Chapter 4

Romance Completed 9464

BAB 4

Sesi persekolahan bermula seperti biasa. Di dalam kelas tingkatan lima, Aman memandang Zarul dengan tajam. Dia tidak percaya hari pertama memjejaki sekolah baru dia ditempatkan di sebelah jejaka berwajah mat salleh. Berkerut seribu dahinya mecari cara untuk memulakan komunikasi. Perlukah memberi pantun pembuka bicara? atau syair salam pertemuan kali pertama? Mana mungkin mat salleh menyukai bahasa puitis. Dia binggung sendiri.

Zarul mula rasa tidak selesa apabila ditatap oleh pelajar baru di sebelahnya. Wajahnya terasa panas dan membara. Meskipun matanya sentiasa melihat ke depan, namun dia masih boleh nampak perlakuan Aman terhadap dirinya. Ini adalah satu kes jenayah yang berat iaitu mencabul ketenangan jiwa. Dia cuba menahan geram.

Cikgu Farhan sibuk bercakap di depan, tumpuan Zarul semakin lama semakin hilang . sehinggahkan apa yang dikatakan oleh Cikgu Farhan tergial-gial dalam kepalanya lalu bertukar menjadi pisau yang menyucuk-nyucuk perasaannya seperti dalam mimpi. Setiap bait perkataan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ini semua gara-gara orang yang duduk disebelahnya.

"excuse me, kau nak apa sebenarnya?" Zarul melawan renungan mata Aman.

Sesungguhnya dia pantang ditatap sedemikian rupa. Silap hari bulan dia boleh bertukar menjadi garuda yang mengunyah apa sahaja di hadapannya.

Sekali lagi, Aman terkesima melihat bola mata Zarul yang berwarna biru. Bersinar. Mana boleh pakai contact lens dalam sekolah melainkan tenaga pengajar, eya ka? Aman menggelengakan kepalanya. Tenaga pengajar pun mana boleh berhias lebih-lebih dan yang lebih layak sebenarnya adalah cleaner sekolah kerana mereka tiada peraturan langsung kecuali memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih. Oh yeah.

Zarul geram. Kali ini dia bersuara dengan nada yang lebih keras.

"excuse me!."

"Aghhhh!!." Aman teriak terkejut.

Semua mata menoleh ke arahnya. Antara mata-mata yang memandang mata kepuyaan Cikgu Farhanlah yang paling menggerunkan. Cikgu Farhan dikenali sebagai guru yang paling berkeyakinan tinggi dalam mendenda pelajar dan mempunyai tahap kebengisan yang bertaraf naga.

"Adam Zuriel bin Hazif !!"Cikgu Farhan memanggil nama penuh Zarul. Zarul terkesima.

"Panggil Zarul sahaja, cikgu.. si Aman ni yang dahulu cari pasal." Zarul membetulkan balik namanya yang disebut.

Dia merasa pelik sendiri mendengar nama penuhnya setelah sekian lama dia menjadi 'orang melayu' di tanah Malaysia. Isehmen.. Tapi sejujurya dia sendiri janggal dengan nama penuhnya itu, dia lebih rela dipanggil Zarul meskipun wajahnya setampan Ian Somerhalder.

"Amanda binti Iskandar!!" Cikgu Farhan beralih pula kepada Aman.

Ternganga mulut Aman mendengar perkataan itu. Nama yang disebut seakan bukan dirinya.

"panggil Aman saja cikgu.."

ketika itu satu kelas mula saling berbisik-bisik sesama mereka seperti tidak percaya juga apa yang mereka dengar.

Aman adalah Amanda.

"Amanda?" Adie hampir pecah perut menahan gelak.

Mana tidaknya, beberapa jam yang lalu, Amanda datang dengan keyakinan yang tinggi memperkenalkan diri di hadapan kelas sebagai seorang pelajar yang baru. Dia hanya mahu dipanggil Aman dan enggan memberitahu nama penuhnya. Cikgu Farhan selaku penolong kanan sekolah pula membocorkan nama penuh Amanda. Dalam diam Adie mengagumi sikap Amanda yang tersendiri. Amanda seperti menyimpan rahsia yang besar tentang dirinya. Kununnya mahu dipanggil Aman tapi hari pertama masuk sudah menghuru-harakan keadaan kelas. Lebih-lebih lagi depan Cikgu Farhan yang gemuk pendek- pendek sedikt orangnya. Mana pernah ada sesiapa yang berani tiba-tiba berteriak dalam kelas Cikgu Farhan melainkan pelajar baru ini.

"Diam! jangan nak buat bising !!" teriak Cikgu Farhan. Ibarat singa yang mengaum dengan sekumpulan kambing biri-biri.

Kelas menjadi senyap serta merta kecuali Adie yang masih lagi dengan ketawanya. Dia masih merasakan apa yang telah berlaku adalah hal yang wajar untuk ditertawakan atau diperolok-olokkan. Keadaan dalam kelas itu samalah seperti, Semua biri-biri senyap ketakutan, namun yang seekor ini masih berkesempatan untuk ketawa terbahak-bahak. Kau akan berhadapan dengan singa, Adie!

"Adieka bin Muda!" giliran Adie pula terdiam.

Perlahan-lahan dia menoleh kepada Cikgu Farhan. Maka, akhirnya biri-biri tersebut pun terdiam.

Siapalah yang tidak kenal dengan Adie anak ketua kampung Senjaga, Pak Uda. Adie adalah seorang pelajar ynag selalu membuat masalah tapi kekal dengan kemacohannya.

"Panggil Adie saja, cikgu." Adie membela dirinya. Sekarang baru dia faham perasaan Zarul dan Amanda bila dipanggil dengan nama penuh. Setiap perkataan yang disebut kedengaran ganjil di telinga. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adakah ini perasaan yang wajar? Kelas menjadi hura-hara kembali.

Amanda yang duduk dihujung kelas memandang Adie yang dalam kebingungan. Rupanya Adie adalah Adieka dan orang yang duduk disebelahnya pula adalah Adam Zuriel yang mahu dipanggil Zarul. Yang paling lucu sekali adalah Zarul. Muka macam orang putih tapi nama mahu dipanggil seperti orang melayu sejati. Atau sebenarnya Zarul adalah pendatang asing yang menyamar sebagai warga negara malaya? Lalu menukar namanya sebagai Zarul? hal yang wajar untuk ditertawakan. Tengok muka sudah boleh kenallah siapa pendatang asing.

"Kau pendatang asing kan? Ahahhahahaha.." Meletus ketawa Amanda membayangkan bagaimana Zarul mencari tempat persembunyian apabila dikejar oleh polis yang menyangkanya pendatang asing sejati atau lebih tepat lagi alien.

"Diamlah!!" Zarul geram dengan Amanda yang cuba memperolokkannya. Ingat dia alien kah? Zarul sudah tidak tenang. Adakah Amanda membayangkan wajahnya yang kacak ini bertukar menjadi alien? Oh tidak..

Amanda masih dalam mood ketawanya manakala pelajar lain makin ranjak memainkan dengan peranan masing-masing. Cikgu Farhan cuba mengawal keadaan namun masih belum berjaya.

Adie menolehkan ke belakang, hujung sebelah kanan kelas Zarul sedang menutup telinganya. Sedang Amanda lagi bergembira menertawakan Zarul. Zarul membalas pandangan Adie. Dia lantas membuat isyarat mulut kepadanya. 'help me, please..' berharap agar Adie faham bahawa dia sedang terseksa duduk bersebelahan dengan Amanda.

Adie mengangguk. Dia faham apa yang perlu dilakukan. Misi ini harus disegerakan. Zarul menyerahkan segala kepercayaan kepada Adie. Adie menarik nafas panjang. Dia perlu menyerang budak baru itu. Berani-beraninya Amanda memperolokkan Zarul. Ini tidak boleh jadi!

"Woi! Amanda si budak baru. Asal kau ketawakah kawan aku huh? Kau ingat kau cantik sangat??" Teriak Adie, tetapi sebaik sahaja dia menyedari apa yang dikatakan itu, Adie mengetam bibir bawahnya. Apa yang aku cakap ni?

Adie menggeleng sendiri. Misi yang dijalankan tidak mengikut apa yang dirancang dalam mindanya tadi. Dia merancang untuk membersihkan apa yang terjadi namun ayat berbisa pula yang keluar. Aduhhh. Dia akui yang mulutnya pandai bergerak sendiri dan mengeluarkan kata-kata yang sadis tanpa kawalan akal warasnya.

"Woii! Berani kau woii kan aku. Im not Amanda. Don't dare to call my name like that. Kau ingat kau tu handsome sangat??" Amanda pula membalas kata-kata Adie. Pantang sekali dia dicabar. Semua orang terkejut. Budak baru mematahkan segala bicara Adie yang selama ini mereka puja.

Zarul hanya mengelengkan kepalanya.

Inilah padah kalau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Adie. Adie tidak pandai dalam merancang strategi secara praktikal. Keadaan malah menjadi semakin rumit. Adie menelan air liurnya. Belum pernah siapa pun yang berani melontarkan kata-kata seperti itu kecuali Amanda. Berani dia menjatuhkan maruah aku depan budak-budak sekelasnya. Ini satu bentuk penindasan! Jagalah kau Amanda!

Adie menghentak kedua tangannya di meja.

"Kau!!" Jari telunjuknya diarahkan kepada Amanda.

"Apa?!" Amanda membalas. Dalam situasi ini dia memilih untuk melawan. Hebat permainan ini. Teruskan anak pakcik Iskandar, jangan mudah menyerah kalah!

Kelas menjadi tidak tentu arah. Cikgu Farhan hampir putus asa menyabarkan kedua-dua belah pihak. Zarul hanya menggelengkan kepalanya. Manakala yang lain masih dalam keadaan terkejut. Tidak kurang juga yang memberi sorakan yang gemuruh.

"Assalamualaikum, maaf cikgu saya lambat hari ini."

Semua mata kemudian tertumpu kepada Gia yang baru masuk melangkah ke dalam kelas.

"Rosagia binti Awang Maud !!" teriak Cikgu Farhan. Kesabarannya yang ditahan sedari tadi diluahkan kepada Gia. Gia tercenggang di depan pintu. Klasik giler namanya dipanggil. Dia binggung apa yang sedang berlaku. Selalu dia datang lambat ke sekolah dia siapa yang mempedulikannya. Ini kerana prestasi akademiknya tetap berada di tangga yang ke atas meskipun dia tertinggal di belakang. Maka dengan itu guru-guru tidak pernah mengambil tindakan di atas kelewatannya selalu.

"Gia?" Amanda tidak sangka yang Gia juga sekelas dengannya. Amanda dan Gia merupakan kawan baik semenjak tadika lagi. Mereka terpisah kerana Gia dan sekeluarga pindah ke Bandar.

"Aman?" wajah Gia bertukar bahagia.

"What the .." Adie kebingungan dia menoleh ke arah Zarul meminta kepastian walaupun dia sendiri tahu yang Zarul juga kebingungan sepertinya.

"Entah laa" kata Zarul. Dia menaikkan bahunya.

'Ringg.. Ringg!!' bunyi lonceng berbunyi menandakan telah tibanya waktu rehat.

Cikgu Farhan menghembus nafas lega.

"Baiklah, Adie, Zarul, Aman dan juga Gia. Jumpa cikgu lepas ni." Cikgu Farhan terus melangkah keluar kelas meninggalkan pelajarnya yang terkebil-kebil.

Selepas kisah itu mereka menjadi semakin rapat sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Mereka tetap rapat seperti dulu. Walaupun sudah jarang mereka berjumpa. Kadang-kadang kalau cuti semesti ada juga di antara mereka yang tidak balik. Jadi untuk berkumpul seperti dahulu adalah sangat sukar. Masa berlalu, masing-masing pun mempunyai kehidupan yang perlu diuruskan..

Pang!

"Aduh.. sakit lah bangang." Zarul menggosok kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Amanda. Suasana kenduri aqiqah di rumah Pak Maud masih meriah.

"Jauh sungguh kau berangan, kau ingat siapa?" Amanda merenung Zarul tajam-tajam. Berusaha untuk membaca fikiran Zarul. namun akhirnya dia mengalah apabila dia menyedari dia tiada kuasa minda yang kuat.

Zarul menolak kepala Amanda jauh darinya.

"Kau pun dah pandai berangan sekarang eh." Adie menyindir Zarul.

"Aku tak terrer sangat berangan macam korang berdua." balas Zarul. Yang dia maksudkan adalah Adie dan Gia.

"Mesti kau ingat pasal sekolah dulu kan?" duga Gia.

Zarul mengangguk. Memang tepat sekali tekaan Gia. Macam mana dia tahu? Dia ada sixth sense ke?

"By the way, aku ada berita untuk korang." Gia bersuara.

Adie melangkah ke depan mendekati Gia. Dia mahu menjadi pendengar yang baik. Bukankah pendengar yang baik selalunya di depan? Nampak? Dia memang bijak.

Gia menarik nafas yang panjang sebelum memberitahu berita itu kepada kawan-kawannya.

"Kenapa beb? Kau nak kawin dah ke?" Amanda mencelah. Sebut sahaja pasal kawin, Adie mengeluh. Mukanya menjadi serius tiba-tiba.

'Hello from the other side...'
Lagu Adele meraung di dalam hatinya. Pedih tahu tak?

"Kau nak kawin ke, Gia?" Soal Adie. Adie merenung tajam ke wajah Gia. Dia memohon agar Gia memahaminya. Kau tak nampakkah aku yang dari dulu lagi cinta dengan kau? Janganlah kawin dengan orang lain pula?

"Seriously kau nak kawin? Bila? Dengan siapa?" Soal Zarul. sengaja dia menaikkan sedikit suhu kepanasan Adie. Adie menoleh ke arahnya.

"Diamlah." Kata Adie. Dia benar-benar sedang mengawal golakan emosinya.

Gia ketawa melihat mereka. Selalu sahaja ada hipotesis awal yang disimpulkan oleh mereka. Dia memandang wajah Adie. Bukan main serius lagi Adie meminta kepastian darinya.

"Aku bukannya nak kawin lah.. aku masih muda lagi." Ucap Gia.

Adie menarik nafas lega. Dia memandang kepada Zarul dan Amanda.

"Tengok. Aku dah agak dah." Ujarnya gembira. Kini dia sudah boleh mendengar ada nyanyian-nyanyian kegembiraaan di mindanya.

"Aku nak bagi tahu korang, yang Amanda ada benda nak cakap." Ujar Gia. Dia memandang Amanda.

"Aduh beb.. janganlah panggil nama penuh aku, malu lah aku nanti.." Amanda tersengih-sengih sendirian.

Adie dan Zarul berpandangan. Apa pula ni? Tadi Gia yang cakap nak bagitahu something kemudian dipasingkan pula kepada Amanda. Apa sebenarnya ni?

"Siapa sebenarnya yang nak bercakap ni?" Adie menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia mula kebingungan.

Amanda mengangkat tangannya. Surrender. Sebenarnya dia yang mahu bercakap. Gia cuma sebagai pembuka bicara sahaja tadi.

"Kalau kau yang nak bercakap, baik tak payahlah. Aku lebih rela balik awal dari kenduri ni, daripada dengan kau bercakap yang entah apa-apa." Kata Zarul. dia memeluk tubuhnya sambil memandang serong kepada Amanda.

"A'ah. Betul tu, Zarul. Kalau si Aman ni bercakap. 90% daripadanya mengarut." Sokong Adie. Mereka sudah beberapa tahun berkawan. Antara mereka Amanda adalah orang yang paling jarang bercakap tentang kebenaran. Banyak sekali mengarutnya.

"Aku serius la.. kali ni aku tak akan mengarut lagi." Amanda membela dirinya. Dia mahu didengari oleh mereka kali ini sahaja. Mungkin ini adalah yang terakhir. Aman menjadi sayu tiba-tiba.

Gia perasaan akan perubahan Amanda. Dia menyiku Zarul.

"Apa?" tanya Zarul kepada Gia. Gia memuncungkan mulutnya kepada Amanda yang sedang tunduk memandang tanah.

Zarul memandang Amanda.

"Hei, kau kenapa?" soal Zarul kepada Amanda. Amanda diam. Dia enggan bersuara. Zarul menoleh pula kepada Adie. Adie mengangkat bahunya tanda dai tidak tahu apa yang berlaku. Tiba-tiba sahaja suasana menjadi lain.

"Man? Tak payahlah nak merajuk. Kau ada masalah ke?" pujuk Zarul perlahan.

Amanda mengangkat wajahnya. dia mengukurkan senyumannya. Yang sudah tentu tidak seindah seperti tadi.

"fine, okey. Tell me. Kau kenapa? Nak juga kau pujuk." Ujar Zarul. Dia kadang-kadang lupa yang Amanda adalah perempuan. Amanda masih mempunyai hati yang lembut dan mudah terguris. Walaupun kelakuannya agak brutal berbandang mana-mana gadis yang dia kenal. Bahkah kalau mahu dibandingkan, Amanda lebih kental jiwanya setiap kali menghadapi ujian jiwa. Tapi pada waktu itu, dia melihat Amada tidak seperti selalu. Terasakah dia?

"Aku akan pindah dari kampung ni, guys." Amanda bersuara.

Terkesima mereka mendengar apa yang diucapkan oleh Amanda. Namun, Gia hanya berdiam sahaja. dia sudah tahu dari awal-awal lagi.

"Kau nak pindah??" Soal Adie terkejut.

Amanda mengangguk.

"Kita ni dah la baru ambil degree, terpisah oleh university yang berbeza, jumpa pun sekali sekali jerr, kalau tak ada cuti semester memang tak baliklah. And sekarang kau pula nak pindah?" Kata Adie lagi. Dia tidak percaya apa yang baru sahaja didengarnya. Adie memandang Zarul. Zarul masih terdiam. Zarul say something.. tak kan kau nak biar ada antara kita ni terpisah..

"Aku akan jalan lusa." Amanda bersuara lagi.

Zarul mengeluh. Hatinya berat untuk mendengar ayat yang keluar dari Amanda.

"Kau jangan bergurau, Aman." Ucapnya. Dia sebenarnya tidak rela.

"Aku serius lah.. tu lah korang. Tadi aku nak serius, korang cakap aku ni mengarut la.. tak nampakkah aku ni sedang serius." Amanda tersenyum sedikit. Dia mahu membuat suasana yang ceria seperti tadi, namun hampa. Dia sendiri yang membawa mood itu.

"Well, guys.. mungkin kita perlu buat majlis perpisahan." Cadang Gia. Dia faham apa yang dirasakan oleh dua orang jejaka itu. Gia juga begitu pada awal dia mendapat tahu tentang berita itu.

"Orite.. Esok kita berkelah nak?" Amanda berlagak ceria.

"Kau nak berkelah mana? Kau ingat dekat kampung ni ada pantai?" Kata Adie pula.

"Ye tak ye juga.." Amanda mengalah. Dia juga buntu. Perlahan-lahan dia melihat Zarul. Selepas sahaja apa yang dikatakan itu, tiada lagi senyuman yang terukir di bibir Zarul.

"Kalau macam tu, Esok petang kita singga dekat warung Pak Jebat." Zarul bersuara. Yang lain mengangguk setuju. Warung Pak Jebat berada di tengah-tengah persimpangan rumah mereka. Jadi senang untuk berjumpa di sana. Lagi pula jalan kaki pun boleh. Apa sahajalah yang ada di kampung selain daripada Warung yang berkurun itu. Tapi jangan main-main. Warung itulah penyatu hati mereka berempat. Apa-apa sahaja yang terjadi, memang warung itulah tempat mereka bertemu selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience