Bab 18

Romance Series 7992

hari berganti hari, bulan sudah berganti bulan. lagi dua minggu majlis akad nikah akan berlangsung. segala persiapan 95% sudah siap di sebelah pihak Farisya, semuanya diserah pada mommynya Datin Faridah. dia malas mahu ambil tahu walaupun sudah dipersetujuinya.. ahh.. lantaklah apa nak dikata oleh daddynya. dia tak nak masuk campur dalam bab majlis perkahwinannya. full stop!!!

baginya perkahwinan ini akan mengongkong kehidupannya saja. dia tak boleh keluar sesuka hati, dia tak boleh pergi ke club.. tak boleh berpakaian seksi dan ketat dan yang paling tak best dia dah tak boleh nak bershopping selalu. bakal suaminya tu cuma penghantar surat je. berapa la gaji bakal suaminya dapat tiap bulan tidak pula ditanya pada daddynya.

Farisya rasa mahu sahaja lari dari rumah. tapi melihat segala persiapan perkahwinan itu, dia pendamkan sahaja niat di hatinya itu. dia berbaring malas di atas katil, pakaiannya juga ikut malas sepertinya dengan hanya memakai baju baby shirt dengan seluar pendek paras lutut berwarna kelabu, rambutnya diikat pony tail, tangannya lincah membuka helaian demi helaian untuk melihat isi kandungan dalam majalah wanita. si Gucci setia menemani Farisya di sisi.

kepalanya tergoyang-goyang mengikut rentak lagu yang terpasang di radio. sedap pula dia mendengar lagu terbaru dari Datuk Siti Nurhaliza, si pipi merah.

sedang elok dia melayan rentak lagu, tetiba radionya diberhentikan. lantas dia berpaling melihat gerangan siapa yang menutup radio yang dibiar terpasang sejak dari tadi.

"Fisya!.. jom teman mommy pergi beli barang, ada lagi yang tak cukup la". Datin Faridah bersuara lembut mahu memujuk anaknya.

Farisya diam tidak berminat... membelek-belek majalah wanita tanpa rasa ingin berpaling.

sengaja Datin Faridah mengajak anaknya. itu hanya alasannya sahaja untuk mengajak Farisya keluar, selepas majlis pertunangan dulu muka Farisya sentiasa monyok tidak seceria dulu. ditanya sepatah dijawab juga sepatah. senyum pun sekadar mengambil hati dia dan suaminya sahaja

"jom la sayang mommy.. kalau Fisya ikut mommy.. mommy janji akan belikan semua yang Fisya nak.." Datin Faridah sudah membuka senjatanya memancing mood Farisya.

Farisya sudah mula memaling muka, memandang mommynya teruja tapi dia diam kembali. mahu menguji keihlasan Datin Faridah memujuknya.

"mommy janji tak akan bagitahu daddy apa yang Fisya beli.. semua nanti guna duit mommy". pancing Datin Faridah lagi.

"janji". Farisya sudah mula bersuara teruja.

dia sudah muak membeli-belah dalam online. habis semua laman web shopping dilawatnya, baik di dalam negara dan di luar negara. dia rindu bershopping di luar membeli barangan jenama mewah. ah.. dia sudah tidak sabar. cepat-cepat dia turun dari katil mahu menyalin baju. ditolak mommynya keluar menyuruh mommynya cepat bersiap. kucingnya jugak tidak terkecuali dihalau keluar supaya tidak menganggu dia bersiap dengan mengesel-gesel manja dikakinya nanti.

tergeleng-geleng Datin Faridah melihat perangai anaknya bila diajak bershopping. dia sudah bersiap sedia akan pokai sekejap sahaja lagi. demi mengembirakan hati anak gadisnya Farisya.. dia sanggup.

Farisya bersiap dengan kemeja jarang berwarna putih, di dalamnya dia memakai singlet hitam dipadankan dengan skirt labuh juga berwarna putih. rambutnya dibiar lepas panjang hingga ke pinggang. bersama aksesori rayban diletakkan di atas kepalanya serta beg duit kecil bertali halus diselepang di bahunya. wajahnya pula di solek lembut.

kelam kabut dia memakai sandal bertali halus bila Datin Faridah sudah menekan-nekan hon kereta honda CR-V milik mommynya itu.

Farisya kalau bersiap memang makan masa, sudah kematu punggung Datin Faridah duduk di sofa menunggu Farisya di ruang tamu sudahnya dia pergi memanas enjin keretanya dahulu tetap juga Farisya lambat. akhirnya dia menekan hon beberapa kali barulah nampak kelibat Farisya yang tersengeh-sengeh menghampirinya lalu masuk ke dalam kereta.

kereta honda CR-V itu dipandu Datin Faridah laju membelah jalan menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.

selesai memakir kereta mereka di bawah tanah shopping complex terkemuka. mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat atas, bergelak ketawa dah macam best friend forever, ibu dan anak ini.

sampai di eskalator menuju ke tingkat kedua. Farisya ternampak sepasang merpati sejoli sedang jalan berpelukan mesra. nampak gayanya mereka pun baru sahaja sampai.

dia yakin dan pasti itu adalah Haikal bekas kekasihnya bersama dengan pasangannya yang kelihatan agak cantik dan seksi, nampak macam anak orang kaya lagaknya. pasangan itu menuju masuk ke dalam kedai pakaian berjenama polo.

baru berapa bulan sejak dia minta putus hanya 5 missed call je dia dapat dari Haikal. itu dia tak kisah, yang dia kisah sekarang ni perempuan di sebelah Haikal. memeluk erat pinggang si kekasih hati.

tidak mahu perempuan itu menjadi mangsa Haikal seterusnya.. lalu idea gilanya datang.

"mommy!.. mommy naik atas dulu Fisya nak pergi toilet sekejap". Farisya mula bersuara.

Datin Faridah mengangguk-angguk setuju lantas kakinya laju menaiki eskalator menuju ke kedai yang mereka bincangkan tadi.

setelah kelibat Datin Faridah hilang dari pandangan matanya. Farisya memulakan misi menyelamatkan wanita itu. rayban di atas kepalanya dipakai elok, laju kakinya mengekori langkah pasangan itu menuju ke kedai pakaian polo. berhati-hati kakinya melangkah takut tersandung, malu dirinya nanti.

sudah rupa penyiasat persendirian, Farisya berdehem dua tiga kali lantas kakinya mendekati pasangan yang sedang membelek-belek baju di bahagian lelaki.

"emm.. sikit lagi nak kena tipu dah minah tu..". Farisya berkata di dalam hatinya. dia mendekatkan telinga untuk mencuri dengar perbualan pasangan itu. sambil tangannya memilih-milih baju yang tergantung kemas di atas penyidai besi.

"sayang.. tengok ni, i kalau pakai baju ni mesti hensem kan, tambah hensem kalau you yang hadiahkan dekat i ". Haikal bersuara romantik sambil tersenyum kacak. sedang menunjuk sehelai baju t-shirt berkolar berwarna merah dah hitam kepada kekasih barunya itu.

Haikal memang seorang yang kacak. wajahnya putih bersih, senyumannya mengoda siapa yang melihatnya, bibir merah Haikal mengiurkan. matanya cantik dan berbulu mata sedikit lentik.

ahh.. Farisya tergoda.

tapi sayang kekacakkan Haikal cuma menutup perangai yang bluwerrkk..

cepat-cepat Farisya beristifar. sudah jauh dari misinya tadi lantas dia mendekati Haikal.

"eh.. sayanggg!!.. you pun ada kat sini jugak, siapa ni?.., ni ke kakak you yang you cerita kat i hari tu.., eii.. buruknya muka tak samalah dengan muka you yang hensem gila ni". Farisya sudah mula berlakon sambil tangannya meraih lembut lengan Haikal.

Farisya sudah tersenyum sumbing bila perempuan tadi mula menunjukkan wajah cemberut mahu merajuk.

"sayang.. Mira!!..." panggil Haikal kuat bila kekasihnya buat endah tak endah. tangan Farisya ditolak kasar.

kaki Mira melangkah perlahan keluar dari kedai pakaian itu. memberi peluang untuk Haikal memujuknya.

"you jangan percaya cakap dia, i tak kenal lah perempuan ni sumpah!!.." Haikal mula memujuk, mengejar kekasihnya yang sudah keluar dari kedai tadi.

Farisya mengekori Haikal ingin melihat adegan pujuk memujuk. tapi jangan haraplah!.. dia akan membuatkan Haikal putus hubungan dengan kekasihnya itu. misi mesti diteruskan.

"you.., buat apa pergi kejar dia, i kan ada untuk you, i akan belikan segala apa yang you mahu". Farisya bersuara menyampuk manja lantas melentokkan kepalanya di dada bidang Haikal menunjukkan bertapa dia menyayangi Haikal sepenuh hatinya.

melihat adegan Farisya bermanja dengan kekasih hatinya. wanita yang bernama Mira itu terus berlalu geram tanpa berpaling kearah Haikal. sungguh sakit hatinya.

"sayang.. pleasee.. jangan dengar cakap perempuan gila ni". Haikal masih lagi cuba memujuk tetapi hampa Mira sudah tidak menoleh kearahnya lagi. laju pergi meninggalkannya sendirian bersama Farisya.

"arghhh!!.. you memang gila la, Farisya Nabila!". Haikal sudah naik angin, menolak kuat kepala Farisya di dada bidangnya. baru dia nak mengayat Mira untuk membeli beberapa helai baju berjenama polo sudah dihalang pula oleh Farisya.

dia sudah tidak hairan dengan orang ramai yang memandang mereka sejak dari tadi lagi. hatinya meledak marah, mana taknya kekasihnya yang juga anak Tan Sri itu sudah pun lari, barangan yang dia idamkan pun tak dapat. malang sungguh nasibnya hari ini. Haikal mendengus kuat mahu melegakan amarah, matanya menjeling tajam tubuh gadis di hadapannya yang sudah tersenyum sumbing.

geram sungguh Haikal memandang wajah Farisya saat ini tiada langsung riak bersalah. dengan senyuman mengejek Farisya beredar naik ke tingkat atas menuju ke arah Datin Faridah meninggalkan Haikal yang tengah menahan marah padanya.

                ???????????

Irfan sengaja berjalan-jalan di shopping complex terkemuka ingin melihat bagaimana orang-orang kaya menghabiskan duit mereka membeli belah di sini. melihat harga barangan di kedai-kedai tadi sumpah dia tak mampu. harga yang dipamerkan membolehkan dia membeli berdozen-dozen baju bundle. Irfan tersengih-sengih.

sampai di hadapan kedai pakaian jenama polo, laju kaki Irfan berjalan memasuki ke dalam kedai ingin melihat-lihat, window shopping katanya. dia tersenyum manis pada penyambut tetamu di hadapan pintu. lantas kakinya melangkah ke bahagian pakaian lelaki di tempatkan.

Irfan membelek-belek melihat harga baju-baju disitu, macam-macam ekspresi wajahnya ketika melihat harga yang ditunjukkan, sekejap terlongo, sekejap ternganga. Irfan meraup-raup wajahnya kalau dia nak menyopping di sini kena tunggu gajinya setahun atau dua baru boleh membeli sehelai kemeja, belum lagi seluar jeans. kemudian dia mengeleng-geleng kepalanya.

lantas kakinya beredar mahu keluar dari kedai itu, sebelum keluar dari situ Irfan terdengar suara yang dia agak kenal. lantas merapati mahu mendengar dengan lebih jelas.

"eh.. sayanggg!!.. you pun ada kat sini jugak, siapa ni?, ni ke kakak you yang you cerita kat i dulu, eii.. buruknya tak samalah dengan muka you yang hensem gila ni".

"sayang!!.." jantung Irfan berdegup laju. berdebar-debar dirinya merapat ingin melihat gerangan siapa yang berkata-kata itu. jangan lah orang yang sudah bertakhta di dalam hatinya..

kelihatan seorang perempuan sedang merebut kekasihnya dengan seorang lagi perempuan, melihat wajah kekasihnya itu yang memang berhak untuk direbut-rebut. kacak!.

Irfan melarikan matanya ke arah tangan perempuan itu yang melingkar lembut di lengan kekasihnya. takut sungguh kekasihnya itu dirampas orang.

takut-takut Irfan memandang gerangan perempuan itu yang suaranya mirip sungguh dengan..

Farisya!!!...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience