wajah Farisya kelihatan sembab disebabkan terlalu banyak menangis, sudah dibasuh mukanya berkali-kali tetapi tetap juga nampak sembab, sudahnya di memake-upkan mukanya ala kadar menutup wajahnya yang pasti bila orang melihatnya boleh meneka dia baru sahaja lepas menangis.
dia membuka semula telefonnya dan terdapat hanya 5 missed call dari Haikal, 5 je..! nampak sangat usaha Haikal untuk memujuk Farisya tiada. tapi Farisya tak kisah pun hatinya lega bila satu beban sudah hilang. hanya tinggal satu lagi.
dia turun ke bawah, perutnya sudah berkeroncong dari tadi hanya biskut dan air kosong yang sememangnya ada dalam biliknya itu untuk mengalas perut.
di ruang dapur kelihatan Datin Faridah tengah menolong Mak Senah orang gaji mereka memasak, baru balik la tu. mommynya memang begitu walau letih macamana sekalipun tetap ingin memasak untuk dia dan daddynya.
dia mencari kelibat Datuk Mustaffa tapi hampa. tak apa lah tunggu malam nanti la dia bertanya tentang itu. tentang apa yang pastinya boleh mengubah statusnya nanti. Farisya menghampiri Datin Faridah yang tengah mengacau lauk di dalam periuk.
"mommy!. masak apa hari ni, bau macam sedap je". tegur Farisya mesra.
"emm.. mommy masak lauk kegemaran daddy ngan Fisya la, kari kepala ikan, ayam masak merah dengan sup sayur campur, kenapa tanya?.. dah lapar la tu kan, kalau tak asyik terperuk kat dalam bilik 24 jam, kalau boleh". perli mommynya sambil mencekak pinggang.
anak daranya seorang ni bukan jenis nak ke dapur semuanya dihidang depan mata macamana la bila berkahwin nanti mesti malu mukanya bila anak daranya tu tak reti menbuat kerja rumah. salahnya jugak memanjakan sangat si Farisya ni.
Farisya berlalu duduk di sofa bermain dengan si Gucci kucing kesayangannya di ruang tamu sementara menunggu makanan dihidang, nak dibantu mommynya sudah ada Mak Senah jadi dia mengundur diri duduk di sini sambil menonton television.
sedang Farisya asyik tergelak-gelak melihat aksi spongebob dan patrick di television. Mak Senah memanggilnya makan bersama Datuk dan Datin. eh.. daddynya dah balik tak sedar pula dia. tulah asyik sangat dengan kartun sampai tak sedar daddynya dah balik.
emm kalau dah bersuami macamana la gaya Farisya kan.
"puas dah tengok kartun sampai tak ingat nak makan". perli Datuk Mustaffa.
Farisya terkulat-kulat menghampiri meja makan. bau masakkan mommynya menaikkan seleranya yang hilang semasa menonton kartun tadi.
lantas nasi disenduk kedalam pinggannya dan tanpa rasa malu dia mengambil lauk-pauk dan menyuap nasi kemulutnya macam tiada apa yang berlaku sebelumnya. Datuk Mustaffa dan Datin Faridah berpandangan sesama sendiri sambil mengeleng-geleng kepala melihat perangai anak dara mereka.
selepas isyak mereka tiga beranak duduk santai di ruang tamu sambil menonton television, dan kemudian datang Mak Senah membawa dulang dan di atasnya ada sebuah teko berisi air milo panas. dituang air itu di ketiga-tiga cawan yang dihidang di atas meja kopi di hadapan tiga beranak sebelum dia berlalu pergi menuju ke dapur.
"daddy.., boleh Fisya tanya tak?". Farisya bersuara memecah kesunyian antara mereka.
"emm.. apa dia". balas Datuk Mustaffa acuh tak acuh matanya masih melekat di kaca television menonton rancangan kegemarannya.
"ehemm.. Fisya nak tanya ni.., sape nama calon suami yang daddy pilih untuk Fisya, umur berapa, kerja apa kat pejabat daddy, asalnya orang mana". tanya Farisya bertubi-tubi, dia berhak tahu.
mendengar Farisya bertanya tentang Irfan, Datuk Mustaffa terus membetulkan duduknya menghadap Farisya. ingatkan anaknya tak nak ambil tahu, sejak hari dia berlakon sakit hari tu Farisya diam seribu bahasa. baru hari ni anaknya mahu bertanya.
"kenapa nak tahu, tak percaya dengan pilihan daddy ke?. Datuk Mustaffa sengaja menduga anaknya, nak tahu perangai anaknya sudah tahap mana.
Farisya ingin memberontak tapi ditahan, risau pula daddynya sakit buat ke sekian kalinya. dia mengontrol perasaannya lalu tersenyum simpul dan bersuara lagi.
"nak tahu lah.. Fisya nak kunci dalam hati nama bakal suami Fisya, nak tahu jugak dia kerja apa?, orang mana?, untung-untung boleh bawa mimpi time tidur nanti.. hehehe". dia menjawab ketawa perlahan mahu berseloroh dengan daddynya. Farisya menundukkan wajahnya jari kakinya menguis-guis karpet bulu hitam yang terbentang elok di ruangan tamu itu.
nampak ada perubahan dengan sikap anaknya Farisya, Datuk Mustaffa agak terkejut, kalau tidak! apa yang ditanya mesti kena dijawab dengan cepat kalau tak merajuklah sampai menghentak-hentak kaki terus naik ke atas. emm.. bagus-bagus tak sia-sia dia berlakon sakit.
Datuk mustaffa tersenyum memandang isterinya yang turut tersenyum mendengar seloroh Farisya tentang bakal suaminya.
"amboii.. gatal anak mommy ni, tak sabar dah nak kawin ye.., mommy dan daddy lagi tak sabar nak dapat cucu". seloroh Datin Faridah pula nak tergelak melihat reaksi Farisya bila disebut pasal cucu.
"apa ni mommy.., ke situ pulak". jawab Farisya malu, mukanya sudah memerah. "ahh tu la gatai sangat nak bergurau kan dah kena sejibik". Farisya bersuara didalam hati.
Datuk dan Datin tergelak kuat melihat wajah anaknya yang memerah menahan malu. senang hati mereka melihat perangai Farisya yang mula lembut.
memang betul keputusan mereka nak kenankan Irfan pada Farisya. tengok la sekarang belum pun kenal dan belum diijabkabul sikap Farisya sudah mula berubah.. kuat betul aura Irfan Farhain ni.
"betul nak tahu ni!." Datuk Mustaffa sudah mula bersuara.
"eh.. nak la daddy, buat apa Fisya tanya kalau tak nak jawapan". Farisya menjawab perlahan hatinya berdebar-debar mengharap nama yang disebut daddynya ialah Syed Mokhtar!".
"pleasee.. pleasee.." biarlah tekaannya betul, doa Farisya dalam hati. boleh la malam ni bermimpi indah bertemankan wajah Syed Mokhtar yang boleh tahan tampannya.
"okey.. okey.. daddy bagitahu, dengar betul-betul ni.. ". Datuk Mustaffa berhenti bersuara mahu melihat reaksi Farisya. melihat wajah anaknya yang teruja dia meneruskan percakapan.
"nama dia Irfan Farhain bin Mohd Roslan, umur 30 tahun, orang utara kat Taiping, Perak. dan dia kerja kat opis daddy, emm.. sebagai mat despacth je". Datuk Mustaffa menjawab semua persoalan Farisya dengan tenang.
"emm.. ada apa-apa lagi Fisya nak tahu tentang dia, kalau Fisya nk tengok dia esok datang la ke ofis, daddy tunjukkan orangnya, atau Fisya nak jumpa kenal-kenal, sembang-sembang ke?".
Farisya terlopong mendengar nama mamu Pulau Pinang yang disebut daddynya sekejap tadi, lelaki itu yang telah terpilih.. kenapa bukan Syed Mokhtar..?, dia agak kecewa, lagi kecewa bila mendengar yang lelaki itu berkerja sebagai penghantar surat di syarikat daddynya, tak ada class langsung.
Farisya bersunggut dalam hati. kata persetujuan dah diberi dia redha kalau itu ketentuan jodohnya dari Ilahi. tapi.. ada juga tapinya. tak ada ke yang lebih elok rupa parasnya dan kerja yang bagus nak diberi padanya yang cantik dan vouge ni. huhu tak padan la daddy. langsung tak padan.
eh.. yang elok perangai kau nampak la kan Farisya yang hodoh kau tolak tepi-tepi buat tak perasan.
"kenapa diam je Fisya?, jangan risau daddy pilih yang sesuai dengan Fisya, baik orangnya dan mommy dan daddy yakin Irfan akan jaga dan sayang Fisya macamana mommy dan daddy jaga dan sayang Fisya". yakin sahaja suara Datin Faridah menyampuk sejak dari tadi dia diam.
Datin Faridah pun belum pernah berjumpa dengan bakal menantunya itu tapi dari cara suaminya bercerita tentang Irfan dia dah dapat meneka bagaimana orangnya.
Farisya mengangguk lemah nak dibangkang dia sudah bersetuju yang peliknya mommy dan daddy kata Irfan Farhain tu padan dan secocok dengan dia, eii.. aku yang putih melepak ni nak dipadankan dengan dia yang hitam legam tu. sah dah rupa macam tahi cicak!!..
lagi satu macamana lah bakal suaminya nak menanggung dia yang agak boros ni bila berkahwin nanti. agak-agak la daddynya carikan suami yang kerjanya sebagai penghantar surat tu. daddy nak seksa dia agaknya. oh tidak! macamana ni..
"emm daddy.. emm.. Fisya dah bersetuju kan nak kawin dengan pilihan daddy tu.., tapii boleh tak Fisya nak letak syaa.. syarattt..". Farisya bersuara akhirnya sambil menunggu jawapan dari daddynya.
dia tak nak lah daddy dan mommynya tahu yang dia sudah kenal rupa paras Irfan Farhain dari dalam buku syarikat, malunya dia kalau mommy daddynya tahu nampak sangat dia gelojoh.
"oh tuhan.. bantulah aku, berikan aku kekuatan mengharungi dugaan ini. kalau Kau tahu itu memang jodohku.. lembutkan hatiku menerima dia". Farisya berdoa dalam hati. walaupon dirinya menolak mahu bersama Irfan Farhain.
Share this novel