Chapter 1

Romance Completed 9464

BAB 1

Sudah hampir seminggu kampung mereka dilanda banjir dan hujan kilat, Kampung Senjaga. Keadaan yang berterusan sebegini merisaukan hati setiap penduduk kampung, malahan ada sesetengah penduduk yang sudah berpindah ke kampung sebelah.

Daerah Rawia yang berbukit bukau memisahkan Kampung Senjaga dengan kawasan perkampungan yang lain. Setiap hari ada saja aduan orang kampung yang membuatkan hati Pak Uda tidak tenang. Ada yang cakap kampung mereka mendapat bala kerana kepercayaan karut sesetengah masyarakatnya kerana masih ada yang mengamalkan sihir dan ilmu hitam untuk mencari kepuasan nafsi sendiri.

Paling banyak penduduk kampung yang datang mengadu tentang kehilangan haiwan ternakan dan kemusnahan tanaman. Banjir yang melanda menyukarkan penduduk untuk melakukan aktiviti harian. Air yang bertakung di sekeliling rumah masing-masing memaksa mereka untuk terus bersabar dan tidak putus asa berdoa kepada Tuhan agar diberikan nikmat cuaca yang baik. Semakin hari juga semakin berkerut dahi Pak uda memikirkan masalah yang dia sendiri tidak yakin dapat menyelesaikannya.

''Pak Uda, bagaimana sekarang ini? orang kampung dah banyak mengeluh tentang hal yang sama.'' Tiada balasan daripada mulutnya. Dia juga turut bingung padahal sebelum ini, kampung yang didiami selama ini tidak pernah dilandah bencana seteruk begini.

Dia memandang ke arah Ghahar pemuda berumur dalam lingkungan 25 tahun yang sangat aktif dalam Ahli Jawatan Kuasa Kampung (AJKK) . Dari sudut pandangan matanya sangat ikhlas dalam melontarkan soalan tadi.

"Apa yang kita boleh buat, kita tak akan dapat hentikan banjir atau hujan sama sekali, ini kuasa Tuhan. Mesti ada hikmah yang tersendiri di sebalik bencana ini, Ghahar'' jawab Pak Uda.

Sememangnya banjir yang melanda itu adalah dari Allah, mana mungkin dia selaku manusia yang tidak berkuasa mampu menghentikannya. Hujan yang turun di luar sudah semakin larut, kini tinggal rintik-rintik saja. Itu pun dia sangat yakin hujan akan kembali lebat sejurus sahaja petang menjelma. Tengah hari ini, sinaran matahari yang cerah itu tidak sampai pun pada kawasan perkampungkannya, mungkin dilindungi oleh bukit atau awan, mungkin saja ia tidak akan bersinar kembali seperti dulu. Banyak kemungkinannya.

''Kau cakap saja kalau kau dah tak mampu nak takbir kampung nie, Uda. Cara nak mentadbir bukan duduk diam sambil goyang kaki saja, memang patutlah kampung kita ni dapat bala sebab ada ketua macam kau'' tengking Pak Maud tiba-tiba.

Pak Said tercengang, semakin geram dan sakit hati dengan Pak Maud yang tidak pernah ada henti untuk menjatuhkan Pak Uda.

''Jangan cakap semberangan, Maud. Takut-takut kampung kita ni kena bala sebab mulut kau yang tak pernah keluarkan kata-kata yang baik, asyik cakap pasal orang sahaja.'' Pak Maud hanya mendengus tanda tidak senang dengan kata-kata Pak Said. Apa yang pasti, dia dari dulu lagi tidak setuju dengan Pak Uda dan pengikut-pengikutnya.

Lantaran itu, setiap kali musyawarah diadakan Pak Maud adalah pembangkang tegar kepada Pak Uda. Manakala Pak Said selalu saja menjadi banteng pertahanannya. Yang lain hanya memerhati, mereka hanya memberi cadangan tapi tidak pernah meleraikan peperangan lidah antara Pak Maud dan Pak Said . Ghahar hanya menggelengkan kepalanya. Tanpa menghiraukan kata-kata Pak Maud, Pak Uda terus melontarkan pembicaraannya.

"Apa yang saya ingin katakan sebenarnya adalah, banjir memang datang dari Tuhan, dan kita memang tak ada daya untuk melawannya. Maka saya mahu ahli-ahli yang ada di sini sekarang, sampaikan kepada penduduk kampung yang lain jangan hentikan doa dan keyakinan kedapa Allah harus dikukuhkan .."

"Kau hanya cakap pasal keyakinan kepada Tuhan, tapi satu usaha pun tak ada .'' Potong Pak Maud .

"Tak salah kalau nak bagi cadangan, Maud. Tapi kenalah minta izin dulu, bicara saya tadi belum selesai lagi.''

Pak Maud buat muka tidak bersalah, dalam hatinya ada malu juga. tapi yang paling banyak adalah sakit hati. Orang lain hanya menjadi pemerhati keadaan tersebut. Tidak ada yang berkata ketika Pak Uda sedang menggota. Semuanya fokus mendengar kata.

"Saya cadangkan kita gunakan kawan tanah yang agak tinggi dekat bukit hujung kampung ni, dekat rumah Encik Zaha. Kita tempatkan haiwan-haiwan ternakan di sana memandangkan tempat itu juga adalah kawasan bekas kandang penternakan lembu yang sudah lama ditinggalkan. Petang ini, jika hujan tak lebat dan hanya rintik-rintik sahaja, saya dan kita semua memperbaiki bumbung yang sedikit bocor tu. Kita nak benda ni awal siap. Tapi jangan lupa bawa sekali peralatannya. Ada bantahan setakat ni?''

Pak Uda puas hati kerana semua AJKK yang hadir mrngangguk kepala tanda setuju, kecuali Pak Maud yang agak kebingungan, malah ada yang lain pada iras wajahnya. Seakan tidak setuju atau pun masih marah dengan apa yang terjadi. Pak Uda sedar akan hubungan antara dia dan Pak Maud yang umpama ada jurang pemisah. Dia hanya berdiam diri bila peluru kata-kata sinis yang dilontarkan kepadanya oleh Pak Maud. Kegagalan komunikasi yang baik antara mereka menimbulkan prasangka yang buruk antara orang-orang kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience