Bab 2

Romance Series 7992

Dua tahun kemudian.

"Assalamualaikum, kak Tuti fruitie..".
Sapa irfan lembut", selepas  sahaja selesai menghantar surat dan barang-barang diluar.

"hmm.. akak.! ada surat lagi ke yang saya kena hantar.. kat mana-mana". Irfan menanya pada kak Tuti yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri.

Eh.. awak ni Irfan.. pandai la awak panggil akak.. Tuti fruitie nak kena dia ni". jeling Kak Tuti lalu tersenyum mesra. dia sudah lali dengan gurauan Irfan padanya.

"ada ni.. satu surat awak kena hantar kat tingkat 10, nama ada kat atas surat tu and.. satu lagi Datuk kata nak jumpa awak kat office.." balas kak Tuti sambil menunjuk ke arah bilik Datuk Mustaffa dengan sebatang pen.

"Aikk akak ni tak jawab pon salam saya kak, saya tunggu dari tadi.. tak baik tau, berdosa kalau tak jawab salam ni". balas Irfan sambil tersenyum-senyum menampakkan lesung pipit di belah kirinya manis!.

"Waalaikumsalammm... Irfan yang manis, puas hatiii..!", sahut kak Tuti meleret sambil membuat memek muka tak bersalah beliau.

"Nasib baik akak ni kakak orang tau tapi kalau akak jadi kakak kandung saya.. saya picit-picit pipi akak yg tembam tu, geram saya tengok". jawab Irfan sengajs mengusik.

"eh.. mana surat yang saya nak kena hantar tu.. mai sini, saya dah lambat.. tak dan solat zuhur tadi, kelam kabut nak balik sini takut ada surat yang tak berhantar". sambung Irfan lagi.

"Ha.. nah ambik surat ni". kak Tuti memberikan surat kepada Irfan sambil mulut memuncung protes kepada gurauan Irfan tadi.

"okey kak Tuti", Irfan gerak dulu assalamualaikum, ha.. jangan lupa jawab salam saya yang ni pulak", haha.. Irfan ketawa cepat-cepat dia melangkah sebelum sebuah fail nipis ditangan kak Tuti mendarat ke tubuhnya.

"emm.. nak solat dulu ke nak hantar surat dulu". Irfan berkira-kira, kakinya sudah melangkah ke lif yang kelihatan separuh tutup, cepat-cepat dia melangkah masuk tapi tubuhnya dilangar kuat oleh seorang gadis yang tinggi lampai berbaju gaun merah yang agak ketat sedang tergesa-gesa memasuki lif itu.

yang membuatkan Irfan berasa sakit hati, dia yang sepatutnya sempat masuk ke dalam lif kalau gadis itu tidak melanggarnya, habis surat yang dibawanya melayang entah kemana. matanya melirik ke arah gadis yang sudah melanggarnya tadi sedang bersungguh-sungguh menekan button dalam lif supaya pintu lif itu tertutup dengan lebih cepat meninggalkan Irfan terkulat-kulat.

terpandang perempuan itu melihatnya serupa macam nak makan orang, Irfan menahan dirinya dari masuk bersama.

semasa pintu lif betul-betul nak tertutup gadis itu sempat melayangkan bye-bye dan flying kiss ucapan selamat tinggal kepada Irfan siap dengan muka meluatnya ala-ala memang nak kena pelempang dengan Irfan.

memang betul sengaja tak nak bagi Irfan masuk sekali.

"Arghhh!!.. menyakitkan hati sungguh perempuan tu, apa salah tunggu kejap ke? ajak pelawa masuk sekali ke? ni tak siap buat bye-bye dengan flying kiss lagi, ingat comel ke buat macam tu.. dah rupa macam minah senget aku tengok!.. dia ingat aku saje suka-suka ke nak naik lif tu". bebel Irfan bengang.

"haishh menyusahkan betul".

"baik aku pergi solat dulu, tak baik melambatkan solat". lantas kakinya melangkah ke arah mussola berhampiran. nasib baik Datuk Mustaffa ni orangnya berhati mulia.

mana taknya setiap tingkat di syarikat miliknya itu mempunyai tempat solat yang selesa memudahkan orang-orang yang datang ke syarikatnya menunaikan kewajiban tanpa perlu turun naik mencari tempat sembahyang.

Alhamdulillah! ada jugak orang yang macam Datuk Mustaffa tu kan. respect.

Sesudah selesai semua urusannya, Irfan terus melangkah ke office Datuk Mustaffa. sampai di depan pintu kaca bilik office Datuk, Irfan ternampak si gadis minah senget tadi tu duduk di sofa berduaan bersama Datuk Mustaffa, kelihatan memek muka minah senget tu tegang semacam, macam orang bercinta tengah bergaduh je.

"eh.. Datuk tu tengah bergaduh dengan bini muda ke?, takkan lah kut. ish..! yang aku nak ambil tahu hal orang lain tu dah kenapa". bisik Irfan pelahan sambil mengusap-usap dagunya.

Tok..tokk..tok..

Irfan mengetuk pintu sambil matanya melerek memandang minah senget tadi, gadis itu sudah duduk di kerusi depan meja kerja Datuk Mustaffa, dengan meletakkan dagunya dipermukaan meja dengan mulut senjaga dimuncung-muncungkan serupa sudah dengan mulut itik, Irfan ligat memerhati gelagat minah senget yang tidak diketahui siapa dia. Irfan tergelak lucu melihat keletah gadis itu, hatinya sudah terpaut. tapi dibiarkan sepi, dia sedar siapa dirinya ini.

Datuk Mustaffa mengamit tangannya apabila menyedari kehadiran orang yang dicari sudah datang. serta merta Irfan membuka pintu bilik Datuk Mustaffa setelah melihat isyarat tersebut.

"Irfan.. mari la masuk, ada hal uncle nak bincang dengan kamu". Datuk Mustaffa mempelawa Irfan masuk ke dalam perjabatnya.

"Hmm Fisya.. kamu balik dulu, daddy ada hal nak bincang dengan Irfan dan tentang apa yang Fisya nak tu nanti kita bincang lagi bila daddy balik rumah.. orait dear!". lembut tutur bahasa Datuk Mustaffa memujuk anaknya.

oh.. anak Datuk rupanya minah senget ni". kata Irfan dalam hatinya. ada chance..! tapi mengarut je.. dia tak akan pandang orang macam aku.. jangan mengharap boleh. Irfan berdiri malas mendengar sahaja perbualan dua beranak tu.

"Alaaaa.. daddy memang tak sayang kat Fisya kan..! Fisya nak jugak handbag dengan kasut tu.. limited edition la daddy... lambat nanti habis la orang lain kebas!.

boleh la.. boleh laa dadyy". Farisya bangun dari duduknya lantas mendekati Datuk Mustaffa ingin memujuk lagi.

"pleaseee.." meleret ayat Fisya memujuk daddynya dengan matanya dikedip-kedipkan meminta belas ihsan.

"emm.. padan la kelam kabut nak naik lif konon tak sempat nak tunggu aku, ada benda yang dia nak dengan Datuk.. duit la tu tak ada benda lain, perempuan.. perempuan". gomel Irfan dalam hatinya lagi. meluat sungguh dia melihat drama perempuan minah senget tu. propa je lebih..!

No..! dah banyak sangat kasut dan handbag yang Fisya ada.. nak tambah koleksi lagi".

Irfan terkejut dari lamunannya.. mendengar suara kuat Datuk Mustaffa nasib tak melatah. dia berdiri kaku melihat saja drama dihadapannya. malas mahu masuk campur

"yang baru-baru ni Fisya dah beli.. daddy tengok tak ada Fisya pakai pun.. sudah jangan nak membazir duit daddy lagi dah penuh satu bilik dengan barang-barang Fisya tu". tegas Datuk Mustaffar menjawab menahan hatinya dari dipujuk Farisya.

dia memang lemah kalau anaknya itu merengek-rengek padanya. dikuatkan juga hatinya tidak mahu mengalah. dia sudah letih dengan perangai anak perempuan yang satu ini. boros!.

membazir kan amalan syaiton.. apalah Farisya ni kan.. ish.. ish.

"Hiishhh.. apa ni daddy halau Fisya pulak. susah-susah Fisya datang sini nak pujuk daddy". Farisya memberontak, wajahnya dimasamkan protes dengan penolakan daddynya. tidak hairan pada tetamu yang datang, sikit pun dia tak menoleh. geram hatinya.

tak pernah daddynya menolak apa kemahuannya, kali ni susah pula dia nak memujuk. pelik pula dengan tingkah daddynya itu.

dia susah tergoda dan digoda dengan handbag dan kasut yang terpamir di shopping mall tadi tapi duitnya sudah habis bershopping semalam. nak minta pada kekasih hatinya memang tak dapat la. kedekut!.

okey! fine..! Fisya balik, tapi Fisya balik ni Fisya nak pujuk mommy pulak". rungut Farisya kuat seraya bangun menarik beg tangannya dengan kasar lalu menuju ke pintu sambil menghentak-hentak kasut tumit tingginya dengan mulut sudah dimuncung geram. dia mahu merajuk dengan daddynya hari ni.

macam elok sangat perangai tu kan.

tapi laluan Farisya terhalang oleh Irfan yang sedang tercegat memerhatinya dari tadi, dia melangkah kekanan, Irfan juga melangkah kekanan, dia melangkah kekiri, Irfan juga melangkah kekiri dah macam menari samba! tarakuca tarakucaca.

"eh awak!!.. boleh ke tepi tak, saya tengah tak ada mood ni arghh!.. menyebuk betul". jerit Farisya sambil matanya menjeling tajam ke arah Irfan. tidak hirau siapa, dia memang tengah geram tak mahu nak menelek wajah di hadapannya, yang penting adalah hatinya sekarang tengah bengkak kegeraman.

"eh..! sorry-sorry". Irfan meminta maaf pada mak singa dihadapannya. alamak sombongnya!.

macamana boleh pulak kakinya tersama rentak berirama dengan minah senget tu. dia terkedu. jantungnya hampir gugur bila berhadapan dengan gadis itu.. cantik!

"a.. awak dah boleh keluar, Irfan sudah menyengetkan badannya untuk memberi laluan kepada Fisya! yes Fisya a.k.a. minah senget.

opsss.. elok la dapat gelaran minah senget tu, perangai tak senonoh, pakaian pon emm.. menambah dosa Irfan yang suci tu haishh.. tapi Irfan tu macam dah tergoda dengan kecantikkan Farisya yang berkulit putih berbaju pula berwarna merah menyala menaikan lagi seri diwajah Farisya yang hanya bersolek nipis.

Datuk Mustaffa mengeleng-geleng kepalanya melihat perangai anak gadisnya.. Farisya Nabila.. bila la anaknya nak berubah menjadi gadis yang lemah lembut, sopan serta menjadi penyejuk hati dia dan isteri.

"Aku perlu buat sesuatu untuk Farisya berubah". pasti!. Datuk Mustaffa mahu menjalankan misi yang sudah lama difikirkan. apabila kelibat Farisya sudah hilang baru dia tersedar dengan kehadiran Irfan.

"eh.. Irfan, maaf la kamu dah tertengok drama pukul 7 tadi". Datuk Mustaffa menegur Irfan. terlupa sebentar dia pada Irfan

"jom.. kita duduk dekat sofa ni, selesa sikit". ajak Datuk Mustaffa, dia turut ikut dan duduk bersama-sama dengan Irfan.

"emm.. yang tadi tu.. anak uncle, Farisya Nabila namanya, dah umur 25 tahun, memang macam tu la perangai dia kalau nak kan sesuatu benda". Datuk Mustaffa bersuara memulakan perbualan.

orangnya jenis tak sabar.. kuat melawan kata, manja mengalahkan budak-budak, apa yang dia nak semua kena dapat, kalau tak dapat apa yang dia mahu mulalah mengamuk lepastu merajuk berkurung dalam bilik 24 jam". Datuk Mustaffa sudah membuka aib anaknya.

"bila disuruh kerja tak mahu, bermacam-macam alasan dibaginya, uncle dah letih bagi nasihat.. macam tu jugak la perangai dia tak mahu berubah, uncle dah tak tahu nak buat macamana lagi dengan anak uncle sorang tu". mengeleng-geleng kepala Datuk Mustaffa meluahkan perasaannya pada Irfan.

Irfan hanya mengaru kepalanya yang tak gatal. pelik!

"dah kenapa pulak Datuk cerita aib anak dia kat aku?. Irfan berkata dalam hatinya.

"ehem..! Datuk kata nak bincang sesuatu tadi, pasal apa ye?" Irfan bersuara tak mahu berlama-lama dalam office Datuk Mustaffa ni. sejuk woi..

nampak tak Irfan tukar topik. malas la nak dengar perangai tak senonoh minah senget tu. meluat!. meluat ke?.

"muka boleh tahan comel..! body mantap! tapi perangai... tak senonoh, sapa la yang malang dapat buat bini, selisih malaikat 44  la aku nak buat bini eii..". Irfan bermonolong di dalam hati kecilnya. emm.. ye lah tu tapi dalam hati dah berbunga.

Irfan tersenyum terbayangkan lengok tubuh anak Datuk Mustaffa yang mempersonakan matanya, dengan rela hati dia mahu mendengar pekara apa yang Datuk Mustaffa ingin perkatakan.

"Oh ya..! terlupa dah uncle.. Farisya punya pasal la ni". terdiam sekejap Datuk Mustaffa membetulkan duduknya tapi tidak memberikan keselesaan padanya, dia bangun berdiri pula.

"emm sebenarnya.. hmm.. se sebenarnya uncle aaada hmm ha hajat", tergagap-gagap Datuk Mustaffa bersuara sambil menggosok kedua-dua tapak tangannya itu, tanda Datuk Mustaffa tengah gugup.

"ehemm.. Datuk Mustaffa membetulkan kerongkongnya lalu menyambung ayatnya lagi.

"uncle dah fikir semasak-masaknya, uncle nak kahwinkan anak uncle Farisya Nabila dengan kamu, uncle mohon serta mengharap sangat.. kamu setuju dengan hajat uncle ni". dengan perlahan dan tenang Datuk Mustaffa memberitahu hajatnya pada Irfan.

Irfan Farhain terdiam kata. terkejut mungkin.

krikk..krikk..krikk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience