Chapter 18

Romance Completed 9464

BAB 18

"Zarul!!!" Adie mengetuk-ngetuk pintu rumah dari luar. Gia juga ada di sebelahnya. Mereka berdua tidak sabar untuk bertemu dengan Amanda. Baru semalam mereka dikhabarkan tentang Amanda oleh Zarul. Pagi-pagi lagi mereka telah bertolak dari kampung ke bandar. Semata-mata hanya kerana Amanda.

"Zarul buka pintu ni!!" Jerit Adie lagi.

Gia memandang Adie sambil mengerutkan dahinya.

"Apa?" Soal Adie. Apabila pandangan Gie itu menganggu ketenangannya. Handsome sangatkah aku kau pandang begitu?

Gia menggelengkan kepala.

"Jangan meroyan sangat.. malu dekat jiran." Tegur Gia. Kelakuan Adie tidak ubah seperti anak kecil yang diusir keluar dari rumah.

Adie tersenyum kambing. Nasihat bakal bininya itu menusuk terus ke hati. ceh.. telan kau Adie..

"Ye laa.." kata Adie akur.

Pintu rumah ditarik dari dalam. Muka Zarul yang baru bangun itu muncul di muka pintu. Adie dan Gia tercengang.

"Bisinglah kau ni, Adie." Kata Zarul. Adie memuncungkan mulutnya. Cukuplah sekadar Gia sahaja yang menegur akan kebisingan itu. Kalau Zarul, memang tidak akan pernah tembus ke hati. Kata-kata Zarul selalunya tersekat oleh rangka-rangka tulangnya. Sampai bila-bila dia tidak akan terasa.

"Mana Amanda?" Soal Adie teruja.

Belum sempat Zarul mengeluarkan sepatah ayat, Adie menolak tubuh Zarul menjauh. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam. Diikuti oleh Gia. Mereka mencari-cari kelibat Amanda.

Zarul menggelengkan kepala sahaja memerhati kelakuan merpati dua sejoli itu.

"Amanda ada dekat bilik tetamu. Dia tengah berehat." Kata Zarul. Pantas kaki pasangan merpati itu menerpa laju ke bilik tetamu.

Pintu dibuka.

Amanda sedang duduk bersandarkan kepala katil. Dahinya berkerut meneka siapa yang membuka pintu itu.

"Amanda!!!" Jerit Adie keriangan. Gia tersenyum gembira melihat wajah Amanda. Mereka menuju ke tepi katil.

"Kau masih ingat aku tak? Aku Adie. Ini Gia." Kata Adie. Sesi pengenalan bermula. Padahal dari dahulu lagi mereka sudah berkenal.

Amanda mengangguk perlahan. Dia turut tersenyum melihat Adie dan Gia ada di depan matanya. Sebak. Kolam matanya bertakung dek air mata.

"Zarul cakap kau sakit. Aku ada buatkan bubur untuk kau." Ujar Gia lembut.

Amanda terharu. Tiada siapa yang mempedulikannya setelah dia meninggalkan kampung Senjaga. Di saat ini, dia merasa dirinya kembali kepada Amanda yang dahulu. Dia rasa disayangi.

Zarul muncul di muka pintu. Teragak-agak dia hendak melangkah masuk. Entah sejak bila dia malu berhadapan dengan Amanda.

"Hei. Bro.. masuk jer laa. Malu ke jumpa bakal istri?" Sindir Adie.

Zarul mencebik. Memang lah malu, bangang..

Perlahan-lahan kaki melangkah. Dia bersandar di tepi dinding. Dia perasaan yang Amanda sedang memerhatikan dia. Zarul sedikit kalut. Tetapi kemacohan sentiasa terkawal.

"Terima kasih.. Zarul." Ucap Amanda. Zarul mengangguk. Lalu senyuman manis di bibir diukirkan. Hati berbunga.

"Kita orang ada berita gembira ni." Adie bersuara. Semua mata menumpu ke arah Adie.

"Aku dan Gia akan bernikah tak lama lagi." Ucap Adie sebagai perasmian. Zarul dan Amanda terlopong. Benarkah? Wajah Adie dan Gia dipandang silih berganti. Gia hanya tersenyum. Manakala Adie menepuk-nepuk dadanya dengan bangga. Well you know me..

"Biar betul? Tunanglah dulu." Kata Zarul. Loyar buruk sungguh.

"Mestilah tunang dulu bro.. Kenapa? Kau dah tak sabar jadi tukang cuci piring?"

"Aku tak kisah cuci piring. Asalkan Amanda ada." Zarul memandang Amanda. Ketampanannya terserlah.

Amanda kalut. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Tetapi hatinya berbunga.

"Aman, kau tak payah malu dengan kita orang. We miss the old you." Ucap Gia. Gia memegang tangan Amanda. Sekali lagi Amanda terharu. Ayat itu terkesan di hatinya.

Amanda tersenyum. Dia bukannya malu. Dia cuma perlukan masa untuk berinterasi secara normal dengan mereka.

"Baiklah.. Macam mana kalau kita buat party? Mmm... dalam rumah di sahaja." cadang Adie. Yang lain saling berpandangan.

"Okey." Kata Zarul. Dan bila sahaja Zarul bersetuju. Yang lain juga ikut setuju.

Fian membaca mesej dari Adie yang baru sahaja diterima olehnya.

'Malam ni, party kecil dekat rumah aku dan Zarul. Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku! A.k.a bakal bini kepada Zarul. Kau wajib datang.' -ADIE

Fian tersenyum. Memandangkan malam ini dia ada kekosongan. Dia lantas membalas mesej Adie.

'Yup. Aku datang.'-FIAN

Fian menuruni anak tangga, dia sudah terlewat hendak ke hotel milik ayahnya. Kerjanya mungkin sudah bertimbun di sana. Fian sudah terbayang fail-fail yang berlonggokan di atas meja pejabat. Sejak akhir-akhir ini, dia yang ditugaskan untuk memegang jawatan ketua di bahagian pengurusan hotel. Banyak resume pekerja baru yang diambil untuk mengisi kekosongan kerja dalam hotel itu. Dia belum menelitinya lagi. Belum lagi dengan pekerja lama yang bermasalah. Semuanya merujuk kepada dia.

Fian melangkah keluar dari rumah. Dia merenung kereta Subaru di hadapannya itu. Ada sesuatu yang dia terlupa.

Sekali teringat, Fian menepuk dahi. Dia mengeluh.

"Macam mana aku boleh lupa kunci kereta ni." Fian menerpah masuk kembali ke dalam rumah. Kunci kereta dicari di tempat-tempat yang selalu dia simpan.

Akhirnya, setelah puas dicari, kunci kereta dijumpai di bawah meja ruang tamu. Mungkin terjatuh. Fian membongkokkan badannya lalu kunci dicapai. Sejerus dia menegakkan badan, beg sandang Amanda yang masih terletak di tepi tv itu menarik pandangan mata.

"Amanda." Sebut Fian.

Sudah beberapa hari Amanda meninggalkan rumahnya. Beg sandang itu masih tidak terusik di tempat asal. Terdetik di hati Fian untuk mencari di mana kehilangan Amanda. Mungkin dia boleh memulangkan beg itu kepada yang empunya. Fian tersenyum.

Pantas tangan menarik tangkai beg tersebut. Ketika beg ditarik, segala isi dalam beg itu jatuh ke lantai. Zipnya sudah rosak.

"Sorry, Amanda.." Spontan ayat maaf keluar dari mulutnya. Dia tidak sengaja.

Fian membongkokkan badannya untuk mengutip kembali barang-barang yang jatuh tadi.

Tetapi, ketika tangan hendak digerakkan, dia tersentak. Dia terkedu seketika.

Matanya terpandang sebilah pisau lipat yang dicemari oleh darah yang sudah kering dan beberapa keping gambar kecil. Fian meneliti gambar tersebut. Ada nama di belakangnya yang bertulis..

"Suraya."

Siapa perempuan itu? Apa kaitannya dengan Amanda?

Fian curiga. Rasa ingin tahunya menebal. Tanpa izin, dia menyelongkar beg milik Amanda. Ada dua keping kertas yang dilipat-lipat di dalam poket beg tersebut.

Fian membuka lipatan kertas yang pertama. Maklumat diri tentang Suraya ada terpapar di situ.

Sekali lagi Fian terkedu.

"Bekas pesakit Skizofrenia."

Penyakit Skizofrenia adalah penyakit mental yang disebabkan oleh gangguan kimia dalam otak. Boleh jadi penyakit tersebut didapati melalui warisan. Pesakit akan selalu mengalami halusinasi atau delusi seperti mendengar suara ghaib atau bisikan-bisikan halus.

Fian merasa seram tiba-tiba. Bulu romanya menegak seakan dirinya diperhati dari sudut-sudut ruangan itu.

Fian memandang seping lagi kertas yang terlipat rapi. Dia mula ragu-ragu untuk mengetahui isinya. Tetapi, digagahkan juga hati untuk membuka lipatan kertas tersebut.

Kertas dibuka. Ada beberapa perkataan yang tertulis padanya.

'ZARUL AFIQ.. kembalikan kepada aku.. Amanda.'

Fian tercengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience