Bab 12

Romance Series 7991

"arghhh.. bosannya duduk kat rumah ni". Farisya Nabila menjerit kebosanan, sejak kejadian daddynya sakit dia sudah mula kurang keluar bershopping dan balik lewat malam tapi aktiviti bershoppingnya masih lagi aktif dengan mengguna khidmat lazada dan shoppe.

tangannya ligat bermain dengan kucing belaannya berbaka minecoon betina, Gucci di atas katil empuknya. manja dan lincah kucingnya itu bermain-main dengan mainan bulu yang dibeli Farisya dari lazada.

apa pon tak boleh la farisya ni ingat dah insaf.

takapa la barang yang dia beli dilazada dan shoppe tu bukan jenis yang mahal atau terkenal tapi dah namanya hantu shopping mana-mana pon takapa, janji dia puas menghabiskan duit mommy dan daddynya tanpa pengetahuan dari mereka.

macamana Farisya dapat duit, kan dia tak kerja?. Datuk dan Datin ni akan memberikan sejumlah duit  masuk ke dalam akaun anak-anak mereka. tiap-tiap bulan automatik masuk lah ke akaun mereka. untungnya jadi ank orang kaya.

apabila barang-barang yang diorder Farisya sampai ke rumah, waktu itu kedua orang tuanya masih berada di pejabat masing-masing. jadi memang senang kerjanya tanpa gangguan dari mereka.

ding.. dong.. ding.. dong..

Muka Farisya teruja bila mendengar bunyi arlam pintu grill hadapan itu berulang ulang lalu mengintai di tingkap di tingkat atas dalam biliknya.

ada sebuah lori Gdex betul-betul berhenti di hadapan rumahnya dan seorang pekerja lelaki sedang menekan-nekan loceng untuk menyedarkan tuan rumah dengan kehadirannya.

laju kaki Farisya menuruni anak tangga membuka pintu hadapan dan terus keluar menuju ke pintu pagar tanpa memakai kasut dan diekori kucingnya si Gucci.

"assalamualaikum, ni rumah cik Farisya Nabila ke?". tanya pekerja itu bila melihat Farisya sudah menghampirinya.

"cung weh awek ni, dapat tackle ni aku bawak round KL hari-hari pun takpa". cakap pekerja tu dalam hatinya.

"eh.. eh.. comelnya kucing.. sama comel la dengan tuan dia". berkata pekerja lelaki tersebut memuji Farisya sambil tersenyum-senyum dan mengenyit matanya konon nak mengorat tuan rumah lah tu.

Farisya yang terkejut dengan perbuatan dan kata-kata pekerja tadi sudah mula menunjukkan mukanya yang masam. dia memang tidak suka bila orang yang tengah berkerja tak menunjukkan adab yang sopan tambah-tambah lagi depan customer sepertinya. tak beretika langsung.

"ehem.. mana barang saya, cepat sikit boleh tak!.. anak saya ada kat dalam tengah tidur tu nanti lambat dia terjaga, lepastu menangis tak dengar pulak". bohong Farisya malas mahu melayan.

pekerja lelaki yang sejak tadi tersenyum-senyum dan control macho mula berdehem.

"alamak bini orang la, nasib la tak sempat keluar ayat bunga-bunga, tidak malu aku setahun nak mari sini". hatinya berkata menyesali perbuatannya.

"oh..! puan Naabiila.. eh silap.. Puan Farisya Nabila, Puan boleh turunkan tandatangan kat sini dengan nombor kad pengenalan. pekerja itu menghulurkan satu kertas kepada Farisya.

"ini barang puan, terima kasih membeli dengan menggunakan khidmat kami". kata pekerja lelaki itu kemudian masuk kedalam lori dan berlalu pergi sesudah Farisya selesai menulis semua maklumat yang diperlukan.

Farisya mengambil bungkusan yang diberi kepadanya lalu segera naik ke atas masuk ke bilik bersama bungkusannya, kucingnya si Gucci tetap setia mengekorinya dari tadi. tersedar dia tidak memakai kasut semasa keluar dia masuk ke dalam bilik air untuk membasuh kakinya.

dengan rakus dia mengoyakkan bungkusan tadi, mukanya tersenyum-senyum puas hati melihat barang yang dibelinya.

apa yang Farisya tu beli, meh tunjuk sikit.

dia membeli dua helai skirt labuh berwarna putih dan berwarna hitam bercorak bunga di bahagian bawah, sehelai kemeja berlengan pendek berwarna krim, sehelai blouse berlengan panjang bercorak bunga-bunga berwarna peach dan hijau lumut serta sebiji kerongsang berbentuk rama-rama bersaiz besar berwarna unggu terang dan putih bertahtakan belian, memang cantik.

dia mengayakan baju-baju yang dibeli tadi di hadapan cermin besar yang memantulkan imej dirinya dari kaki sampai ke kepala.

"emm.. orang cantik pakai apa pun mesti cantik". dia memuji dirinya sendiri.

perasan sungguh la hang ni Farisya.

sesudah berpuas hati, dia membuka pintu almari bajunya untuk mengambil penyangkut tiba-tiba matanya perasan pada sehelai skirt putih di dalam almarinya sama dengan yang baru dibelinya tadi.

diambil dan dibeza-bezakan dengan skirt baru itu, memang sama cuttingnya, coraknya juga sama cuma yang lainnya ialah skirt lama itu mempunyai butang di pinggang dan yang baru itu pula menggunakan tali untuk mengetatkan bahagian pinggang.

"aduh.. macamana boleh sama ni, rugi la macamni". rungut Farisya kepalanya digaru-garu, dia diam untuk berfikir sejenak kemudian tersenyum pula.

tu la Farisya dah banyak sangat beli sampai tak tau mana dah ada mana yang takda. lain kali cek dulu.. tu senyum-senyum dah kenapa?.

laju tangannya mengapai telefon samsung di atas katil sambil merebahkan badannya, jari-jemarinya lincah membuka laman sesawang lazada. tangannya yang sebelah lagi mengusap-gusap lembut bulu lebat si Gucci yang duduk di sebelahnya, dia tersenyum-senyum penuh makna.

sedang dia tekun meneroka laman sesawang lazada, telefonnya tiba-tiba berbunyi nyaring berringtonekan lagu Nabila Razali, pematah hati. mukanya mencebek tanda meluat dengan gerangan orang yang menghubunginya.

Haikal calling...

Farisya membiarkan panggilan itu sepi tanpa dijawab. hilang moodnya mahu bershopping di lazada. dibiarkan telefonnya berdering lagi dan lagi untuk sekian kali yang ketiga sampai deringan itu terus berhenti.

3 missed call.

tiba-tiba telefonnya bergetar tanda ada mesej masuk, laju jarinya membuka dan membaca mesej itu dan ianya dari haikal.

from:haikal
knpa u x angkt i call, i rindu kat u tau, jom kita jmpa kt tmpt biasa.u ambk i.i tnggu u k. luv n miss u.

selepas membaca mesej tersebut dia menyebek, "Rindu konon, puihh". Farisya mengutuk Haikal dia teringat kata-kata daddynya tempoh hari, dia sudah tak rela menjadi mangsa kepada lelaki mata duitan mengenangkan itu langsung Farisya membalas mesej Haikal.

from:farisya
kita putus!!!... i taknak jmpa u lg, hrp u fhm i.

lepas sahaja dia membalas mesej Haikal terus dia mengoffkan telefonnya lalu mukanya disembam di atas bantal dan menangis semahu-mahunya.

bukannya dia sedih sebab putus cinta tapi dia sedih sebab hubungannya dengan Haikal yang sudah berusia dua tahun dan dua tahun itu lah dia ditipu hidup-hidup. padan la bila diajak berbincang tentang hal  bertunang atau berkahwin ada sahaja alasan dari Haikal.

belum lagi bila diajak bertemu dengan mommy dan daddynya ada sahaja cara Haikal untuk menggelak, sekarang sungguh baru dia perasan dengan perangai sebenar Haikal. bukan mahukannya tapi mahukan duitnya sahaja. mengingatkan tentang itu lagi kuat Farisya menangis.

sabar la Farisya kumbang bukan seekor tau. kan ada Irfan Farhain.

biarlah itu menjadi kenangan, dia taknak jadi bodoh lagi dipergunakan oleh lelaki itu sesuka hati. hatinya sangat sakit bila tahu akan kebenaran. tapi dia rela walaupun pahit untuk ditelan sekurangnya dia tidak terus hanyut dek cinta si Haikal, cukup la selama dua tahun dia ditipu.

hari ini dia mahu berbincang dengan daddynya untuk mengetahui tentang siapa calon suami yang dipilih. dia harus tahu siapa namanya. tunggulah ajalah daddynya balik nanti dia akan menanya.

sekarang masa dia menghamburkan rasa sedih dan geramnya pada Haikal dengan.. dengan apa lagi, shopping lah. nak lepas tension katanya.

datang balik mood nak bershooping dia. Farisya.. farisya.

                                     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience