Chapter 5

Romance Completed 9464

BAB 5

Warung Pak Jebat dipenuhi dengan orang-orang kampung yang sudah tidak asing lagi. Pak Jebat melayan mereka dengan penuh ramah. Almaklumlah, kampung kan. Meskipun begitu, semangat kekitaan dan kemasyarakatan memang jelas sekali dipamerkan oleh penduduk kampung di warung itu.

Di sudut hujung warung itu, kelihatan Gia dan Zarul sedang duduk menanti ketibaan Adie dan Amanda. Setelah beberapa minit menunggu, dari jauh kelihatan Adie dengan basikalnya melambai-lambai ke arah mereka. Minta disambut kedatangan lah tu..

Adie menyandarkan basikalnya di palang tepi warung, sebelum dia menjatuhkan tongkat pada kaki basikal itu untuk disanggakan pada tanah. Dia berjalan menuju ke arah Gia dan Zarul. Terus dia mengambil tempat duduk di hadapan Gia.

"Hai, Gia. Baru semalam kita berjumpa, aku dah jatuh rindu pada bidadari." Ujar Adie. Zarul mencebik. Gia hanya tersenyum. Dia sudah arif dengan perangai manis Adie.

"Asal kau lambat?." Soal Zarul kepada Adie.

"Aku tolong mak aku sidai kain. Mak aku cakap, lepak lepak juga, tapi jangan derhaka." Ujar Adie. Dia memandang Gia. Aku anak yang baik Gia.. Kau harus tahu itu

Zarul mencebik. Sidai kain apa petang-petang begini..

"Baguslah tu.." komen Gia.

"Itu jer kau komen Gia?" Soal Adie. Dia mahu dengar lebih.

"Kau nak aku cakap apa?" Soal Gia pula. Dia membalas pandangan mata Adie. Adie terkulat-kulat mencari tempat untuk mengekalkan kemacohannya.

"Cakaplah aku ni handsome ka, baik hati ataupun budiman. Tak pernah aku dengar kau cakap aku ni handsome tau." Kata Adie.

"Apa-apa je la." Balas Gia. Dia endah tak endah sahaja dengan Adie.

"Aman pun belum sampai lagi ke?" Adie menoleh kepada Zarul. Zarul mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia menoleh ke Gia. Gia juga mengangkat bahunya. Dia juga tidak tahu.

Perihal tentang Amanda selalu sahaja ditanyakan kepada Zarul. Kerana antara mereka Zarul memang rapat dengan Amanda. Malah mereka boleh dikatakan merpati dua sejoli, walaupun selalu bergaduh namun saling memahami antara satu sama lain. Adie tahu Zarul ada menyimpan sedikit perasaan kepada Amanda dari dulu lagi. Tapi saat bertemu, ada sahaja penindasan yang akan berlaku.

Lebih-lebih pula Amanda bukan seorang wanita yang ayu seperti Gia. Amanda mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Amanda seorang yang ceria, kebudak-budakan dan kadangkala menyakitkan hati. Dia tidak pernah mengambil serius tentang apa yang berlaku dalam hidupnya. Apa yang dia tahu hanyalah ketawa dan bergembira dengan apa yang ada. Pun begitu, Amanda jenis yang brutal, tetapi bukan bererti tomboy. Amanda sendiri tidak pernah mengakui dirinya itu tomboy. Tapi kalau ada pertandingan memanjat pokok memang Amanda lah juaranya. Amanda berambut panjang, cantik dan berkeyakinan. Kadangkala mudah tersinggung dan ambil hati. Tapi cepat memujuk diri sendiri. Dalam mereka berempat, Zarul lebih memahami Amanda. Walaupun Gia mengenali Amanda dari tadika lagi.

"Kita janji pukul tiga. Tapi Aman masih belum datang." Ujar Adie.

Zarul melihat sekilas jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 4:56 petang. Dia melihat pula sekeliling. Bayang Amanda masih tidak kelihatan. Zarul tercari-cari akan Amanda. Kau di mana Aman?

"Maaf, aku lambat."

Zarul, Adie dan Gia menoleh serentak.

Tidak jauh dari mereka, seorang lelaki yang baru sahaja datang itu mengambil tempat di antara sekumpulan yang sedang duduk bertentangan dengan mereka.

"Asal kau lambat ni, Boy?" Soal salah seorang lelaki yang sudah lama berada di sana.

"Aku hantar sepupu aku pergi stesen." Balas pemuda itu.

Zarul, Adie dan Gia berpandangan. Mereka sama-sama cuba menganalisa sesuatu.

"Itu bukan sepupu Aman ke?" Tanya Gia kepada Zarul. Zarul mengingat sesuatu. Kemudian pantas dia berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soal Adie.

"Aman tak akan datang. Dia dekat stesen sekarang. Aku kena cepat." Kata Zarul.

Gia dan Adie berpandangan.

"Aku ikut." Ujar Adie.

"Aku pun." Kata Gia pula.

Tanpa membuang masa, mereka mengayuh basikal masing-masing menuju ke stesen bas yang berada di hujung jalan besar. Laju sahaja kayuhan basikal mereka. Zarul yang paling depan sekali. Hatinya berharap agar masih sempat dia berjumpa dengan Amanda. Ada sesuatu yang ingin dia berikan kepada Amanda.

Aman, bukankah kemarin kau cakap kau jalan lusa? Kau janji untuk berjumpa pada petang ini tapi kau malah pergi tinggalkan kami? Apa yang kau fikirkan Aman??

Basikal milik Zarul menerpah laju menuju ke persimpangan. Meninggalkan Gia dan Adie di belakang.

"Gila!! Zarul ni nak mati ke?" Jerkah Adie memerhati Zarul dari belakang. Dia lantas mempercepatkan kayuhan kakinya. Dia perlu mengejar Zarul. Dia tahu Zarul risau andai tidak sempat berjumpa dengan Amanda. Tapi kelajuan Zarul itu membimbangkan dirinya.

Gia pula hanya mengikut kelajuan kayuhan Adie. Dia juga risau melihat Zarul yang sudah jauh ke depan. Mereka mengejar Zarul. Aman, kenapa kau buat macam ni??

Zarul sudah tidak memikirkan apa-apa lagi, dia hanya mahu berjumpa dengan Amanda. Amanda adalah satu-satunya perempuan yang disayangi. Mana mungkin dia membiarkan sahaja pemergian Amanda.

"Zarul!! Kereta!!" Jerit Adie.

Sebuah kereta Pajero menerpa laju dari simpang menuju ke jalan besar. Pemandu Pajero itu hilang kawalan apabila Zarul mengayuh basikalnya melalui jalan perantaraan dua simpang.

Pang!

Bunyi perlangaran yang tragis mengejutkan mereka. Basikal yang dikayuh oleh Zarul merempuh kereta Pajero dengan kuat. Kereta itu berhenti mengejut seraya Zarul terhempap pada bumper kereta lalu tubuhnya terhumban ke atas jalan. Hampir sahaja digilis. Zarul terbaring dengan darah yang banyak mengalir dari kepalanya. Lengan bajunya koyak kerana terheret pada jalan raya menampakkan luka yang berdarah. Zarul sudah tidak sedarkan diri. Basikal yang dikayuh tadi termasuk di bawah kereta.

Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu tergesa keluar dari tempat duduk pemandu lalu mendapatkan Zarul. Dia panik. Tangannya bergegar melihat mangsa yang dirempuh. Bumper depan kereta remuk menandakan rempuhan tadi sangat kuat.

"Zarul!!" Adie melompat dari basikalnya lalu berlari menerpa ke arah Zarul. Basikal yang jatuh terhempas ke tanah di biarkan sahaja. Gia juga begitu. Kejadian itu berlaku jelas di hadapan mata mereka. Keadaan menjadi cemas. Mereka sangat panik.

"Zarul.." Gia terkejut. Darah yang mengalir itu merah dan pekat. Hatinya bagai tidak sanggup melihat keadaan Zarul sekarang.

"Kamu kawan dia?" Soal Pakcik pemandu cemas. Gia menangguk pantas.

"Mari hantar dia pergi hospital." Pakcik pemandu mengangkat perlahan tubuh Zarul yang terbaring di atas jalan. Adie menolongnya. Manakala Gia membuka pintu penumpang di bahagian belakang kereta. Mereka membaringkan Zarul di sana. Paha Adie menjadi bantal kepada kepala Zarul yang cedera. Darah pula tidak berhenti mengalir dari luka di kepala Zarul. Gia duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu. Kereta Pajero dipandu laju menuju ke hospital yang berdekatan.

Semasa kereta meluncur laju melalui stesen bas, tiada siapa yang memerhati keluar untuk mencari kelibat orang yang telah memungkir janji. Mereka semua risaukan keadaan Zarul. Perasaan risau itu mengatasi niat asal kayuhan basikal tadi.

"Telepon ibubapa dia." Arah Pakcik pemandu. Stering kereta digenggam kuat agar tangannya berhenti bergetar. Bagai hendak tercabut jantungnya bila mengenangkan eksiden tadi. Selagi kereta yang dipandu belum sampai ke depan hospital selagi itu paniknya tidak hilang.

Gia pantas mencapai telepon bimbit di dalam poket. Dengan tergetar-getar dia mencari nama ibu Zarul di antara jutaan nombor yang ada di sana.

Gia menoleh ke belakang, melihat darah itu hatinya sayu. Bimbang dan takut kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Zarul. Adie menggengam tangan Zarul. Tiada kata yang mampu diucap ketika itu. Hatinya benar-benar risau.

Bertahan Zarul..

Amanda sibuk memasukkan bagasinya di belakang bas putih yang akan membawanya keluar dari kampung itu. Satu bagasi besar cukup untuk mengisi kelengkapannya.

Amanda mengeluh. Dia menoleh ke jalan raya simpang masuk ke kampung Senjaga yang lapang itu, wajah kawan-kawannya terbayang di fikiran. Dia tunduk seketika. Hati Amanda sayu. Tiba-tiba perasaannya tidak menentu, seperti ada sesuatu buruk yang berlaku. Cepat-cepat dia menepis dan membuang perasaan itu jauh-jauh.

Hatinya sebak. Dia tidak sepatutnya meninggalkan mereka macam ni. Tetapi dia terpaksa. Dia sangat terpaksa. Mahu sahaja dia berlari dan berjumpa dengan mereka kali terakhir sebelum dia pergi. Tetapi itu tidak mungkin akan berlaku. Hatinya ego untuk berpaling. Meskipun kakinya berat untuk melangkah masuk ke dalam bas itu.

Maafkan aku.. aku tak boleh berada dalam kampung tu lagi..

Kereta Pajero besar bergerak laju melimpasi stesen bas. Ketika itu, tubuh Amanda sudah masuk ke dalam perut bas. Dia duduk di hujung bersebelahan dengan tingkap. Perlahan-lahan matanya dipejamkan. Wajah Zarul, Adie dan Gia terbayang di minda. Air matanya jatuh..

Sebak di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Maafkan aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience