Bab 17

Romance Series 7992

Farisya berasa lega apabila Puan Mariah dan Encik Roslan berlalu pergi ke khemah untuk menjamu selera. bukannya dia rimas tapi dia malu.. sebab baru je berjumpa lagipun dia tak reti nak bermesra.

sejak tadi dia perasan yang dirinya diperhati, Puan Mariah kata Irfan ada di luar. adakah Irfan yang memerhatinya?. serta merta dia menjengok kepalanya melihat keluar dari tepi jendela tetapi kelihatan kesemua tetamu sedang menjamu selera. tiada langsung wajah mamu Pulau Pinang tu.

"kamu buat apa tu Fisya.. tengah intai tunang ek?. sedikit terkejut Farisya bila Natasya menegurnya dari belakang bila masa sepupunya muncul tidak diketahuinya.

"eh.. mana ada la, saja nak tengok luar tak boleh ke? kau tak makan, tak lapar ke?. Farisya membalas dengan soalan kononnya nak melarikan diri dari Natasya. yang ni dia memang betul rimas.

dari tadi Natasya Fatihah mengekorinya bertanya soalan yang dia sendiri tiada jawapan. baru nak bernafas sudah muncul soalan-soalan yang menyesakkan dadanya.

"kejap la nak pergi mana, jom la kita pergi makan sama-sama sambil kau tunjuk mana satu tunang kau". Natasya pantas menahan Farisya apabila melihat sepupunya itu sudah mula menyorak langkah hendak ke sofa berdekatan dengan ruang makan. dia mendengus pelahan menyikirkan rasa rimas yang mula menyinggah.

nak naik ke biliknya nanti dikata tak hormatkan tetamu. kan ini majlisnya, dia taknak memalukan muka mommy dan daddynya lalu dia duduk di atas sofa di sebelah meja makan.

"ish.. Tasya ni menyebok pula dah, nak suruh aku tunjuk tunang aku, aku pun tak kenal". Farisya bermonolog dalam hati. dia berfikir bagaimana cara nak mematahkan cadangan Natasya lantas dia tersenyum sinis.

"alamakk!.. sakitnya perut aku ni, eh Tasya! kalau Mak Su tanya aku, kau kata aku gi jamban ek", sakit perut ni.

"prutttt.. Farisya membongkok dan memeggang perut sambil membuat bunyi kentut, dia berjalan terbongkok-bongkok lagi sekali dia membuat bunyi kentut. "pruttt.. lalu dia berlari menuju ke tandas.

anak beranak pandai berlakon ye.

"eiii.. busuk la perangai kau ni Fisya". tangan Natasya sudah menutupi hidungnya, "tak guna punya sepupu ada ke buang angin kat depan aku". Natasya mendengus geram lalu keluar menuju ke khemah untuk memenuhi perutnya yang sudah berbunyi keriangan.

Farisya ketawa terbahak-bahak melihat sepupunya itu berlalu pergi,  dia mengintai segala gerak geri sepupunya itu di sebalik langsir sebelum ke tandas kerana sudah tak tertahan nak membuang air kecil.

Farisya segera memusingkan badannya, ketawanya masih bersisa dia tertunduk-tunduk menekup mulutnya menahan ketawa tanpa dia sedari dirinya sedang diperhati.

kakinya mula melangkah menghala ke tandas yang berada di hujung ruang makan tapi dirinya dikejutkan oleh suara seorang lelaki yang berpakaian baju melayu hitam dan berseluar jeans tengah berpeluk tubuh. oleh kerana terkejut dia hanya ternampak bahagian sisi lelaki itu sahaja.

"eh awak.. tak baik buat sepupu awak macam tu, lagipun tak elok anak dara perangai lagu tu". tegur suara lelaki itu lalu keluar dari ruangan tersebut membiarkan Farisya berdiri terpinga-pinga.

nampaknya lelaki itu sudah memerhatinya dari tadi, "alamak dia tahu la apa yang aku buat kat Natasya tadi".

"malunyaaa..". Farisya menekup mukanya yang memerah dia terlompat-lompat kecil, mengingatkan dia mahu terkencing segera kakinya laju ke tandas ingin membuang hajatnya yang tak sabar hendak keluar.

sesudah selesai membuang hajat Farisya asyik memikirkan lelaki itu, walau wajahnya tidak Farisya perasan tapi suara lelaki itu menusuk-nusuk kalbunya.

"machonya suara dia, melting aku dengar". Farisya bersuara romantik, tertarik dengan suara lelaki tadi.

"tak baik buat sepupu awak macam tu, lagipun anak dara tak elok perangai lagu tu". Farisya mengajuk suara lelaki itu dengan mengaraukan suaranya kemudian dia terbahak-bahak ketawa.

oh! siapa kah gerangan suara itu, mesti hensem! kenapa la aku tak perasan muka dia". Farisya berfikir sejenak mungkin lelaki itu saudara atau kawan Irfan, sebab dia dengar lorat utara tadi.

tapi bila difikirkan balik dia pun dah bertunang buat apalah nak memikirkan lelaki lain. nasib baik lelaki itu datangnya dari keluarga Irfan, jadi memori kelakuannya yang dilihat lelaki tadi akan dibawa pergi oleh lelaki itu jauh ke Taiping, fuh.. lega hatinya.

                 ????????????

Irfan yang tadi sudah selesai ke tandas ingin keluar semula ke khemah tapi dibatalkan hajatnya bila terdengar suara Farisya dan seorang perempuan sedang bersembang.

sengaja dia ingin mencuri dengar apa yang disembang oleh mereka berdua sambil memerhati wajah comel tunangnya itu. dia berdiri ralit memerhati gerak geri Farisya di sebalik langsir sehingga dia melihat perangai tidak senonoh tunangnya. minah senget memang perangai macam tu. ahh... macamana boleh terjatuh cinta dengan Farisya dia pon tak pasti.

Irfan terkedu bila dia melihat tubuh Farisya lari menuju ke arahnya dan mengambil tempat di mana dia mengintai Farisya tadi.

cepat-cepat dia memjarakkan tubuhnya agar Farisya tidak perasan akan dirinya yang sedang asyik memerhati. dia mengecilkan matanya, galak memandang gelagat tunangnya.

"comelnya dia ketawa". Irfan terpana angau. ah sudah.. sudah jatuh cinta kali ke berapa.

Irfan mengeleng-geleng kepala lantas menegur kelakuan tunangnya itu, dia tak boleh berlama-lama di situ takut terjadi adegan yang tak diingini pula. kalau berdua-duaan pasti ada yang ketiga nanti.

bila dia sudah tinggalkan Farisya terkulat-kulat di sana barulah dia ketawa serta mengeleng-gelengkan kepalanya teringat dengan kelakuan Farisya tadi.

muka Farisya semasa membuat aksi buang angin tu tersangatlah hodoh, tentu tunangnya sekarang tengah malu teruk. Irfan ketawa dan tersenyum-senyum lagi.

"apa yang hang dok senyum sorang-sorang dari tadi adik oii". tegur Encik Roslan bila melihat Irfan ralit tersenyum-senyum.

"tak ada apa la babah, adik dok teringat cita P.Ramlie semalam, lawak sungguh". Irfan menjawab selamba.

Irfan memandang jam di tangannya lalu bersuara.

"jom la ibu, babah.. dah pukui berapa ni, nak jalan-jalan lagi, nak balik Tepeng pulak sampai kui bapa". ajak Irfan bila melihat ibu dan babahnya asyik bersembang sesama sendiri.

"ha iyalah semua dah selesai, perut pun dah kenyang, nanti lama-lama kat sini ngatok pulak, bila masa nak sampai sana". ibunya pula menyampuk. sudah teringat janjinya dengan Irfan nak berjalan-jalan di Kuala Lumpur.

Irfan dan semua ahli keluarganya bangun menghampiri Datuk Mustaffa dan Datin Faridah yang berada di muka pintu sedang melayan tetamu yang meminta diri untuk pulang ke rumah mereka.

"Datuk, Datin.. kami nak mintak izin nak balik dulu, dah pukui berapa ni takut sampai lewat pulak". Encik Roslan menyuara keinginannya untuk pulang.

tak payah la berDatuk Datin bagai,  malulah kami, panggil Mus je lah. lagipun kita ni kan dah nak bersaudara". Datuk mustaffa berkata sambil tersenyum kecil.

"ye lah abang, akak boleh je panggil saya idah, ni dah nak balik ke? sekejap saya panggil Farisya". Datin Faridah pula bersuara lalu masuk ke dalam rumah memanggil anaknya.

mendengar Datin Faridah ingin memanggil Farisya cepat-cepat Irfan mengundur diri dia menghulur tangan menyalami Datuk Mustaffa.

tahu akan keadaan itu Datuk Mustaffa mengangguk kecil membenarkan Irfan pergi dari situ. dia sudah memberitahu kepada Irfan akan syarat Farisya yang satu itu.

tapi Irfan memberitahu ibu dan babahnya yang dia tak akan menunjukkan mukanya pada Farisya selama tempoh mereka bertunang kerana Farisya taknak seri mukanya hilang bila jadi pengantin kalau asyik berjumpa dan biarlah mereka jadi malu-malu bila kali pertama berjumpa pada akad nikah nanti.

jadi ibu dan babahnya pun membenarkan Irfan menunggu mereka semua di kereta.

selepas kelibat Irfan menghilang Datuk Mustaffa bersuara semula.

"maaf la tak dan nak melayan kamu semua, Kakak saya yang duduk di Singapore nak balik tadi, ada hal kecemasan, tu nak balik cepat". wajah Datuk Mustaffa jelas menunjukkan dirinya serba salah.

"eh.. tak dak apalah, kami faham". Puan Mariah menjawab bagi pihak mereka menghilangkan rasa serba salah Datuk Mustaffa.

kelihatan Datin Faridah dan Farisya muncul di muka pintu. segera Farisya menghulurkan tangan ingin menyalami Puan Mariah.

"ibu dan babah nak balik dah, hati-hati ye". lembut Farisya berbicara. dia turut menyalami orang-orang perempuan di kalangan keluarga Irfan. tak ramai pun tapi dia nak menunjukkan sikapnya yang baik dan sopan taknak dirinya nanti jadi bahan kutukan pula sampai ke Taiping.

Datuk Mustaffa dan Datin Faridah tersenyum melihat cara Farisya melayan tetamu. alhamdulillah anaknya tak buat perangai gilanya. itu sudah melegakan hati mereka.

mereka bertukar barang-barang hantaran, tak lupa juga cenderahati yang berbentuk frame dibungkus cantik dan terdapat satu kad kecil siap bertulis SELAMAT BERTUNANG FARISYA NABILA & IRFAN FARHAIN digantung di setiap bungkusan juga telah diberikan kepada semua keluarga Irfan dan juga tetamu yang hadir.

perasaan Farisya di dalam rumah dan Irfan yang sedang menunggu semua ahli keluarganya di kereta berasa sangat-sangat lega bila sudah satu bab dalam kehidupan mereka sudah selesai.

tapi dalam kelegaan itu Farisya masih ragu-ragu bolehkah dia terima tunangnya yang serupa mamu Pulau Pinang tu, dia takut dia tak boleh menerima bila dia bertemu dengan bakal suaminya nanti, hanya doa yang mampu dititipkan bagi menenangkan hatinya yang celaru. Farisya hanya menghantar ke semua ahli keluarga Irfan dengan ekor matanya sahaja.

Datuk Mustaffa serta Datin Faridah pula menghantar semua keluarga Irfan sampai ke kereta mereka dipakir, Farisya pula sudah masuk ke dalam rumah duduk di sisi pelamin membelek-belek cincin di kedua-dua jari dan barang hantaran yang diterimanya. dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. walau hatinya ingin sahaja memberontak. wahai hati sabarlah.. perlahan-lahan air matanya yang mengalir di pipinya di sapu lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience