Chapter 14

Romance Completed 9464

BAB 14

"Hello, Zarul. Kau dah sampai rumah?" Suara Adie kedengaran di hujung talian.

"Aku dah ada dekat hujung jalan ni. Apa hal?" Soal Zarul. Dia sedang leka memandu. Titisan hujan turun menghempas ke bumbung kereta. Tadi semasa di kampung renyai-renyai sahaja. Bila dia sudah tiba di bandar, hujan sudah semakin lebat.

"Hujung jalan mana? Rumah?" Duga Adie.

"Nope. sebenarnya lama lagi nak sampai rumah. Tapi aku dah ada dekat bandar. Asal?"

"Tak. Saja aku call kau. Entah-entah kau dah rindukan aku. Hehe. By the way, aku nak ucap terima kasih sebab kau tolong angkat nama aku depan Pak Maud tadi. Kau tak tahu macam mana berdebarnya aku bila berhadapan dengan bapa mertua."

Zarul tersenyum. Dia teringatkan muka bengis Pak Maud yang menerpa ke arah mereka semasa kenduri tadi.

"Aku nak kau kawin awal dari aku. Tu je.." kata Zarul. Dia tahu Adie sedang tersenyum lebar sekarang.

"Kita kawin serentak lah. Kau, aku, Gia dan Aman.." suara Adie terhenti seketika apabila menyedari dia terlepas cakap. Mungkin terlalu gembira. Sehinggakan dia terlupa menjaga hati kawannya itu. Ini bukan pertama kali dia terlanjur menyebut nama yang telah lama terkubur.

"Amanda?" Duga Zarul perlahan.

"Er..er.. maksud aku.. ya.. tak.. siapa-siapa pun boleh." Suara Adie kedengaran agak kalut.

Talian senyap seketika.

"Hei, bro. Aku nak tanya. Kau masih ingat pasal Amanda?" Soal Adie. Soalan panas. Mungkin dia mahu menguji Zarul.

Zarul diam.

"Look, Zarul. Aku dah lama nak cakap benda ni. Jangan paksa memory kau untuk lupakan dia.." kata Adie, kemudian dia diam sekejap. "But anyway, anyhow.. dah jam satu ni. Jauh gila perjalanan kau. Tak sampai-sampai rumah lagi." sambungnya disertakan dengan sedikit bebelan.

Zarul memandang sekilas jam di tangan. Baru pukul 12:55 minit. Lima minit lagi kepada jam satu. Ini kira masih awal.

"Ye la. Tak kan kau nak suruh aku pandu laju-laju." Kata Zarul. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Aku menyesal tak ikut kau balik tadi. Mak aku suruh aku cuci pinggan. Bukan pinggan je.. sekali dengan periuk dan kuali." Kata Adie. Ada keluhan di hujung ayat.

Zarul ketawa.

"Padan muka kau. Aku ajak, kau tak nak. Kunun bos hospital bagi cuti lebih lah.. Nak spend masa tolong bakal bapa mertua buat reban ayam lah.. padan muka kau." Ujar Zarul mengejek.

"Amboii.. kau ketawakan aku ya.. kau tunggu masa aku kawin dengan bidadari aku nanti, masa tu aku akan pastikan kau jadi tukang cuci piring. Baru kau rasa apa yang aku rasa." Adie bengang menjadi bahan ketawa oleh Zarul. Padahal hubungan dia dan Pak Maud baru sahaja hendak menjadi baik. Tiada salahnya jika dia menolong Pak Maud. Lagi pun hubungan antara bakal menantu dan bakal mertua kan harus seiring. Gitew..

"Apa-apa je la.." kata Zarul. Malas melayan Adie. Kau yang nak kawin, bukan aku. So, bukan masalah aku.

"Mak aku cakap, kau okey ker memandu dengan bahu yang kena tembak tu?"

Zarul tersengih.

"Aku ada dua tangan. Bro.. lagipun aku tak pegang stering dengan bahu."

"Kau jangan pandu laju-laju. Biar lambat, asal selamat. Lagi satu aku nak pesan. Tolong cuci baju aku. Aku dah letak raga tu depan bilik. Kau masukkan sahaja dalam mesen basuh. Oya. Satu lagi.. tolong.."

"Bye." Zarul menamatkan panggilannya tanpa menunggu ayat yang akan keluar dari mulut Adie. Mesti sekarang Adie sedang marah dengannya. Tetapi dia tidak kisah. Dulu, Adie juga selalu menamatkan panggilan sebelum selesai dia berkata-kata. Dia cuma mahu membalas dendam sahaja. Fair..

Tatkala Zarul memasuki simpang di kirinya. Dia terlihat seorang perempuan yang duduk memeluk tubuh kesejukan di perhentian bas tepi jalan raya. Serta merta hatinya terdetik ingin membantu. Kesian dia melihat perempuan itu yang sudah dibasahi dengan percikan air hujan dan kesejukan. Perhentian bas yang kecil itu tidak dapat melindunginya dari terkena tempias hujan. Kereta dihentikan tepat di depan perhentian bas. Dia membunyikan hon, dengan harapan perempuan tersebut perasaan akan niatnya yang ingin menolong. Tetapi tiada respon diterima.

Zarul risau. Perempuan itu langsung tidak bergerak atau memberi sebarang reaksi kepadanya. Zarul keluar dari kereta lalu bergegas ke arah perempuan itu.

Zarul perasan tubuh perempuan itu bergegar menahan kesejukan. Terbit rasa kasihan di hati Zarul.

"Hei, miss. Nak pergi mana? Saya boleh tumpangkan kereta.. sejuk ni.. hujan pula tu." Tegur Zarul. Dia menyentuh bahu perempuan tersebut.

Perempuan itu mengangkat pandangannya perlahan.

Zarul terkedu.

"Aman.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience