Bab 8

Romance Series 7991

Irfan berjalan sedikit terhoyong-hayang tangannya penuh beg di kanan dan kiri, tambahan beg sandang di belakangnya lagi, dia menghampiri bas yang nak dinaiki untuk membawanya pulang ke perak. alhamdulillah cutinya diterima. minta je kat Datuk Mustaffa memang automatik diluluskan.

selesai beg-begnya disimpan di bahagian simpanan di bawah bas, dia duduk di tempat yang sudah ditetapkan. lega..! habis sakit tangan dan bahunya dek mengangkat beg-beg yang boleh tahan beratnya.

bas itu mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kota Kuala Lumpur, Irfan tak lupa membaca doa menaiki kenderaan, moga perjalanannya selamat sampai ke destinasi.

           ??????????????

Irfan menggosok-gosokkan matanya perlahan, tersedar dari tidurnya apabila bas yang laju tadi sudah mulai perlahan, dia melihat sekeliling ada beberapa penumpang yang sudah berdiri untuk mengemas tempat duduk mereka masing-masing.

"dah sampai pun alhamdulillah..". dia mengeliat kecil, membetulkan urat sarafnya yang kelenguhan. mana taknya perjalanan dari kuala Lumpur ke rumahnya di Taiping, Perak itu memakan masa selama 3 jam perjalanan.

sesudah bas betul-betul berhenti di perhentian Irfan turun terus mengambil beg-begnya di ruang simpanan lalu segera menelefon babahnya mengatakan dia sudah sampai dan menyuruh mengambilnya di hadapan restoran KFC. sebelum kedatangan babahnya, dia sempat membeli beberapa ketul ayam KFC sebagai buah tangan untuk kedua orang tuanya.

beberapa belas minit kemudian kelihatan sebuah kereta proton wira berwarna maroon berhenti di hadapannya. tingkap di bahagian memandu diturunkan dan tersembullah wajah babahnya yang tersenyum. eh.. ada lesung pipit jugak lah.

Irfan membalas senyuman babahnya laju kakinya berjalan menghampiri kereta lalu mengangkat beg-begnya masuk kedalam bonet lalu masuk ke dalam kereta bersama ayam KFC yang dibelinya tadi.

serta merta bau ayam KFC semerbak di dalam kereta. "huii.. ada ayam KFC lah, lama dah babah tak makan". kata Encik Roslan sambil memulakan pemanduan menuju ke rumah mereka.

Irfan tersenyum. "tau dah tu yang adik beli nanti kita makan dengan ibu". balas Irfan lembut.

"Adik sihat dak? "kerja macamana? okey tak kat sana?, bos adik garang tak?". bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Encik Roslan.

Irfan menggaru-garu kepalanya, tak tahu mana satu nak jawab dulu.

"alhamdulillah sihat la babah, tengok ni makin berisi dah perut adik ni". Irfan menepuk-nepuk perutnya bukti dia sihat walafiat.

"kerja adik okey je.. babah, semua kat sana tak ada apa-apa masalah pun, bos adik pun baik orangnya". sambung Irfan lagi.

"tapi ada satu je masalah.. ehemm.. alamak..! terlepas cakap pulak dahh".

"hmm.. ehem.. eh..! babah kenduri Mak Lang esok ke lusa". Irfan menukar topik, dia dah terlepas cakap takut babahnya tertanya-tanya dan dia tak bersedia lagi nak bercerita tunggu lah malam nanti. nasib babahnya tak dengar, tidak naya.

"haa.. kenduri Mak Lang hang tu esok, ibu hang tu dok kalut jait baju kita, nak bagi sedondon la konon dengan keluarga Mak Lang hang tu".

"babah dah habaq, tak payah la nak sedondon-dondon membaziaq, hang takkan tak kenai ibu hang macamana.. degiaq..! tak nak dengaq cakap orang, nak betui ke dia jugak".  berleter dah Encik Roslan dengan lorat utaranya.

Irfan tersengih sambil mengangguk-angguk setuju. ralit bersembang kereta dipandu babahnya sudah sampai, kereta Encik Roslan berhenti betul-betul di hadapan rumah teres kos rendah di Taman Ria. Irfan bergegas turun membawa sekali bungkusan plastik ayam KFC, babahnya pula menolong mengeluarkan beg-begnya didalam bonet.

"apa yang berat sangat begnye adik oii, hang dok bawak apa ni, batu ka simen". perli Encik Roslan bersahaja.

Irfan tersengih mendengar perlian babahnya.

"haha.. apa la babah ni, adik bawak baju tak basuh.. banyak jugak tu, malas nak basuh kat dobi, alang-alang nak balik sini.. adik bawak le sekali".

"adik masuk dulu nak jumpa ibu, rinduu.. ".

terkocoh-kocoh Irfan membuka kasut sarungnya, dia masuk ke dalam rumah dan mula mencari kelibat Puan Mariah. terdengar bunyi mesin jahit dihidupkan, senyap-senyap dia menghampiri ibunya.

"ibu!!...".jerit Irfan seraya mencuit sedikit kuat di pinggang ibunya.

" oh.. mak kau.. jatuh tergolek-golek!". latah Puan Mariah terkejut.

Irfan di belakang sudah ketawa terbahak-bahak.

"la adik!.. bila sampainya.. awat la dok kejut ibu lagu tu.., nasib ibu tak dak sakit jantung tau dak, tidak arwah dah ibu, ish budak ni loklak sungguh". merepek panjang Puan Mariah dengan kelakuan anak bujangnya itu.

"ish.. ibu ni, awat dok kata lagu tu tak baik tau dak, adik baru ja sampai ni, dok tengok ibu khusyuk sangat jait baju, adik mai la kejutkan ibu", adik rindu sangat.. kat ibu". Irfan bersuara manja sambil mencium pipi dan memeluk ibunya.

anak manja ibu la katakan. Irfan langung tidak berasa malu melakukan sebegitu pada Puan Mariah. dia hormatkan ibunya dan babahnya Encik Roslan tapi dia terlebih manja dengan Puan Mariah sebab baginya ibu adalah segala-galanya. syurganya di bawah telapak kaki ibunya itu.. walau ibunya itu seorang yang kalut, degil dan kuat membebel.. siapalah tak sayang ibu sendiri!. tapi kalau paling rapat dengan babahnya lah, segala masalah mesti diberitahu pada babahnya dan pasti dia akan mendapat nasihat percuma yang berguna dari babahnya itu.

"ibu.., adik ada beli KFC ni.. kita makan sama-sama nak, kang sejuk tak sedap dah". Irfan mempelawa Puan Mariah. memang dibeli ayam itu untuk mereka.

"emm.. padan la ada bau ayam KFC kat sini, tak pa.. tak pa.. hang pa pi makan dulu, ibu nak jait sikit lagi ni.. takut tak dan, esok dah nak kenduri". balas Puan Mariah lalu menyambung kerja yang tergendala dek terkejut tadi.

"hang dok hingaq watpa adik oii.. jom kita makan dulu, ibu hang kalau dah ngadap jait tak ingat dah kat sapa-sapa, babah tadi pon dok makan kat kedai ja, ibu hang tak masak hari ni, nasib babah sayang kat ibu hang.. babah bawak la sebungkuih nasi ayam tidak dok kebuluq la ibu hang tu ngadun kain baju tu tak berabih-abih dari tadi". terjuih-juih mulut Encik Roslan berleteq.

isterinya memang begitu sikapnya kalau tengah sibuk tak akan berganjak dari mesin jahit, kalau bangun pun untuk ke tandas atau menunaikan solat. kalau lapar makan la apa yang dibawanya. sungguh dia terasa dimadukan dengan mesin jahit isterinya itu.

Irfan sudah duduk bersama-sama babahnya di ruangan makan di sebelah ruang menjahit ibunya. dia menghidang ayam KFC tadi ke dalam beberapa pinggan yang diambil dekat dapur. malas mahu masuk campur dia memberi seketul ayam kepada babahnya mahu menutup mulut daripada1q membebel.

"huii.. sedapnya adik oii.. ayam KFC ni, panas, ranggup, emm.. isi dia lembutnyaa". lama dah babah tak makan, terima kasih la no hang dok beli kat babah, kalau ikutkan babah boleh habih semua ni". kata Encik Roslan kuat saja nak bagi isterinya terliur. siap membuat memek muka lagi menunjukkan ayam KFC tu terlampau lazat.

"ya..ya.. ibu mai la ni, ha.. yeop jangan dok makan bagi perabih, ingat kat saya jugak, saya pon dah lama tak makan ayam KFC tu". sahut Puan Mariah menghampiri mereka berdua. lalu mencubit lengan suaminya geram, kalau tak kerana memek muka dan suara suaminya tadi dia tak akan berginjak dari kerjanya. lagipun perutnya tetiba kelaparan bila terbau aroma ayam KFC yang dibeli oleh Irfan tadi.

Irfan hanya mengeleng-geleng kepalanya dia tersengeh melihat perangai ibunya. lapar la tu.. dari tadi menghadap baju yang nak dijahit. kalau tak, disogok la macam-macam, ibunya tak akan berganjak selagi kerjanya tak disiapkan.

mereka bertiga makan dengan berseleranya, sesekali dua terdengar gelak ketawa mereka tiga beranak.

         ??????????????

Irfan pulang ke rumah dari surau Al-Fateh yang sangat dekat dengan rumahnya bersama Encik Roslan sesudah sahaja selesai solat isyak. sudah lama dia tak solat berjemaah di surau ataupun masjid selama dua tahun berkerja di Kuala Lumpur.

sekali sekala sudah pulang ke kampung dia tak akan melepaskan peluang yang ada. memang banyak perubahan di surau tadi. surau itu sudah dibesarkan sesikit, lantainya sudah dimozekkan serta sudah ditambah beberapa aircond dan paling tak dilupakan suara merdu imam surau mengalunkan bacaan-bacaan surah dan doa dalam solat tadi menjadikan solatnya terlebih khusyuk.

di rumahnya kelihatan Puan Mariah belum lagi selesai menjahit baju, banyak sangat ke baju yang nak dijahit?, nak kata keluarganya ramai, mereka tiga beranak sahaja.

"Ibu... banyak lagi ke nak jaitnye?, dari tadi adik tengok ibu tak berganjak kat situ". Irfan mula menyoal PuanMariah pelik.

"emm.. banyak tak banyak la adik oii, kita tiga pasang, tu lagi anak beranak Mak Lang hang dah 5 pasang, hari tu dia mai sini mintak tolong ibu jaitkan baju untuk deme sekeluarga sebab kat sana tukang jait tak nak ambik dah sebab tarikh kenduri dekat sangat, takut tak sempat nak siapkan, ibu kesian la kat Mak Lang hang.. tu ibu buat jugak". panjang lebar penjelasan Puan Mariah sambil tangan kakinya ligat membuat kerja.

"ibu ni.. tu yang adik tak suka tau dak, suka sangat kesian kat orang melebih-lebih, kalau ibu rasa tak boleh buat, ibu ambik jangan la ambik tempahan, ni dah pukui bapa dah ni, esok kita nak kena gi awai pi umah mak Lang, bila ibu nak tidoq". Irfan mula menegur perangai ibunya. suka sangat kesiankan orang lain dari diri sendiri.

ala.. sama je perangai mak ngan anak kan.

"ishh.. hang ni adik, tak baik tau cakap lagu tu.. Mak Lang tu bukan sapa pun, kakak kandung ibu sendiri, mak sedara hang jugak.. sapa lagi nak tolong kalau bukan ibu". balas Puan Mariah lembut tapi sedikit terasa dengan kata-kata anaknya.

Irfan terdiam, melihat wajah ibunya
yang sedih mungkin terasa dengan kata-katanya, rasa bersalah sudah terbit dalam sanubarinya dan dia tahu nasihat la macam mana sekalipun Puan Mariah akan buat benda yang sama lagi dan lagi. betullah kata babah, ibunya memang degiaq.

dia mengaru-garu kepalanya yang tak gatal, hatinya berbelah bahagi ingin berbincang dengan orang tuanya. Encik Roslan baru sahaja masuk ke dalam rumah, apa yang dibuat di luar tadi tidak diketahui Irfan. kelihatan babahnya sudah duduk berehat di ruang tamu sambil melihat siaran television.

ruang tamu dengan ruang makan tak lah jauh sangat dah namanya rumah kos rendah tidak lah sebesar mana apatah lagi jarak ruang menjahit ibunya, kalau dia duduk di ruang makan babahnya di ruang tamu dan ibunya di ruang menjahit mereka boleh mendengar dengan jelas apa yang ingin disampaikannya.

Irfan berdehem-dehem ingin memulakan perbualan. dia duduk di kerusi meja makan, matanya melihat babahnya kemudian ibunya pula. dia mengharapkan orang tuanya boleh memberikan kata-kata nasihat walau apa sekalipun keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience