Chapter 9

Romance Completed 9464

BAB 9

Suraya memasuki biliknya. Dia mengunci pintu lalu terjun ke atas katil. Bantal besar dipeluk erat. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Wajah Zarul terbayang-bayang dalam ingatan. Sekian lama..

"Aku dah jumpa dia.." katanya sendirian. Pelukan pada bantal dieratkan lagi.

Air mata Suraya jatuh. Hatinya berdebar. Suraya bingung. Selepas sahaja terserempak dengan Zarul di hospital tadi, dia resah. Segala kelakuannya menjadi tidak betul. Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

Suraya merasa terancam dan tidak selamat. Wajah Zarul datang tanpa henti dan menghantui dia. Suara Zarul yang menyebut nama penuhnya itu berulang-ulang bermain dalam ingatan.

"Jangan fikirkan dia dulu, kau kena tenang." Suraya mengurut dadanya sendiri. Dia menghapuskan air matanya. Suraya berpusing ke kanan katil. Laci kecil yang berada di tepi dibuka dengan perlahan. Dia mengambil sekeping gambar yang berada sudah lama tersimpan di sana. Gambar itu ditatap dengan sayu.

"Sudah sekian lama.." ujar Suraya. Gambar yang dipegang dibawa ke dada. Dia rindu.

Deringan telefon mematikan suasana yang sunyi di dalam bilik pejabat Gia. Gia memandang sekilas pada skrin telefonnya. Nama ibunya tertera di sana. Automatik bibirnya mengukirkan senyuman. Pen di tangan diletakkan di atas meja sebelum telepon tersebut dicapai. Panggilan disambut.

"Hello, mak." Ucap Gia gembira.

"Ya.. Adie apa kabar?" Suara Puan Sabriah dihujung talian kedengaran. Gia mengerutkan dahinya. Apa pula soal pasal Adie tiba-tiba ni. Gia melihat ke luar jendela. Hari cerah sahaja. Tiada ribut pun. Dia tidak tahu kenapa kabar Adie yang pertama sekali disoal oleh ibunya.

"Tiba-tiba je tanya pasal Adie.. dah kenapa mak?" Ujar Gia. Dia hairan. Ini kali pertama ibunya menyebut nama Adie di dalam talian.

"Ye la.. mak mimpi semalam, kamu duduk bersanding dengan Adie. Senang hati mak tengok." Jawab Puan Sabriah. Suaranya kedengaran sangat gembira.

Gia tersentak. Mimpi? Dia dengan Adie bersanding? seriously..

"Apa lah mak ni.." Gia hilang kata-kata. Hatinya berdebar. Senyuman Adie yang menawan terbayang di kotak ingatan. Alif Aziz ya..

"Gia, bila kamu nak kawin dengan Adie. Dua-dua dah stabil ekonomi.. mereput mak tunggu kamu kawin." kali ini perlahan sahaja suara Puan Sabriah.

"Mak, Gia dengan Adie mana ada apa-apa." Gia menghelakan nafasnya.

"Kamu kan dah lama berkawan dengan dia.. tak kan tak suka langsung. Mak tengok si Adie tu baik je budi pekerti dia."

Gia terdiam sebentar. Dia perlu meneliti hatinya semula. Kewujudan cinta antara dia dan Adie itu masih samar-samar lagi. Sebab dia sendiri tidak mahu memberi harapan yang tinggi. Meskipun dia tahu Adie menyayanginya dalam diam.

"Gia tak yakin, Mak.." kata Gia.

"Kenapa pula?"

"Ayah dengan Pak Uda tu mana nak sebulu. Gia tak nak berharap sangat."

Giliran Puan Sabriah pula yang terdiam. Sunyi sahaja talian itu seketika. Hembusan nafas kedengaran.

"Ye lah.. Mak pun rasa begitu. Takpa.. mak tak paksa kamu kawin dengan Adie. Siapa-siapa pun boleh.. Kemarin, ada orang datang merisik. Mak tak kenal siapa lelaki tu.. Dia dari kampung sebelah."

Perkataan yang didengar dari ibunya membuatkan Gia merasa sedikit terkilan. Siapa pula yang berani datang merisik?

"Merisik siapa?" Soal Gia.

"Kamu lah.."

Gia menelan liur.

"Err... jadi macam mana?" Gia sudah tidak keruan. Dia risau andai risikan itu diterima. Dia tidak mahu kawin paksa!

"Ayah kamu yang berbincang dengan pihak lelaki tu."

"Ayah terima?"

"Tolak."

Fuhhh.. Gia menghembus nafas lega.

"Ayah kamu cakap, kamu sibuk dengan kerja. sebab lelaki tu mahu kamu jadi suri rumah sahaja bila dah berkawin dengan dia." Ucap Puan Sabriah. Gia tersengih.

"Apa kerja lelaki tu?"

"Kerja kilang."

Meletus ketawa Gia. Ada juga lelaki yang macam tu dalam dunia ni. Tolong berpijak di bumi yang nyata. Harap maklum.

"Kamu jangan pandai ketawakan orang saja.. lelaki tu ada tanah sana sini. Kemarin, dia tunjukkan dokumen-dokumen geran tanah sekali. Ada sebelas kalau mak tak silap. Kalau kamu nak lelaki tu, boleh runding-runding."

Gia terlopong. Pantas dia menggeleng. Dia bukan seorang perempuan yang gila tanah!

"Eh, tak nak lah. Tak payah." Bantah Gia. Sekali pun lelaki yang merisiknya itu membawa berjuta dokumen geran tanah pun, dia tidak akan terima. Hatinya itu telah disimpan untuk orang yang sesuai sahaja. Adie? Mungkin..

"Ye laa.. mak nak masak lauk dulu. Jaga diri baik-baik." Ucap Puan Sabriah.

"Ye mak." Gia mengangguk faham.

"Jangan lupa, kirimkan salam mak dekat si Adie." Kata Puan Sabriah lagi sebelum talian telepon diputuskan.

Gia terkebil-kebil sendiri.

Dia meletakkan teleponnya itu di atas meja kembali. Baru sahaja tangannya mahu mengambil pen tadi, deringan telepon itu kedengaran lagi. Dia memandang sekilas. Nama Adie pula yang tertera di skrin telepon kali ini.

"Panjang umur." Kata Gia sebelum panggilan diangkat.

"Gia, kau kat mana?" Soal Adie di hujung talian. Kedengaran agak cemas. Gia memandang ke luar jendela lagi. Tiada ribut yang kelihatan. Kenapa pula si Adie ni?

"Aku dekat butik la. Kerja." Balas Gia.

"Tunggu aku datang." Kata Adie serius.

"Kenapa? Kau dekat mana?" Soal Gia. Dia juga terikut cemas.

Tok-tok-tok

Pintu pejabat diketuk dari luar. Gia terkejut. Lalu tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ini mesti Adie." Katanya. Adie selalu sahaja membuat dia suspen. Tak pernah hendak berubah.

Panggilan telepon ditamatkan. Gia bangun dari kerusi. Dia lantas menuju ke pintu. Pintu dibuka.

Qila yang sedang berdiri di hadapan pintu itu tersenyum kepada Gia. Qila adalah salah seorang dari pekerjanya di butik itu.

"Owh, ada apa?" Soal Gia. Dia tersengih sendirian. Mati-mati dia fikir orang yang mengetuk pintu itu adalah Adie. Sangkaannya meleset. Kau terlalu fikirkan Adie, Gia! Lain kali jangan terbang tinggi sangat, kan dah jatuh. Sakit pula tu..

"Ada orang nak jumpa dekat luar, bos." Kata Qila sopan.

"Baiklah." Balas Gia. Kali ini dia yakin orang yang dimaksudkan itu adalah Adie. Dengan langkah kaki yang sederhana dan terkawal, dia menuju ke luar. Dari jauh dia sudah ternampak tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. Ada sejambang bunga di tangan lelaki itu.

Gia menggelengkan kepalanya. Adie-Adie.. kau tak pernah berubah.

Gia mempraktiskan senyumannya. Perfect!

"Hei, Adie, kenapa datang?" sapa Gia.
Lelaki itu menoleh. Gia terlopong, sangkaannya kali ini juga meleset. Lelaki yang berada di depannya itu bukan Adie. Malah, dia sendiri tidak kenal siapa.

"Hai, panggil saya Leo. Awak ni cik Rosagia, betul tak?" Leo memperkenalkan dirinya.

Gia mengangguk perlahan.

"Nah, untuk awak." Leo menghulurkan sejambang bunga kepada Gia. Gia teragak-agak untuk menyambutnya. Jambangan bunga bertukar tangan.

"Awak ni siapa?" Soal Gia ayu.

"Bakal suami awak."

Gia tersentak. Dahinya berkerut seribu.

Leo memetik jarinya sekali. Seorang lelaki muncul dari belakang Gia, lalu menekup mulutnya. Jambangan bunga itu jatuh. Gia ketakutan. Dia meronta ingin dilepaskan. Tetapi tenaga lelaki yang menahannya, lebih kuat berbanding dia. Gia lemas! Sebuah kereta Avanza hitam berhenti tepat di hadapan mereka.

"Masukkan dia. Lekas!" Arah Leo.sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta di bahagian depan sebelah pemandu. Gia disumbat masuk ke dalam perut kereta. Kemudian kereta dipandu laju meninggalkan kawasan tersebut.

Adie dalam perjalanan hendak ke butik Gia. Kereta dipandu laju. Baru sahaja tadi, dia menerima panggilan tidak berdaftar dari seorang lelaki. Lelaki tersebut mengatakan sesuatu tentang Gia. Tetapi tidak berapa jelas. Yang hanya kedengaran, lelaki itu mengancam akan membawa Gia lari. Kemudian talian diputuskan begitu sahaja. Itulah yang membuatkan Adie risau lalu segera menelefon Gia. Gia dalam bahaya!

Beberapa minit kemudian, Adie sampai. Kereta dihentikan di hadapan butik Gia. Dia bergegas keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam butik itu.

"Gia!!" Panggil Adie.

Dua orang pekerja perempuan muncul dari belakang, apabila mendengar jeritan Adie.

"Cik Gia tak ada. "

"Dia dekat mana?" Soal Adie.

Dua orang pekerja tadi berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tidak tahu di mana keberadaan bos mereka.

Adie mendengus.

Dia lantas menuju ke bilik pejabat Gia yang berada di bahagian belakang butik.

Telefon bimbit Gia terletak kemas di atas meja.

"Tak guna." Bisik Adie. Dia yakin yang Gia sudah dibawa lari oleh lelaki itu.

"Encik Adie cari cik Gia?"

Adie menoleh.

"Tadi ada lelaki yang datang bersama bunga mahu berjumpa dengan cik Gia." Kata Qila.

Adie diam sesaat. Lelaki yang dimaksudkan oleh Qila mungkin adalah lelaki yang sama dalam talian telefon tadi.

Kenapa dia bertindak licik!

"Korang jaga butik ni baik-baik." Pesan Adie sebelum dia berlalu meninggalkan pekerja-pekerja Gia yang berbisik-bisik sesama mereka.

Sesaat kaki melangkah keluar dari pintu utama butik itu, Adie ternampak sejambang bunga yang terampai di tepi tiang.

Adie mengetam bibirnya. Marah! Jambangan bunga itu dipijak-pijak sebelum dia menendangnya jauh.

Deringan telefon berbunyi. Tanpa melihat nama si pemanggil, Adie terus menyambutnya sahaja.

"Gia ada dengan aku."

Suara lelaki itu..

"Kau siapa?" Soal Adie dengan berang. Hatinya sakit!

"Panggil aku Leo." Jawab Leo di hujung talian.

"Lepaskan Gia." Kata Adie.

Leo ketawa.

"Dendam aku belum terbalas."

"Dendam?" Adie bingung.

"Kau yang buat aku masuk dalam penjara. Kau dah lupa?"

Adie diam. Apa yang Leo maksudkan? Dia tidak faham.

Leo ketawa lagi. Mungkin ketawa dengan kebingungan Adie sekarang.

"Malam ni.. pukul 11.. jumpa aku dekat bangunan terbiar sebelah tasik.. Tempat kali pertama kau berjumpa dengan aku dahulu." ujar Leo. Suara kejahatan!

Ingatan Adie terus mengimbas kejadian yang berlaku dua tahun yang lalu. Ketika itu, dia masih bergelar seorang pelajar universiti. Jangan-jangan lelaki itu adalah..

"Ya. Ini aku.. budak yang pernah kau pukul dua tahun yang lalu."

Sinis kedengaran.

"Kau jangan macam-macam, Leo. Aku akan report polis. Malam ni juga aku akan datang dengan polis supaya kau ditangkap kali kedua!" Adie cuba untuk mengugut Leo.

"Seorang! Kau datang seorang!! Macam aku dulu!. Kau boleh panggil polis, itu pun kalau kau nak perempuan ini mati!" Nafas Leo turun naik menahan marah apabila Adie cuba mengugutnya dengan polis.

Adie diam sesaat. Dia mengenggam tangannya. Bengang!

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Dendam aku belum selesai, Adie. Atau.. aku langsaikan sahaja hutang dendam aku ini.. dengan perempuan cantik di hadapan aku sekarang."

"Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau, kalau kau apa-apakan Gia!" Jerkah Adie. Gia miliknya!

Leo ketawa puas. Lalu, panggilan ditamatkan.

"Tak guna!" Maki Adie.

Dia berfikir sejenak. Kemudian pantas tangannya mendail nombor telefon seseorang. Panggilan disambut.

"Kita perlu jumpa sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience