Bab 9

Romance Series 7991

"ehmm.. ibu..! babah..!". panggil Irfan sedikit kuat meminta perhatian dari orang tuanya.

kedua-dua mereka berpaling melihatnya dengan wajah penuh tanda tanya.

"emm.. adik ada benda nak habaq ni, harap babah ngan ibu tak terkejut la ye". Irfan menarik nafas perlahan dan hembus. "bismillahirahmanirrahim". ucapnya perlahan. ingin memulakan perbualan.

"emm.. bos kat tempat adik keja tu.. emm.. dia nak.. emm.. aduhh, camana nak habaq ni". dia mengaru-garu perlahan di sesetempat badannya yang tiba-tiba menjadi-jadi gatalnya, dia kalau tengah stress memang macamtu lah. tergaru-garu.

"hang tu dok emm.. emm.. dari tadi sampai bila tak habih nak cakap, rasanya esok ke atau lusa baru habih kot". sampuk Encik Roslan yang dari tadi menunggu butir bicara dari mulut Irfan, geram jugak dirinya dari tadi Irfan tak habis berhemm-hemm.

"sat nak cakap la ni.. nak susun ayat bagi babah ngan ibu paham elok-elok". Irfan membela diri dari diperli babahnya.

"ni, ehemm.. bos tempat adik keja tu, dia ada hajat, emm.. dia.. dia mengharap sangat adik ni jadi menantu dia, kiranya dia nak jodohkan adik dengan anak perempuan dia la". lancar pula suaranya menuturkan ayat. lega hatinya alhamdulillah.

Irfan diam ingin melihat reaksi kedua orang tuanya.

"jap.. apa dia adik.! ibu tak dengaq la hang cakap apa tadi, ni.. ibu dok kalut masuk benang dalam lubang jarum.. putuih pulak benang ni.. orang nak cepat buat keja, lagi selai ja ni. apa pun tak boleh la". rungut ibunya.

geram dengan benang yang agak susah nak masuk ke dalam lubang jarum, Puan Mariah sudah mendengus-dengus.

"ala ibu ni.. takkan nak kena ulang balik kot". Irfan mengeluh hampa dan pasrah.

Encik Roslan dari tadi sudah tergelak-gelak. nasib itu isterinya kalau orang lain dah lama makan penampar sulung. dah tahu anaknya nak bersembang hal penting apa salah berhenti kejap dari buat kerja tu. risau tak sempat ke?. katanya tadi lagi sehelai..

"Mariah oh Mariah nasib la Irfan oi.. hang dapat ibu macam tu, nasib aku cinta sayang kau Mariah". kata Encik Roslan dalam hatinya.. so sweet.

"ni.. ibu dengaq elok-elok adik habaq lagi sekali kalau tak dengaq jugak dah tak dak ulang-ulang". ugut Irfan, malunya dia rasa macam dia pulak yang terhegeh-hegeh nak kan anak Datuk Mustaffa tu.

Puan Mariah menghentikan kerja yang dilakukannya terus memberi perhatian terhadap anak terunanya seorang. apa lah yang nak dicakapkan, serius sangat sampai tak ada siaran ulangan lagi.

"apa dia adik, hang habaq lagi sekali, ibu janji dengaq betul-betul ni". Puan Mariah sudah memberi sepenuh perhatian pada Irfan anak kesayangannya itu

"alamak.. susah pulak nak cakap kalau ibu tenung dia macam tu". bicara Irfan dalam hati.

dia melihat Encik Roslan pula. babahnya pun tengah merenungnya juga.. "apa ni.. ada acara tenung menenung ke?". bisik hatinya lagi.

"ehem.. macamni.. bos.. adik.. dia.. nak.. jodohkan.. adik dengan anak dia". laju ayat yang terakhir Irfan bersuara sampai terpejam-pejam matanya.

mengharap Puan Mariah mendengar butir bicaranya tadi tiada ulangan ketiga atau keempat, kalau ibunya tak dengar jugak esok-esok lah dia bagitahu lagi, sudah berbahang wajahnya menahan malu.

"ohh.. itu ka, ingat apa kejadah adik nak habaq tadi.. emm.. tak pa la lagu tu, bos adik nak jodohkan adik.. eh.. kejap apa dia!. bos adik nak joo..jodohhkan adik dengan anak dia?". terkejut beruk Puan Mariah dengan berita yang didengar dari mulut Irfan sekejap tadi.

dipandang wajah suaminya yang nampak cool.. seolah-olah tidak mendengar langsung berita sensasi yang keluar dari mulut anak mereka, siap boleh sambung tengok tv lagi. Puan Mariah merengus geram. lantas dia bersuara dari nak menunggu jawapan dari suaminya memang lambat. boleh berjanggut dagunya nanti.

"awat..! awatnya dia pi pilih hang?, hang bukan ada apa pun, harta pun tak dak, bos hang tu dah fikir masak-masak dah ka nak jadikan hang menantu dia, hang kenai dak budak perempuan tu, dah pernah jumpa ka?, tau ka perangai dia.. kasaq ka?, lembut ka?, cantiq ka?, hodoh ka?, kena ka dengan pilihan hang.. ishhh".

"ha.. lagi satu, lagu mana kalau anak dia tu dah bunting, hang pulak kena jadi cina buta tau dak..!, orang kaya ni bukan boleh harap sangat selalu nak kenakan orang miskin macam kita ni". Puan Mariah sudah mula menunjukkan kerisauan, takut anaknya teraniaya.

ha tudiaa.. banyak sungguh persoalan dari Puan Mariah. ye la kan ibu mana yang nak anak dia terseksa tambah kalau dalam bab perkahwinan ni. dia lebih dulu makan garam.

Encik Roslan hanya berdiam diri memberi laluan kepada kata-kata express dari mulut isterinya. tak nak dia menyampuk, tak pasal-pasal nanti dia pula kena berleter dengan big mamanya. tak sanggup!.

Irfan tercenggang mendengar soalan-soalan dari Puan Mariah. alahai ibu susahnya bila nak kahwin ni.

eh.. eh.. Irfan dah setuju ke nak kawin dengan minah senget tu.

"emm.. bos adik tu memang betul baik orangnya lah bu, takkan dia nak buat naya kat adik pulak". Irfan membela Datuk Mustaffa, dia kenal sangat dengan sikap bosnya itu.

"adik sekali je pun pernah jumpa anak dia, itupun terserempak dalam bilik office, orangnya okey la.. ibu sedap mata memandang.. cantik".

"adik tengok badan dia okey je ibu langsing, tak dak pon nampak macam perempuan mengandung, body dia mantap macam anak dara.. perfect". ehemmm..." Irfan berdehem perlahan lalu mendiamkan dirinya, kantoi sudah dia mengendap tubuh badan anak dara Datuk Mustaffa itu.

malu-malu Irfan memandang orang tuanya. nasib baik mereka masih lagi tekun mendengar tanpa sebarang syak wangsangka. dia menghelas nafas lega.

Irfan tak menyebut pun serba sedikit tentang perangai sebenar Farisya kepada ibu dan babahnya. biar lah dia je yang tahu perangai minah senget tu. kalau betul Farisya jadi isterinya nanti tak adalah dia dah memburuk-burukkan nama isterinya di mata mereka.

Irfan menyambung lagi. "macam ni, ibu.. babah, bos adik tu.. dia nak jodohkan adik dengan anak dia tu bersebab.. dia nak adik bimbing dan bentukkan anak dia tu, biasa la bu.. babah.. anak orang kaya, manja sangat, bersungguh-sungguh bos adik tu merayu mintak sangat adik terima.., tak sampai hati pulak adik tak setuju". Irfan menjelaskan hal sebenar apa yang Datuk Mustaffa inginkan dengan menjodohkan dia dengan anaknya memohon pendapat dari orang tuanya.

ala.. suruh bimbing la bentukkan la tu alasan klasik la Irfan.. cakap la memang nak kawin sangat kan, susah sungguh!.

eh.. orang nak bagi kawin siap dipinang lagi rugi pulak kalau nak menolak, umurnya dah makin lanjut. siapa lah hendak dengan dia yang tak punyai harta. kerja pun setakat penghantar surat. kalau bakal mak pak mertua dengar pekerjaannya itu mesti serta merta ditolak akan pinangannya.

"macam ni la adik, babah bagi pendapat kat hang", babah nak kata apa-apa bukan hak babah pun, itu hidup hang sendiri, hang yang kena tentukan, kalau rasa tak tau nak bagi jawapan apa, hang mintak la kat Allah, hang pi sembahyang istikharah mana tau hang dapat petunjuk". bersuara jugak Encik Roslan sejak dari tadi berdiam diri.

"kalau kali pertama hang buat tak nampak bayangan atau petunjuk, hang terai buat tiga kali berturut-turut, in sha Allah ada la tu nanti, hang doa banyak-banyak". sambung Encik Roslan lagi memberi pendapatnya yang bernas.

Puan Mariah mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata suaminya. kalau anaknya setuju alangkah gembira hatinya, memang dia dah teringin sangat anaknya berkahwin kalau di ikutkan umur sebayanya dia sudah dapat menimang cucu. tapi yang lebih gembirakan hatinya lagi, kalau anaknya berkahwin dengan anak Datuk tu.. boleh la dia menumpang senang. dia tersenyum-senyum kegembiraan.

memang dia agak khuatir dengan rancangan Datuk Mustaffa mahu menjodohkan anak gadisnya dengan Irfan tapi bila anaknya memberitahu yang bosnya itu orangnya baik, dibuang jauh-jauh fikiran negatif yang sudah bersarang di kepalanya tadi. semoga semua urusan anaknya berjalan dengan lancar.

"okey la ibu, babah adik cuba buat apa yang babah suruh, adik masuk bilik dulu na, mengantuq dah mata ni, esok nak kena bangun awai.. ibu jangan dok tidoq lewat sangat tak elok". sempat Irfan memberi nasihat pada ibunya.

"eh.. dah siap pun bajunya semua, tinggai nak buh dalam beg plastik ja, esok la ibu buat dah tak larat dah ni..  habih sakit pinggang ngan pongkok ibu.. ibu pon nak pi tidoq jugak ni". balas Puan Mariah sambil membetul-betulkan urat sarafnya sejak dari tadi dia duduk menghadap mesin jahit.

aik.. bila masa ibunya selesai menjahit dia tak perasan. babahnya pun sudah melangkah masuk ke bilik tidur tinggal ibunya seorang sedang menutup suis lampu dan kipas lantas berlalu masuk ke kamar mereka.

malam itu sebelum tidur dia tidak melepaskan perluang yang ada, dia menunaikan solat istikharah yang disaran oleh babahnya tadi. segala tunjuk ajar bagaimana hendak menunaikan solat istikharah di goggle dari telefon pintarnya. dia perlu berusaha dalam mencari jawapan.

waktu yang Datuk Mustaffa beri kepadanya tak banyak, lepas balik bercuti mesti Datuk akan bertanya tentang keputusannya jadi dia perlu buat sesuatu. walaupun minah senget tu bukanlah calon isteri yang sesuai tapi sedikit sebanyak wajah itu sudah mula bertapak di sudut paling dalam di dasar hatinya.

dan malam itu dia bermimpi didatangi oleh seseorang perempuan yang asyik menyeru namanya, dan sesungguhnya malam itu dia tidur lena berulitkan mimpi yang basah.

alamak mimpi basah?. Irfan!!.. memang hang kena kawin dah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience