Irfan Farhain bergegas masuk ke office Datuk Mustaffa apabila diberitahu oleh kak Tuti bahawa Datuk Mustaffa betul-betul urgent nak bertemunya.
kelam kabut dia membawa kereta menuju ke syarikat itu apabila kak Tuti sudah beberapa kali menelefonnya, tak pernah kalau Datuk nak berjumpanya sampai siap bertelefon macamni, memang ada benda penting la tu. apa bendanya pun dia tak pasti.
sampai sahaja di depan pintu office Datuk Mustaffa, dia berdiri membetulkan pakaian dan tak lupa juga rambut ikalnya itu disikat rapi. entah bagaimana rupa keadaannya bila dia terus bergegas kesini tadi.
dia berdehem sebelum mengetuk pintu itu.
tok.. tok.. tok..
"masuk!.." kedengaran suara Datuk Mustaffa menyemputnya.
dia menjengukkan kepalanya sebelum memasukkan tubuhnya. dilihat Datuk Mustaffa tersenyum manis ke arahnya.
"emm.. macam tak ada apa-apa yang serius pun". hatinya bersuara.
"Datuk nak jumpa saya ke?. kata kak Tuti ada hal yang penting Datuk nak berbincang dengan saya sampai call.. risau pulak saya". dia tersenyum menampakkan lesung pipit, hatinya sedikit resah.
"aku ada buat salah ke, alamak.. aku datang lambat tadi!, sudah la cuti sampai seminggu datang lambat pula mesti datuk marah sebab terlambat hantar barang, owner barang tu bising kat Datuk ke?, Allahhu macamana ni". Irfan terkaku.
"takpun aku pakai kereta syarikat, tanpa minta izin kat Datuk". hatinya bersuara meneka lagi menambahkan resah di dada, mukanya sudah berpeluh walaupun dalam bilik Datuk Mustaffa dipasang aircond 16 darjah celcius lagi.
"kenapa kamu berpeluh ni Irfan?, sejuk kut kat dalam office uncle ni". Datuk Mustaffa tersenyum melihat tingkah laku Irfan yang resah semacam.
"sa..sayaa mintak maaff, sa..sayaa maii kejaa lambatt tadi, mo..toq saya rosakk, tu gunnaa ketaa syarikaatt.." tergagap dia menjelaskan situasinya. mahu Datuk Mustaffa tahu dia tak sengaja.
terbahak-bahak Datuk Mustaffa ketawa dengan kelakuan Irfan sampai keluar loghat utaranya. apa la yang ditakutkan Irfan padanya, setahunya dia tak la segarang mana dengan pekerjanya tapi tegas tu adalah.
"apa!!.. kamu datang lewat hari ni, belum jadi menantu saya, kamu dah berani datang lambat ke pejabat.. kalau dah jadi menantu saya
tak datang dah ke sini kut". saja Datuk Mustaffa mengusik Irfan. tegas sahaja suaranya.
Irfan menunduk memandang lantai, ahh.. kali pertama dia kena marah dengan Datuk Mustaffa. apa nak dijawabnya.
Irfan diam membisu, telinganya mendengar sahaja apa yang nak dikatakan oleh Datuk tapi dia semakin pelik bila bilik Datuk sunyi sepi, dia hanya mendengar gelakan halus dari Datuk mustaffa.
dia mengangkat kepalanya memandang wajah Datuk Mustaffa yang tersenyum-senyum padanya.
"kamu takut kat uncle ke?. uncle tak makan orang lah, haha.." ketawa besar Datuk Mustaffa melihat wajah Irfan yang tertanya-tanya, pelik mungkin dengan perangainya.
"uncle nak jumpa kamu ni nak tanya pasal pinangan uncle tu". Datuk Mustaffa tergelak kecil, manalah ada zaman sekarang orang perempuan meminang orang lelaki.
takapa la kan Siti Khadijah pun meminang sendiri nabi Muhammad.
"oh..yang tu ke?, ingatkan apa la yang urgent sangat sampai kak Tuti telefon saya banyak kali", Datuk ni buat takut saya je". dia mengurut dadanya lega dari kegusarannya.
tapi macamana dia nak bagitahu keputusannya. dikata setuju nanti risau dikata gelojoh, dikata tunggu dulu takut menghampakan Datuk Mustaffa pula.
"eh.. pandai la si Syarifah tu, uncle memang kata urgent tapi tak ada la sampai suruh dia call ke apa, memandai dia je". Datuk Mustaffa mengeleng-geleng dengan perangai pembantunya yang sorang tu.
oo.. kak Tuti saja nak mengenakannya padan la sewaktu dia berlari nak ke office Datuk tadi ditutup mukanya dengan sebuah fail.. ingatkan kenapa, pelik jugak dia melihat perangai kak Tuti tadi.
biarlah dengan kak Tuti tu mungkin bagi dia apa yang dikata Datuk tu sangat penting, biasalah pembantu peribadi memang macam tu kut. fikir Irfan.
segera Irfan bangun mengikuti langkah Datuk Mustaffa apabila Datuk mengajaknya duduk di sofa, lebih selesa kata Datuk. setelah Irfan duduk dalam keadaan selesa dia bersedia membuka mulut untuk berbicara.
"saya sebenarnya tak tahu nak cerita macamana takut disalaherti pulak". dia tersengeh sambil mengaru-garu kepalanya habit apabila dia dalam keadaan stress.
"tak ada yang nak disalaherti pun Irfan, uncle cuma nak tahu kamu setuju atau tak je, yang lain uncle tak nak ambil tahu pun". balas Datuk Mustaffa, wajahnya jelas gusar dengan jawapan Irfan.
"err.. macam ni Datuk, masa saya balik cuti haritu saya dah berbincang dengan ibu dan babah saya, dan dorang tak kata apa, keputusan semua atas saya sendiri".
"lepastu saya sudahpun meminta pentunjuk dengan bersolat istikharah dan.. jawapanya". Irfan diam ingin melihat reaksi Datuk a.k.a bakal bapa mertuanya tu macamana.
"ha.. apa keputusan kamu tu, tapi kalau kamu dah solat istikharah tu bermakna keputusan kamu atas petunjuk dari Allah, dan uncle terima dengan redha walau apapun jawapannya". balas Datuk Mustaffa tenang.
"emm.. lepas tiga malam berturut-turut saya beristikharah dan dengan izin Allah saya bermimpi, saya nampak emm.. saya nampak Datuk serahkan kepada saya seorang pengantin perempuan dan saya rasa tu lah jawapannya". malu-malu Irfan memberitahu tentang mimpinya sekali dengan keputusannya pada hajat Datuk Mustaffa itu.
"alhamdulillah.. syukur kepada Allah". Datuk Mustaffa mengangkat kedua belah tangan lalu mengusap mukanya. lega sungguh hatinya bila sudah dapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. dia tersenyum lebar Allah sudah memperkenankan doanya setiap hari.
"Tapi Datuk, kalau ikut ibu dan babah saya, dorang nak datang merisik dulu kemudian bertunang dan seterusnyalah.
"emm.. dorang nak tengok bakal menantu". ikut adat kata Puan Mariah bila dia bercerita tentang jawapan dalam mimpinya kepada kedua orang tuanya.
Irfan tertunduk dia berasa yang dirinya sahaja beria-ia tapi apa pula kata Farisya, dia setuju atau tidak. dia mengangkat wajahnya dan melihat Datuk Mustaffa sedang bercakap di telefon.
"iya.. dia dah setuju, ha..mama buat la apa yang patut, saya nak bincang dengan bakal menantu saya ni. iya tahu lah saya, saya letak telefon dulu assalamualaikum".
Datuk lagi teruja
Irfan terkejut, cepatnya Datuk memberitahu Datin tentang persetujuannya. dia mengaru-garu kepalanya. stress!
Datuk memandangnya dan tersenyum selepas meletakkan telefonnya di atas meja kopi.
"okey.. kamu tak payah nak fikir pasal kenduri ni nanti, biar uncle sponser semuanya, pasal Farisya kamu jangan risau dia dah beri persetujuan dulu dari kamu".
"dan lagi satu kalau orang tua kamu nak datang merisik silakan, boleh uncle kenal-kenal dengan bakal besan, tapi kita buat sekali dengan bertunanglah, senang tak membazir waktu.. bukannya dekat Taiping ke Kuala Lumpur ni". sambung Datuk Mustaffa teruja nak dapat menantu.
Irfan menganguk mengiakan, dia terkejut mengetahui yang Farisya sudah bersetuju, bagaimana la Datuk lakukan dan dia tahu perangai Farisya macamana, jangan dipaksa kawin sudahla dia tak nak menambah beban kalau isterinya itu tidak suka kepadanya.
biarlah rahsia macamana Datuk buat bagi Farisya setuju nanti kantoi plak.
"bila nak berlangsungnya Datuk, boleh saya suruh orang tua saya buat persiapan serba sedikit, pasal keluarga saya nak datang merisik dan bertunang ni Datuk tak payah risau, dah tanggungjawab saya, saya buat mana yang mampu". Irfan tersenyum manis
"tiga bulan dari sekarang!" merisik dan bertunang dua minggu lagi". balas Datuk Mustaffa tanpa berfikir panjang.
wajah Datuk Mustaffa sudah tergambar kegembiraan. tak sabar dia nak menimang cucu. kalau boleh dia mahu melompat-lompat teruja depan Irfan tapi ditahan demi maruahnya. haha..apa-apala orang tua ni.
opss.. terlebih sudah Datuk oi, tak tau macamana dorang lepas kawin nanti
Share this novel