Bab 10

Romance Series 8183

awal subuh Irfan dikejutkan oleh Puan Mariah menyuruhnya dia cepat mandi, solat dan bersiap takut terlambat. risau kakaknya Puan Marina anak beranak tak sedondon bersama kerana baju mereka baru sahaja siap semalam dan Puan Mariah bertanggungjawab atas pakaian mereka.

oleh kerana kenduri itu, kenduri adik beradik kandung mereka sudah diagihkan dengan tugas masing-masing, oleh kerana Irfan baru balik bercuti dia ditugaskan sebagai pemberi bunga telur. tugas untuk budak perempuan itu telah diberikan pada Irfan. Irfan menerima dengan hati separuh rela.

terima je la Irfan oii tak susah pun kerjanya.

tok.. tokk.. tokk..

"adikk.. cepat... bangun pi mandi, solat dah azan dah tu.. pastu siap kita nak gi umah Mak Lang.. cepat bangun.. ". suara Puan Mariah kuat mengejutkan Irfan sambil tangannya mengetuk-getuk pintu bilik anak bujangnya itu.

"Iya.. ya.. bu.. adik bangun ni". jawab Irfan separuh mamai.

"air apa ni.. alamak basah la pulak aku kencing tilam ke kesemalam?". Irfan terkejut merasa kain pelekat yang dipakainya semalam sedikit basah. berkerut dahinya memikir kejadian malam tadi.

"ohh.. mimpi tu", Irfan sudah teringat lalu tersenyum-senyum teringatkan mimpi indahnya semalam.

"aduhai.. siapakah gerangan bidadari pemilik lebihan tulang rusuk kat aku ni..?". Irfan berbisik perlahan ingin mengingati wajah perempuan di dalam mimpinya semalam tapi hampa, dia tak nampak pun wajah perempuan itu terlalu samar-samar.

"aisehhh.. kena mandi wajib la ni", malasnya subuh-subuh air sejuk nak mampuih". Irfan mengumam lantas mengambil tualanya yang tersangkut di belakang pintu.

dengan niat mandi wajib, dia memulakan mandiannya sambil menyanyi-nyanyi kecil. oi.. Irfan orang mandi wajib kena senyap la.

sesudah selesai mandi Irfan cepat-cepat masuk ke biliknya, tergigil-gigil menahan kesejukan pagi, laju dia bersiap untuk solat subuh apabila telinganya menangkap bebelan Puan Mariah dari luar biliknya.

"adik oii.. hang ni buat apa dok mandi lama sangat, hang tau dak dah lambat dah ni, tu dah solat ke belum?".

"ya Allah!!.. budak ni.. mandi dah macam anak dara, tu baru nak solat!, pukui bapa nak sampai sana, hang ni laa..". bebel sudah Puan Mariah geram. dari tadi dia menunggu anaknya itu bersiap rupanya baru nak mula solat. emm.. mendengus lagi Puan Mariah. sabar na.

Encik Roslan mengeleng-geleng kan kepalanya sambil tangannya ligat mengangkat barang-barang yang perlu dibawa ke rumah kakak iparnya nanti. berhati-hati takut tertinggal habis dibebel isterinya pula.

dah la degiaq, kalut jugak perangai isterinya itu.

"ha yeop.. baju Kak Marina anak beranak tu jangan lupa pulak masuk dalam bonet, saya dah letak depan pintu tu". laung isterinya kuat dari dalam rumah.

takut suaminya lupa, apalah nak dikata dekat kakaknya nanti kalau tertinggal baju mereka, memang la dari taiping ke kuala kangsar tak jauh mana tapi nak berpatah balik tu yang haru. memang tak lah mereka nak berpatah balik dia kenal benar dengan perangai suaminya itu.

"aik.. aku pun kena bebel jugak, emm.. nasib la Roslan oi". sahut Encik Roslan dalam hatinya. pasrah.

"huargg..!". Irfan menguap kecil, kantuknya masih berbaki. lepas bersembahyang subuh tadi dia datang mendekati Puan Mariah yang duduk di ruang tamu, hanya berkain pelikat serta berbaju singlet hitam menampakkan susuk tubuhnya yang tegap Irfan duduk berhadapan ibunya yang memandangnya geram.

"ibu ni.. nak gi awai-awai sangat wat apa, bukan ada orang lagi, tak kan nak pakai baju melayu siap-siap awai pagi ni". Irfan bertanya pada Puan Mariah, matanya menjeling Encik Roslan meminta jawapan tapi babahnya hanya menjongket bahu tanda mengikut sahaja arahan big mama.

"ish.. kamu ni adik, kamu pakai je baju biasa dulu kemeja ke t-shirt ngan jeans, satgi sampai sana kita gi umah Mak Lang hantaq baju deme dulu, lepastu kita gi umah homestay yang Mak Lang hang sewakan untuk adik beradik yang lain buat tukar-tukar baju ka? nak rehat-rehat ka? nak solat ka?, nak tidoq dulu ka?.. dekat ja dengan umah Mak Lang hang tu, jalan kaki pon boleh". Puan Mariah menjelaskan kepada Irfan panjang menjela.

ha.. ambik ko Irfan tanya lagi bak kata orang tanya sepatah dijawabnya berpatah-patah.

sungguh terharu dengan penjelasan ibunya dia bangun masuk ke biliknya  bersiap berpakaian t-shirt tangan pendek berbelang hijau putih dengan jeans berwarna biru gelap, rambutnya disikat rapi ke belakang dengan pomade yang dibeli dengan harga rm10 dekat pasar malam.

"ha.. apa lagi yeop, adik.. jom la kita pergi, rasanya kat sana dorang dah sediakan sarapan sekali, sapa nak bawak ni". ibunya bersuara agak kuat memecah keheningan awal pagi.

Irfan mengambil kunci kereta dari tangan Encik Roslan. bersama-sama mereka berjalan menghampiri kereta. sesudah selesai mengunci pintu dan grill rumah.

dengan lafaz bismillah Irfan memulakan perjalanan mereka ke Kuala Kangsar.

????????????

pukul 11.30 tengahari mereka dua beranak dari homestay yang disediakan oleh Puan Marina sudah berkumpul bersama adik beradik yang lain di depan perkarangan rumah Puan Marina. ibunya, Puan Mariah dari tadi sudah ke rumah kakaknya menolong apa yang patut.

kelihatan Rumah Puan Marina dihias cantik. di hadapan rumah sudah dipenuhi beberapa buah khemah yang siap dipasang dengan scalop-scalop berwarna kuning keemasan, meja kerusi sudah disusun kemas hanya menunggu kehadiran tetamu sahaja, lima jenis makanan dan dua jenis minuman sudah pun disediakn secara buffet diletakkan di atas meja panjang di tengah-tengah khemah dan satu lagi di hujung khemah.

di dalam rumah pula, pelamin sudah  dihias cantik bertemakam pink lembut dan kuning susu, bunga-bunga berwarna pink terang dan hijau pucuk pisang pula digubah elok di kiri kanan, atas dan bawah pelamin menaikan lagi seri pelamin, lampu sportlight pula dibiarkan bernyala di kiri kanan menambah tarikan di situ.

memang kena lah dengan baju sedondon mereka yang dijahit Puan Mariah yang berwarna maroon bila digandingkan dengan pelamin itu nanti. tak lah nampak malap.

apabila Puan Mariah ternampak sahaja kelibat Irfan yang tengah duduk bersembang dengan sepupu-sepupunya, terus dipanggil anaknya itu untuk berjumpa dengan Puan Marina.

"Adik!.. meh sini Mak Lang nak jumpa hang sat..". panggil Puan Mariah kuat.

Irfan yang mendengar panggilan Puan Mariah itu terkulat-kulat bangun menghampiri ibunya. dia sungguh malu dipanggil dengan panggilan itu. dia sudah tua tobeng.

"ala.. ibu tak payah la panggil adik kat sini.. panggil Irfan je lah.. malu lah dekat sepupu yang lain.. Irfan dah besar la bu". bisik Irfan ke telinga ibunya lalu mereka berduamasuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Puan Marina yang agak sibuk di dapur bersama orang-orang rewang.

Puan Mariah sudah tersengeh-sengeh mengejek, tahu pun anaknya malu. ingat dah tak sedar diri.

"ha.. Irfan datang pun, atenya kenapa tercegat kat situ mari sini salam Mak Lang, rindu Mak Lang kat kamu ni ha, lama dah tak jumpe, ape kabo sihat ke kamu". Puan Marina sudah memeluk kejap tubuh Irfan rindu sungguh dirinya pada Irfan. bau bawang sudah memenuhi hidung Irfan.

Puan Marina adalah ibu saudara yang paling rapat dengannya di antara 7 orang adik beradik ibunya. disebabkan oleh Mohd Danish.. anaknya yang berkahwin hari ini. dulu semasa kecil dia dan Mohd Danish tersangat rapat jadi Puan Marina suka membawa Irfan pulang ke rumahnya untuk bermain-main dengan Mohd Danish kadang-kadang seminggu lamanya dia tinggal bersama mereka di rumah ini. tapi sejak mereka menginjak dewasa hubungan mereka sudah tidak rapat lagi mungkin disebabkan masing-masing sudah berkerja dan membuat hal sendiri tiada masa mereka hendak berjumpa seperti dulu.

teringat kenangan dulu Irfan membalas pelukan Puan Marina, biarlah berbau bawang pun. dia pun rindu juga pada mak saudaranya itu. beberapa minit pelukan itu dilepaskan lalu dia tersenyum manis ke arah Mak Langnya tak tahu hendak bersembang apa. jadi kekok sedikit disebabkan sudah agak lama dia tak berjumpa dengan Mak Langnya itu.

melihat keadaan Irfan yang terdiam Puan Marina bersuara mahu beramah , "eh.. kata mak kamu, betui ke kamu koje kat KL tu koje pejabat, ye.. beno ke gaji kamu beso?, kalu rope gitu baguih la, boleh nolong mak ayah kamu kan, deme bukan orang senang, dapat merase sorang sikit jadi le". Mak Lang bersuara lagi dengan lorat orang Kuala Kangsar.

aduh ibu dengan Mak Lang memang jenis bila bercakap tak reti nak berhenti kot. memang padan dorang ni jadi adik beradik. Irfan sudah mengaru-garu kepalanya. mulutnya bersedia menjawab soalan Kbat dari Puan Marina.

"eh.. bukan la Mak Lang, Irfan keje kat KL tu keja biasa je.." aduh.. apa ni bu.. Irfan tak habis bercakap lagi ni". Irfan mengaduh pelahan.

dia terhenti bercakap bila terasa tubuhnya disinggung kuat Puan Mariah yang sedang tersengeh-sengeh. tahu lah dia ibunya dah mencanang dekat Puan Marina yang dia kerjanya bagus dan bergaji besar di Kuala Lumpur.

sudah ku tahu dan ku duga begini lah nasibku, dia segera mengangguk kan kepalanya seraya berkata "betul la apa yang ibu habaq kat Mak Lang tu". lalu menjeling ibunya yang turut tersenyum kelegaan.

"okey la Mak Lang, Irfan keluar dulu nak tengok-tengok kat luar apa yang patut ditolong. orang pun dah mula datang tu". balas Irfan mahu mengundur diri.

Puan Marina menganguk kepalanya membenarkan Irfan pergi, dia pun masih banyak kerja yang perlu dilakukan. dengan lirikan mata dia menghantar tubuh Irfan yang sudah melangkah keluar. dia tersenyum.

kenduri di rumah Puan Marina berlangsung dengan meriahnya dengan bunyi muzik yang dimainkan oleh seorang DJ. Irfan duduk seketika di kerusi batu melepaskan penatnya berjalan sekeliling meja memberi bunga telur kepada tetamu. dia memegang kejap raga yang mengandungi beberapa bunga telur di dalam kotak. dia mendengus. dalam banyak-banyak kerja yang ini diberi padanya, tak macho langsung.

sedang matanya meliar mencari tetamu yang baru datang dia ditegur oleh seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 10 tahun, tengah menghisap gula-gula lolipop dimulutnya.

"abang.! ada kakak tu dia nak mintak nombor telefon abang dengan nama abang sekali, boleh bagi tak". kata budak perempuan itu sambil menunjuk ke arah perempuan yang menyuruhnya tadi.

Irfan melihat ke arah yang ditunjukkan, apa yang dia nampak seorang gadis belasan tahun sedang tersengeh-sengeh dengan rakan-rakannya yang tengah gelak ketawa melihat ke arahnya. ahh.. budak bawah umur nak mengoratnya. apa pon tak boleh.

Irfan terlongo, hui beraninya budak perempuan zaman sekarang dah pandai pakai posmen meminta nombor telefon dekat lelaki, emm.. dasyat.

"adik ni siapa". balas Irfan ingin tahu.

"saya Munirah, anak Mak cik Eton dok kat depan rumah kenduri ni.. tu  rumah saya". jawab budak perempuan itu polos.

"cantik!!.. " Irfan berkata perlahan takut didengar oleh Munirah, terus idea jahatnya datang.

"adik.. boleh tolong abang tak, tolong pegang raga ni pastu kalau ada tetamu yang baru datang, adik bagi sorang satu, nah..! abang bagi Rm5 ringgit ni upah tolong abang, lepastu kalau ada orang suruh adik mintak nombor telefon siapa-siapa adik mintak gaji macam abang bagi ni tau!".

"kalau kakak tu tanya, kata abang nak cepat dia sakit perut sangat, tak sempat nak bagi nombor telefon". sambung Irfan lagi.

malas dia nak melayan budak bawah umur ni, gedik semacam je. memang jenis tak tahu malu sungguh. haishh.. apa nak jadi la dengan budak zaman sekarang. Irfan terus ke homestay yang disediakan oleh Mak Langnya tadi, nak buat apa nak tido la. bunyi kompang menandakan pengantin tiba pun dia buat tak tahu. matanya sudah tak memberat. bantal oh bantal come to papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience