Bab 11

Romance Series 7992

"la.. kat sini budak bertuah ni, puaih orang dok cari hang, hang pandai no pi suruh budak kecik dok buat keja hang, apa pon tak boleh la adik oii.. ". merepek Puan Mariah pada anaknya. geram dengan perangai Irfan ingat anaknya sudah ke mana menghilang.

Irfan terpinga-pinga terkejut dari tidurnya yang diganggu oleh suara Puan Mariah. dilihat wajah ibunya sudah masam mencuka tengah mengemas barang-barang yang dibawa dari rumah masuk ke dalam beg.

"kenduri dah habih ke ibu?, babah mana?". Irfan bangun dari pembaringan lalu duduk diatas toto menegur ibunya dengan suara yang serak baru bangun tidur.

"habih dah aih.. hang tu dah makan ke belum?. tidoq tak ingat dunia, babah hang ada kat umah Mak Lang, tunggu hang la nak balik, kalau kunci keta ada kat kami, lama dah kami tinggai hang kat sini, padan muka!". jawab Puan Mariah.

"aishh.. apa la ibu ni nak tinggai adik kat sini, tak sayang adik la tu".

"adik.. belum makan lagi la bu.. lapaq ni". kata Irfan sambil mengosok-gosok perutnya. kelaparan!.

"adik.. ngantok sangat tu adik mai sini, tak sedaq dah lama tidoq, sori na ibu". seraya dia mendepakan tangannya untuk memeluk Puan Mariah.

"hang jangan dok gatai nak peluk-peluk ibu, tu air liuq basi hang tu gi basuh, pengotoq betul la hang ni, pi basuh muka pastu keluaq gi makan kita nak balik dah ni". Puan Mariah mengarah anaknya itu.

"kejap ibu adik pi basuh muka, nanti kita gi sama-sama". Irfan bingkas bangun membasuh mukanya di singki berdekatan.

????????????

sampai di rumah mereka di Taiping, masing-masing membawa haluan ke bilik untuk berehat melepaskan lelah setelah seharian mereka berkerja menyempurnakan majlis Mohd Danish. Irfan ingatkan selepas dia makan tadi mereka akan segera pulang tetapi bila Puan Mariah terjumpa pula dengan sedara-mara yang datang lewat ke kenduri, dia sudah menduga mereka akan pulang agak lewat malam. biasalah bila sudah lama tak berjumpa tak ingat hari dah malam asyik sangat bersembang.

dan selepas semua tetamu sudah pulang dari kenduri dia menyerah diri menolong mengemas pekakas-pekakas kenduri, menyusun kerusi meja dan membasuh periuk belanga itu juga salah satu cara Irfan menebus kesalahannya kerana melarikan diri dari tugas sebenar dan menyumbangkan juga asbab mereka pulang lewat ke rumah.

upahnya tadaaa.. nasi minyak, lauk-pauk dan bunga telur lebihan kenduri tadi telah dibekalkan oleh Puan Marina kepada mereka tak lupa juga sepotong dua kek pengantin.

boleh la juga dianggap upah sebab Puan Mariah tak perlu lah bersusah payah memasak esok hari kerana ibunya boleh memanaskan makanan tu nanti. selepas seharian kepenatan.

dan seperti malam sebelumnya dia membuat solat istikharah lagi, dan malam itu dia bermimpi didatangi oleh perempuan yang sama, suara yang sama tetapi tetap juga tidak nampak wajahnya. pelbagai cara dia mahu mencuri lihat wajah wanita itu tapi hampa, wanita itu tetap menyorokan wajahnya dari dilihat Irfan.

Irfan pasrah dia ada satu malam lagi untuk meminta petunjuk dari Allah. moga Allah membantunya membuat keputusan yang betul.

malam berikutnya dia menunaikan solat istikharah yang ketiga berturut-turut menurut saranan Encik Roslan apabila tidak dapat meneka petunjuk yang diberikan.

dan malam itu selepas menunaikan solat terakhir dia bermimpi memakai pakaian persalinan pengantin berwarna putih siap bertajak dan berkeris dipinggang sedang memberikan surat kepada seorang pengantin perempuan yang juga berpakaian pengantin berwarna putih.

di sisi kanan sebelah pengantin perempuan itu berdiri seorang lelaki menyerupai.. Datuk Mustaffa!.. yang sedang tersenyum dan mengangguk-angguk lalu menyerahkan pengantin perempuan yang tertunduk malu itu kepadanya.

jadi sudah tahulah Irfan keputusan yang akan diberitahu pada Datuk Mustaffa nanti yang tentunya membuatkan Datuk tersenyum senang hati. terima kasih ya Allah kerana membantu hambaMu yang hina lagi naif ini untuk membuat keputusan.

?????????????

Pagi itu selepas seminggu Irfan bercuti di kampung halaman tubuh badannya agak culas untuk pergi berkerja. apabila melihat jam loceng di sebelah katilnya menunjukkan sudah pukul 7.30 pagi kelam kabut dirinya bangun untuk membersihkan diri.

salah dirinya juga menyambung tidur selepas menunaikan solat subuh tadi. dengan bersiap ala kadar berkemeja biru cair dipadankan bersama seluar jeans berwarna hitam, tak lupa beg sandang yang sentiasa menemaninya pergi berkerja dan juga jam tangan G-Shock hitam pemberian arwah abangnya Ilham Fahmi, setia menemani ke mana sahaja dia pergi

Irfan mengambil helmet dan jaket, terkocoh-kocoh menyarungkan kasut sarungnya yang agak susah untuk dipakai tetapi kasut yang tersarung tadi dibuka balik kerana terlupa mengambil kunci motor yang berada di atas meja biliknya. Irfan betul-betul dalam tekanan yang tinggi.

"haish.. dah lambat ni, lupa pulak dah", dia merungut-rungut sambil memasukkan kunci motor ke dalam lubang dan cuba menghidupkan enjin motorsikalnya. tapi sudah beberapa kali dicuba tetap tidak boleh dihidupkan. "woii cilaka punya motor, aku dah lambat tau tak!!.. arghhh.. stressnye". Irfan memaki hamun.

dia mencuba menghidupkan enjin motornya lagi tetapi tetap tidak boleh dihidupkan jua. sudah lenguh kakinya mahu menghidupkan enjin, ditendang-tendang motor kesayangan itu bagi melepaskan geram.

"arghhh.. tolong la my baby jangan buat perangai pleaseee..". dia cuba pula cara memujuk dengan menepuk-nepuk lembut kusyen motornya tapi hampa. tidak boleh juga dihidupkan, nak dikata habis minyak, baru sahaja dia mengisi minyak penuh tangki sebelum pulang bercuti haritu.

apa pula la motornya rosak kali ni, tapi yang dulu tak apa lagi dia ada waktu hendak membaiki. sekarang dia betul-betul sudah lambat nak pergi berkerja.

dia sudah bercuti balik ke kampung sampai seminggu tak akan mahu datang lewat, apa yang nak dicakap pada Datuk Mustaffa nanti, ibarat bagi betis nak peha pula.

sudahnya dia menapak laju menuju ke bus stop berhampiran dengan tempat tinggalnya dan nasibnya agak baik, tak sampai berapa minit menunggu, bas yang ditunggu sudah tiba tetapi alangkah kecewa hatinya bas yang dinaikinya sudah penuh dengan makhluk-makhluk Allah yang sama-sama mahu menuju ke tempat kerja mereka.

kalau sesama melayu dia tak kisah sangat tapi kebanyakkan adalah makhluk Allah yang berbangsa bangladesh, sudahlah semua kerusi sudah penuh, terpaksa lah dia berdiri bersama beberapa orang bangla yang lain.

"alamak.. dah bau bangla dah aku ni". Irfan berkata dalam hatinya pasrah dan berserah.

"abang..! lalu tepi sikit aa.., saya mau turun sini tempat". tegur salah seorang bangla di sebelahnya bila bas sudah berhenti di kawasan kilangnya.

Irfan mengangguk laju lalu memberi laluan kepada beberapa orang bangla yang ingin turun ke tempat yang sama. lega juga dirinya bila sudah ada tempat kosong yang membolehkan dia duduk untuk melepaskan lelahnya.

sampai sahaja dia di syarikat Mustaffa Holdings Irfan terus berlari apabila melihat jam di telefonnya sudah menunjukkan pukul 10.25 pagi, lagi laju dia berlari, sempat juga dia menegur beberapa orang pak guard yang bersembang di pintu masuk syarikat.

dia tersenyum sambil tersengeh-sengeh menghampiri meja kak Tuti, terbongkok-bongkok Irfan melepaskan lelahnya setelah penat berlari-larian tadi.

"amboii... awak Irfan, lambat datang hari ni, mentang-mentang la cuti sampai seminggu dah tak ingat kerja masuk pukul berapa ye..". perli kak Tuti laju sahaja tangannya mengambil barang dan surat yang perlu dihantar Irfan bila melihat kelibat itu menghampirinya.

"akak ingat hang nak sambung cuti lagi, nak pergi mana pulak?. Thailand, Bali..?". sambung perlian kak Tuti lagi.

eh.. ni dah kenapa lewat masuk kerja?". bila melihat wajah Irfan mencebek ke arahnya, kak Tuti menanya mahu penjelasan dari Irfan tentang kelewatannya, dia tahu Irfan bukan jenis yang suka datang lewat ke pejabat.

"ish.. akak ni.. dah-dah la perli saya kak, dah bernanah telinga saya ni dengar perlian akak tu, saya bukan sengaja nak datang lewat hari ni kak, tu motor kesayangan saya buat hal pulak, sudah la motor rosak kena naik bas yang penuh dengan bangla, kesian tau kat saya". balas Irfan sambil membuat muka kesiannya.

ala.. kesiannya nak cendoii ke?!!..

Kak Tuti tersenyum sinis, sengaja dia buat begitu, rindunya dia pada si Irfan. sejak Irfan bercuti selama seminggu segala kerja Irfan telah diserahkan kepada Malik.

Malik pula bukan jenis nak bersembang, mukanya sahaja 24 jam serius memang susah nak nampak dia tersenyum. itu sebabnya kak Tuti rindu pada Irfan yang sememangnya suka menegur dan mengusiknya.

bukan rindu kepada kekasih tapi rindu kakak kepada adik. walau seminggu Irfan tak ada hatinya sunyi dengan kerenah Irfan yang suka tersenyum kepadanya menampakkan lesung pipit yang manis itu.

"dah jangan nak buat muka kesian, tak hensem langsung okey.., dah pergi buat kerja kamu tu, ni ada surat dengan barang yang nak kena hantar".

"eh.. motor kamu rosak kan.. kamu pergi cari Encik Mutthusamy kat bawah mintak kunci kereta syarikat kata nak guna untuk hantar barang". arah kak Tuti tanpa memandang ke arah Irfan tak mahu beralah.

"ye la akak.., Irfan pergi dulu".

"Akak!!... ". panggil Irfan sebelum dia melangkah pergi, bila melihat kak Tuti menoleh kepadanya dia tersenyum senget lalu laju di bersuara.

"akak tau tak gula-gula dengan akak bezanya apa..?". Irfan mula bersuara meleret.

"apa dia Irfan...". balas kak Tuti sambil menjeling tajam malas nak melayan perangai Irfan.

"gula-gula rasa dia manis kan.. tapi senyuman akak lagi manis di hati saya cia cia cia.., jadi senyum la akak! tak cantik la muka masam macamtu". Irfan cuba memujuk dengan muka sengaja dicomelkan.

Irfan ingat sikit kak Tuti tu bini orang, jangan melebih-lebih tak pasal lebam biji mata tu karang.

"eh.. budak ni main pick up line pulak, dah pergi buat kerja, dah la datang lambat, kacau orang pulak". halau kak Tuti sambil menahan senyumannya.

Irfan mengaru-garu kepalanya. pick up line dia tak menjadi ke?. dia terus melangkah mahu turun untuk menemui Encik Mutthusamy.

sesudah kelibat Irfan menghilang kak Tuti sudah tersenyum-senyum, Irfan memang pandai mengambil hatinya.

tanpa disedari kak Tuti, Irfan sempat mengintai gerak geri kak Tuti dan dia sudah nampak senyuman itu tadi. emm.. orang perempuan bagi je ayat pick up line terus cair hati mereka. tak caya cuba la..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience