Bab 5

Romance Series 8183

"Farisya!.. kamu dengar betul-betul apa yang daddy nak beritahu kamu ni, daddy dah lama fikirkan semua ni,
Daddy nak kahwinkan kamu dengan pekerja daddy, dan daddy nak kamu setuju, dan tiada bantahan dari kamu". laju sahaja suara Datuk mustaffa menutur kata. memandang wajah anaknya yang semestinya tengah terkejut.

"What!!.." Farisya terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut daddynya. sungguh tak sangka cadangan Datuk Mustaffa menyuruhnya berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal.

"apa ni daddy, Fisya tak setuju kalau bab kawin ni, never!!. Fisya tak nak!. Fisya tak kenal siapa dia!".

"mommy, apa ni!.. Fisya tak nak". Farisya meminta simpati Datin Faridah pula. melihat mommynya hanya diam tanpa bersuara dia menjawab lagi.

"senangnya daddy nak dia yang Fisya tak kenal, tak cinta tu jadi suami Fisya".no and no and no!!". mengeleng-geleng kepala Farisya membantah arahan daddynya sekeras-kerasnya.

"Fisya dah ada kekasih, tolong jangan paksa Fisya daddy, Fisya janji Fisya akan ubah perangai Fisya promise". Farisya mengangkat tangan macam bersumpah tu, tanda dia berjanji.

boleh percaya ke tu.

No!!.. Farisya Nabila, daddy dah tak percaya dengan janji kamu semua tu". apa yang daddy suruh ni untuk kebaikan kamu juga". Datuk Mustaffa mula berlembut.

"kekasih kamu tu bukannya betul-betul sukakan kamu cuma nak mengikis harta yang ada je, selama ni.. setiap kali dia keluar dating dengan kamu, ada dia keluarkan duit belanja, tak ada kan!!. semua guna duit kamu.. huh.. bukan duit kamu pun duit mommy atau daddy yang bagi pada kamu itu yang sebetulnya". sempat Datuk Mustaffa memerli anaknya yang tertunduk diam.

"Nak keluar pun, kamu yang ambil dia, guna kereta kamu,,ingat selama ini daddy tak tahu?. apa yang dia nak kamu senang-senang bagi, macam itu ke kekasih yang kamu nak untuk buat calon suami..! kamu nak buat kekasih halal kamu!.

Farisya diam tak berkutik hanya mengiakan tuduhan Datuk Mustaffa pada kekasih hatinya itu.

"betul juga tu", bisik hati Farisya mengiakan tomahan daddynya.

"aku tak nampak semua tu sebab sudah dikaburi dengan cinta si Haikal yang bermulut manis macam gula-gula kapas, oh my god". nasib aku dah tersedar". Farisya menekur lantai mendengar sahaja syarahan Datuk Mustaffa padanya. siapa suruh buat perangai kan.

"apa yang kamu buat bila ada duit?. habis pergi berjoli, berseronok di club, membuang masa tak tentu arah, balik lewat malam", kamu tu perempuan dan daddy tak nak benda tak elok terjadi pada kamu". sambung Datuk Mustaffa lagi.

Farisya tahu tapi egonya menghalang dirinya mengakui kesalahannya.

"eh.. dah ada duit bukan susah-susah cari pun, pergi berseronok la.. boring la duduk kat rumah. ishh daddy ni pandai-pandai la aku jaga diri aku sendiri, aku dah besarlah". menjawab Farisya, tapi hanya di dalam hatinya sahaja.

Datuk Mustaffa menyambung lagi bebelannya pada Farisya.

"sebelum benda tak elok terjadi, baik daddy kahwinkan kamu dengan pilihan daddy sendiri, nak harapkan pilihan kamu tu, merana seumur hiduplah.. seorang malas bekerja lepastu kuat bershopping, sorang lagi suka perabih harta.. elok la tu dua-dua perangai tak serupa orang". panjang lebar bebelan dan perlian Datuk Mustaffa kepada Farisya.

Farisya diam seribu bahasa, dia tahu tu semua salah dia tapi dengan menyuruh dia berkahwin dengan orang yang dia tak kenal memang susah diterima dek akalnya.

siapa la pilihan daddynya, macamana paras rupanya.. perangainya. ntah-ntah pekerja yang dah tua tapi bujang terlajak atau duda ada anak satu, ngeri bila dia memikirkan. dia sudah kenal semua pekerja si syarikat daddynya. itu membuatkan dia jadi takut. oh tidak!.

Fisya takkk setuju!!. kalau daddy nak paksa jugak Fisya kawin, Fisya nak keluar dari rumah ni, biar Fisya duduk dengan Farish kat luar negara sana". ugut Farisya.

Farisya bangun segera berjalan kearah pintu keluar,bhendak membawa diri, sedih hatinya nak tinggalkan barang yang dibeli tadi dan barang-barang kat biliknya lagi.

"oh kesayangan-kesayangan mummy semuanya.. mummy janji mummy balik ambil korang nanti". Farisya memujuk hatinya sendiri, kesemua barang yang dia beli adalah baby boonya, takkan la nak bawa semua sekali dah namanya merajuk kan.

disebabkan terlalu geram dengan arahan daddynya yang merapu tu dia menahan diri dari memikirkan barangan yang dikira kesayangannya itu. dia hanya mengambil beg tangannya sahaja, rugi tak ambil tau, ada sikit duit lebihan yang mommynya bagi tadi.
nasib baik dia tak habiskan semasa bershopping, boleh la dia tampung mana-mana yang patut. sementara dia terbang duduk bersama adik kembarnya di New Zeland.

"arrghh!!." boleh ke aku hidup tanpa duit mommy dan daddy".

harapkan Firash, dia tak pasti adiknya itu sanggup nak menapung hidup orang yang boros macam dia ni.

oh! tidakk.. dah terlajak kata tak boleh diundur balik". menyesal la pulak.

"mommy tolong la halang Fisya". Farisya menjerit dalam hati. memohon agar mommynya mendengar suara hatinya.

sengaja dia menapak perlahan langkah kakinya menunggu sesiapa sahaja datang menahannya. mommy, daddy, Mak Senah atau kucing kesayangannya si Gucci. tolonglahhh..

"Farisya..! Fisya.. anak mommy". papa tolong halang Fisya tu". Datin Faridah merayu memohon suaminya menahan anak kesayangan mereka keluar daripada rumah.

eh.. papa ke daddy.. daddy panggilan anak-anaknya untuk Datuk Mustaffa, papa pula panggilan isteri kesayangannya Datin Faridah kepadanya jadi Datuk Mustaffa panggil bini dia mama la.

"Biarkan dia Faridah, dia dah be... besarrrr". Datuk Mustaffa berhenti bercakap lalu memegang kuat dadanya menahan kesakitan.

"aduhhh!!!.. sakitnya". adu Datuk Mustaffa kuat tangannya mengengam memegang dadanya. terbongkok-bongkok dia menahan sakit.

"ya All..ah!!, to..long saya Fari..dahh, am..bilkan u..bat saa..yaaa". tersekat-sekat Datuk Mustaffa bersuara menandakan Datuk dilanda kesakitan yang amat sangat.

"Farisyaaaa!!!. jerit Datin Faridah memanggil anaknya yang merajuk tadi.

"cepat tolong mommy! daddy sakit ni!!. laung Datin Faridah.

"cepat ammmbill kann ubatt daddy kat dalam bilikk". jerit Datin Faridah kuat menyuruh anaknya bertindak.

"ya Allahh.. daddy". Farisya tergamam dia tak tahu kakinya mahu menerpa ke arah daddynya atau nak ke bilik mengambil ubat. dia mula hilang arah, risau melihat keadaan daddynya. dia takut dan serba salah dia tahu sebab dia, daddynya sakit.

ha ha ? tak tahu Farisya, datuk dah sakit.. ayokk!!

"Farisyaa..!! cepat, tercegat kat situ buat apa lagi".

"cepat pergi am..bill ubat daddy!. jerit Datin Faridah lagi. geram dengan anak yang satu itu boleh mengelamun pula. air matanya sudah tidak tertahan mengalir di pipi sungguh risau akan keadaan suaminya saat ini.

Mak senah yang dari tadi diam-diam mencuri dengar kelam kabut sedaya upayanya membantu Datin Faridah membaringkan Datuk Mustaffa di atas sofa berdekatan.

"ye.. ye.. mommy! sekejap.." laju Farisya berlari naik ketingkat atas tapi masih berhati-hati takut dia pula yang sakit.

setelah kelibat Farisya hilang naik ke atas, Datuk Mustaffa sempat mengenyitkan mata ke arah isterinya. tanpa disedari oleh orang gaji mereka, riak isterinya yang risau tadi terus berubah terkejut kemudian kelihatan riak kegeraman pula. rugi air matanya keluar, suaminya boleh berlakon pula.

apabila kelibat Farisya muncul bersama ubat ditangannya, Datuk Mustaffa berpura-pura memegang dada serta mengerut- gerutkan mukanya, kononnya sakit sangat.

Farisya menuangkan beberapa biji ubat ditelapak tangan Datuk Mustaffa. kelam kabut.

ubat berada di tangannya, Datuk Mustaffa bersuara lemah. "air.. aairr ma..manaa".

mendengar sahaja suara Datuk Mustaffa meminta air, tanpa disuruh Farisya berlari laju ke arah dapur.

dia bergegas ke peti ais mengambil jag berisi air sejuk, kemudian baru dia terfikir yang daddynya tengah sakit takkan nak memberi air sejuk dia menutup semula peti ais itu lalu ke kabinet yang menempatkan jag air masak.

dia menuang air di dalam gelas laju-laju, tak dihiraukan air yang tertumpah, kesihatan daddynya lagi penting. dia berlari mendapatkan daddynya yang terbaring lemah lalu menyua air ke mulut daddynya dengan perlahan-lahan takut tersedak.

Datuk Mustaffa berpura-pura mengemam mulutnya konon ada ubat kat dalam mulutnya. dia terus meminum air yang disua oleh Farisya dengan rakus, ah.. dia memang tersangat dahaga sejak dia marah-marahkan Farisya, kering sudah anak tekaknya.

ubat yang berada di telapak tangan Datuk Mustaffa tadi dah diberi kepada isterinya Datin Faridah semasa Farisya ke dapur, pandai-pandai lah isterinya nak buat apa pada ubat tu yang penting sekarang lakonan dia perlu berhasil.

Farisya mula mengurut-ngurut dada Datuk Mustaffa apabila daddynya mengaduh sakit. Farisya tidak sampai hati melihat keadaan daddynya sekarang, simpatinya keluar membuak-buak rasa bersalah bersarang menyelubungi segenap tubuhnya.

"aduh apa aku dah buat ni, sebab perangai degilku daddy jatuh sakit, ya Allah ampunkan aku, aku berdosa". Farisya berdoa di dalam hati, tangisannya dihambur semahu mahunya untuk mengurangi rasa bersalah.

dilihat pula wajah mommynya, eh mommy boleh steady lagi, mommynya tak sedar ke kalau daddynya mati.. mommy boleh jadi janda tau tak JANDA!.. apa la mommy ni tak ada perasaan ke? atau mommy memang suka daddy mati sebab nak bolot harta.

Farisya sudah membuat andaian apabila dia melihat mommynya wat lek wat peace..haha tak ada la. wajah mommynya tiada riak sedih pun. macam muka nak tergelak pun ada.

jangan macam-macam datin nanti kantoi habislah lakonan hebat datuk tu??.

bila Datin Faridah perasan yang Farisya asyik memandangnya, dia pun memulakan lakonannya.

"abang pleasee.. jangan tinggalkan saya, saya tak nak jadi janda lagi". eh.. eh.. over nau la Datin ni. cuttt.. cuttt... okey cuba lagi sekali ye.. one two three action..lol. haha..

Datin Faridah berpura-pura menyedut hingus baki semasa dia menangis terkejut apabila suaminya tiba-tiba sakit, baru la nampak sedih kan, dia mengangkat lengan baju tangannya yang di tutupi kain kaftan kononnya ingin mengelap-gelap air mata sambil menyedut-yedut air hingusnya lagi.

"sorry my hubby, i buat habis baik dah ni". kata Datin Faridah dalam hatinya, dia melihat Farisya yang menangis serupa sudah kematian suami. alahai... Farisya tu bukan suami kamu tapi mommy yang punya tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience