Bab 19

Romance Series 7991

padan lah Farisya memberi syarat tak nak berjumpa dengannya sehingga saat akad nikah nanti sebab ada angenda sendiri. curang di belakangnya, belum berumahtangga sudah berperangai begini, dah berkahwin nanti macamana pula. dia tak sanggup nak menghadapinya.

ingatkan Farisya ikhlas ingin melayari bahtera bersama-sama. tapi Irfan hampa, lepas sahaja dia terpandang wajah mulus Farisya yang kelihatan manja bersama kekasihnya tadi, terus kaki Irfan melangkah pergi membawa hatinya yang lara, tidak mahu menunggu lagi untuk menyakiti hatinya sendiri melihat adegan mesra Farisya bersama kekasihnya itu.

Irfan membawa dirinya yang kecewa membonceng motornya laju membelah kesibukan kota Kuala Lumpur, ke mana..? tidak tahu arah tuju. matanya sakit melihat tangan putih Farisya memegang lengan lelaki itu. hatinya sakit melihat wajah Farisya yang cantik merenung manja ke arah kekasihnya. sungguh dia tengah kesakitan.

"tak guna!!... arghhh.." jerit Irfan bila dia memberhentikan motornya di suatu tempat di atas bukit yang permandangan dibawahnya sayup-sayup kelihatan seluruh kota Kuala Lumpur. tempat yang sesuai untuk meluahkan amarahnya seketika ini.

"aah.. lagi dua minggu majlis akad nikah, kenapa baru hari ni aku tahu Farisya dah ada kekasih?!!".

"semua persiapan dah hampir siap, takkan aku nak hentikan, apa kata ibu ngan babah..?".

"apa pula kata Datuk ngan Datin..?".

"kenapa Farisya tak bagitahu tentang kekasihnya pada Datuk..?, kenapa nak teruskan jugak pertunangan ni.."?.

"arghhh!!... tak guna!!.. tak gunaaaa!!..." jerit Irfan kuat. melepas kemarahannya.

terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Irfan meraup-raup wajahnya kasar cuba untuk bertenang.

"astafirullah al azimm.." Irfan beristifar agar syaitan-syaitan yang tengah menghasutnya sekarang ini lari lintang pukang.

"siapalah nakkan si minah senget tu, perangai tak serupa orang, aku je yang betul-betul nak kat dia". Irfan menyedapkan hatinya.

"tapi kenapa Farisya panggil lelaki tu sayang!.. ". Irfan mengeluh lesu. fikirannya berceramuk.

tangannya segera menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan telefonnya. bermain-main seketika dengan telefonnya berkira-kira tentang baik buruk tindakannya ini.

lantas nombor itu di dail....

ahhh..

"nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami, sila cuba sekali lagi".

Irfan mendengus geram. waktu dia perlukan khidmat nasihat orang yang dia percayai, boleh pula tak dapat dihubungi. dia mencuba sekali lagi.

??segala apa yang telah ku berikan
masih lagi tak memandai..??

amboi, ringtone boleh tahan.., Irfan tersengeh-sengeh mendengar lagu itu sementara panggilannya bersahut di sebelah sana.

"assalamualaikum adik!.. awat tepon babah ni?. nak tau pasal kenduri ka?. semua okey ja kat sini, tak dak masalah pun". Encik Roslan sudah bersuara tanpa menunggu Irfan menyahut.

"waalaikumsalam babah, Irfan tersenyum lirih.

Encik Roslan tidak sedikitpun merasa terkejut apabila Irfan menelefonnya, Encik Roslan sudah tahu kalau Irfan menghubunginya, tanda anaknya itu tengah berserabut dengan masalah yang agak serius dan semestinya mahu mendengarkan kata nasihat darinya.

"kalau semua okey kat sana, alhamdulillah.. lahhh." Irfan bersuara lirih tangannya ligat mengaru-garu tengkoknya yang tetiba gatal, ya.. dia tengah stress.

tidak tahu hendak memulakan perbincangan, Irfan berdiam agak lama. sunyi seketika tiada bicara antara mereka..

"hang, dah kenapa..? babah tau kalau hang call babah mesti ada benda yang hang dok kalut tu, secuba cite kat babah mana tau babah boleh tolong". Encik Roslan membuka kata memandangkan Irfan diam seribu bahasa di sana.

ahh.. babahnya memang pandai memancing moodnya untuk dia bersuara. dia tersenyum nipis, dahinya dikerutkan walau babahnya tidak nampak akan aksi kelakuannya.

"emm.. babah!.. adikkk.. la ni tengah rungsing sangat..".

"haishhh..."

Irfan mendengus.

"emm.. macam.. macamana kalau adik nak batalkan pernikahan ni". Irfan bersuara gusar.

"laaaa... awatnya, hang ada masalah ka ngan Farisya?. sampai nak batai semua". balas Encik Roslan bersuara tenang.

itulah sebabnya Irfan lebih suka bersembang kalau ada masalah dengan Encik Roslan dari Puan Mariah kerana babahnya lebih bersikap tenang dari ibunya yang agak kelam kabut sedikit.

"emm Farisya, dia.. dia dah ada pakwe, adik nampak dekat shopping mall tadi, adik kecewa la babah". Irfan mencerita kisah sedihnya mengharap Encik Roslan mengerti.

"pastu.., hang nak pi batai lagu tu ja ka, tak nak pi bincang pasai pa Farisya tak gi tau hang yang dia dah ada pakwe". balas Encik Roslan lembut.

Irfan terdiam tak tahu nak buat apa-apa, Farisya nak berjumpa dengannya pun tak mahu ini nak pergi berbincang bertentang mata, memang tak lah.

Irfan meneka yang Datuk Mustaffa dan Datin Faridah tak mengetahui anak mereka mempunyai kekasih atau mungkin Farisya di paksa berkahwin dengannya.

"ahh.. stressnya.."

"ntah la babah, Farisya tak nak jumpa adik sampai majlis akad nikah nanti, macamana nak pi bincang, adik dah janji dengan Datuk pasai tu dan adik tak naklah mungkir janji". Irfan mengadu.

"macamni la adik.., hang kan dah solat istikharah, percayalah pada jawapan Allah, mungkin ada sebab benda tu terjadi, babah nak hang ihklaskan hati hang tu sukakan Farisya kerana Allah".

ihklaskan perasaan hang tu nak jagakan Farisya, nak bimbingkan Farisya kerana Allah, bia jadi suami yang boleh membawa isterinya ke syurga, lembutkan hati hang tu, doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan semua urusan hang.

"kalau hang nak bataikan majlis nikah tu pun tak elok, tak berapa hari ja lagi, semua dah nak siap jangan buat malu muka Datuk ngan Datin, muka ibu dan babah pun sama". panjang berjela nasihat Encik Roslan pada Irfan. dan peringatan di hujung kata.

"baik babah, terima kasih babah bagi nasihat kat adik". Irfan tertunduk mengaru-garu keningnya.

"okey la babah, adik letak telefon dulu, adik tak solat asar lagi ni, nanti apa-apa adik call lagi ye assalamualaikum babah". lantas Irfan menekan punat off pada telefonnya apabila Encik Roslan menjawab salamnya.

lega juga hatinya bila sudah meluah. kini dia sudah tahu keputusanya. muktamad.. Irfan mula membonceng motornya membawa diri ke masjid berdekatan menunaikan kewajipan yang satu itu.

?????????????

Farisya menghempaskan tubuhnya di atas katil bersama barang-barang yang dibeli bersama mommynya Datin Faridah, dia tersenyum puas. puas hatinya bila dapat bershopping di luar tanpa menggunakan sesen pun duitnya.

Farisya tersenyum sumbing teringatkan tentang Haikal dia ketawa kuat.

"padan muka kau Haikal, sapa suruh kau bertembung dengan aku, kan dah kena". Farisya bersuara bangga.

Farisya bingkas bangun masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. badannya sudah melekit, seharian dia berjalan dengan mommynya tadi, hilang segala kerungsingannya sekejap.

selesai dia membersihkan diri, dia berbaring malas di atas katil membelek-belek barangan yang dibeli tadi, ada kasut bertumit tinggi 2 pasang berwarna hitam dan merah, beg tangan berjenama Bornia berwarna hijau muda, sehelai baju kemeja wanita berwarna dark blue dan sehelai jeans biru lembut keduanya berjenama polo. Farisya tersenyum lagi.

tubuhnya yang keletihan sudah mengundang kantuk, matanya yang mulai kuyu dibiarkan, Farisya membetulkan baringannya, teddy bear yang bersederhana besar diambil dan dipeluk erat. sedang matanya memberat telefon samsung di sebelahnyanya berbunyi nyaring.

"aduhhh.. sapa yang call tengah malam ni, tak tau ke aku nak tido.. arghh.. kacau betul lah.."

Farisya menjawab malas tanpa melihat nama si pemanggil.

"hello.., sapa ni.."

"esok tak boleh call ke?.. aku penat lahh.. ish.." matanya dipejam erat menunjukkan yang dia sekarang sangat mengantuk.

"oiii!!.. perempuan, kau dengar sini ye.. kau jangan kacau Haikal lagi, Haikal tu aku yang punya, kau boleh pergi berambus dari hidup dia".

Farisya memandang telefonnya pelik, kemudian melihat nama si pemanggil.

Haikal!!.. tapi kenapa bersuara perempuan.

"siapa ni, jangan main-main la aku dah mengantok ni". Farisya bersuara kuat, bengang tidurnya diganggu.

"aku Amira anak TAN SRI MIKAEL..!!". sengaja dikuatkan nama papanya moga Farisya berasa gentar dengan dirinya. Farisya sudah salah orang untuk berebut kekasih dengannya. pantang sungguh.

"ohhh.. kau!! apasal takut kat aku ke nak berwarning bagai". Farisya bangun dari pembaringan, kantuknya sudah hilang.

sudah ada orang yang mengajaknya bergaduh, dia sudah bersedia. rambut panjangnya diikat kemas. bersiap sedia menunggu butir bicara Amira anak tan sri tu. sikit pun dia tak takut, ni Farisya Nabila lah..

"eh. mana ada lah!.. kau ingat ye BETINA jangan kacau Haikal lagi.., kalau aku tahu kau kacau Haikal jugak aku akan pastikan muka kau akan jadi hodoh.. fahamm!!.." Amira sudah mula mengugut Farisya.

"Aku anak Tan Sri lah, aku boleh buat sesuka hati aku, tak ada siapa yang boleh halang aku tahu tak!!..". Amira bersuara lantang, memekak di telinga Farisya.

Farisya memjauhi sedikit telinganya dari telefon. bingit telinganya mendengar tengkingan dari Amira kekasih Haikal tu. menyakitkan hatinya sahaja. lalu matanya dijungkit ke atas meluat.

"eii.. aku kalau kau bagi free si Haikal tu, aku pun tak hingin tau tak.. kau ambik la nak buat bantal busuk ke? nak letak dalam frame ke? aku tak heran, berlambak lagi orang nak kat aku". Farisya sudah membalas panjang. geram hatinya Amira memanggilnya betina ingatkan aku kucing ke apa?.

Farisya ingatkan si Mira ni sudah tinggalkan Haikal. dah berbaik pulak mereka berdua, apa jampi la dipakai Haikal untuk memujuk Amira. oo.. dia lupa! dengan wajah kacak Haikal, dan mulut manis Haikal, makcik tua jual ikan dan sayur tepi jalan pun boleh terpikat dengannya. emm...

"ni mesti Haikal dah pujuk Amira, kalau tak kenapa Amira ni call guna telefon Haikal, marah-marah aku.. nasib kau lah Amira anak Tan Sri bla.. bla.. aku nak tolong kau je dari kena tipu dengan Haikal tu. pandai-pandai kau lah nak hidup dengan dia, aku malas nak ambik tahu dah". Farisya bersuara di dalam hati. tidak mahu memberatkan kepala hotaknya dengan masalah lagi.

kesian Farisya pada Amira, kalau dia berterus terang tentu Amira tidak mempercayainya. maklumlah Haikal tu kan kekasih, intan, belian, permata si Amira tu. memang tak lah dia nak percaya.

"okey la Amira anak TAN SRIIII... aku nak tido dah ni, dah lewat malam, okey baiii..". Farisya terus mematikan telefonnya, malas nak melayan orang yang jenis otak udang, kalau dinasihati belum tentu masuk terus ke dalam otak. mesti masuk telinga kiri lepastu keluar kat telinga kanan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience