Chapter 10

Romance Completed 9464

BAB 10

Matahari yang cerah menyinarkan sinarannya yang panas. Sepanas hati Adie. Selepas sahaja dari butik Gia, Adie bergegas ke rumah kawannya yang terlibat sama dalam kisah silam dua tahun yang lalu. Mereka perlu berdiskusi kembali. Masalah yang sama datang lagi. Kali ini tiada ruang untuk dia memaafkan Leo kali kedua.

Kereta dihentikan di hadapan rumah banglo yang besar. Adie mematikan enjin kereta. Tanpa membuang masa. dia keluar dari kereta lalu memasuki kawasan halaman rumah tersebut. Fian yang sedang menunggu kedatangan Adie segera mendapatkannya tatkala bayang Adie kelihatan.

"Kau kena tolong aku." ayat pertama yang keluar dari mulut Adie. Fian mengangguk pantas. namun, masih dalam kebingungan.

"Jom, masuk dulu.." ajak Fian. Lebih afdhal sekiranya mereka berbicara di dalam rumah. Lagi pun, sinaran matahari yang panas itu tidak baik untuk kesihatan.

Sejerus sahaja memasuki rumah banglo itu, mereka terus menuju ke ruang tamu. Masing-masing mengambil tempat duduk.

"Apa cerita sebenarnya?" Fian merenung muka Adie yang penuh dengan keresahan. Dia juga ikut resah melihat Adie. Mereka adalah kawan baik ketika di zaman universiti dahulu.

"Budak Leo tu.. datang lagi. kali ini dia ganggu hidup aku pula." ujar Adie.

"Leo?" Fian kebingungan. Dia cuba mengingati mana-mana orang bernama Leo yang pernah hadir di hidupnya. Hampa! Dia langsung tidak mengingati siapa-siapa.

"Ingat tak, budak physco yang pernah kacau kau dulu? dia kacau hidup aku pula. Aku tak tahu nak buat apa. Dia bawa Gia lari. dan sekarang dia nak aku datang malam ni, pukul 11 dekat bangunan yang terbiar dulu. budak tu betul-betul gila!!" Luah Adie kepada Fian. Fikirannya bercelaru. Buntu! keselamatan Gia sahaja yang diutamakan sekarang.

Leo diam seketika. Ingatannya cuba menganalisa orang yang dimaksudkan oleh Adie. Gia merupakan nama yang tidak asing lagi baginya. Jika dia dan Adie bertemu, nama itulah yang selalu disebut-sebut oleh Adie meskipun belum pernah Fian melihat wajah Gia. Adie pernah cakap, Gia adalah perempuan yang sudah lama dia cintai. Kemudian, fikiran Fian cuba mengingati pula, siapa Leo yang dikatakan oleh Adie tadi.

"Aku dah ingat. Budak penagih dadah tu kan?. Aku ingat lagi masa dia cuba nak tolak aku dari atas bangunan lama. Nasib baik kau ada masa tu. Tapi, dia kan dah kena tangkap. Dia sepatutnya berada dalam lokap sekarang ni." Kata Fian.

"Dia orang kaya. Macam kau.. bila-bila masa sahaja boleh dijamin. atau.. mereka boleh bermain rahsuah." Ucap Adie pula. Dia tidak bermaksud menyindir.

"Jadi, buat apa dia culik Gia?." Fian masih tertanya-tanya. Padahal sepatutnya dia lah yang menjadi mangsa Leo. Kisah silam itu terjadi kerana kesilapan dia, bukan Adie. Apa tah lagi Gia.

"Dia mahu balas dendam.. Sebab aku yang pukul dia sebelum polis datang dulu." Jawab Adie perlahan.

Fian tunduk seketika. Ini tidak patut!

Dahulu, Fian adalah seorang pembuli yang tegar. Dia dan Adie berada di dalam kelas yang sama. Sebelum kejadian hitam itu berlaku, dia tidak pernah terfikir untuk bertaubat dari membuli pelajar yang lemah. Padahal sudah acap kali telinganya mendengar nasihat dari Adie supaya berhenti. Tetapi ketika itu, Fian merasa berkuasa jika dapat membuli pelajar lain. Baginya itulah kepuasan. Saat itu jugalah, kesilapan Fian mengubah seluruh hidupnya. Sehingga dia diberhentikan oleh pihak atasan university dan membawa diri berkerja di syarikat di bawah ayahnya.

"Itu tak patut.. takpa. Aku akan backup kau malam ni. Sebab aku ada plan." Ujar Fian sedikit melegakan hati Adie.

Adie lega, tapi kerisauannya pada Gia tidak berkurang. Di saat mereka mahu memulakan perbincangan. Adie terpandang sesuatu.

"Eh.. itu beg sandang siapa?" Soal Adie. Dia menunjukkan beg sandang usang berwarna kelabu yang di sebelah tv besar di hadapannya. Beg sandang itu membuatkan dia teringat akan seseorang. Bukankah itu beg sandang Amanda semasa sekolah menengah dulu? Bentuk beg yang selalu dibawa oleh Amanda, masih terbayang di fikirannya. Masakan dia lupa. Semua barang-barang yang selalu dibawa oleh kawan-kawannya yang lain pun dia ingat. Lebih-lebih lagi orang yang pernah rapat dengannya. Cuma warna pada beg yang ada di hadapannya itu agak pudar sedikit berbanding dengan beg Amanda dahulu.

"Owhh.. itu beg kawan aku. Dia tertinggal semalam. " ujar Fian. Itu adalah beg sandang milik Amanda. Amanda meninggalkan rumahnya tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. Dia hanya berharap agar Amanda baik-baik sahaja. Kalau boleh dia mahu Amanda balik semula ke rumah itu.

Perlahan-lahan Adie mengangguk. Mungkin ia hanya kebetulan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience