Chapter 19

Romance Completed 9464

BAB 19

Di rumah banglo milik Zarul dan Adie, cahaya lampu chandelier ruang tamu menerangi ruangan itu dengan indah sekali. Adie dan Zarul sibuk bercerita di ruang tamu, manakala Amanda dan Gia di dapur. Berperang dengan kuali. Perempuan kan. Biasalah..

"Aku perasan yang Aman tu lain." Adie berbisik kepada Zarul. Zarul mengerutkan dahinya. Kening hampir bercantum. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Adie.

"Maksud kau apa?"

"Dia macam ragu-ragu.. "

"Aku nampak dia okey jer.."

"Ya. Memang lah kau nampak okey.. kau kan cinta dekat dia. dan cinta itu buta."

Makin berkerut dahi Zarul.

"Jangan bingungkan aku." Katanya. Dia baru sahaja hendak berdiri, Adie menariknya kembali. Zarul terduduk.

"Kau nak pergi mana?" Soal Adie.

"Dapur lah. Aku nak tengok sendiri." Jawab Zarul.

"Gila ke apa? Tak payah. Aku main-main je tadi." Kata Adie. Tetapi hatinya tidak tenang.

"Aku tak tenang lah." Luah Adie.

"Why?"

"Aku tak tenang tengok Amanda. Rasa macam lain je.."

Zarul diam seketika.

"Aku pun begitu. Aku rasa macam itu bukan Amanda. Tapi bila aku fikir balik.. Aku kesian tengok dia.. kau tahu, Amanda tu ada kisah hidup tragis yang dia lalui seorang.. Aku tak tahu apa, tapi.. Aku tak akan biarkan dia macam tu lagi." Ucap Zarul perlahan. ikhlas dari hati.

"Mungkin kita perlu tanya apa masalah dia.."

"Bukan sekarang.. Aku tak nak rosakkan mood dia.."

Adie mengangguk.

Sementara itu di dapur, Gia sibuk membasuh periuk yang telah digunakan untuk memasak gulai ikan tadi.

Amanda pula sedang termenung ke luar jendela. Fikirannya sudah jauh merayau entah ke mana.

"Aman, tolong pasingkan mangkuk tu." Pinta Gia sambil menunjukkan mangkuk yang sudah digunakan di tepi dapur gas.

Amanda tidak mempedulikan permintaan Gia. Fikirannya malah melayang lebih jauh dari tadi.

"Amanda." Panggil Gia.

Tiada respon.

Gia menggeleng. Tanpa menganggu Amanda. Gia mengambil mangkuk itu sendiri.

Dia akan memasak lauk yang special untuk mereka malam ini. Mungkin ayam masak merah. Gia memetik jari. Ya. Ayam masak merah. Dia mahu mencuba resepi yang pernah diajari oleh ibunya dahulu.

Beberapa ulas bawang merah diletakkan di atas meja.

"Aman, boleh tak tolong aku kupas bawang." Ujar Gia.

Amanda masih termenung seperti tadi. Jauh dia berkhayal.

"Aman." Gia memegang bahu Amanda. Amanda tersentak.

"Kau panggil aku?" Soalnya. Gia mengangguk. Hairan dengan Amanda.

Boleh tak tolong aku kupas bawang?" Pinta Gia lagi. Amanda merenung bawang yang sudah diasingkan.

Gia menghulurkan pisau kepada Amanda. Amanda terundur ke belakang. Ketakutan.

"Jauhkan pisau tu dari aku." Katanya. Cemas melihat mata pisau yang tajam meruncing.

Gia terkulat-kulat memandang Amanda. Dia tidak nampak apa yang ditakutkan oleh Amanda pada pisau itu. Baginya biasa sahaja, kerana pisau itu hanya kecil dan memang khas untuk memotong bawang.

"Jauhkan benda tu lah, sial!" Jerkah Amanda kuat. Dia menangis ketakutan. Duduk bersandar pada dinding sambil memeluk lututnya.

Gia terkejut. Cepat-cepat dia membuang pisau itu di atas meja. Kata-kata Amanda tadi membuatkan dia tersentak.

"Apa yang terjadi?" Zarul muncul di muka pintu dapur. Adie juga turut berlari ke situ. Mereka cemas mendengar jeritan Amanda.

"Amanda.." Gia yang masih terkejut, tergetar-getar menunjuk ke arah Amanda. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.

Amanda tersedu-sedu menangis di sudut dapur.

"Amanda.." Zarul lekas mendapatkannya. Bahu Amanda disentuh.

"Zarul.. aku takut.." Bisik Amanda dalam senduan.

"Aku ada jangan risau." Ucap Zarul perlahan.

"Suraya.. akan datang."

Zarul terkedu. Cuba menganalisa apa yang dimaksudkan dengan nama itu. Dia teringat insiden di hospital tempoh hari. Dia terlanggar dengan seorang perempuan yang bernama Suraya. Tapi mungkin hanya kebetulan.

"Suraya mahukan Afiq." Bisik Amanda lagi.

"Apa maksud kau?" Zarul kebingungan.

"Suraya. Seorang bekas pesakit mental. Dia mahukan kau, Zarul.. Aku nampak nota dalam beg Amanda. Aku yakin itu dari Suraya." Fian muncul di belakang Adie. Dia baru sahaja balik dari hospital yang tertera pada maklumat diri Suraya. Segala perihal tentang Suraya didapati dari seorang doktor yang pernah merawat Suraya.

"Awal kau datang, Fian." Kata Adie sedikit terkejut dengan kemunculan Fian.

"Aku terdetik untuk datang awal." Jawab Fian.

Ketika dia memasuki rumah itu tadi, bunyi bising di dapur kedengaran. Bergegas kakinya menerpa ke sana dan dia terlihat Amanda yang sedang ketakutan. Zarul ada di sebelahnya. Lalu, fikirannya membuat kesimpulan. Amanda adalah orang yang ingin diperkenalkan oleh Adie kepadanya. Ya. Dahulu, Amanda pernah menyebut tentang Zarul juga. Ada sedikit kecewa di hati Fian. Siapa sangka, Amanda dan Zarul..

"Kau kenal Amanda?" Soal Gia.

Fian mengangguk. Tidak perlulah dia memperjelaskan semuanya.

"Aku tak faham." Kata Zarul.

"Doktor yang merawat Suraya dahulu bagitahu aku yang Suraya mempunyai seorang kekasih yang sudah lama meninggal dunia. Namanya Zarul Afiq. Suraya tidak dapat melupakannya sehingga dia berhalusinasi sekan-akan Zarul Afiq adalah kau." Jelas Fian.

"Im not Zarul Afiq. Aku Adam Zariel." Kata Zarul sambil menundingkan telunjuknya ke dada sendiri. Zarul hanya nama timangan sahaja.

"Suraya tu pesakit mental.. Skizofrenia" celah Adie.

"Tapi apa kaitannya dengan Amanda?" Soal Gia. Fian mengangkat bahu. Tanda tidak tahu.

"Suraya.."

Semua mata menoleh ke arah Amanda.

"Suraya.. adalah anak kepada istri pertama bapa tiri aku." Amanda bersuara perlahan. Perih mengakui kebenaran itu. Dia terasa seperti sedang menikam diri sendiri!

Semua yang berada di sana terdiam.

'Patutlah..'ujar Zarul dalam hati. Dia terbayang akan muka Abas yang hampir membunuh Amanda kemarin. Tidak hairan jika Suraya mengidap penyakit mental. Mungkin sahaja diwarisi dari ayahnya. Siapa tahu..

Amanda berdiri.

"Aku penat. Aku nak rehat." Katanya. Kemudian dia berlalu menuju ke bilik tetamu.

Yang lain berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience