Bab 16

Romance Series 7991

Rumah Datuk Mustaffa meriah dengan suara sanak saudara terdekat, khemah-khemah sudah dipasang menandakan kenduri sedang berlangsung, terdengar alunan-alunan zikir dan selawat dari ahli-ahli masjid di perkarangan ruang tamu rumah mereka.

di ruangan tamu itu terdapat sebuah pelamin mini dihias cantik dan kemas berwarna unggu lembut dan silver dipenuhi bunga-bunga ros berwarna krim kesukaan Farisya. karpet bulu lembut berwarna putih sudah dihampar dari hujung ke hujung lantai di ruang tamu itu. lembut sungguh mengena tapak kaki bila memijaknya.

enam barang hantaran yang siap digubah bertemakan warna merah dah krim cantik disusun di sebelah pelamin. direka khas untuk majlis merisik dan bertunang anak Datuk Mustaffa dan Datin Faridah.

di dalam bilik atas, Farisya yang sudah bersiap dengan persalinan baju bertunang berwarna kuning lembut yang ditempah oleh Datin Faridah nampak cantik dan menawan di make up pula dengan jurusolek terkenal menaikan lagi seri wajah Farisya.

Farisya kelihatan anggun mengayakan busana kurung moden bersulam dan mutiara putih di hujung kedua-dua tangan baju dan dibawah leretan baju nampak ringkas. kain bajunya perpotongan ikan duyung meleret sedikit panjang di bahagian belakang. rambut panjangnya disanggul dan di selit kemas dua kuntum bunga ros berwarna pink terang menaikkan lagi kecantikkan yang dia miliki.

walau wajahnya sudah di make up cantik dirinya tetap nampak tidak keruan. hatinya berbelah bahagi hendak teruskan atau menghentikan majlis. dia takut dan dapat merasakan bahawa dirinya tidak bersedia lagi.

namun bila dia melihat wajah Datin Faridah yang sudah siap sedondon dengan Datuk Mustaffa dengan memakai persalinan berwarna hijau pucuk itu terseri-seri teruja, dia menahan diri. tidak sampai hati nak membuat perangai gilanya. dia sudah berjanji pada mereka. behave Farisya pujuknya lembut pada diri sendiri.

"cantiknya anak mommy ni, macam mommy dulu time nak bertunang dengan daddy dulu lah..". Datin Faridah yang berdiri di muka pintu memuji anaknya dan juga diri sendiri, nak jugak!, dia teringat zaman dia muda-muda dulu masa dia mula berjumpa dengan bakal suaminya yang juga pilihan dari orang tuanya.

Farisya cuma tersenyum kecil menutup rasa gugupnya dari tadi tapi rasa gugupnya bertambah bila daddynya memanggilnya turun menandakan keluarga Irfan sudah sampai.

Farisya menuruni tangga dengan berhati-hati tanpa disedari dirinya diintai Irfan dari luar tingkap yang terselindung.

"cantiknya dia..." bisik Irfan perlahan. jantungnya berdegup. apakah pertanda dia sudah jatuh cinta!.

Farisya turun bersama Datin Faridah dan jugak sepupunya, siapa lagi si becok tu la Natasya Fatihah. dari tadi asyik bertanya itu ini dia hanya menjawab mana yang patut selebihnya mommynya yang tolong jawab.

"ramainya orang Fisya, tu keluarga tunang kau ke Fisya?. macam orang kampung je kan, tak padan la dengan kau yang vouge ni". Natasya sudah mula membecok tapi serta merta diam bila dicubit lembut oleh Datin Faridah di sebelahnya.

"apa ni Mak Su, sakit Tasha tau". Natasya memprotes perbuatan Datin Faridah. walau tak sesakit mana pun saje je dia, mulut becok kan.

sampai je Farisya di pelamin mini, dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia untuknya. tertunduk malu diam tak berkutik menunggu dan mendengar sahaja perbincangan di antara keluarganya dan juga keluarga Irfan.

seketika terdengar gelak ketawa dari mereka, riuh sekejap ruangan di situ entah apa dibincangkan tidak didengar Farisya, dia lebih menjiwai detak jantungnya ketika itu, dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan bagi melegakan perasaan gemuruhnya saat ini.

sesudah mereka selesai berbincang tentang wang hantaran dan sebagainya, sudah sampai masanya dia berjumpa dengan bakal ibu mertua.. jantungnya sudah berdegup kencang. tangannya sudah berpeluh sejuk.

terketar-ketar dia menyambut huluran tangan Puan Mariah, sejuk!.. maknanya sama-sama nerves lah ni.

setelah tangan Puan Mariah disambut lembut seraya tubuh Farisya ditarik masuk kedalam dakapannya, lantas dicium pipi bakal menantunya kiri dan kanan, Farisya terkedu dengan perbuatan Puan Mariah terasa dirinya disayangi.

"cantiknya menantu ibu ni.. untung Irfan dapat Farisya". puji Puan Mariah yang membuatkan Farisya tersenyum malu.

Natasya yang duduk di sebelahnya mencebek cemburu.. bila la pula masanya nanti, dia sudah tidak sabar menantikan saat itu, duduk di pelaminan menunggu jari disarung cincin. indahnya..

Puan Mariah duduk di sisi Farisya dan sudah bersedia ingin menyarung cincin kepadanya dan dengan rela hati nuraininya dia menghulur jari manisnya untuk menerima dua bentuk cincin yang muat di kedua-dua jarinya itu. pipinya menjadi mangsa ciuman dari Puan Mariah sekali lagi membuatkan dia terkedu buat kedua kalinya.

flash dari kamera dan telefon memenuhi ruangan pelamin mini itu untuk mereka sanak saudara membuat kenang-kenangan.

dia memandang wajah Puan Mariah, memang jelas terpancar wajah keibuan tiap kali Puan Mariah tersenyum, terus lembut hati Farisya, tak jemu dia memandang wajah bakal ibu mertuanya itu.

"eh.. kejap kalau wajah ibu Irfan lembut, manis macamni tak ada pun muka ala-ala mamak, apasal Muka Irfan gelap! mungkin ikut wajah ayah dia.. Irfan ni". pelik dengan keyataan yang dilihatnya.

Farisya mencari wajah pakcik-pakcik dari kalangan keluarga Irfan yang datang, ditoleh kekanan tiada cuma ada hantaran dari belah lelaki, berapa? tidak pula dia mengira, nampak banyak jugak tu, dia menoleh kekiri pula.

kelihatan seorang lelaki memakai kopiah putih dan memakai kurta labuh berwarna coklat muda duduk di hujung sekali, memang ada iras muka mamak dengan seorang budak lelaki di atas ribanya, muka budak itu pun ala-ala mamak berhidung mancung, dari pandangan Farisya mungkin itulah bakal bapa mertuanya, dan maknanya Irfan ada adik kecil la ye.

"cari sapa?". tanya Puan Mariah.

Farisya tersenyum malu kemudian dia mengeleng-geleng kepalanya.

"cari adik.. eh Irfan ke?, dia ada kat luaq, jenuh makcik suruh dia masuk takmau plak dia tu, mengada-ngada". sambung Puan Mariah lagi.

"Adik..?" Farisya berbisik perlahan. pelik.

"eh bukan.. makcik, bukan cari Irfan pun, saja nak tengok berapa ramai orang yang datang". Farisya berbohong sunat tak mahu beritahu apa yang dicari.

"mak dia panggil dia adik?, bapak manja Irfan ni". kutuk Farisya pada Irfan dalam hatinya. dia tersenyum simpulq.

"makcik pergi la makan dulu ajak pakcik sekali". ha idea Farisya sudah datang dia nak tengok siapa yang Puan Mariah ajak makan sekali nanti, adakah pakcik hujung dengan budak lelaki tadi. jeng jeng jeng.

"ye.. ye.. jom la Farisya makan sekali dengan kami, boleh berborak kenal-mengenal". cadang Puan Mariah mengajaknya.

"eh.. tak apa lah nanti Fisya makan dengan mommy, makcik pergi la makan dulu". tolak Farisya lembut sambil matanya mencari-cari kelibat Datin Faridah. dilihat mommynya sedang sibuk melayan tetamu.

dia segan dengan Puan Mariah, apatah lagi dengan sanak saudara belah Irfan. nak berdepan dengan Irfan, lagi la dia taknak  sudah diberi syarat bagai, harapnya daddy sudah memberitahu syaratnya yang satu itu kepada Irfan.

"yeop!.. mai la sini jap, mai kenai ngan anak menantu". panggil Puan Mariah mengamit suaminya.

seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50an berwajah cerah berkumis nipis yang sedang bersembang dengan daddynya bangun menghampirinya dan Puan Mariah dengan senyuman yang manis menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi.

Farisya terpana, eh.. kalau dah bapaknya macamni punya hensem, kenapa anaknya hitam melegam macam jalan tar, anak angkat kut si Irfan ni. Farisya membuat andaian sendiri lantas menunduk sedikit memberi hormat pada bakal bapa mertuanya. kemudian dia membalas senyuman Encik Roslan yang manis itu.

"Farisya ni suami makcik, kalau Farisya tak keberatan boleh panggil makcik.. ibu dan pakcik ni.. Farisya boleh panggil babah. lagi mesra kan. lagipun kita ni bukan sapa-sapa, dah nak jadi keluarga pun.

"eh boleh.. boleh.., inshaAllah Fisya akan biasakan diri".

"ibu.. babah.. jemput la makan..ehemm". Farisya sudah memulakan memanggil orangtua Irfan dengan panggilan yang mesra itu. kalau diikutkannya tak nak lah dia beria-ia memanggil mereka dengan panggilan begitu tapi takut di kata kurang ajar panggil je lahh..

terdengar sahaja panggilan itu dari mulut Farisya, Puan Mariah menarik tubuh Farisya lalu memeluknya untuk sekian kalinya. dia memang teringin nakkan anak perempuan sudah lama mengidam kata orang.

"seronoknya ibu dengaq, ibu dapat anak perempuan yang cantik ngan lembut macamni". teruja sungguh Puan Mariah sambil mengusap-gusap bahu Farisya.

Encik Roslan di belakang Puan Mariah sudah tergeleng-geleng dengan perangai isterinya. risau Farisya tu rimas dengan perangai isterinya yang kalut tu.

"awak ni Mariah sudah-sudah la  rimas budak tu karang". Encik Roslan berkata lembut di telinga isterinya, lalu mereka meminta diri untuk menjamu selera.

mana taknya perut mereka sudah berkeroncong dangdut. mereka bertolak ke sini dalam pukul 8 pagi bersama 3 buah kereta, senjaga mereka bertolak awal untuk singgah sekejap dia masjid berdekatan untuk melepaskan lelah.

sesudah selesai membersihkan diri di masjid tadi mereka memulakan perjalanan menuju kerumah Datuk Mustaffa kerana dari janjinya majlis bermula selepas zohor tapi di sebabkan mereka kali pertama sampai di perumahan mewah Datuk Mustaffa mereka sudah sesat larat.

dan bermulalah bebelan Puan Mariah memenuhi ruang dalam kereta. sudah tidak tahan mendengar leteran ibunya. Irfan menghubungi Datuk Mustaffa memberitahu yang mereka sudah sesat.

tanpa membuang masa Datuk menghantar seseorang untuk mengambil mereka di simpang jalan yang memang sudah tersedia poster Datuk dan Datin yang agak besar dipasang di depan persimpangan masuk tetapi tidak langsung disedari oleh mereka. Irfan tersengeh menghilangkan rasa bersalah dan dijawab pula dengan jelingan tajam dari Puan Mariah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience