Bab 23

Romance Series 7991

kereta berhias BMW hitam dan beberapa kereta mewah yang mengiringi rombongan Datuk Mustaffa dan Datin Faridah mulai masuk di perkarangan masjid al-Hidayah, beberapa orang pengantin yang sama-sama akan di akad nikahkan oleh tok kadi sebentar nanti juga sudah kelihatan bersama ahli keluarga mereka masing-masing.

perut Farisya sudah memulas-mulas, sudah tidak duduk diam di dalam kereta. wajahnya memucat. panik bila kereta yang dia naiki sudah berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk masjid.

"kakak ni.. yang cuak semacam dah kenapa?, bukan kakak yang kena akad nanti, spoil sungguh la kakak ni buat relax sudah la". Farish menegur Farisya bila melihat kakaknya yang duduk di sebelahnya kelihatan gelisah.

"ma.. maana ada kakak cuak, elok je ni.. jom lah keluar mana tau keluarga abang Irfan dah tunggu". Farisya menjawab selamba menutupi perasaannya ketika ini, tangannya yang sejuk menepuk kuat peha Farish. geram dengan mulut celupar adiknya. dia tersenyum kecil melihat Datuk Mustaffa dan Datin Faridah turut memandangnya bila mendengar Farish bersuara tadi.

"Fisya.. kalau ye kamu gelisah, baca la doa ke..? zikir ke..? bagi tenang sikit hati tu, daddy yakin yang nanti Fisya akan bahagia bila bersama Irfan. percayalah kata-kata daddy ni". Datuk Mustaffa bersuara, sudah lama dia tak bersembang dengan Farisya.

sejak bertunang Farisya macam melarikan diri daripadanya kalau terserempak pun Farisya akan tersenyum kemudian menundukkan wajahnya dan berlalu pergi. pelik dengan kelakuan Farisya dia menyuruh isterinya memujuk anak gadis mereka dengan mengajaknya pergi bershopping. ingat tak..

Farisya mengangguk kecil tidak mahu mengecewakan perasaan Datuk Mustaffa ketika ini. dia sudah bersedia walau apa pun yang akan terjadi nanti. mengikut kata hati dia keluar dari kereta dan ahli keluarganya yang lain ikut turun bersama-sama.

"Tasya..! mana bunga tangan Fisya.., kamu yang pegang tadi kan..", Datin Faridah mula menanya pada anak saudaranya apabila dia melihat Natasya melenggang kangkung menghampiri mereka.

"eh.. mana ada pada Tasya, bukan Mak Su yang ambik ke tadi". Natasya sudah gelabah, lepas sahaja kak Suzie memberikan upahnya yang tak seberapa tadi terus sahaja dia berlari keluar tidak toleh kiri dan kanan, takut kena tinggal pula.

"emm.. tak apa lah mommy bukan penting pun bunga tangan tu, yang penting akad je kan, Fisya okey la takde bunga tangan pun.. bebas sikit tak ade benda nak pegang". Farisya memujuk lembut Datin Faridah yang sudah cemberut mukanya. tetapi kenapa hatinya sudah berasa risau adakah itu satu petanda. baik kah atau buruk.

"ish.. tak baik fikir bukan-bukan". mahu melontar fikiran negatifnya jauh-jauh.

"kamu ni Tasya.. kan Mak Su dah pesan tadi, ish.. tak boleh diharap la kamu ni..". Datin Faridah sudah membebel pada Natasya yang sudah tersengih, mengaru-garu kepalanya yang ditutupi tudung.

"sori la Mak Su, Tasya kelam kabut tadi takut kena tinggal.., Tasya tengok semua orang dah nak keluar dari rumah". Natasya membela dirinya mohon Datin Faridah mengerti.

"dah-dah.. kamu pegi jadi pengapit Fisya, tengok-tengok kalau dia berpeluh ke.. kamu lap dengan tisu ni". Datin Faridah memberi satu bungkusan kecil yang mengandungi beberapa helai tisu, malas mahu bertengkar dengan Natasya. bukan boleh buat untung pun.

"baik Mak Su.., jom.. Fisya kita masuk dalam, tengok tu semua pengantin dah duduk kat tempat masing-masing la". Natasya mengajak Farisya masuk, tak nak berlama-lama dengan Datin Faridah tak mahu dibebel lagi.

faham dengan keadaan itu Farisya mengikuti langkah Natasya masuk ke dalam masjid. kelihatan 3 pasang penganti sudah duduk di kawasan yang disediakan bersama sanak saudara mereka. Farisya mula duduk di atas kusyen putih yang dibawa khas untuknya dan satu lagi untuk pengantin lelaki yang masih belum tiba lagi.

Farisya duduk di kelilingi kaum keluarganya yang agak ramai. dia melihat sekeliling, ke semua pengantin sudah ada pasangan masing-masing cuma dia.. ya dia sahaja pengantin yang keseorangan tanpa pasangan dan masih menunggu bakal suaminya datang untuk disatukan. hatinya sudah berdetik risau. kelihatan tok kadi yang akan menikahkan mereka semua sudah pun tiba, lagi lah menganggu perasaannya yang sudah resah gelisah.

"mana dia ni.. tak jadi datang ke?.. aduhh.." Farisya berbisik pada dirinya sendiri.

sabar.. nanti datang la tu.

satu pasangan sudah selesai dinikahkan, kedengaran alunan doa dari tok kadi mengiringi terbinanya sebuah masjid, majlis upacara pembatalan air sembahyang dijalankan, lensa-lensa kemera sudah bercahaya di merata tempat.

Farisya makin berdebar ditambah dengan kerisauan kerana Irfan masih belum juga datang.

pasangan kedua pula sudah selesai dinikahkan. seperti tadi bacaan doa dan majlis pembatalan air sembahyang dijalankan, tapi pasangan ini terlebih over, lepas sahaja selesai semua.. kelihatan pengantin lelaki mahu mendukung penganti perempuan untuk bergambar.

serta merta terdengar sorakan-sorakan dari sanak saudara mereka yang sudah teruja.

aduh.. kat masjid kut, sabar-sabar la..

Farisya kerisauan yang teramat, sudah terdengar-dengar bisikan dari ahli saudara yang mula menanya perihal pasangannya.

"weh.. mana suami kau ni.. lambat dah kut, kau tak call ke dia ada kat mana". Natasya membisik pada telinga Farisya.

"aku tak bawa phone lahhh.. kau tanya la Mak Su..!!". Farisya menjawab geram. dia pun tengah susah hati tak tahu macamana nak bertenang.

Farisya keresahan melihat Datuk Mustaffa sedang terangguk-angguk bercakap melalui telefon, raup wajahnya kelihatan gelisah dan di sebelah daddynya, tentunya Farish sedang sibuk mencuri dengar.

"kenapa..? apa yang terjadi.. ya Allah..! jangan la ada benda buruk berlaku". Farisya berdoa dalam hatinya.

jantung Farisya sudah berdegup laju, kaki tangannya bergetar hebat. berita apa yang daddy sudah tahu. kenapa wajah daddynya sebegitu.. ahh dia dah tak tahu nak meneka. terasa sedikit sesak di dadanya. dia hampir panik.

Farisya mencari kelibat Datin Faridah pula, mommynya turut gelisah memandangnya.

apa sudah jadi ni..

Datuk Mustaffa menghampiri tok kadi lantas membawanya keluar mahu berbincang.

Farisya sudah tidak sedap hati. suara-suara tidak enak mula kedengaran dari kalangan keluarganya. Farisya sudah terasa hendak melarikan diri, mahu menyorokan wajahnya sekarang ni. nasib mommynya datang duduk di sebelah untuk menenangkan dirinya.

"kenapa tu mommy.. Fisya risau lah.. Irfan tak datang ke mommy..? please bagitahu Fisya semuanya baik-baik je". Farisya sudah mula tak keruan. sungguh dia mengharapkan Irfan datang menikahinya walau rupa Irfan seperti mamak pekerja kedai restoran Bismillah di simpang tiga tu, walau rupa Irfan seperti sahabat adiknya Ali, dia tidak kisah sekarang ni.

kalau Irfan kerja tukang sapu atau pak guard sekolah pun dia mahu, janji jangan malukan mukanya sekarang ni. sudah beria dia memakai inai sampai ke lengan, sudah beria dia bersolek cantik untuk tatapan semua, sudah dia beria memakai persalinan pengantin. dia menang dah beria-ia. tapi Irfan..

memang dia tak mahu ambil tahu tentang majlis perkahwinannya, tengok sajalah tempat akad nikah sendiri pun dia tak tahu, majlis bersanding pun dia tahu buat di mana pun masa kak Suzie meminta diri tadi, kalau tak sumpah dia tak tahu. tapi tolong lah jangan sekarang Irfan memungkiri janjinya. dia tidak mahu daddynya sakit kalau-kalau majlis ini dibatalkan.. oh tidakkk dia tak sanggup.

"mommy kenapa tu?, Fisya tak sedap hati la". Farisya mengesa Datin Faridah menjawab segala keresahan hatinya.

Datin Faridah memandang wajah Farisya yang sudah mula mahu menangis lantas berdiri menuju ke arah suaminya yang sedang berbincang dengan tok kadi di luar pintu masjid.

kelihatan tok kadi tadi masuk semula mahu menikahi pasangan yang ketiga. nampaknya mereka juga pun tertanya-tanya mengapa. tidak mahu melengahkan masa tok kadi tadi menjalankan tugasnya. selesai sahaja pasangan itu dinikahkan, pembatalan air sembahyang pun berlangsung dan lensa kemera sudah memenuhi di ruangan itu.

Farisya hanya menunduk, tidak ambil pusing dengan keadaan sekeliling, hatinya terkilan. selepas ini sudah tentu gilirannya akan dinikahkan. tapi di mana pasangannya sekarang. nak dihubungi dia tiada nombor Irfan, Puan Mariah ataupun Encik Roslan. dia betul-betul menyesal tidak ambil tahu semua tu. nasi sudah jadi bubur dia hanya menunggu apa sahaja keputusannya.

kedengaran suara riuh rendah di bahagian pintu masjid. Farisya mengangkat wajahnya ingin mengambil tahu apa yang terjadi. dia sudah nampak kelibat Puan Mariah dan Encik Roslan menyalami Datuk Mustaffa dan Datin Faridah. lega hatinya. alhamdulillah sampai juga akhirnya. dia sudah meneka pekara yang bukan-bukan tadi.

agak ramai juga kehadiran sanak saudara belah Irfan, dialek-dialek utara sudah memenuhi pendengaran telinganya. Farisya tersenyum kelegaan, dia kembali menundukkan wajahnya. malu.. sebab memikir yang bukan-bukan tadi.

Natasya di sebelah sudah mula mengusik, mengatakan mak mertuanya datang padanya. ingatkan Natasya memang sengaja mengusiknya, bila mendengar sahaja suara Puan Mariah yang sudah duduk di sebelahnya baru dia mengangkat wajahnya.

"maap la Farisya.. ibu ngan semua lambat datang, mula tu tunggu Pak Ngah Irfan dari Negeri Sembilan, deme nak sama-sama mai sini pastu deme call katanya eksiden, nasib baik tak teruk, la ni Irfan pi setel bawak pi balai kejap, Irfan suh kami mai sini dulu, dah sesat larat pulak, nasib Datuk suruh orang ambik kami bawa mai sini.. lega dah sampai.. kita tunggu Irfan kejap ye". panjang lebar penjelasan Puan Mariah memberitahu sebab sebenar kelewatan mereka, sengaja di kuatkan suara agak kaum keluarga Farisya juga tahu akan kelewatan kedatangan pengantin lelaki dan keluarga mereka ke sini.

"oh ye ke..! padan la lambat sangat, sekarang pengantin laki tak datang lagi la ye, lambat lagi la kau nak menikah Fisya oii". Natasya yang duduk disebelahnya menjawab laju tanpa sempat dibreak Farisya.

"emm.. lambat sikit ja, nanti dia mai la tu lepas setel semua, tak lama mana aih". Puan Mariah membalas kata-kata Natasya. Farisya di sebelahnya hanya tersenyum lalu menjeling sepupu yang mulutnya memang tiada insuran langsung tu.

"ni.. Farisya tunggu sat, ibu nak pi kat babah rasa macam Irfan dah mai tu sama Pak Ngah". Puan Mariah bangun bila melihat kelibat abang kandung dan keluarganya sudah datang.

mendengar kata Puan Mariah bahawa Irfan sudah datang. matanya mencari-cari raup wajah calon suaminya tapi dia hanya nampak seorang lelaki memakai baju melayu berwarna putih gading bersamping dan bersongkok hitam tengah tunduk menyalami Datuk Mustaffa dan sedara mara yang lain. melihat lelaki itu mahu memandangnya laju dia menundukkan wajah, takut mahu bertentang mata taknak nanti hatinya tak menerima hakikat yang bakal suaminya itu tak hensem. dah pulakkk..

tadi nak tengok sangat kan.. pastu siap berdoa supaya Irfan datang tak kesah muka macam buntot kuali pun takpe. emm itu la manusia bila tak ada terhegeh-hegeh nak.. kalau dah ada depan mata tak bersyukur pulak.

*maaf kalau tak memuaskan pembaca semua??

Share this novel

ruzies sabah
2020-06-11 00:23:37 

bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience