Bab 3

Romance Series 7992

krikk..krikk..krikk..

eh lama pula bunyi cengkerik ni kan.

"Irfan..!" Datuk Mustaffa menepuk perlahan bahu Irfan bila dia melihat Irfan diam tak berkutik, terkejut gamaknya disuruh kahwin dengan anaknya yang macam-macam ragam tu. kalau orang lain dah tentu memberikan seribu alasan. kalau setuju pun mungkin disebabkan harta yang dia miliki.

Datuk Mustaffa yakin dia tidak salah memilih calon suami untuk anak gadisnya itu. Dia sudah selidik semua latar belakang Irfan dan dia tahu Irfan bukan jenis lelaki yang kaya-raya dan memang itulah calon suami yang dicari untuk anaknya yang sangat pemboros itu.

harapan Datuk Mustaffa bila Farisya berkahwin dengan lelaki yang sederhana hartanya. sikap boros Farisya dapat dipupuk dan ditambah pula dia melihat Irfan seorang lelaki yang baik budi pekertinya.

Datuk Mustaffa sudah pun meminta petunjuk dari Allah s.w.t dengan bersolat istikharah dan dia sudah tahu Irfan lah calon suami yang boleh membimbing anak manjanya itu.

"kamu okey ke tak ni.. uncle bukannya apa uncle tengok kamu sahaja yang boleh bentukkan anak uncle si Farisya tu. sejak uncle perasan masa kamu tengah hafal ayat al-quran minggu lepas.

"Irfan buat apa tu". tegur Datuk Mustaffa bila dia melihat Irfan duduk di sofa bertentangan dengan bilik officenya, dilihat mulut Irfan terkumat-kamit serta ditangannya ada sebuah buku kecil berwarna biru gelap.

"eh Datuk.. tak perasan pula saya Datuk kat sini, saya ingatkan Datuk ada kat dalam". balas Irfan bila melihat siapa yang menegurnya.

"uncle keluar tadi ada hal dengan satu syarikat pasal projek hartanah yang tak selesai tu, emm.. kamu tak keluar makan tengahari ke?. tanya Datuk Mustaffa sahaja mahu mengambil berat dengan pekerjanya.

"saya puasa sunat hari ni Datuk.. dah tak ada nak buat apa, saya duduk sini kejap sambil tunggu kak Tuti asing-asing kan surat yang nak saya hantar nanti". jawab Irfan jujur.

"ooh.. buku apa tu kat tangan kamu, saya tengok dari tadi kamu terkumat-kamit sampai terpejam-pejam mata, khusyuk betul". Datuk Mustaffa bertanya wajahnya jelas teruja ingin mengetahui tentang itu.

"yang ni ke.. sambil menunjuk buku suci yang dipegangnya, ini Al-quran.. saya tengah nak menghafal sikit-sikit ayat al-quran, ada masa macam ni boleh la saya hafal ayat-ayat lazim, sambil tunggu kak Tuti panggil untuk hantar surat". Irfan tertunduk segan, takut dikata riak.

"emm.. saya sebenarnya baru je nak mula hafazan sikit-sikit". malu-malu Irfan berbicara takut Datuk Mustaffa mengingatkan dia sahaja menunjuk-nunjuk pula.

"saya nak satu hari nanti saya boleh dapat hafal habis 30 juzuk, mana tahu nanti dekat akhirat kelak saya dapat pakaikan kedua orang tua saya mahkota diatas takhta dekat sana nanti". sambung Irfan bersungguh. in sha Allah!

teranguk-angguk Datuk Mustaffa mendengar bait kata Irfan. kalau lah anak-anak nya seperti Irfan alangkah bahagia dirinya dan isteri. terus sejuk hatinya melihat tingkah laku Irfan, hatinya mula berkata.

"budak ni la paling sesuai untuk dijadikan suami pada Farisya, nak cari yang lain macam tak padan dikalangan pekerja yang lain. walau anak-anak aku tak ada seorang yang perangai sama macam Irfan apa salahnya kalau Irfan jadi anak menantu aku, jadi anak jugak kan".

"dan kalau Irfan berkahwin dengan Farisya, boleh la Irfan tegur-tegurkan si Farisya. dia nampak Irfan ni budak baik. time solat tak pernah pun Irfan mengelat, lembut pula bila berbicara dengan orang tua.

Datuk Mustaffa tersedar dari ingatan bila masa dia melihat Irfan dua minggu yang lepas dan tanpa membuang masa dia bertanya jawapan tentang hasratnya pada Irfan yang sedang tergaru-garu kepalanya.

"err... emm.. hhhmm.. aduhh.." itu sahaja yang keluar dari mulut Irfan perlahan sambil jari jemarinya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. tanda dia tengah stress.

memang dia sudah tergoda dengan Farisya tapi bukan maksud dia nak mengambil kesempatan, dia cuma tersuka tanpa sengaja dengan wajah cantik Farisya bukan perangainya.

dia kalau boleh nak cari isteri yang menutup auratnya dengan sempurna, lemah lembut, menghormati orang tua dan yang penting pandai memasak dan pandai mengambil hatinya bukan macam Farisya yang sudah tentu bukan salah satu calon isteri pilihan hatinya.

"macamana nak cakap ni ye..".

"emm.. saya sebenarnya tak layak pun nak jadi menantu Datuk, saya cuma pipit, anak Datuk tu enggang. lagipun saya bukan orang yang pandai bab agama, saya pun masih merangkak-rangkak nak belajar agama". Irfan menolak secara perlahan.

"mana boleh saya bimbing dan bentukkan anak Datuk tu, saya pun tengah terumbang-ambing sekarang ni". jelas Irfan dengan maksud yang mendalam.

"Datuk secuba cari ustaz ke ustazah yang boleh ajar anak Datuk tu". cadang Irfan perlahan takut Datuk Mustaffa terasa dengan kata-katanya.

"Ya..! betul kata kamu, uncle boleh cari ustaz atau ustazah yang boleh bimbing Farisya tu tapi ustaz atau ustazah cuma boleh nasihat je.. mesti akan ada masalah mereka nak menegur Farisya nanti.

"uncle kenal benar dengan Farisya tu macamana, itu sebab uncle nak cari suami dekat dia". kata Datuk Mustaffa menjelaskan semua hasratnya.

"kalau uncle cari suami dekat dia, tak akan ada masalah dari luar dan dalam sebab Farisya tu dah tentu jadi hak milik suaminya, dan uncle tak akan pertikaikan apa cara sekalipun suaminya itu nak ubahkan perangai Farisya, kamu faham kan maksud uncle". Datuk Mustaffa tekad memujuk dan memohon persetujuan dari Irfan.

"alamak, aku dah terdoa tadi yang aku tak nak minah senget tu jadi bini aku, dah terbalik pulak doa aku tu, yang malang tu aku la kan.. kalau Farisya jadi bini aku". Irfan meraup mukanya. menyesal pula dia berdoa tadi.

"ishh macamana nak jawab ni". perlahan Irfan berbicara takut didengar oleh Datuk. dia terkedu lagi.

"aku dah terhutang budi dekat Datuk, dia dah bagi aku keje kat sini takkan nak menolak pula". Irfan berfikir sejenak.

"haishh macamana nie". Irfan sudah bingung. mengharapkan ibu dan babah bersamanya saat ini.

"Hemm.. macamni la Datuk, saya berbincang dengan orangtua saya dulu. bab-bab kawin ni tak boleh buat main-main, anak Datuk tu macamana pulak.. nak ke dia kat saya ni, saya ni memang tak ada apa-apa harta". jawab Irfan sedaya upaya menjaga hati Datuk Mustaffa. orang yang sangat baik padanya.

"Pasal Farisya tu.. kamu jangan risau, tahu la uncle uruskannya nanti, cuma uncle mintak sangat yang Irfan tak hampakan permintaan uncle ni, uncle nak sangat kamu jadi menantu uncle.. bolehkan Irfan, bolehkan Irfan jaga Farisya demi uncle". dengan muka sengaja di kusutkan Datuk Mustaffa betul-betul mengharap pada Irfan.

ah.. dia bukan nak memaksa Irfan tapi terpaksa demi anaknya dari terus hanyut dengan kemewahan yang ada. dia memang terpaksa!.

"uncle nak dia jadi anak dan isteri yang solehah, menjamin kita sekeluarga masuk ke syurga nanti". kata Datuk Mustaffa sayu sambil mengusap-usap dan menepuk-nepuk bahu Irfan dengan lembut. mahu membeli dan membelai jiwa Irfan.

nampak bersungguh Datuk mustaffa mengharapkan agar Irfan bersetuju.

"alamak!. ni yang aku lemah, aku kalau orang tua merayu-rayu mudah sangat kesian". Irfan memandang wajah Datuk Mustaffa yang penuh pengharapan.

"ehemm..". tak selesa dengan keadaan macam tu Irfan bingkas bangun lalu dia bersuara.

"saya minta diri dulu Datuk.. nanti keputusannya saya bagi tahu secepat mungkin". lalu dia mengangkat tangan mahu meyalami Datuk Mustaffa.

"Baiklah Irfan.. uncle harap Irfan berikan keputusan yang boleh mengembirakan hati uncle". ucap Datuk Mustaffa sebelum Irfan bergerak keluar.

Irfan mengurut-urut perlahan pelipisnya setelah dia keluar dari bilik Datuk Mustaffa, bikin stress betul Datuk ni kan.

"haishh.. macamana ni nak kena bagi tahu ibu dan babah". Irfan bersuara perlahan.

nak menghadap dengan ibunya yang terlebih kalut, kalau babahnya dia tak risau sangat, dia dan babahnya bestfriend forever sehati sejiwa. macamana dia nak mula berbincang. fikiran Irfan bercampur aduk kakinya segera berjalan ke arah kak Tuti yang sedang memandangnya cuak.

"Ha Irfan.. keluar pun awak", tegur kak Tuti. lega sungguh perasaannya bila melihat Irfan sudah keluar. lama sungguh perbincangan antara majikannya dengan Irfan. dia sudah resah menungu disini.

"Apa yang Datuk nak jumpa tadi, ada apa-apa ke yang akak tak tahu, kenapa muka awak macam stress ni. Datuk marah awak ke? awak kena buang kerja ke?. bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut kak Tuti.

risau hatinya sebab dia dah anggap Irfan tu macam adiknya sendiri. apatah lagi sejak dua tahun Irfan kerja disini macam-macam dia tahu tentang Irfan. kesian Irfan kalau Irfan kena buang kerja. mana lah irfan nak cari duit makan pakai kalau duduk di kota Kuala Lumpur ni semuanya memerlukan duit.

"Tak la akak.. saya tak kena buang atau kena marah pun dengan Datuk", ada hal lain nanti saya cerita pada akak ye, muka akak tu nampak sangat cuaknye".

"haha.." gelak Irfan.

"mana tau, muka tu stress sangat dah akak tengok, mana tahu kena buang kerja ke apa".

"susah kak Tuti tau, kalau Irfan tak ada, nanti kalau Datuk cari orang lain dah tak sama perangai dengan Irfan". balas kak Tuti panjang membayangkan kemungkinan kalau Irfan dibuang kerja.

Irfan tercuit hati dengan telatah kak Tuti sambil mengeleng-geleng kepala.

"macam-macam la kak Tuti, tak ada sebab Datuk nak buang saya ni.. saya kan pekerja yang berhemah tinggi.. bertanggungjawab.. rugi nanti kalau Datuk buang saya". puji Irfan pada dirinya sendiri, dia tersenyum bila melihat kak Tuti sudah menyebekkan bibirnya.

melihat cebekkan dari kak Tuti, tiba-tiba poket seluarnya bergetar menandakan ada pangilan masuk. cepat-cepat Irfan mengeluarkan telefon dalam poket seluarnya.

"okey kak.. saya jawab telefon dulu". Irfan meminta diri lalu melihat gerangan siapakah yang menghubunginya disaat dia dilanda dengan masalah yang agak besar.

"my sweetheart calling"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience