Bab 15

Romance Series 8183

Datuk Mustaffa bersuara bila melihat wajah anaknya berubah muram. biarlah melihat wajah itu sebegini sekarang dari dia melihat anaknya dari terus terpesong jauh dari landasan agama. tengok sahaja dari pemakaian Farisya ketat dan agak seksi, rambut pula diwarna sesuka hati. dia takut akan dilaknat oleh maha pencipta membiarkan anaknya sebegitu.

"syarat apa lagi Fisya.. daddy
pasti bila Fisya tengok je Irfan tu mesti Fisya jatuh hati". Datuk Mustaffa tak habis-habis memuji Irfan di depan Farisya. sungguh hati tuanya mahu anaknya bersua muka dengan Irfan, tentu Farisya tak sabar mahu disatukan.

"aah.. bukan setakat jatuh hati, boleh jatuh tangga pastu jatuh tergolek-golek sampai bawah bila tengok muka dia nanti, eii.. macamana la rupa dia depan-depan dalam gambar pun tak hensem". keluh Farisya di dalam hatinya.

"ala daddy pleasee.. Fisya dah setuju ni pon dah kira okey.. tau, susah Fisya nak setuju bila kena kawin dengan orang yang Fisya tak kenal ni... pleasee daddy!.. Fisya janji syarat Fisya ni tak merapu pun". pujuk Farisya lembut selembut lembutnya ingin membeli hati daddynya sambil matanya dikedip-kedipkan.

harapannya mengunung tinggi supaya daddynya terima apa sahaja syaratnya itu nanti.

"please daddy..". dia memujuk lagi, kali ini dicomelkan mukanya pula.

"emm.. apa dia, tapi kalau syarat Fisya merapu sampai tak boleh diterima akal.. serta merta daddy tolak". sungguh Datuk Mustaffa tak kuat menahan pujukkan Farisya. dia kalah dengan kemanjaan yang ditunjuk oleh anak daranya itu.

Datuk Mustaffa pun kalah dengan Farisya macamana la Irfan Farhain nak menahan godaan Farisya nanti will see.

"yeaaa.." Farisya bersorak sambil menepuk-nepuk tangannya seronok bila usulnya diterima. langsung dia mengatakan satu persatu syaratnya itu.

syaratnya itu tak lain dan tak bukan yang pertama dia tak nak berjumpa dengan Irfan sampai waktu bernikah nanti, takut bila dia melihat wajah Irfan depan-depan nanti hatinya tak rela pula, dia takut dari dah bersetuju nanti bersungguh-sungguh mahu menolak, dia sendiri pun tak boleh duga perangainya.

itu yang pertama, yang kedua dia nak duit poket yang mommy dan daddy masukkan dalam akaunnya tak berhenti bila dia kawin nanti dah tentu bila dia kawin dengan mat despacth mesti la tak ada kewangan yang kukuh jadi aktiviti bershoppingnya akan berkubur. no no no. dia takkan benarkan pekara itu terjadi.

yang ke tiga.. lepas sahaja berkahwin dia nak duduk di rumah ini tak mahu berpindah ke mana-mana. tak nak dia duduk dekat rumah Irfan mesti tak ada aircond. ahh.. dia tak betah..  habislah kulitnya yang mulus ni nanti kepanasan. tak sanggupnya.

syarat ke empat dan yang terakhir, kalau boleh time majlis kenduri nanti dia tak mahu menjemput orang ramai, hatta orang pejabat daddynya. kalau boleh saudara terdekat je sebabnya dia malu nak tunjuk suaminya yang tak hensem tu kat sanak saudara. mesti mereka kutuknya kaw-kaw tambah sepupunya si Natasya Fatihah yang mulutnya agak tahan becok tu.

sebab-sebab syarat yang ke empat tu hanya di dalam hatinya sahaja nanti kantoi pula macamana dia tahu rupa paras Irfan Farhain. eh.. tak mahu la daddy dan mommynya kata dia gelojoh tak tahu malu nanti.

"okey.. baiklah syarat pertama tu kalau yang itu Fisya nak.. daddy terima tapi syarat kedua bab duit poket tu daddy boleh bagi.. tapi dikurangkan amaunnya sebab bila Fisya dah kawin nanti dah jadi segalanya tanggungjawab suami Fisya. dan akan di pertimbangkan.

syarat ketiga tu.. daddy tak boleh nak tolong, sebab tempat seorang isteri ialah berada di sisi suaminya, walau duduk kat reban ayam sekalipun.. Fisya kena ikut". nasihat Datuk Mustaffa.

"dan syarat ke empat tu nanti-nanti lah daddy dan mommy fikir nak jemput siapa?. Fisya jangan stress sangat bab kenduri serahkan pada mommy dan daddy okey". balas mommynya pula.

Farisya memdengus geram syaratnya ke empat-empat, satu je yang boleh diterima pakai takpalah janji duit dalam akaunnya tak putus walau dikurangkan sikit jumlahnya, mengingatkan itu dia tersenyum kembali.

dia kena berjimat cermat la mulai sekarang. boleh ke dilaksanakan tu lain cerita. dia akan usahakan macamana nanti.

"err.. daddy mommy, Fisya nak naik atas dulu la dah ngantuk ni..". Farisya meminta diri naik ke biliknya. ya.. dia agak kecewa sedikit mahu bersendirian mengenang nasibnya.

"tunggu dulu Fisya.. daddy lupa nak bagitau kamu pasal ni, emm.. lagi dua minggu keluarga Irfan nak datang merisik sekali bertunang lepas tu tiga bulan dari sekarang terus berlangsung majlis akad nikah". harap kamu bersedia.

"dan mommy harap sangat Fisya tak buat perangai time keluarga Irfan datang nanti". sambung mommynya setelah sekian lama hanya jadi pendengar.

"ha!.. tak cepat sangat ke mommy daddy, macam nak halau Fisya dari rumah ni je nak buat cepat-cepat". Farisya sedikit membantah tapi ayat itu hanya dengar di telinganya sahaja.

ah.. dia ingatkan nak ikat tali pertunangan dalam tempoh setahun dua, boleh la dia nak mengenal hati budi si mamu Pulau Pinang tu. mana tahu dia boleh jatuh cinta dari melihat perangai bakal suaminya itu tapi apakan daya daddynya sudah menetapkan tarikh keramat baginya. tarikh yang dia rasa amat menyesakkan jiwa dan raganya.

dia mengangguk lemah sambil melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. apalah nasibnya bila berkahwin dengan Irfan, bahagia ke perkahwinannya nanti sampai hujung nyawa atau sekerat jalan. oh Tuhan bantu la hambaMu ini.

"wahai pemilik tulang rusukku walau dimana dikau berada doaku semoga dikau sihat sejahtera untuk datang hidup bersama denganku nanti".

doa Farisya seikhlas-ikhlasnya mengiringi tidurnya bermimpikan mamu Pulau Pinang sedang menjamu selera di restoran mamak.

emm.. alahai Farisya. sejak akhir-akhir ni kerap bermimpi ye..

Irfan yang sedang duduk di lantai tepi katilnya tengah sedap mengunyah biskut cicah air kopi tiba-tiba sahaja tersedak.

"uhuk..uhukk.." ah sudah.. cepat-cepat dia minum air kopi di hadapannya.

"ahhh!!.. dia terjerit kuat, sakit tekaknya.. air kopi yang berwap-wap itu di pandang. "malang sungguh nasib aku, dah la perut lapar, mulut pula melecur haishh..

"tak guna betullah sapa yang sebut nama aku tengah-tengah malam ni". seranah Irfan geram. sakit mulutnya dek kelam kabut meminum air kopi yang panas tadi.

tengah malam ni perutnya tetiba lapar dia mencari meggi dalam almari kecil untuk simpanan makanan kering dah habis pula, yang ada hanya biskut krim yang dibeli semalam. jadilah untuk melapik perut, tunggu esok la dia pergi beli barang kudapan. malas dia nak keluar mencari makanan memalam begini, tak kuasa dia nak melayan perutnya tu.

sudah hilang moodnya mahu bersupper lalu dia bingkas bangun menutup balang biskut tadi ditolaknya masuk ke bawah katil. dia mengambil beberapa helai tisu mahu mengelap air kopi yang tertumpah dek kelam kabut tadi.

selesai mengemas dia berbaring malas di atas katil bujang tangannya diletakkan diatas dahi mengira-gira mahu berbuat apa pada ke esokan harinya. tak sampai beberapa minit Irfan tertidur pulas.

dan ke esokannya hari ahad hari Irfan cuti berkerja bukan Irfan seorang yang bercuti ramai lagi yang cuti hari ahad lah. dia memakai baju kemeja yang dibeli tempoh hari berwarna merah cili bersama seluar jeans biru muda nampak macho dengan rambutnya disisir rapi.

dengan motor kapcainya dia bersiar-siar dibandar Kuala Lumpur tapi sebelum dia keluar dia sempat menelefon ibunya bercerita tentang majlis merisik serta bertunang nanti.

Biasalah Puan Mariah bila Irfan buka mulut sahaja yang majlis merisik dan bertunang lagi dua minggu sudah kelam kabut nak keluar membeli kain apalagi nak buat baju la, mentang-mentang tukang jahit eksyen sungguh.

nak dilarang dia kenal benar perangai ibunya yang tersayang belahan hatinya itu. sudah banyak baju yang dijahit ibunya. dengar je ada kenduri mulalah nak menjahit baju yang baru, sudah penuh almari baju ibunya sahaja baju babahnya sipi-sipi je.

"ibu, nanti adik masukkan duit dalam akaun untuk ibu beli barang apa-apa yang patut, ibu buat la hantaran sikit dua tiga jenis, cincin tak apa lah adik cari kat sini je". Irfan memberitahu ibunya apa yang perlu dibuat.

Puan Mariah ni bukan saje pandai menjahit, gubah hantaran, memasak lauk pengantin, serba serbi la bab orang nak kawin. kiranya Puan Mariah ni orang kuat kalau ada kenduri kendara. hai.. kalau dengar dek Puan Mariah ni kembang hidungnya setaman.

"tak apa la ibu, nanti adik cuba mintak cuti, adik balik Tepeng kita bincang bab kenduri pulak, kalau duit tak cukup ibu bagitau adik na, adik letak telefon dulu ni.. assalamualaikum ibu, love and miss you..umwahh..". sambung Irfan mengakhiri perbualan dengan ibunya.

lega hatinya bab ibu dan babahnya sudah selesai, hanya tunggu hari keramat tu sahaja dan misinya sekarang mencari dua bentuk cincin untuk majlis itu nanti. satu belah rotan dan satu lagi cincin berlian. nasib duit simpanannya boleh tahan banyak untuk kes-kes kecemasan.

"macamana nak tahu ukuran jari manis Farisya ye.. aku dengar dari mulut orang kalau betul tu jodoh kita ukuran jari manis si dara itu mesti sama dengan jari kelingking si teruna. ahh.. cuba la dulu kan dah solat istikharah dah tentu-tentu Farisya tu jodohnya". yakin benar Irfan ni.

dia menunggang motor kapcainya menuju ke shopping mall. meletakkan motor kesayangan ke tempat yang sepatutnya lalu masuk melangkah ke kedai barang kemas Wah Chan di situ, bukannya apa sudah ditulis iklan di kedai itu, beli satu percuma satu kan sudah jimat duitnya. dia tersenyum-senyum sendirian, bijak jugak otak aku ni.

emm.. ye lahh tu Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience