Chapter 8

Romance Completed 9464

BAB 8

Fian teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik itu. Tapi digagahkan juga hatinya. Pintu diketuk perlahan.

"Masuklah.." ujar Amanda dari dalam.

Pintu ditolak. Fian muncul di muka pintu dengan membawa tuala dan pakaian bersih bersama sabun dan shampoo. Dia meletakkannya di atas meja kecil bersebelahan dengan pintu.

"Maaflah menyusahkan kau.." kata Amanda.

"Tak susah pun. Kau bukannya orang lain.." Fian memandang Amanda yang comot itu. Pakaiannya sudah dikotori dengan tanah. Simpatinya berganda apabila teringatkan wajah Amanda yang ketakutan di dalam lift di tempat kerjanya.

"Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa samseng-samseng tu kejar kau?" tanya Fian mengambil berat.

Amanda tercari-cari ayat untuk menjelaskan kepada Fian.

"Err.. aku silap jalan je sebenarnya.. " Di akhir ayatnya itu, Amanda melepaskan keluhan berat. Kejadian tadi tak akan berlaku jika dia lebih peka dengan keadaan sekeliling.

"Mmm.. lain kali hati-hati. Bandar ni bukan tempat yang selamat." Nasihat Fian lembut.

"Sorry lah.. kalau aku susahkan kau." Amanda tunduk memandang lantai. Sungguh dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Fian di saat itu. Tapi sekarang, rasa bersalah pula menjerat hati. Dia takut kehadirannya itu menyusahkan Fian.

"Relax.. aku kan dah cakap tadi. Kau bukannya orang lain. Kita dah kenal lama." Fian mengukirkan senyumannya.

"Kau mandilah dulu." Kata Fian. Amanda mengangguk. Fian kemudian beredar. Pintu bilik ditutup rapat kembali.

Amanda memerhati ruangan bilik tersebut. Dia tidak sangka Fian semewah itu. Rumah banglo bertingkat yang megah dan gah, Amanda terpegun! Padahal mereka berkenalan ketika dia sedang berkerja di sebuah hotel sebagai cleaner. Fian mengatakan dia cuma berkerja sambilan sahaja. Tetapi lihatlah rumah banglo milik Fian ini. Jikalau Amanda lah pemilik banglo itu, sudah tentu dia tidak akan berkerja hanya sebagai cleaner.

"Untung kau, Fian." Kata Amanda sendirian. Dia sayu mengenangkan perjalanan hidupnya. Siapalah dia jika ingin dibandingkan dengan orang yang seperti Fian. Dia tiada apa-apa melainkan habuk sahaja.

Amanda mengeluh. Setiap hari dia merasakan kekosongan. Dia membenci dirinya sendiri.

"Sudahlah, Man. Kau tak perlu berharap tinggi sangat. Kau kena mulakan hidup baru." Monolog Amanda lagi. Dia mencapai tuala dan barang-barang mandian yang dibawa oleh Fian tadi. Lalu dia memasuki bilik air.

Di ruang tamu rumah agam itu, kelihatan Fian duduk termenung seorang diri. Dia duduk di single sofa yang terletak di sebelah jendela.

Fian tidak berhenti dari memikirkan tentang Amanda. Dia teringat ketika awal pengenalan mereka..

Fian memasuki hotel kepunyaan ayahnya. Dia tergesa-gesa untuk menghantar dokumen yang dikirimkan oleh ibunya untuk diserahkan kepada ayahnya.

Dari tingkat bawah dia berlari menaiki tangga hingga ke tingkat lima. Dokumen itu perlu diserahkan sebelum ayahnya melangkah masuk dalam gelanggang mesyuarat yang diadakan di antara pengarah-pengarah tertinggi hotel di bandar itu.

Setelah kaki memijak tingkat yang hendak dituju. Dia pantas mencari ayahnya di sekitar tingkat itu. Dia lega apabila melihat ayahnya juga sedang menunggu kehadirannya di hadapan pintu bilik mesyuarat. Dokumen yang diamanahkan, diserahkan terus.

"Kenapa tak naik lift saja?" Soal Dato' Zaidi.

"Lift.. lift ramai orang tadi." Balas Fian. Tercungap-cungap dia menelan oksigen. Wajahnya merah kepenatan.

"Tak pa lah. Kamu pergi berehat sahaja hari ini. Ayah dah nak meeting ni. By the way, thanks." Ucap Dato' Zaidi sebelum berlalu masuk ke dalam.

Fian mengangguk. Sejerus sahaja ayahnya masuk ke dalam. Dia terus terduduk bersandar pada dinding. Kakinya mula terasa lenguh. Kalau boleh dia mahu berbaring di lantai itu sahaja.

"Eh, Encik ni kenapa?" Suara Amanda menegur Fian dengan ramah.

Fian mengangkat pandangannya. Wajah cantik Amanda ditatap. Dia terpesona seketika. Amanda tersengih, batang mop pada tangannya itu dipusing-pusingkan.

"Kerja cleaner ker?" Soal Fian. Dia perasan yang Amanda memakai pakaian cleaner lengkap dengan lambang hotel yang terlekat pada pakaian itu.

Pantas Amanda mengangguk. Fian terkaku seketika. Tidak pernah dia melihat pekerja cleaner yang secantik Amanda.

"Encik, encik menghalang saya untuk menbersihkan lantai ni. Boleh tak encik pergi tepi sikit. Dekat hujung lorong ada kerusi. Pergilah duduk dekat sana." Kata Amanda berhemah. Lamunan Fian tersentak. Dia tersenyum kambing kerana dihalau sedemikian rupa.

Fian berdiri. Namun masih bersandar pada dinding. Dia tidak mampu hendak berdiri dengan stabil. Tadi kakinya lenguh, sekarang kebas pula.

Wajah Amanda setia menjadi tatapannya. Dia masih terpegun.

"Encik, saya nak mop lantai ni." Kata Amanda sopan tatkala Fian masih berdiri di tempat yang sama.

"Ohh.. orite.." Fian baru sahaja mahu melangkah. Tanpa disedari kakinya tersadung dengan kepala mop yang berada di lantai. Lalu, keseimbangan badannya tidak stabil. Dia jatuh berpaut pada batang mop yang dipegang oleh Amanda.

"Eh, encik okey ke?" Spontan Amanda melepaskan mop dari tangannya. Fian tersujud di hadapan Amanda sebaik sahaja batang mop itu terlepas. Niat Amanda untuk membantu Fian terjejas. Apabila dia sudah bertukar menjadi bahan sembahan.

Amanda terkekek menahan ketawa melihat Fian di lantai. Fian cepat-cepat bangun dari sujudnya. Entah bagaimana pertemuan kali pertama dengan Amanda, menjadikan dia kelihatan agak memalukan. Bukan ini yang dipinta.

"Kenapa awak ketawa?" Soal Fian. Ketika itu dia sudah malu sebenarnya, namun kemacohan masih di bawah kawalan.

"Encik ni lucu lah." Ujar Amanda. Dia mahu meneruskan kerjanya semula. Fian berundur dari lantai yang dipijak. Supaya Amanda dapat membuat kerjanya.

"Nama awak siapa?" Soal Fian. Rasa ingin mengenali Amanda lebih memunjak dalam jiwa.

"Panggil saya Aman. Encik menetap dalam hotel ni ke? Sebab saya tak boleh bercakap lebih dengan orang luar. Saya kena berkerja." ujar Amanda sambil sibuk mengemop lantai.

Fian diam sejenak. Aku mana ada orang luar. Aku kan anak kepada pemilik hotel ini. Nampak sangat Amanda tidak mengetahui siapa dirinya. Dia malu sendiri.

"Err.. sebenarnya.. saya pun pekerja juga. Nama saya Fian." Kata Fian mempekenalkan dirinya.

Amanda terkedu. Dia memandang Fian dari atas ke bawah. Tak nampak macam pekerja pun..

"Saya baru mula hari ni. Well.. you know.. kerja sambilan.." kata Fian. Pandai sungguh dia bermadah helah.

Sejak itu, mereka kerap berjumpa dan bercerita. Dari sana juga, Fian mengetahui kisah hidup Amanda.Semakin lama semakin rapat. Sehingga pada suatu hari, dalam diam, Fian mendapati dirinya menyukai Amanda. Dia mula sayang dan jatuh cinta. Cuma satu sahaja yang dia rasa sedikit tercabar. Amanda pernah menceritakan kepadanya tentang seorang lelaki yang bernama Zarul. Dia sendiri tidak mengenali siapa lelaki yang disebut. Tetapi dia sudah boleh mengagak bahawa lelaki itu ada tempat yang istimewah di dalam hati Amanda.

Meskipun begitu, Fian tidak berputus asa. Dia tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang. Apa yang pasti, dia sayangkan Amanda. Ertinya, dia tidak akan lupakan Amanda.

Fian dan Amanda menjadi rapat. Hinggalah Amanda tiba-tiba sahaja berhenti dari berkerja di hotel itu lagi. Amanda menghilang. Selepas itu, mereka sudah jarang bertemu. Sekarang ini pun,masih terasa ada jurang di antara mereka.

"Hei, Fian. Kau buat apa?" Amanda muncul di ruang tamu mematikan ingatan Fian tentang kisah lama di antara mereka.

Fian ternganga melihat Amanda.

Amanda muncul dengan rambut yang masih dibalut dengan tuala di kepala.

"Kau.. kau dah mandi?" Soalan bodoh spontan keluar dari mulut Fian.

Meletus ketawa Amanda. Dia kelucuan melihat muka Fian yang sedikit terkejut melihat dia. Padahal tadi, bukan main jauh Fian termenung. Kemunculannya itu membuatkan reaksi wajah Fian berubah serta merta.

"Kau masih macam dulu, aman." Ucap Fian. Amanda masih seorang yang ceria seperti dahulu. Dia tidak melihat apa-apa perubahan pada Amanda.

Amanda terdiam. Dia tunduk seketika. Kata-kata Fian tadi membuatkan dia tersentak. Rupanya dia masih Amanda yang dulu. Dia tidak akan berubah. Hidupnya kekal.

"Rumah ni besar.. kau tinggal sorang je?" Soal Amanda. Cuba mencari topik yang baru.

Fian mengangguk.

"Dulu aku tinggal dengan ibu aku. Tapi dia pindah dekat luar negara. So, aku kena stay sorang lah." Kata Fian. Dia berdiri.

"Melainkan kalau kau kawin dengan aku, rumah ni akan bertambah ahli tetap. Kau nak tak kawin dengan aku?" Sambungnya lagi.

Fian menoleh.

"Ni gambar kau masa kecil?" Amanda sedang leka memerhati gambar-gambar yang digantungkan pada dinding rumah.

Fian tersengih. Amanda tidak mendengar apa yang dikatakan tadi. Dia mengeluh. Aku sorang je syok sendiri..

Lalu, dia menerpa ke arah Amanda.

"Ya. Tu lah aku. Masa darjah 6." Katanya sambil menunjukkan gambar seorang budak lelaki yang memegang kayu besbol.

"Ohh.. " balas Amanda pendek.

"Kau lapar tak? Jom makan. Aku dah masak nasi." Fian mengajak Amanda makan bersama.

"Nasi jer?" Amanda mengerutkan dahinya. Dia bukan bermaksud untuk tidak bersyukur. Tetapi rumah besar bak istana tak kan penghuninya hanya makan nasi sahaja. Biar betul?

"Aku selalu panaskan lauk yang dah ada sedia dalam tin." Fian menerpa ke dapur. Amanda mengikuti dari belakang. Dia bukannya tahu selok belok rumah itu.

Semasa Amanda memasuki ruangan dapur. Dia ternampak banyak lauk dalam tin yang tersusun rapi di atas rak. Dia terlopong.

"Buatlah macam rumah sendiri." Kata Fian.

Amanda mengangguk.

Abas menjenguk keluar rumah. Amanda masih belum muncul-muncul dari tadi. Dia mendengus kasar.

"Ishh!! Budak sial itu belum balik-balik lagi!"

Abas duduk di muka pintu. Dia menyumpah-nyumpah Amanda yang belum balik ke rumah. Sudah dua jam dia menanti bagai orang gila.

"Tak kan dia sudah tinggalkan aku?" Abas tertanya sendiri. mengingat hal itu, perasaannya tidak menentu. Dia menjadi marah terhadap apa yang diduga sebentar tadi.

"Sial!!!" Abas mengambil sebelah seliparnya lalu di balingkan ke pasu bunga di tepi rak kasut. Pasu bunga itu jatuh pecah.

"Aku tak akan biarkan dia tinggalkan aku seorang menderita di sini!! Dia juga perlu menderita!!" Abas mengenggam tangannya. Kau tunggu Amanda. Aku penat-penat pelihara kau. Kau buat aku macam ni ya. Kau tunggu!

Abas meletakkan rokok di hujung bibir, kemudian rokok dibakar. Sedutan demi sedutan rokok itu dihisap olehnya. Asap yang dihembuskan keluar melalui mulut dan hidung, berkepul-kepul di udara.

"Aku ni pun bodoh. Sepatutnya aku kurung sahaja budak tu macam dulu!. Bodoh kau ni, Abas!! " tengking Abas kepada dirinya sendiri.

Dia menyesal memelihari Amanda. Dia ingat, dia boleh duduk goyang kaki apabila Amanda berkerja. Tapi sejak kebelakangan ini, Amanda sudah semakin berani menunjukkan belangnya. Amanda keluar rumah tanpa kebenaran! Amanda juga tidak menyediakan makanan untuknya seperti awal-awal. Amanda sengaja berhenti dari kerja semata-mata mahu menyiksa dia dalam diam.

"Sepatutnya aku bunuh sahaja budak itu!" benci dalam hati kian menebal. Bisikan-bisikan kejahatan memenuhi jiwanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience