Chapter 6

Romance Completed 9464

BAB 6

Lima tahun kemudian,

Zarul memandang sekilas jam di dinding, jam menunjukkan pukul 10:38 minit malam. Semua pekerja-pekerjanya kian berkurang. Semua sudah balik ke rumah. Tinggal dia dan beberapa orang pekerja lagi yang berada di luar biliknya.

Zarul membelek fail-fail yang bertimbun di atas meja. Fail berwarna biru terang itu diambil. Dia meneliti segala data yang ada di dalam fail itu. Belum sampai seminit, kepalanya dipicit-picit. Nombor dan perkataan yang tertera pada isi kandungan fail itu membuatkan dia pusing. Kerjanya hari ini hanyalah memastikan semua dokumen yang dihantar itu sejajar dengan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat mengejut dua hari yang lalu.

Bagi mengelakkan kepalanya terkena migran yang dasyat. Dia lantas menutup fail tersebut. Kemudian sticky note dicapai, dia menulis sesuatu di atasnya lalu dilekatkan pada muka depan fail tadi.

'Aku akan sambung esok, sorry fail. Otak aku dah penat. Harap kau mengerti.'

Begitulah ayat yang ditulis. Panjang berjelah. Zarul sengaja menulis ayat yang dramatik sebagai nota peringatan. Sekurang-kurangnya dia terhibur sedikit.

"Hmm.. cantik juga tulisan aku." Monolog Zarul. Puji diri sendiri boleh menaikkan motivasi hidup. Asal jangan meninggi diri sahaja.

Zarul berdiri. Dia merenggangkan badannya. Belakang tengkuk diurut perlahan untuk meluruskan balik urat-uratnya yang terkehel. Duduk berjam-jam di dalam bilik itu boleh sahaja membuatkan dia terkena penyakit strok. Tapi setakat ini dia masih sihat lagi. Masih segak dan bergaya.

Baju kot berwarna hitam yang diletakkan di bahu kerusi tadi diambil dan disangkutkan pada bahu kanannya. Suis lampu dimatikan. Kemudian, Zarul berlalu meninggalkan bilik itu.

Ketika kaki sudah melangkah memasuki lift, deringan telefonnya berbunyi. Zarul melihat skrin telepon. Nama Adie tertera di situ sebagai 'Pencetus Masalah'.

Zarul menyambut panggilan tersebut lalu telepon diletakkan di telinga sambil tangan kirinya mula menekan butang pada dinding lift. Lift mula bergerak turun dari tingkat 7 ke bawah.

"Hello manager besar, kau balik tak malam ni?" Suara Adie kedengaran di hujung talian.

Zarul mengangguk.

"Kau balik ke tak?" Soal Adie lagi.

"Aku cakap ya tadi." Jawab Zarul.

"Bila masa kau cakap ya?"

"Aku mengangguk tadi ertinya 'ya' la tu."

"Bengonglah kau ni. Mana aku nampak." Kata Adie pula.

"By the way, asal kau call, wahai doctor muda?" Soal Zarul. Dia mensyaki Adie ada alasan yang tersirat di sebalik panggilan telepon itu. Dia kenal siapa Adie yang sebenar. Setelah sekian lama mereka berkawan, apa sahaja pasal Adie sudah tersimpan di dalam kamus hidupnya. Bila-bila masa sahaja dia sudah boleh menilai perangai Adie. Lebih-lebih lagi sekarang ini mereka tinggal bersama di dalam rumah banglo yang dibeli hasil dari perkongsian rezeki mereka. Maklumlah, masing-masing masih bujang.

"Aku nak minta beli kau something.. before kau balik rumah." Ujar Adie. Zarul memetik jarinya. Aku dah agak dah.. mesti ada udang di sebalik batu punya..

"Something apa tu?"

"Tiba-tiba aku mengidam KFC .. Tolong belikan.. please.." kata Adie. Suara yang didengar seakan merayu. Memang sah mengidam.

"Jenama apa?" Soal Zarul.

"Jenama??" Adie kebingungan di hujung sana.

"Kau mahu KFC yang macam mana?" Zarul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa pula aku soal pasal jenama?. Bengong.

"Kau belikan satu galen.. k bye. Aku nak masuk tandas." Kata Adie sebelum panggilan ditutup.

Zarul merenung lama skrin teleponnya. Dia menghembuskan nafas tanda tidak puas hati. Adie menamatkan panggilan dan meninggalkan dia terkulat-kulat sendirian. Dah tu minta KFC satu galen. Bangang tidak bertempat langsung.

"Kau tunggu, Adie." kata Zarul.

Ting!

Pintu lift terbuka. Zarul menghayungkan langkahnya dan segera menuju ke parking kereta.

Sesampai sahaja di hadapan pagar utama banglo mereka. Zarul membunyikan hon kereta dua kali. Dia menunggu Adie datang untuk membukanya. Beberapa minit ditunggu, tiada tanda-tanda Adie hendak keluar dari pintu rumah. Zarul membunyikan lagi hon kereta. Namun Adie masih belum memunculkan diri.

Zarul mengeluh. Budak Adie ni.. aku makan habis KFC dia ni baru tau..

Zarul membuka pintu kereta. Terpaksalah dia sendiri membuka pagar tersebut. Nasib baik dia ada membawa kunci pagar. Selalunya kunci itulah yang selalu ditinggalkan sahaja kerana dia tahu, Adie akan balik kerja awal darinya sekali gus menjadi tukang buka pagar utama. Tapi entah kenapa malam ini, Adie tidak merajinkan diri keluar dan membuka pintu pagar untuknya. Padahal, pada jam sebegini dia tahu rutin Adie mesti menghadap television. Menonton drama bersiri korea yang entah apa-apa.

Pintu pagar ditolak ke tepi. Kemudian dia masuk ke dalam perut kereta kembali. Kereta dimasukkan ke dalam. Setelah itu dia mematikan enjin kereta lalu segera menutup pintu pagar dan menguncinya kembali.

Dengan KFC di tangan kanan, Zarul menekan lonceng rumah. Sementara menunggu, dia membuka kasutnya dan disusun di atas rak. Beberapa minit dia menunggu akan pintu dibuka dari dalam, namun nampaknya dia perlu berhenti berharap. Tiada sesiapa yang mahu bukakan pintu itu untuknya.

Lonceng rumah ditekan banyak kali tanda geram. Dia protes.

"Ishhh.. dah tidur kali budak ni." Ngomel Zarul sendiri. Dia mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya.

Zarul mengeluh. Kan bagus kalau dia guna saja kunci rumah dari tadi. Bengong sungguh. Masanya terbazir gara-gara menunggu Adie.

Dia memusingkan kunci yang sudah dimasukkan ke dalam lubangnya.

Cak! Pintu terbuka.

Zarul melangkah masuk sebelum mengunci kembali pintu tersebut. Ruang tamu yang besar itu sunyi sahaja. Oh.. well, mungkin Adie memang sudah tidur. Zarul meletakkan KFC di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang embuk. Zarul bersandar pada sofa. Dia mahu tidur di sana sahaja. Kakinya sudah malas hendak berjalan menaiki tangga untuk ke biliknya.

Baru sahaja dia mahu memejamkan mata, lampu tiba-tiba terpadam.

Zarul terkejut. Seingat dia, bil elektrik sudah dibayar minggu lalu. Kenapa tiba-tiba blackout pula?

Dengan pantas dia mencapai telepon dan membuka apps 'touch light'. Sejerus sahaja cahaya muncul. Derusan nafas di telinganya kedengaran. Zarul terkedu. Pergerakan tubuh terkunci. Meremang bulu romanya. Dia tidak berani untuk menoleh. Derusan nafas itu semakin jelas kedengaran. Entah lembaga atau hantu apa yang berada di belakangnya sekarang, dia sendiri tidak tahu. Dia hanya mampu bertawakal.

"Happy birthday, bro.." bisik satu suara.

Zarul terkesima. Hilang terus ketakutannya apabila mendengar suara milik Adie.

"Adie!!" Jerit Zarul geram. Baru sahaja dia mahu menyerang Adie, lampu terpasang. Ruang tamu menjadi terang benderang seperti tadi. Nyanyian lagu Happy Birthday dinyanyikan.

Dari pintu dapur, Gia membawa kek Chill Cheese di tangannya menuju ke ruang tamu. Lilin kecil yang ada di atas kek itu menyerlakan lagi kecantikan pada kek yang dibawa. Sejak bila Gia datang ke rumah?

Zarul tercenggang. Dia memandang Adie. Adie hanya mengangkat bahunya lantas senyuman diukirkan.

Kek dihadapkan di hadapan Zarul.

"Make a wish.. tiuplah.." kata Gia.

Zarul masih terpinga-pinga. Dia sempat meneliti kalendar pada skrin teleponnya. 5 March. Benar, itulah tarikh keramat. Kesibukan kerja di pejabat menyebabkan dia tidak peka dengan tarikh-tarikh terpenting dalam hidupnya. Padahal hari-hari dia melihat skrin telepon. Macam mana aku boleh lupa?.

"Bro, bakal istri aku tu dah penat pegang kek, tiuplah lilin." Celah Adie mematikan lamunan Zarul.

Zarul tersengih. Ceh.. belum tunang lagi dan nak panggil istri.

Zarul menatap kek tersebut. Kemudian lilin yang kian cair itu ditiup.

"Yeahh.. Happy birthday, Zarul." Ucap Gia gembira.

"Thanks, Gia." Zarul tersenyum.

Gia meletakkan kek tersebut di atas meja.

"Rul?" Panggil Adie. Zarul menoleh.

Cak! Cahaya kamera telepon menangkap gambar Zarul. Zarul ternganga.

"Apa kau buat?" Soalnya kepada Adie. Cahaya kamera tadi membuatkan matanya buta warna seketika. Setiap kelipan mata ada tompok cahaya yang menyerangnya tadi.

"Snap gambar la, bangang. Dah tua pun nak tanya lagi." Kata Adie selamba. Zarul menghempuk kepala Adie. Adie mengosok kepalanya. Dia mengadu kesakitan. Itulah akibat mulut yang tiada tapisan.

"Kau bangangkan aku ya.." kata Zarul.

"Eh, bersyukurlah aku sambut birthday kau dengan cara yang baik." Balas Adie.

Sekali lagi Zarul tersengih. Disambut dengan baik kunun. Dia yang beli KFC sendiri. Lepas tu dibiarkan mereput di depan pagar rumah. Tidak cukup dengan itu, dibuat pula kejutan yang menakutkan. Hampir sahaja dia pengsan tadi.

"Ye laa.. kejutan hari jadi yang terbaik dari tahun lalu kan.." Ungkit Zarul. Dia teringat ketika hari jadinya tahun lalu. Adie dengan rela hati mengunci dia di dalam tandas selama dua jam. Dari pukul 10 malam hinggalah tepat pukul 12 malam. Lebih sengsara dari terpaksa menunggu di luar rumah untuk dibukakan pintu.

Gia menggeleng sahaja melihat Zarul dan Adie.

"Dah. Masa untuk makan!" Kata Gia.

Mereka bertiga duduk mengelilingi meja. Kek dipotong kecil dan diletakkan di dalam piring masing-masing.

"Bila kau sampai, Gia?" Soal Zarul. Setahu dia, Gia sepatutnya berada di kampung sekarang. Kerana baru kemarin Zarul menyinggah sebentar di butik milik Gia. lalu salah seorang pekerjanya memaklumkan dia yang Gia sedang berada di kampung.

Gia meletakkan pisau pemotong di sebelah kek yang masih berbaki.

"Petang tadi.. budak tu panggil." Dia memuncungkan mulutnya ke arah Adie.

"Aku panggil bersebab okey." Kata Adie. Dia menyuapkan kek ke dalam mulutnya.

"Tak pa. Lepas ni aku nak balik apartment aku terus." Gia bersuara.

"Stay je lah dekat sini. Esok pagi baru balik. Lagi pun esok kan sabtu, cuti." Kata Zarul pula.

Adie mengangguk setuju.

"Ada tiga bilik tetamu yang kosong tu. Kau ambil je mana kau mahu." Kata Adie.

Gia masih berfikir-fikir.

"Okey lah kalau macam tu." Akhirnya Gia bersetuju dengan cadangan mereka. Lagi pun dia sebenarnya takut untuk memandu malam-malam begini. Nanti tak pasal-pasal ada yang ikut menumpang di belakang. Kan haru begitu.

"Hah.. memandangkan esok cuti. So, apa kata kita karaoke. Lagi pun, doktor-doktor perempuan dekat hospital tu semua cakap aku ni macam Alif Aziz." Adie berdiri lantas memetik suis television. Kemudian, memasang set karaoke.

Gia hanya mencebik mendengar kata-kata Adie. Kedengaran agak mengharukan. Tolong jangan perasan muka seperti Alif Aziz. Uweekk.. mahu termuntah dia mendengarnya. Walaupun dia juga mengakui kebenaran itu. Tetapi dia tidak pernah memuji Adie sedemikian. Biarlah.. aku bukan jenis yang suka memuja-muja.

"Kau belum dengar aku menyanyi lagi.." kata Zarul. Dia tidak mahu kalah dengan Adie.

"Semua orang kena nyanyi." Kata Adie bersemangat sambil tangannya membuka simpulan wayar mikrofon yang terlilit sedikit.

"Aku tengok jee.." kata Gia. Dia selaku yang paling ayu di sana.

"Tak. Kau pun kena nyanyi juga. Kau kan ada suara Ziana Zain." Ujar Zarul. Dia menuangkan air ke dalam gelasnya.

"Eh, bukan Aman ke yang ada suara Ziana Zain?" Spontan Adie mencelah. Kemudian dia terkedu sesaat. Memikirkan apa yang disebut tadi tidak sepatutnya terkeluar dari mulut. Apa yang kau fikir ni Adie?

"Apa? Apa kau cakap tadi?" Zarul yang baru sahaja meneguk segelas air itu bersuara. Dia tidak berapa dengar apa yang dikatakan oleh Adie sebentar tadi.

Gia merenung tajam ke arah Adie. Adie menelan liur. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia pura-pura membelek mikrofon yang dipegang. Meneliti andai ada skru atau spring yang terkeluar. Padahal akalnya ligat berputar mencari idea untuk membetulkan keadaan.

Lantas, Gia berdiri dan merampas mikrofon dari tangan Adie.

"Orite, jom kita nyanyi!" Ujar Gia. Dia cuba menutup balik apa yang berlaku.

Zarul terkebil-kebil melihat semangat Gia. Dari mana dia dapat semangat yang tiba-tiba sahaja ini?

Kemudian, mereka bertiga pun melalak terlolong bagai dirasuk hantu. Nyanyian sumbang atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Yang penting ketika itu, setiap bait lirik yang dialunkan dihayati dengan penuh perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience