Chapter 11

Romance Completed 9464

BAB 11

Dengan hati yang berdebar, Adie melangkah masuk ke dalam bangunan lama di tepi tasik itu. Hanya cahaya bulan sahaja yang menjadi harapan untuk dia meninjau keadaan kawasan tersebut. Sudah dua tahu berlalu, kawasan terbiar itu kelihatan agak menakutkan berbanding dahulu.

"Leo, aku datang!" Teriak Adie. Suaranya bergema.

Derapan kaki kedengaran. Leo muncul dari hujung ruangan dengan sebatang kayu di tangannnya. Senyuman di bibir Leo terukir jahat!

"Mana Gia?" Soal Adie. Serius!

"Dia selamat." Leo mengangkat pandangannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Aroma malam dihidu.

"Huh, aku terhidu bau manusia lain, selain diri kau." Kata Leo sinis. Adie menelan liur. Leo seperti tahu-tahu sahaja rancangan dia bersama Fian. Tetapi dia tidak ketakutan.

"Kenapa kau buat macam ni?" Soal Adie. Dia tidak puas hati dengan Leo. Perkara yang berlaku sudah dua tahun berlalu. Sepatutnya, dendam Leo itu sudah lama terkubur bersama sejarah dia ditangkap polis.

"Aku nak balas dendam. Kenapa?" Leo diam seketika. "Sebab aku tak sukakan kau! Aku hampir sahaja hendak bunuh si Fian yang tak guna tu! Kau datang tiba-tiba dan belasah aku setengah mati!. Dia sepatutnya yang kau belasah! Bukan aku!" Leo menyoal Adie, kemudian dia pula yang menjawabnya sendiri. Kerana dia tahu, Adie tak akan pernah mengetahui sebabnya. Leo tersenyum. Kau jangan main-main dengan dendam aku!

"Lepaskan Gia. Dia tak ada kena-mengena dalam hal ni." Ujar Adie. Lebih profesional.

Leo memdengus kasar. Adie seperti tidak kisah dengan apa yang diperkatakan, dia malah memikirkan tentang perempuan itu!

Leo melangkah mendekati Adie. Jarak mereka hanya beberapa depa sahaja.

"Kalau aku cakap, perempuan tu dah mati?" Soal Leo. Bermain dengan pancingan. Adie menggenggam tangannya, menahan amarah. Dia merenung mata Leo. Meskipun tidak berapa jelas, namun cahaya bulan yang masuk melalui tingkap-tingkap bangunan itu menjadikan kawasan tersebut boleh dilihat samar-samar dengan mata.

Leo melangkah setapak lagi mendekati Adie.

"Kalau aku cakap, perempuan tu dah aku.."

"Kau jangan cabar aku, Leo. Mana Gia?!!" Jerkah Adie. Dia tahu apa yang Leo ingin katakan. Kesabarannya tercabar!

Leo ketawa sinis. Gembira kerana dia berjaya bermain dengan emosi Adie. Leo memetik jarinya. Seorang lelaki muncul di sudut bangunan dengan menarik Gia kasar. Gia hendak berteriak, tetapi mulutnya digam! Tangan Gia juga diikat di belakang. Gia hanya mampu menangis berharap agar Adie memahami keadaannya. Dia ketakutan. Rambutnya sudah kusut masai kerana meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Gia?!" Adie risau. Dia yang baru sahaja mahu mendapatkan Gia dihalang kasar oleh Leo.

Leo menggelengkan kepalanya.

"Kau kena lawan dengan aku dulu." Kata Leo berlagak.

Adie mendengus. Dia mengetam bibirnya.

"Aku tak ada masa nak lawan kau!" Adie malas bermain dengan budak yang tidak matang. Belum sempat kaki melangkah, batang kayu yang dipegang oleh Leo dihayunkan ke arahnya. Adie sempat mengelak. Hampir-hampir sahaja dia terkena tadi. Tak guna kau, Leo!

"Kau perlu mati!" Jerkah Leo. Sekali lagi kayu itu dihayunkan kepada Adie. Adie melompat ke belakang. Dia perlu berhati-hati untuk berhadapan dengan budak gila ini.

Serang-menyerang antara Adie dan Leo tercetus. Adie menumbuk kuat muka Leo. Leo terhumban ke dinding. Namun, dia bangun semula lalu menyerang Adie dengan kayu tersebut! Adie sempat menukar posisi. Tetapi, bahu kirinya pula yang terkena pada hujung kayu itu. Berdarah!

Adie berundur ke belakang. Matanya memerhati gerakan Leo yang seterusnya, Sambil bahu kiri dipegang. Adie perlu melakukan sesuatu sebelum kayu itu akan melukakan dia kali kedua. Dia lantas melompat lalu menendang kayu tersebut dengan kuat. Kayu itu terbuang dari tangan Leo.

"Sekarang. Baru adil." Ucap Adie. Dia menendang kaki Leo dengan kuat. Leo tersungkur jatuh ke lantai. Adie memijak belakangnya. Ingatkan kuat sangat tadi..

"Cakap dekat kawan kau tu, Lepaskan Gia.. sekarang!!" Arah Adie. dia memandang lelaki yang menahan Gia. Lelaki itu tersenyum sinis, seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Kenapa dia tersenyum?. Manakala Gia ketakutan, matanya bulat ingin mengatakan sesuatu. Jangan-jangan mereka ada plan yang lain.. atau..

Pak!

Belakang Adie dihempap kuat menggunakan kayu yang terbuang tadi. Adie terjatuh ke lantai. Dia mengadu kesakitan. Tak guna, siapa yang berani menyerangnya dari belakang?

Adie menoleh.

"Fian?" Adie terkejut. Dia terkaku kerana melihat orang yang memukulnya tadi adalah Fian. Leo bangun. Dia membersihkan pakaiannya sebelum menepuk-nepuk bahu Fian tanda terima kasih. Leo ketawa mengejek kepada Adie. Kedatangan Fian sedikit banyak membantu dia.

"Kau jangan terkejut." Kata Leo sinis.

"Habiskan dia, Fian!" Arah Leo sebelum dia berundur meninggalkan Fian dan Adie di tengah-tengah ruangan itu.

Fian menarik Adie kasar, memaksa Adie berdiri. Kemudian dia membisikkan sesuatu. "Hei, bro. Maafkan aku.. Bila aku tumbuk kau.. kau kena pura-pura sakit. Okey?"

Dalam kesakitan, Adie mengerutkan dahinya. Kebingungan.

"Apa yang kau merepek ni, Fian? Plan mana yang kau ikut? Kita tak pernah bincang pun sebelum ni." Bisik Adie.

"Kau gila? Kau tengok sekeliling.. orang upahan dia banyak. Aku cuba berdeplomatik dengan dia." Bisik Fian pula.

Perlahan-lahan Adie melihat sekelilingnya. Memang benar! Dia ternampak beberapa orang sedang bersembunyi di belakang timbunan besi-besi di sekeliling ruangan itu. Kenapa dia tidak perasan tadi.

Adie melepaskan keluhan. Dia memandang Fian.
Fian mengelipkan matanya sebelah. Kita berlakon!

Adie seakan faham apa mesej yang disampaikan oleh Fian. Dia kenal siapa Fian. Mustahil Fian berpihak kepada budak physco itu. Jadi dengan itu, dia terpaksa juga mengikuti helah yang dimainkan. Baiklah, kita berlakon!

Tanpa signal, Fian menghumban Adie ke lantai dengan kuat. Adie mengadu kesakitan. Sakit gilak! Dah lah belakangnya dipukul dengan kayu tadi. Kini, dihumban pula ke lantai. Kalau ya pun nak berlakon tolonglah berlembut sedikit!

Fian menarik kolar baju Adie. Dia menggerak-gerakkan jari jemarinya sebelum menggengam penumbuk. Kali ini bersignal pula. Dengan pantas, tumbukan dihayunkan hampir mengena kepala Adie. Adie terkejut!

"Meraung." Bisik Fian. Sejerus dengan itu, Adie pun pura-pura berlakon kesakitan ibarat tumbukan itu terkena tepat pada kepalanya. Padahal, terkena hujung rambut sahaja.

Adie menolak tubuh Fian. Dia cuba untuk menyerang Fian. Sengaja dia memberikan suasana itu ada aura pertarungan antara dia dan Fian. Adie menghadiakan Fian satu tumbukan di perutnya. Fian terundur setapak. Sakit doh!

Dalam menahan kesakitan, Fian tersenyum. Pandai kau berlakon, Adie!. Hampir sahaja Fian ketawa. Memikirkan dia dan Adie menjadi pemerhatian Leo dan konco-konconya, niat untuk ketawa dibatalkan.

Sekali lagi, Fian menghentam Adie. Adie dibaling pula ke dinding berdekatan dengan Gia. Itu juga termasuk dalam lakonan spontan mereka. Adie mengadu kesakitan. Kali ini benar-benar sakit. Dia cuba untuk bangun, tetapi tangannya tergetar-getar menolak tanah. Dia jatuh kembali.

Gia yang berada dekat dengan Adie, terkedu. Air matanya jatuh melihat Adie terseksa sebegitu.

Tepukan tangan kedengaran. Leo datang menghampiri mereka setelah selesai melihat pertarungan antara dua sekawan itu.

"Hebat bukan. Berlawan dengan kawan sendiri?" Sinis sahaja soalan yang dilontarkan kepada Adie. Adie masih tercungap-cungap menelan oksigen.

"Kau jangan harap boleh menang." Ujar Leo. Dia mengeluarkan pistol dari poket dalam jeketnya. Pistol diacukan tepat pada kepala Adie.

Fian terkedu.

"Apa yang cuba kau buat, Leo? Kau cakap biar aku sendiri yang menghabiskan dia." Kata Fian. Dia terkejut melihat pistol yang dipegang oleh Leo. Andai sahaja picunya ditarik, nyawa Adie bakal melayang! Dia tidak akan membiarkan perkara itu.

Gia menangis. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Kalau boleh dia mahu menyelamatkan Adie. Biarlah dia sahaja yang mati.

"Aku akan habiskan nyawa dia sekarang!" Leo dirasuk dengan kejahatan. Dia sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dendam tetap dendam!

"Berhenti!"

Belum sempat picu ditarik, seorang lelaki muncul dari pintu utama ruangan itu. Mereka menoleh serentak.

"Zarul.." sebut Adie perlahan. Hampir tidak kedengaran.

Zarul datang dengan langkah yang bergaya sekali. Dia merenung tajam ke arah Leo.
Leo sedikit cuak.

"Serang dia!" Arah Leo kepada konco-konconya yang masih bersembunyi.

Zarul tersenyum sinis.

"Owh.. tengok, aku pun ada bawa geng sekali." Kata Zarul. Beberapa orang polis menyeludup masuk ke dalam ruangan itu. Masing-masing mempunyai pistol di tangan.

Konco-konco Leo yang sudah keluar dari tempat persembunyian mereka, berlari bertempiaran. Polis-polis itu tidak melepaskan mereka. Kawasan tersebut sudah dikepung sepenuhnya.

"Sial!" Maki Leo. Fikirannya bercelaru. Dia menghalakan mulut pistol itu kepada Zarul. Terus sahaja picu ditarik. Fian cuba menghalang Leo. Malangnya dia terlambat. Peluru yang ditembak melayang laju membelah ruang udara. Zarul tidak sempat mengelak. Bahu kanannya ditembusi oleh peluru itu. Zarul terduduk menahan sakit. Nyilu terasa bila dagingnya dipanah peluru.

Seorang polis yang menjadi pemerhati terus menembak kaki kiri Leo. Leo jatuh ke lantai. Pistol yang dipegang terlepas. Fian menendang pistol itu ke tepi.

"Telefon ambulans, maklumkan kejadian kepada ibu pejabat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience