Bab 4

Romance Series 7991

"my sweetheart calling"

alamak!. Irfan dah ada kekasih hati la.. macamana dengan hasrat hati Datuk Mustaffa nak jodohkan dia dengan anaknya.. ishh tak boleh jadi ni.

"Waalaikumsalam ibu, ye.. Adik sihat alhamdulillah."ibu sihat? ada apa ibu call Adik ni".

ohh ibu Irfan yang call, buat suspend je. kenapa la Irfan save nama ibunya dalam handphonenya sweetheart boleh mengundang salah faham ni.

"Ni.. ibu call nak suruh adik balik minggu depan, ada kenduri rumah Mak Lang kat Kuala kangsar, Mak Lang ajak adik balik, dah lama dia tak jumpa adik katanya".

"adik jangan tak balik pulak, ibu dah jaitkan baju sedondon sama dengan keluarga Mak Lang time kenduri nanti". jelas ibunya panjang lebar, menandakan dia tak boleh kata tidak.

"Ye.. ibu nanti adik pi minta cuti, Adik memang nak balik pun, ada benda Adik nak habaq dekat ibu ngan babah". jawab Irfan.

"Boleh jugak aku ambik cuti lebih sikit, nak bincang pasal hajat Datuk tu. harap-harap ibu dan babah tak terkejut beruk lah nanti". cadang Irfan dalam hatinya.

"ha..! pa dia yang nak habaq tu, tak sabaq ibu nak tau, nak suh ibu masuk meminang sapa-sapa ka, kalau lagu tu cepat la balik, boleh ibu babah buat persiapan". Puan Mariah mula bersuara teruja.

anaknya tu sudah berumur 30 tahun, masih bujang trang tang tang. teringin jugak dia nak merasa mendukung cucu sendiri. adik-beradiknya yang lain semua sudah mempunyai cucu. nak tunggu Irfan bila masa la pulak. Puan Mariah tersedar dari bayangan impiannya bila mendengar suara Irfan.

"Eh.. ibu ni loklak sungguh no, tunggu je la adik balik sana, ni adik nak letak telefon dulu ibu.. dah habis waktu pejabat, adik nak balik dulu kang jem jalan, assalamualaikum ibu... love and miss you.. umwahh.." ucap Irfan menghentikan perbualan .

Amboi.. Irfan macam cakap dengan awek. tapi ibu Irfan ni macam tau tau je kan.

"kak Tuti.. Irfan balik dulu ye". Irfan mengangkat tangan kepada kak Tuti,,kakinya sudah mahu melangkah ke pintu keluar.

kak Tuti menganguk-angukkan kepalanya tanda dia mendengar suara Irfan.

                 ???????????????

Di bilik sewa Irfan.

lepas sahaja Irfan menunaikan solat mahgrib, dia berbaring malas diatas katil bujangnya. cukup baginya hanya menyewa sebuah bilik, bukannya dia mampu nak menyewa sebuah rumah. yang ini pun kira bernasib baik. sewa bilik sebulan sudah rm150, motor kesayangan dia lagi nak kena bayar bulan-bulan, bagi ibunya sikit, simpan sikit. belum lagi hal-hal yang lain.

makan minumnya, baju dan seluar tak apa lah, dia boleh beli baju  bundle di pasar malam, yang dalaman tu tak akan nak pakai jenis bundle jugak, kalau yang baru.. harganya baru  berapa ringgit sahaja dan dia masih mampu dalam bab itu.

Yang dia tak mampu.. yang satu itu. hasrat Datuk Mustaffa menyuruh dia menyunting anak daranya. Farisya Nabila, seorang yang cantik tapi bukan calon isteri yang sesuai untuknya.

ya.. Farisya dia memang cantik, tinggi bertubuh langsing, berkulit putih, alis matanya panjang dan melentik, anak matanya berwarna hitam pekat, hidungnya bersedahana mancung mulutnya mungil, rambutnya panjangnya di biar lepas dan di bawah rambut itu kelihatan berombak-ombak.. cantik..! ada iras Hanna Delisha, dia kenal sebab pelakon itu cantik dan comel.

tapi.. perangai Farisya tak melambangkan perempuan yang baik, lihat sahaja baju yang dipakai Farisya ke pejabat tadi gaun merah ketat separas lutut. baju gaun tanpa lengan bereben dibelakang yang dipakai Farisya boleh saja menaikan nafsu lelaki yang memandangnya. rugi dirinya kerana Farisya sudah menontonkan tubuh badannya pada ramai lelaki. adakah Farisya juga masih perawan?.

"ahh.. malas mahu fikir bab perawan mawan tu.. aku yang sorang ni pon cukup-cukup makan, macam mana nak jaga anak orang, takkan nak bagi makan pasir, takkan nak bagi pakai baju dari guni bawang, tak sanggup aku membayangkan minah senget tu pakai baju dari guni bawang mesti lawak". Irfan ketawa geli hati kemudian dia meraup wajahnya, saat ini dia betul-betul tertekan sekarang ni.

"Ya Allah berikan aku petunjukMu, aku betul-betul perlukan pertolongan dariMu ya Allah". doa Irfan dalam hatinya.

sebaik mendengar sahaja azan isyak berkumandang Irfan mempersiapkan diri untuk menunaikan solat. selesai solat dia membuka laci almari disebelah katil mengambil buku suci berwarna biru tua itu lalu membaca ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. merdu dan mendayu-dayu suaranya memecah keheningan malam. membuatkan hati si pembaca itu merasa tenang buat seketika.

                ?????????????

Di rumah mewah Datuk Mustaffa.

kelihatan Farisya berjalan masuk ke dalam rumahnya dengan tangan kiri kanannya penuh menjijit beg-beg plastik shopping mall terkemuka.

Wajahnya menunjukkan betapa dia berpuas hati dengan barangan yang diimpi itu menjadi milik mutlaknya. segera dia mehenyakkan punggung di atas sofa ruang tamu untuk melepaskan lelah bila seharian berjalan-jalan di shopping complex bersama buah hati kesayangannya.

barangan tadi di letakkan berhampirannya. tersenyum-senyum dia membelek barangan yang dibelinya tadi sehinggakan dia tidak perasan akan mommy dan daddynya yang turut berada disitu. memandangnya dengan perasaan kecewa.

geram rasa hati Datuk Mustaffa bila mengetahui yang isterinya sudah memberi duit kepada Farisya apabila isterinya dipujuk oleh anaknya itu. ah.. mereka memang susah nak menahan diri bila anaknya itu memujuk manja. dia tak bolehkan salahkan isterinya seorang. dia sendiri pun kadang-kadang terbabas.

tapi perangai Farisya sangat melampau. sudah pandai balik lewat malam dan keluar dengan jantan yang tak diketahui usul, nasib dia sudah menyuruh seorang penyiasat menyiasat siapa lelaki itu. dan itu salah satu sebab kenapa dia nak kahwinkan Farisya cepat.

"seronok habiskan duit mommy dan daddy Farisya Nabila..!". perli Datuk Mustaffa sambil melipat surat khabar yang dibacanya. menandakan ada pekara serius nak dibincangkan  sekarang.

terkejut Farisya mendengar intonasi suara daddynya. dia sangkakan orang tuanya sudah masuk ke dalam bilik berehat untuk melepaskan lelah bila seharian mereka berkerja. dia sudah berkira waktu yang paling sesuai untuk pulang ke rumah selepas pulang bershopping.

"alamak... selalunya lepas kalau aku balik time macamni, ni kena hadap daddy pulak". bicara Farisya dalam hatinya, tangannya naik mengaru-garu kepalanya. habit biasa kalau kantoi.

"eh.. daddy.. mommy.. tak tidur lagi, Fisya ingatkan dah tidur waktu macam ni..".Farisya cuba berbasa basi dengan kedua orang tuanya menutup kegugupan.

"emm Fisya nak naik atas dulu, letih la berjalan sakan tadi". Farisya meminta diri dengan mukanya tak menunjukkan rasa bersalah.

beg-beg yang mengandungi barangan yang dibeli tadi diambil satu persatu,  segera dia bangun dan melangkah ke tangga tetapi langkahnya ditahan oleh suara daddynya.

"Duduk Farisya Nabila!..". tegas sungguh suara Datuk Mustaffa menahan Farisya pergi dari situ.

"Ada pekara penting yang daddy nak bincang dengan kamu", selama ni daddy dan mommy diam tengok perangai kamu, ingat kami tak sedar kamu selalu balik lewat malam sekarang ni". Datuk Mustaffa mula membebel.

"kali ni daddy tak boleh nak berdiam diri lagi".

"kamu kena dengar betul-betul, ini apa yang daddy nak cakapkan adalah untuk kebaikan kamu faham!."

"kamu Farisya Nabila!. kamu kena setuju apa pun yang daddy nak cakap ni". muk..ta..mad!!." Datuk Mustaffa bersuara geram. dia diam sebentar memberi laluan untuk Farisya membela diri.

"Ala.. daddy, esok la ye kita sembang, Fisya dah penat, badan pun dah melekit, ha.. mata Fisya ni dah tak larat nak buka". Farisya sudah mengeluarkan senjata azimatnya untuk memujuk daddynya yang tengah marah.

"huarggg.." Farisya buat-buat menguap.

"esok je la ye daddy". lembut saja suara Farisya menjawab agar daddynya berubah hati. dia bingkas bangun dan berdiri mahu segera naik kebiliknya di tingkat atas.

Farisya tahu kalau Datuk Mustaffa sudah memanggilnya dengan nama penuh itu tanda daddynya itu sedang marah padanya. baik dia cabut lari dulu meyelamatkan diri.

"Farisya Nabila!. duduk dan jangan pergi ke mana mana!!." tengking Datuk Mustaffa berang.

Datin Faridah yang duduk di sebelah suaminya pun terkejut bila mendengar tengkingan itu. dia juga turut berasa bersalah kerana sudah memberikan duit pada Farisya. dia teringat kejadian pagi tadi.

Farisya balik ke rumah dengan muka yang masam mencuka. kakinya dihentak-hentak melepaskan geram yang tidak tahu puncanya oleh Datin Faridah. habis beg tangan dan kunci kereta di humban kasar diatas meja kopi di ruangan tamu. sungguh terkejut Datin Faridah yang sedang duduk santai disitu.

Farisya menghampirinya dengan muka yang cemberut, memujuknya dengan aksi yang membuatkan dia tak tahan untuk berkata tidak. Farisya memang pandai kalau bab memujuk dan semestinya dia kalah lagi. sudah berkali dinasihati oleh suaminya tapi dia tetap kalah dengan kemanjaan anaknya Farisya. satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

anak lelakinya Farish Nabil, kembar Farisya sudah jauh mengembara di negara orang. jadi dengan siapa lagi dia nak mencurahkan kasih sayang yang membuak-buak ni kalau bukan pada anak gadisnya itu.

             ....................................

Datin Faridah mengangkat muka memandang wajah Datuk Mustaffa yang sudah kelihatan memerah menahan marah, meluat mungkin dengan perangai anak mereka itu. dia memandang Farisya yang jelas terkejut juga.

Farisya yang terkejut dengan tengkingan itu duduk semula di tempat di mana mula-mula dia menhenyek punggungnya tadi. beg barang yang dipegangnya turut dihempas kuat tanda protes dengan tengkingan Datuk Mustaffa. geram rasa hatinya. dia tak pernah dimarah sebegini rupa, wajahnya memerah menahan amarah, air matanya ditahan menunjukkan betapa kuat ego dirinya.

Farisya mendengus kuat. apalah yang nak dibincangkan oleh daddynya sekarang. dia nak cepat pergi naik ke biliknya sekarang kerana dia sudah berjanji dengan kekasih hatinya, Haikal untuk menelefonnya bila sudah sampai ke rumah. tentu Haikal sedang menunggu.. kesian buah hati pengarang jantungnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience