Chapter 21

Romance Completed 9464

?BAB 21

Beberapa bulan kemudian,

Bunyi tepukan kompang berpalu-palu kedengaran bergema di setiap sudut dewan yang sudah dihias bak istana. Ramai tetamu yang hadir. Bah kan artis jemputan juga turut serta memeriah kan majlis. Gurau.. artis kampung ada lah..

Majlis dimeriahkan lagi dengan tema warna gabungan merah dan putih. Menyerlah bak warna bunga ros yang memekar.

Tiba-tiba, tepukan tetamu melanda suasana.

"Mengumumkan ketibaan pempelai raja sehari untuk berarak memasuki dewan dengan diiringi oleh kerabat-kerabat dari kedua-dua belah pengantin."

Selesai sahaja pengumuman dari MC, semakin gemuruh tepukan dari tetamu.

Sepasang pengantin berpegangan tangan sambil kaki melangkah memasuki dewan dengan bergaya sekali. Mereka mengenakan pakaian pengantin yang serasi.

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Sesampai sahaja di pentas utama. Maka, pasangan raja sehari tersebut berlabuh di sebuah pelamin yang sudah indah dipasang siap. Mereka menjadi tatapan tetamu. Meriah! Sangat meriah..

Sekumpulan pesilat dijemput untuk membuat persembahan. Semakin riuh majlis itu. Cahaya kamera memancar sana sini.

"Adinda.." panggil Si Raja lembut.

Si Permaisuri menoleh.

"Ya.. kanda.." jawabnya lembut.

"Adinda sungguh cantik pada malam ini." Puji Si Raja.

Si Permaisuri tersipu-sipu malu. Dalam hati ada taman..

"Ya kah kanda?" Menyoal seakan tidak percaya.

Si Raja mengangguk laju.

"Benar dinda. Dengarlah burung-burung yang berkicauan itu.. mereka memuji kecantikan dinda.." ucap Si Raja puitis. Menusuk dan memanah ke hati..

"Kanda jangan begitu.. itu kan cuma instrument music sahaja.. tu lihat pada speaker di tepi.. aduh. Kanda mendustai dinda." Si Permaisuri membuat muka merajuknya. Dia memeluk tubuh. Kununnya marah pada Si Raja.

Si Raja kalut.

"Aduhh.. Adinda. Jangan begini.. lihat pada rakyat jelata. Mereka melihat kita."

Si Raja menarik tangan Si permaisuri lalu dibawa ke bibir. Satu kucupan ikhlas dihadiahkan.

"Uweekkkk... tolong jangan berkanda dinda depan aku!! Aku geli." Celah Amanda. Dia berdiri kaku sebagai pengapit kepada merpati dua seloji itu yakni Adie dan Gia.

Zarul yang berada di hujung sebelah Adie juga menayangkan muka menyampahnya. Ehh.. Geli..

"Buang laut je la kau punya kekanda adinda tu, Adie.." kata Zarul. Dia setuju dengan Amanda. Perbualan Adie dan Gia itu seolah-olah hanya mereka berdua sahaja yang berada di atas pelamin. Hei.. sedarlah aku dan Amanda ada sebagai pengapit korang..

Adie mencebik.

"Suka hati aku lah.. aku yang kawin. Bukannya korang." Kata Adie.

Gia hanya tersenyum di sebelah Adie sebagai pasangan merpati.

"Geli aku.. " ujar Amanda. Mahu sahaja kipas yang dipegang itu dibaling ke muka Adie.

"Hei. Hari ni aku raja, okey?. Hormat sikit. " Adie membetulkan posisinya. Sesekali dia tersenyum kerana cahaya kamera tidak henti-henti menangkap gambar mereka. Almaklumlah muka Alif Aziz.

"Oya. Jangan lupa janji korang. Lepas ni cuci piring."

Amanda dan Zarul berpandangan. Terlopong mendengar kata yang diucap oleh Adie.

"Tak pa. Nanti kalau kami kawin, kau dengan anak-anak kau sekali kena cuci semua periuk dan kuali. " kata Zarul. Dia hanya membela.

"Kami?" Amanda mengerutkan dahinya.

"Well, kau dan aku.. so soon.. aku dah kumpul duit." Ujar Zarul.

Amanda mengangguk perlahan. Sebenarnya dia kehilangan kata-kata. Entah lah..

Fian datang mengangkat sembah kepada pasangan raja sehari. Dia bersalaman dengan mereka.

"Tahniah.. Adie dan Gia. Aku tumpang gembira." Ujar Fian dengan senyuman.

"Memanglah tumpang gembira kau kan tetamu VIP aku." Balas Adie. Gia menyiku Adie lembut.

"Behave.."

Adie terkulat-kulat memandang Gia.Mereka ketawa.

Amanda dan Zarul berada di belakang dapur sedang mencuci piring dan mangkuk yang telah digunakan semasa makan malam bersama kedua-dua belah pengantin Adie dan Gia tadi. Mereka mengadakan kecil-kecilan sahaja selepas hari bersanding.

Zarul menyabun piring yang bertimbun di dalam besen, manakala Amanda yang membilasnya kemudian.

"Banyak lagi ke piring tu, Zarul?" Soal Amanda.

"Tak juga."

Zarul mengelap peluhnya yang jatuh ke dahi. Terpalit sabun cap harimau di dahinya.

"Aduh.. mata aku."

Cepat-cepat Amanda menyiram muka Zarul dengan air.

Zarul ternganga. Terkebil-kebil dia memandang Amanda. Habis basah baju yang dipakai.

"Kenapa kau siram aku?"

"Ye laa. Dah kau mengaduh sakit mata dek sabun. Aku siram lah dengan air." Jawab Amanda selamba.

Zarul menggeleng. Aduhailah Amanda..

Zarul berdiri. Dia merengangkan badannya yang sudah tergendala duduk sejam untuk menyabunkan piring-piring yang bertimbun.

"Berdiri." Arah Zarul kepada Amanda.

Amanda mendongak.

"Apa?" Soalnya.

"Aku cakap. Berdiri. Pekak?"

Amanda mencebik. Lantas dia berdiri menghadap Zarul.

Zarul mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, lalu dihulurkan kepada Amanda.

"Wah.. Apa ni?" Soal Amanda terharu melihat seulas rantai di tangan Zarul.

"Ini namanya rantai." Jelas Zarul.

Sekali lagi Amanda mencebik. Ye lah.. aku tahu itu rantai. Saje je soal..

"Benda ni lah.. yang aku nak bagi kau sebelum kau pergi dahulu.. " ucap Zarul syahdu.

Dia memakaikan rantai tersebut di leher Amanda.

"Maaflah.." ujar Amanda. Dia teringat akan kenangan lalunya itu.

"It's okey.. yang penting sekarang kau dah ada. Jangan lari lagi. Sebab aku nak kawin dengan kau nanti."

Zarul pura-pura memandang ke tempat lain apabila Amanda merenung ke arahnya. Ketampanannya terserlah.

"Woii. Apa ni? Romantik siot! Dah habis ke cuci kuali-kuali tu?" Serbu Adie.

"Mmm.. nampaknya tak lama lagi dorang akan menyusul." Ujar Gia yang turut berada di sebelah Adie.

Amanda dan Zarul berpandangan. Kemudian sama-sama mengukirkan senyuman.

'Aku kembali.. aku adalah Amanda yang dahulu..' ujar Amanda dalam hati.

The end.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience