Chapter 3

Romance Completed 9464

BAB 3

Kenduri aqiqah di rumah Pak Maud berlangsung dengan meriah. Rumah Pak Maud berada di tempat yang tinggi oleh itu rumah mereka selamat daripada banjir. Selesai acara menggunting rambut. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah. Yang pastinya ayam masak merah tetap menjadi rebutan orang ramai. Zarul dan Adie mengambil tempat paling hujung bersebelahan dengan pokok manga.

"Adie, tu si Gia nak ke mari." Zarul memandang Adie. Sekejap-kejap memandang ke arah Gia yang sedang melangkah menuju ke tempat mereka. Adie membetulkan posisinya agar lebih segak dipandang mata.

"Hai Zarul..."

"Zarul jak ke?" Belum sempat Gia menghabiskan ayatnya, Adie sudah menyampuk. Gia memandang Adie lalu tersenyum. Adie cair dek senyuman bidadari.

"Hai Adie. Apa kabar?" kata Gia ramah.

"Kau nampak tu. Dia tanya kabar aku." Adie menoleh ke arah Zarul. Dia menaikkan sebelah keningnya ala-ala Romeo lalu menoleh ke arah Gia kembali apabila Zarul hanya mencebik.

Gia sedari tadi hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Sememangnya dia bersyukur mempunyai kawan seperti mereka. Saat pertama mereka berkenalan ialah ketika dia melangkah masuk ke sekolah mereka sebagai pelajar baru tingkatan 5. Adie adalah orang yang pertama menegurnya. Kenangan lama menerpa ke ruang ingatan Gia.

Gia menuju ke kantin sekolah. Ramai pelajar berpusu-pusu mahu membeli makanan. Gia mengambil tempat duduk paling hujung sekali. Dia kesal kerana tidak dapat membeli makanan dengan lebih awal.

Tiba-tiba datang dua orang pemuda menuju ke kaunter kantin. Semua pelajar yang berebut-rebut untuk membeli, serta merta memberi ruang kepada dua orang pemuda tadi untuk membeli. Gia terpegun dengan kejadian itu, dia dapat mengagak bahawa pemuda-pemuda itu adalah orang-orang yang berpengaruh di sekolah. Kedua-duanya berwajah tampan.

"Asal duduk seorang?" Adie mengambil tempat duduk di hadapan Gia.

Gia tersentak seketika, entah sejak bila Adie ada di depan matanya. Gia membetulkan posisinya. Dia harus jaga penampilannya memandangkan banyak mata yang memandang mereka sekarang.

Mungkin ada di kalangan pelajar perempuan cemburu kerana mereka berbisik-bisik antara satu sama lain. Zarul mengambil tempat di sebelah Adie. Maka makin ramai mata yang memandang mereka. Zarul berlagak biasa sahaja dan meneruskan agenda makannya.

"Dah makan?" Adie menyoalnya. Mata Adie tidak lepas dari memandang gadis di depannya. Tenang hatinya melihat kecantikan asli Gia seperti Emma Maembong. Kulit putih, bibir kemerah-merahan dan comel.

Gia menjadi kalut. Adie merenungnya.

"Dah makan ke?" soal Adie lagi.

Gia menggeleng.

Mahu sahaja dia lari balik kelas sekarang juga sebab malu menghadap mata-mata orang yang memandang. Adie tersenyum, sebungkus kueh donat diserahkan kepada Gia.

"Nama saya Adie. Ini kawan baik saya Zarul." Kata Adie yang lebih peramah daripada Zarul.

Zarul hanya mengangkat tangannya tanda 'Hai'.

Sejak dari itu mereka menjadi rapat. Perlahan-lahan Gia memahami perangai Adie dan Zarul. Mereka sangat mengambil berat tentang dirinya. Terutama sekali Adie. Sejak itu juga ramai pelajar yang tidak berapa suka dengannya. Kebanyakkannya pelajar perempuan yang menganggap dirinya sebagai perampas putra-putra idaman hati mereka. Banyak peristiwa yang berlaku setelah itu. Semua yang terjadi mengukirkan kenangan yang berharga buat mereka...

"Senyum seorang nampak." Zarul menyakat Gia. Senyuman yang diukir mati serta merta. Gia tersedar dari kenangan lama.

"korang dah makan belum?" soal Gia. Dia sengaja mengalihkan topik.

"Tahu tak, korang berdua ni sama saja. Selalu senyum sorang-sorang. Entah apa yang difikirkan." Zarul memandang Adie dan Gia silih berganti.

Semenjak dia berhijrah dari Australia ke tanah kelahiran ayahnya ketika dia berumur 6 tahun, dua sahabat yang di depannya inilah yang selalu menceriakan hidupnya.

Ops.. Sebelum terlupa.. ada lagi seorang yang membuatkan hatinya sentiasa gembira dan riang tapi kadang-kadang menyakitkan hati.

"Woi!!. Korang sembang pasal aku eh?" Aman menepuk bahu Zarul dan inilah orangnya.

Air sirap yang belum sempat ditelan oleh Zarul tersembur keluar. Entah dari mana munculnya budak seekor ini. Selalu muncul tak bilang-bilang. Main terjah saja. Zarul mengetam bibirnya. Geram kerana suara Aman yang berjaya mengejutkannya. Adie menutup mulutnya dengan tangan sambil menahan ketawa.

"Korang sembang pasal aku kan? Kan? Kan? Kan?" Aman menaik-naikkan keningnya. Satu-satu muka mereka dipandangnya. Dari Zarul terus kepada Adie dan akhirnya Gia. Gia hanya tersenyum.

"Berapa kali aku nak cakap, kalau berjalan tu buatlah bunyi. Jangan main terjah je. Kau ni hantu ke? berjalan tak ada bunyi. Aku yang sengsara tau. Nasib baik tak ada sakit jantung." bebel Zarul.

"Wow- Wow- Wow.. relax mat salleh. Tapak kasut aku getah kot. Jalan dah lah becak semacam, macam mana aku nak bagi ada bunyi, atau kau nak aku melompat? Lepas tu baru ada bunyi oing-oing-oing." Aman menunjukkan aksi lompatannya yang ternyata hebat.

"Dah lah malas nak layan budak ni" Zarul meneguk air sirap di tangan.

Di tengah kesibukan orang ramai, kelihatan Pak Maud sedang tercari-cari akan seseorang. Beliau terpandang sekumpulan remaja sedang hebat bercerita.

"Adie, bapa mertua kau macam nak ke sini jak tu." Aman berkata kepada Adie sambil matanya memerhati setiap langkah Pak Maud yang semakin mendekat. Adie kalut seketika tetapi dia cepat-cepat membetulkan reaksi wajahnya. Depan mentua kenalah nampak berkarisma.

"Abah kamu tak datang ya?" soal pak maud dalam nada yang sinis.

Adie mendongakkan kepalanya sedikit, memandangkan Pak Maud seorang yang berbadan tinggi. Tidak hairanlah anaknya yang dicintai mempunyai bentuk badan seperti model kelas atasan, untung sekali anaknya tidak mewarisi perangai bengis bapanya.

"Ayah..." Gia memegang lengan Pak Maud. Dia takut ayahnya akan merosakkan suasana mereka.

"Abah? Ohh. Abah ada datang tadi masa doa selamat dan gunting rambut. Dia balik awal sebab ada kerja nak buat." kata Adie.

"Bagus lah. Ingatkan dia hantar anaknya sahaja sebagai wakil" Pak Maud mengangguk dengan angkuh lalu beredar.

Kemudian suasana menjadi senyap beberapa saat bak kata orang kebanyakan 'malaikat lalu'. Semua orang sudah mengesyaki apa yang telah berlaku dari awal lagi. Pak Maud memang seorang yang keras hati.

"Okey, di mana kita tadi?'' Adie menepuk tangannya sekali dan mengukirkan senyuman kepada kawan-kawannya. Yang lain hanya berdiam. Mereka tahu senyuman yang diukir itu tidak seikhlas sebelumnya.

"Adie.." Gia bersuara.

"ya.." Adie menjawab.

"Aku minta maaf sebab ayah aku.."

"Tak pa lah Gia, tiada siapa yang salah." Kata Adie memotong kata-kata Gia. Dia tahu Gia kerap meminta maaf kepadanya atas sikap ayahnya. Dia tidak mahu Gia merasa bersalah terhadapnya hanya sebab perkara itu.

"Okey, aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi janganlah bawa babak sedih sini. Dalam hidup ni kena enjoy, kan Man?" Zarul cuma menceriakan balik keadaan. Baginya yang tidak serasi itu hanya orang tua Adie dan Gia. Mana mungkin dia duduk diam jika hubungan antara kawan-kawannya renggang tiba-tiba. Dia selaku sahabat yang baik sepatutnya mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri.

"Betul tu Romeo. Aku sokong 100% . dah. Aku haus ni. Bak sini air kau. " Aman lantas mengambil gelas dari tangan Zarul dan terus meneguknya. Zarul terkebil-kebil memandang Aman.

"Sorry eh Zarul. Aku haus benar ni. Nasib kau ada."Aman mengembalikan semula gelas kosong kepada Zarul. Dia menepuk-nepuk bahu Zarul tanda terima kasih.

Zarul mencebik. Meskipun sudah lama mereka tidak bertemu namun perangai Aman masih tetap sama seperti dulu. Aman memang tak pernah berubah. Zarul lantas teringat kenangan mereka semasa tingkatan lima di sekolah menengah dahulu. Kali pertama dia dan Aman bersua..

Fikirannya melayang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience