faham akan keadaan kak Suzie terus mengangguk mengerti.

"Suzie.. terima kasih ye solek anak aunty cantik macamni, upah yang lagi setengah nanti aunty tulis dalam cek bagi pada Suzie". Datin Faridah tersangat puas hati dengan hasil kerja Suzie yang memang tip top. nyaris dia tak kenal anaknya sendiri dan dia akan mempromosikan Suzie pada sahabat-sahabatnya apabila mereka memerlukan khidmat Suzie nanti.

mendengarkan kata upah dari mulut Datin Faridah, kak Suzie terus menarik tangan Natasya lalu dia membuka beg duitnya memberi sejumlah wang dimasukkan dalam genggaman Natasya. sudah dia berjanji untuk memberi upah pada Natasya. tidak mahu memungkir janji dan itu sahaja duit kecil yang dia ada sekarang ni, jangan Natasya merungut sudah.

Natasya sudah tersenyum, gembira rasa hatinya. ingatkan kak Suzie sudah lupa pada janjinya. dia membuka gengaman yang mengandungi upah yang diberi oleh kak Suzie padanya.

"ha.. Rm 20 ringgit je". Natasya memandang kak Suzie yang sedang tersengeh-sengeh memandangnya. laju kak Suzie mengemas barangan make-upnya dan serta merta berlalu keluar. sempat dia menunduk hormat meminta diri untuk pulang pada Datin Faridah dan Farisya yang berada di muka pintu bilik.

"jumpa malam nanti ye Datin, untuk majlis bersanding pula, buat kat hotel kan". Kak Suzie meminta diri, sempat dia mengusap pipi Farisya perlahan dan tersenyum bangga.

Natasya mencebek rm20 pun rm20 la janji dapat dari langsung tak dapat. dia berlari laju mendapatkan Datin Faridah dan Farisya yang sudah keluar ke halaman rumah untuk menaiki kereta mahu menuju ke masjid al-Hidayah.

Farisya berjalan bersama Datin Faridah menuju ke arah kereta yang akan membawanya nanti. kereta BMW hitam yang sudah dihiasi kain net dan sejambak bunga ros yang tergantung di hadapan bonet dihampiri mereka. jantung Farisya berdegup kuat, dia berasa agak konfius sekarang ni, walau dirinya ditemani kesemua ahli keluarga mengiringi untuk bersama ke majlis akad nikahnya sekejap lagi. hatinya tidak jua tenang.

dup dap dup dap....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience