Bab 7

Romance Series 7992

"okey! jom start.. hemm orang lelaki yang kerja dekat bahagian tingkat office daddy tak ramai pun, ada lima orang sahaja", ramai perempuan la dekat perjabat daddy". Farisya mula mengira-gira sambil matanya merenung wajah-wajah pekerja di dalam gambar.

"eh.. kat sini tak tulis dorang ni jawatan apa pulak.. macamana nak tahu ni dorang keja apa.. emm tak best la macamtu, macamana daddy cari yang kejenya tukang sapu ke? mat dispacth ke?.. ". Farisya sudah dilanda keseraman. risau siapa la yang boleh menampung hidupnya yang sudah terbiasa mewah.

malas mahu memikirkan bab itu dia meneruskan pencarian mahu mengenal calon-calon pilihan Datuk Mustaffa untuk menjadi suaminya.

"first sekali ni ha... okey namanya, Mu..ha..mad Moh..sin". Farisya membaca nama pemilik wajah itu dengan perlahan-lahan serta merta mulutnya menjuih.

"eii.. tak nak, tak nak.. dah la gemuk, pastu pendek pulak". kutuk Farisya selepas melihat bentuk fizikal orang yang bernama Muhamad Mohsin. Farisya mengeleng-gelengkan kepalanya, nope..!

"next!.. kita tengok yang lain pula, emm.. yang ni lagi sorang namanya Suhai..mii..a Ba..ba, orangnya agak tinggi, kurus kering sangatlah".

"eii.. tak nak la kurus-kurus ni, dah macam mat pit aku tengok". reject Farisya.

Farisya tekun membelek lagi, nama seseorang dibacanya.

"sy..ed Mokh..tar.. matanya terus melihat wajah dan bentuk fizikal orang itu,

"ha.. yang ni not bad boleh tahan tapi rambut dia afro la pulak". boleh letak tepi lah dia ni nanti aku korek dia keja apa dengan daddy, tapi.. nanti daddy tahu la aku dah skodeng buku ni.. tak boleh.. tak boleh".

"okey.. ada dua orang lagi". matanya ligat melihat dan mencari empunya wajah yang mungkin calon suaminya, seketika dia menguap-guap bila kantuknya datang, tapi ditahan dengan mengedip-gedip matanya kuat.

matanya tertumpu ke barisan yang ketiga, dia melihat gambar seorang lelaki yang berdiri dihujung sekali, pantas matanya dilarikan melihat nama lelaki itu.

"Irr..fan Far..hainn.. "emm.. sedap.. nama tu tapi aku nak tengok sedap tak mata aku memandang sama sedap dengan nama dia". bisik Farisya perlahan.

oleh kerana Irfan berdiri di hujung sekali, pantulan cahaya matahari tidak langsung menyebelahi dirinya. kulit wajahnya serta merta menjadi gelap dan suram. senyumannya pun tiada kerana dia memang dalam mood yang tak elok pada hari itu.

air mukanya jelas kelihatan seperti hendak membuang air besar sebab menahan panas dari sinaran matahari. oh.. sungguh tak macho dan hensem gambarnya bila dirakam kala itu.

"eiiuww.. sapa ni, tak pernah tengok pun dia ni kat office daddy". mulutnya terbuka sedikit bersedia untuk mengutuk Irfan.

"body boleh tahan tough, muka dah macam mamu Pulau Pinang je.. gelap ya amat. muka dia ni sekali tengok pun dah tahu tak hensem". berkerut-kerut wajah Farisya mengutuk Irfan.

"entah-entah dah kahwin anak lima!!".

"eii.. tak nak! tak nak!.

"aku kalau boleh nak la suami yang sedap mata memandang, koman-koman pun macam Arron Aziz ke, Zul Ariffin ke? kan.. baru anak  aku comel-comel".

Farisya sudah mula membayangkan dia mempunyai sebuah keluarga yang bahagia bersama suaminya yang hensem, anak-anaknya yang comel, oh.. indahnyaa. dia tersenyum-senyum gedik.

amboi.. Farisya citarasa kau tinggi melangit.

"sorang lagi", matanya tercari-cari empunya diri dan namanya. Mutthu..sammy a/l Padiani". laju  suara Farisya membaca nama tersebut."alamak india..! memang tak la, daddy nak buat calon suami aku". tersengih sengih Farisya membayangkan dia tengah bersanding dengan Muttusamy tu. kemudian dia mengeliat-liat kegelian. aparaa..

selesai sahaja dia mengenal wajah dan fizikal pekerja-pekerja lelaki itu, mukanya terus tersembam di atas buku tersebut. kedengaran sudah dengkuran-dengkuran halus dari Farisya.

mengantuk sangat ke tu Farisya oii, gila tak mengantuk dari pukul 1.30 pagi sampai nak ke pukul 3.00pagi  dah tu.

Tidurnya disulami mimpi-mimpi yang tak berapa indah, dia didatangi kelima-lima jejaka tadi termasuk yang berbangsa india.

dalam mimpinya itu dia berpakaian persalinan pengantin berwarna putih sedang melalui satu lorong yang gelap dan suram, sampai di satu selekoh dia ternampak seorang lelaki yang berisi dan pendek badannya, ya itu Muhamad Mohsin!. sedang memanggil-manggil namanya. Farisya berlari ketakutan apabila lelaki itu datang mahu memeluknya.

sampai ke satu lagi selekoh dia terlanggar seorang lelaki yang kurus kedeking, dia segera meminta maaf tetapi lelaki itu menghampiri dan juga hendak memeluknya. dah sudah Suhaimi baba pun nak peluk dia jugak ke?. pelik dengan kejadian dua lelaki mahu memeluknya, Farisya berlari-lari lagi.

Farisya memberhentikan larian untuk melepaskan lelahnya di satu selekoh, dia ternampak Syed Mokhtar bersama seorang wanita yang cantik sambil mendukung seorang bayi yang sangat comel, hatinya sedikit kecewa kerana di dalam kalangan lima jejaka itu Syed Mokhtar yang paling elok rupa parasnya, dia terus berlalu pergi tak mahu menggangu kebahagiaan Syed Mokhtar dengan pasangannya.

dia berjalan-jalan lagi ingin menuju ke hujung lorong tetapi bahunya ditepuk lembut menghalang kakinya dari terus berjalan. dia berpaling melihat gerangan siapakah yang menepuknya. kelihatan seorang jejaka india tersenyum-senyum ke arahnya.

"eh aney.. you tak ada kena mengena dalam ini cerita tau, pergi sana la". Farisya menghalau india tadi. wajah india tadi yang ceria terus muram dan berlalu pergi meninggalkan Farisya sendirian.

Farisya meneruskan melangkah sehingga dia ternampak satu cahaya, mungkinkah itu pengakhiran lorong ni.. dia berlari-lari anak supaya cepat sampai menghampiri cahaya itu.

Farisya mempelahankan lariannya, kakinya sudah mula menapak menuju ke arah cahaya itu. sesampainya di situ, cahaya tadi berubah menjadi kepulan-kepulan asap menyerupai tubuh seseorang dan menjelma lah mamu Pulau pinang..!. siapa lagi kalau bukan Irfan Farhain.

alamak.. salah timing pulak si dia nak menjelma pada saat Farisya sedang mengharapkan seorang putera raja yang hensem and charming menjemputnya untuk bersama-sama mengakhiri lorong gelap dan suram ni.

tapi yang peliknya mamu tu siap berbaju melayu putih sedondon dengannya, siap bersamping dan bertajak serta keris di pinggang sedang menghampiri dan menghulurkan sekeping surat kepadanya. Farisya memandang pelik dari ramai-ramai, dia ni sahaja tak mahu memeluknya. sudah berfikir baik buruknya Farisya menghulurkan tangannya mahu mengambil huluran surat dari si pemberi.

belum sempat Farisya mengambil surat yang dihulur oleh mamu tadi. dia terjatuh ke dalam lubang yang tersangat dalam.. dalam.. dalam..

"mommy!! daddy!!..tolong Fi...syaaa".

"adoiii..!!", sakitnya kepala aku..". Farisya mengosok-gosok kepalanya yang sakit akibat jatuh dari katil. baru dia tersedar dari mimpi peliknya.

matanya dipisat-pisat, sisa kantuknya masih ada. kalau masih awal dia mahu sambung tidur. perlahan matanya melirik kearah jam di dinding, matanya terbuka luas hilang kantuknya melihay jam menunjukkan sudah pukul 12.15 tengahari.

terkocoh-kocoh dia bangun masuk ke bilik air. walau tak berkerja, dia memang tidak suka bangun lewat disebabkan nanti kepalanya akan berdenyut-denyut seharian. hari ni dia sudah terbabas dek mimpi yang mengarut-garut.

teringat pasal mimpi tadi, apa maksud mimpi tu ye. "arghh... persetankan". mimpi kan mainan tidur. mungkin sebab aku tengok gambar dorang sebelum tidur tu yang bawa sampai termimpi-mimpi.

selesai mandi Farisya bersiap ala kadar. t-shirt putih dan berseluar tracksuit hitam. rambutnya yang panjang diikat satu. matanya bengkak dan mukanya sembab disebabkan banyak menangis semalam.

sebelum keluar bilik dia ternampak buku yang dibeleknya semalam. Farisya berfikir sejenak, "siapa la calon suami yang daddynya pilih harap-harap Syed Mokhtar la, sedap mata memandang, rambut tu okey apa walau macam alleycat, terima kasih!!..

kejap, kejap Farisya dah terima ke tawaran daddynye tu?.

disebabkan dirinya Datuk Mustaffa jatuh sakit dan dia dah berubah fikiran terima sahaja arahan daddynya. dia tak nak menyesal di kemudian hari. mungkin ini amanat daddynya yang terakhir sapa tahukan dandia takut kehilangan orang yang dia sayang, tak apa la dia berkorban untuk itu.

Farisya turun ke bawah setelah dia mencari kelibat mommy dan daddynya dia ruang atas tiada. perutnya sudah berbunyi-bunyi minta diisi lantas dia ke ruang makan di sebelah dapur.

kedengaran suara mommy dan daddynya sedang rancak bersembang di ruangan makan. alhamdulillah daddynya dah sihat la tu boleh bersembang dengan mommy. Farisya mengucap rasa bersyukur.

"assalamualaikum mommy.. daddy..", maaf Fisya bangun lambat hari ni". Farisya memulakan perbualan dengan senyuman manis.

"waalaikumsalam". jawab mereka serentak

"tak apa la Fisya.. mommy tahu Fisya letih dengan apa yang berlaku semalam". jawab Datin Faridah mengerti.

"duduklah Fisya.. jom makan sama-sama". sambung Datin Faridah lagi

Farisya lantas menarik kerusi lalu duduk sopan dan perlahan. dia menunduk tak berani memandang muka daddynya yang duduk di hujung meja. tiba-tiba dia bersuara.

"ehemmm.. daddyy.. Fisya min..mintak ma..af.. Fisya ta..tahu daddy sa..sakit sebab pe..perangai Fisya..". air matanya mula bergelenang.

ingatkan tak reti nak minta maaf dah, daddy tertunggu-tunggu jugak semalam". jawab Datuk Mustaffa dalam hatinya.

emm.. bapak borek anak rintik suka menjawab dalam hati.

"Fisya.. dah fi..fikir masak-ma..masak, Fisya.. te..terima dan se..setuju dengan ca..calon suami yang daddy ca..cari untuk Fisya..". mengelabah Farisya menghabiskan ayatnya, takut-takut dia memandang wajah daddynya.

Datuk Mustaffa tersenyum lebar terus mengangkat tangan tanda bersyukur. bukan senang dia nak dapatkan persetujuan dari Farisya yang boleh tahan degilnya itu.

"alhamdulillah.. tak sia-sia aku berlakon semalam". kata datuk dalam hatinya lagi lalu menjeling isterinya yang duduk disebelah juga sedang tersenyum lebar.

bertapa gembiranya hati tuanya bila dia mendapat persetujuan dari Farisya. cuma tunggu keputusan Irfan pula.bharap Irfan juga sama bersetuju senang sikit kerjanya. kalau Irfan tak setuju dia kena berlakon lagi la. alamak!!..

Datuk mustaffa dan Datin Faridah tersenyum dan mereka mula menjamu selera dengan rasa bersyukur tidak terkira. harapan mereka segala impian yang mereka bincangkan semalam akan menjadi kenyataan. aminn..

Farisya buat apa?.
dia buat muka tak malunya lah dah lapar gila perutnya dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience