Chapter 20

Romance Completed 9464

BAB 20

"Suraya.. apa yang kau bakar?!" Sergah Amanda apabila melihat ada kepulan asap-asap kecil yang keluar dari biliknya.

Suraya cepat-cepat memadamkan api di hadapannya. Gambar-gambar kenangan milik Amanda yang telah menjadi abu itu disapu ke bawah meja. Padahal, gambar-gambar yang lain masih bertaburan di atas lantai. Kununnya mahu menghilangkan bukti. Malangnya, Amanda sempat melihat kelakuannya itu.

Amanda pantas mengutip gambar yang masih belum dibakar oleh Suraya. Mengalir air matanya. Gambar-gambar kenangan ketika dia di kampung senjaga dulu, dibakar oleh Suraya. Hanya beberapa keping sahaja lagi yang tinggal.

"Kenapa kau buat macam ni, Suraya." Amanda menghapuskan air matanya itu.

Suraya hanya menundukkan kepala, diam seperti tidak bersalah. Amanda bengang. Dia menyimpan gambar-gambar tadi ke dalam kotak kecil di atas meja.

"Aku kan dah pesan, kalau kau datang ke rumah ni.. Jangan suka hati masuk bilik orang! Rumah ni bukan rumah mama kau!" Kesabaran Amanda teruji.

Suraya merupakan anak kepada bapa tirinya dengan istri yang pertama sebelum ibunya. Ya. Dia adalah anak kandung Abas. Suraya binti Ismail. Abas cumalah nama timangan sahaja. Setiap hari isnin Suraya akan dihantar ke rumah itu. Kemudian, akan diambil pada hari jumaatnya pula. Ibu Suraya sibuk dengan perkerjaan. Bererti Amanda lah yang akan berhadapan dengan karenah Suraya yang menyakitkan hati. Dia tidak juga salahkan Suraya kerana dia tahu Suraya mengidap penyakit mental kerana kemurungan. Tapi kelakuan Suraya kadangkala sangat menguji!

Amanda memeluk kotak kecil itu dengan erat. Ia merupakan antara barang yang sangat berharga buat Amanda selepas diarinya juga telah dibakar oleh Suraya minggu lalu. Hanya gambar-gambar kenangan itulah yang selalu mengubat rindunya.

"Saya pernah terbaca dalam diari akak.. lelaki dalam gambar tu adalah Zarul. Dia adalah Zarul Afiq." Kata Suraya.

Amanda terkedu. Terdetik kasihannya kepada Suraya. Zarul Afiq merupakan kekasih Suraya yang telah meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku kira-kira dua tahun yang lalu. Itu pun dia terbaca pada potongan surat kabar yang ada di dalam buku catatan Suraya.

"Zarul Afiq dah meninggal. Suraya."

"Afiq tak meninggal! Afiq masih ada.." Suraya menangis.

"Afiq masih ada.. di sini." Sambung Suraya sambil jarinya menunjuk ke dada.

"Zarul yang berada dalam gambar tu yang harus mati.." kata suraya lagi. Dia mengesat air mata. Matanya besar merenung Amanda.

"Suraya.." sebut Amanda. Dia takut melihat mata Suraya yang seakan mahu membunuhnya.

Suraya menyeluk tangannya di bawah tilam yang berlipat dua. Dia mengambil pisau lipat yang disimpan. Lantas, Suraya berdiri. Lipatan pisau dibuka lalu dihalakan kepada Amanda.

Amanda terkejut.

"Afiq dah mati. Sedar lah!"

"Akak jangan sesekali cakap Afiq dah mati! Baik akakbminta maaf dekat Su. Sekarang!!" Tengking Suraya. Nafasnya turun naik bagai dirasuk oleh hantu.

"Kau gila, Suraya!" Jerit Amanda.

Suraya menyerangnya tiba-tiba. Amanda berlari keluar dari bilik. Suraya mengejarnya!

"Amanda!!!" Jerit Suraya.

"Amanda." Zarul membangunkan Amanda dari mimpi buruk yang dialami.

Amanda membuka matanya. Jantung berdebar laju! Dia ketakutan!

"Kau selamat. Jangan risau." Kata Zarul perlahan.

"Kau mimpi apa? Tadi aku nampak kau meracau. Jadi aku bangunkan kau." Kata Zarul lagi.

Amanda diam.

"Zarul, Amanda dah bangun?" Gia muncul di muka pintu.

Zarul mengangguk.

"Aman, jom lah makan dulu. " Ajak Gia.

Amanda memandang sekilas pada jam di dinding. Satu jam setengah dia tertidur tadi. Amanda mengeluh. Tidak sedar bila dia terlena.

"Kau tertidur sekejap tadi.. jomlah. Makanan dah terhidang tu." Ujar Zarul.

Amanda bingkas, lalu mengikuti Zarul ke meja makan. Yang lain sedang tersenyum menanti kedatangannya. Kerana mereka sudah berpakat tadi. Jangan sesekali buat Amanda tersentak. Biarlah Amanda mencari ketenangan dahulu. Kerana berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Awal pagi lagi, Zarul dan Adie sudah bergerak ke tempat kerja masing-masing. Tinggallah Gia dan Amanda sahaja di dalam rumah itu. Gia sedang menonton tv, manakala Amanda masih berkurung di dalam bilik selepas makan malam semalam. Terlintas juga di hati Gia untuk menemani Amanda. Tetapi, awal-awal lagi Zarul dan Adie telah memesannya agar tidak menganggu Amanda.

Gia mengeluh.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik tetamu terkuak. Gia menoleh.

"Hei.. Gia. Apa kau buat?" Soal Amanda perlahan. Gia tersenyum.

"Tengok tv je.. jom lah. Duduk sebelah aku." Kata Gia. Dia menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Amanda tersenyum. Dia mengatur langkah menuju ke arah Gia. Kemudian punggung dilabuhkan di sebelah Gia.

"Bosankan duduk rumah besar ni kalau tak cukup ahli." Ucap Gia. Walhal rumah itu bukan kepunyaannya. Dia cuma sudah terbiasa berada di sana.

Amanda mengangguk.

"Aku nak minta maaf pasal semalam. Aku tak sengaja.. kata-kata aku tu melampau, bukan?"

Gia menggelengkan kepala.

"Tak pa. Aku tak tersinggung pun. Aku tahu kau ada masalah." Kata Gia. Padahal ada juga secubit rasa terkilan di hati. Biarlah. Amanda bukannya sengaja..

"Kau tak nak cerita dekat aku?" Soal Gia. Dia mahu tahu apa yang dialami oleh Amanda sepanjang mereka tidak bersua.

Amanda tunduk seketika.

"Kadangkala aku rasa, aku tak layak jadi Amanda yang dulu. Kalau boleh, aku nak lari sahaja dari semua kenangan lalu.." ujar Amanda perlahan.

"Jangan cakap macam tu. Kau adalah Amanda. Kau tetap Amanda yang kami kenal dulu."

Amanda tersenyum. Kata-kata Gia selalunya membuatkan dia terharu.

"Hei. Kau nak makan pizza tak? Aku order.. Sambil tu kita boleh tengok movie." Kata Gia riang. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama-sama dengan Amanda.

"Boleh juga. " balas Amanda. Dia tidak mahu lagi menguris perasaan Gia seperti semalam.

"Orite.." Gia mencapai telepon di meja. Dia mula memesan pizza.

Telepon di atas meja berdering minta diangkat. Zarul merenung sekilas pada skrin telefon. Panggilan dari Adie. Zarul menyambutnya. Telepon langsung diletakkan ke telinga.

"Hello.. Asal?"

"Aku nak bagi tahu kau. Maybe aku balik lewat sikit. Kau je la yang balik dulu.. Kau ada bawa kunci rumah tak?"

"Ada.. lah.. Kau tak bagi tahu aku awal-awal. Dah jam 10 malam ni."

"Unexpected. Aku kira nak balik petang tadi. Tapi tak dapat."

"Ye laa. Okey. kalau begitu aku balik dulu. Hati aku tak tenang."

"Okey."

Panggilan dimatikan. Zarul terus bergegas meninggalkan pejabat. Dia mahu balik ke rumah. Takut andai ada perkara buruk yang berlaku.

"Zarul."

Zarul menoleh. Kakinya tidak sempat melangkah keluar lobi.

"Apa kau buat sini, Fian." terkejut melihat kemunculan Fian.

"Aku ikut ayah aku. Meeting tadi." Jawab Fian.

"Aku tak sedap hati. Gia dan Amanda sahaja yang ada dekat rumah sekarang. Adie belum balik lagi."

"Aku ikut. Boleh?"

Zarul memandang Fian. Biar betul?

"Jom."

Bunyi lonceng rumah berbunyi.

"Ya. Tunggu!" Gia yang berada di dapur menyusun mangkuk yang terakhir di atas rak. Apabila dia berpaling, Amanda sedang berdiri di muka pintu dapur sambil memerhatikannya.

"Amanda. Terkejut aku." Gia mengurut dada.

"Sorry.. aku tak sengaja." Kata Amanda. Termasuk kali ini, sudah banyak kali Amanda meminta maaf.

"It's okey. Siapa yang bunyikan lonceng tu? Mungkin Zarul.. Pergilah tengok."

Lonceng rumah berbunyi lagi.

"Amanda!!" Jerit satu suara dari luar tiba-tiba. Mereka terkejut. Cemas dan saling berpandangan. Itu bukan suara Zarul.

"Siapa tu?" Bisik Gia.

"Itu Suraya.. Mari cepat, Gia!" Amanda menarik tangan Gia. Mereka masuk ke bilik tetamu. Amanda mengunci pintu dan jendela juga. Belum sempat langsir ditarik, kelibat Suraya muncul di sebalik jendela. Tersenyum sambil memegang pisau di tangannya. Amanda jatuh terduduk. Terkejut dengan kemunculan Suraya.

Gia hampir menjerit. Tangan ditekup ke mulut. Takut ada suara yang terkeluar.

Mata Suraya besar memandang ke arah mereka. Terkumat-kumit mulutnya seakan bercakap sesuatu.

"Kita naik ke atas, Amanda." Kata Gia.

Gia menarik tangan Amanda. Mereka berlari menaiki tangga ke tingkat atas. Ada tiga bilik yang terdapat di sana. Tidak sempat hendak memilih yang mana satu. Bilik Zarul menjadi sasaran. Cepat-cepat mereka memasuki bilik Zarul. Seperti tadi, segala pintu dan jendela dikunci.

"Aku takut, Aman.." luah Gia. Wajah Suraya tadi terbayang-bayang di fikiran.

Bunyi jendela dapur yang dipecahkan kedengaran.

"Amanda!! Aku masuk!" Jerit Suraya.

Gia dan Amanda berpandangan. Jantung berdebar-debar. Nasib baiklah mereka tidak memilih untuk berkurung di bilik tetamu yang bersebelahan sahaja dengan dapur. Walaupun begitu, masih tiada jaminan untuk mereka kekal selamat di tingkat atas.

"Telefon Zarul." Arah Amanda. Dia juga takut. Malah cuba sedaya upaya untuk mengatasi traumanya itu! Apatah lagi Suraya datang dengan membawa pisau di tangan. Suraya bah kan pernah mengirimkan pisau lipat yang berdarah dan beberapa keping kertas yang mengandungi maklumat dirinya dan juga nota untuk Amanda tentang Zarul. Dia tidak pasti apa yang membuatkan Suraya begitu nekad. Justeru itu, dia tidak sanggup berhadapan dengan seorang pesakit Skizofrenia. Suraya bukan calang-calang dalam bertindak. Suraya adalah gila!

Gia tergetar-getar mengeluarkan telefonnya dari poket.

"Tak ada battery.. macam mana ni.." kata Gia gusar.

"Tu.. charger.. atas meja.." Amanda terpandang pengecas telefon milik Zarul.

Tanpa berlengah, Gia menyucuk kedua kaki pengecas itu ke dalam lubang pada soket di dinding. Berkali dia mencuba, tetapi tidak berjaya kerana ada penghadang kecil di dalam lubang itu. Gia mencapai pen yang terampai di atas meja lalu dicucukkan ke dalam lubang teratas soket. Penghadang terbuka. Kaki pengecas sudah masuk sepenuhnya. Gia memetik suis soket. Hujung wayar pengecas diambil lalu disambungkan ke telefon.

"Okey tak, Gia?" Soal Amanda. Dia mengigit kuku jari ibunya. Risau. Wajah Gia yang sudah pucat ketakutan itu menyebabkan dia juga terikut-ikut sama.

Gia mengangguk apabila telefonnya sudah boleh dihidupkan. Baru dua peratus cas yang masuk, tiba-tiba blackout.

Telefon itu mati kembali.

"Amanda.." Dalam kegelapan Gia meraba-raba dinding bilik mencari kelibat Amanda.

"Aku sini.. shhh.." Amanda menangkap tangan Gia dan menyuruh agar Gia tidak mengeluarkan sebarang suara. Amanda terdengar bunyi derapan kaki menaiki tangga. Dia risau mereka tertangkap. Amanda menarik Gia menyorok di tepi katil dekat dengan tandas. Yang pasti mereka jauh dari pintu bilik itu.

"Amanda." Panggil Suraya perlahan dari luar bilik.

Amanda dan Gia menekup mulut masing-masing. Mata meliar di dalam kegelapan.

Sementara itu, Suraya di luar masih tercari-cari di mana mereka bersembunyi. Dia memasukkan bilah pisau ke dalam celah setiap pintu. Menguji andai mereka bersembunyi di dalam salah satu bilik di atas. Kemudian, dia tersenyum lebar.

"Aku tahu kau di mana Amanda. Jangan uji aku.." Kata Suraya. Pisau digenggam erat. Dia mengetuk pintu bilik Zarul bertalu-talu.

Amanda!! Lebih baik kau keluar!!" Jerit Suraya. Dia mencungkil besi di tepi tombol pintu yang menyekat pintu dari terbuka.

Tak!

Pintu terkuak. Amanda mengenggam erat tangan Gia. Dia tahu, mereka akan diserang bila-bila masa sahaja.

"Mungkin kau lupa, aku sangat handal membuka pintu yang terkunci, macam aku masuk ke dalam bilik kau dulu." Hujung ayatnya, Suraya ketawa.

Suraya melangkah ke dalam bilik yang gelap itu. Dia menerpa ke jendela. Lalu menarik langsir ke tepi. Cahaya dari luar masuk menerangi bilik itu sedikit.

Amanda menelan liur. Berdebar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia memandang Gia.

"Kita keluar." Bisiknya perlahan. Gia mengangguk.

"Aku dengar, Amanda." Kata Suraya. Meskipun matanya masih merenung keluar jendela. Bisikan Amanda kedengaran jelas di cuping telinganya.

Amanda terus menarik Gia berlari untuk keluar dari bilik itu. Malangnya, Suraya pantas menangkap tangan Amanda. Amanda tersentak. Ada senyuman di wajah Suraya.

"Lepas, Suraya!" Bentak Amanda. Suraya menggeleng tidak mahu.

"Su, nak cakap sesuatu dengan akak. Kalau akak tak nak cakap dengan Su.. kawan akak akan jadi mangsa." Bisik Suraya. pisau yang berada di sebelah tangannya dijeling sekilas.

Amanda terkedu. Nampaknya dia terpaksa membuat keputusan berani mati ketika ini. Amanda melepaskan genggaman tangannya pada Gia.

"Pergi.. Gia."

"Apa yang kau cakap ni?" Gia tidak mengerti.

"Maafkan aku.." pinta Amanda. Kemudian, dia menolak Gia keluar dari bilik itu lalu menutup pintu dengan rapat.

"Amanda!!" Jerit Gia. Dia menolak pintu dari luar. Tetapi ia masih statik tidak terkuak langsung.

"Amanda.." panggil Gia sayu. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana Amanda menghadap Suraya seorang diri di dalam bilik itu.

Kini, cuma tinggal Amanda dan Suraya sahaja yang berada di dalam bilik Zarul. Suraya masih mengenggam tangan Amanda.

"Lepaskan tangan aku, Suraya." Kata Amanda tegas. Perasaan takut terhadap Suraya dibuang jauh-jauh. Dia harus bertindak berani. Meskipun ada secubit ketakutan di dalam hatinya.

Perlahan-lahan Suraya melepaskan tangan Amanda.

"Apa yang kau nak?"

Suraya tersenyum.

"Aku nak kau minta maaf dengan aku." Kata Suraya. Amanda mengerutkan dahinya.

"Apa maksud kau?"

"Kau yang buat aku seperti ini. Kau buat aku mahu mendapatkan Zarul."

"Zarul bukan Afiq!!" Jerkah Amanda. Dia penat menerangkannya kepada Suraya.

"Ya. Zarul bukan Afiq.. tapi aku nampak dalam diri Zarul ada Afiq aku!" Lawan Suraya. Semakin besar matanya merenung tajam mata Amanda.

"Afiq dah mati, Suraya."

"Kau jangan cakap macam tu lagi!! Aku bunuh kau!" Mata pisau diacuhkan kepada Amanda. Nafasnya turun naik menahan amarah.

"Aku cakap benar. Potongan surat khabar yang ada dalam buku catatan kau itu dulu sebagai bukti! Kau juga tahu yang Afiq dah mati!." Amanda mahu menyedarkan Suraya.

"Tak!!!! Zarul adalah Afiq!" Jerit Suraya. Kata-kata Amanda dinafikan.

"Kau tak kenal siapa Zarul. Kau cuma kenal Afiq.. Afiq yang kau kenal tu dah mati!"

Suraya menolak Amanda kuat ke dinding. Dia tidak mahu mendengar ayat yang keluar dari mulut Amanda lagi. Hatinya terseksa!

Amanda mendengus. Dia cuba untuk berdiri.

"Kau gila, Suraya!!" Teriak Amanda.

"Tak! Aku tak gila!!"

Belum sempat Amanda mengelak, Suraya sudah menghunuskan mata pisau ke dalam perut Amanda. Ternganga mulut amanda. Suara kesakitan keluar tersekat-sekat melalui kerongkong. Perih terasa. Nyilu dan sakit!

Suraya menarik pisau itu kembali. Darah pekat mengalir keluar dari luka tusukan. Amanda jatuh.

Suraya terduduk di situ. Tangannya bergetar melihat darah Amanda. Baru kini, perasaan takutnya muncul. Pisau yang dipegang terlepas.

"Maafkan Su, akak.. su tak sengaja." Ujar Suraya sayu berserta tangisan. Dia membelai rambut Amanda. Amanda masih menahan kesakitan.

Bunyi enjin kereta kedengaran memasuki halaman rumah.

Gia berlari keluar.

"Zarul!!"

"Gia.. kenapa? Apa yang berlaku?" Ujar Zarul cemas apabila melihat Gia menangis berlari ke arahnya sebaik sahaja dia turun dari kereta. Fian juga baru keluar dari tempat duduk sebelah pemandu.

"Amanda.. amanda dan Suraya dalam bilik kau. Suraya ada pisau!"

Mendengar sahaja kata-kata Gia. Zarul terus berlari masuk ke dalam rumah. Fian mengikutinya.

Dari tangga atas, kelihatan Suraya cuba menarik tubuh Amanda keluar dari bilik itu. Amanda terkulai tidak bermaya. Masih bernafas tetapi tidak berdaya. Matanya hampir tertutup.

"Lepaskan Amanda!" Jerkah Zarul.

Suraya tersentak.

"Zarul.." Sebutnya perlahan. Sebak. Kemunculan Zarul memberikan dia ketenangan. Padahal, Zarul datang untuk menyelamatkan Amanda dari dia. Suraya berlari menuruni tangga lalu memeluk tubuh Zarul. Zarul terkejut. Darah yang berada di tangan Suraya mencemari bajunya.

Amanda sempat melihat agenda tersebut sebelum matanya tertutup. Air mata mengalir. Tarikan nafas semakin lama semakin perlahan.

"Amanda!!" Jerit Zarul. Dia menolak Suraya dari terus berpaut pada tubuhnya.

Suraya terjatuh.

"Jangan lepaskan perempuan gila tu, Fian." Ujar Zarul sebelum dia berlari mendapatkan Amanda.

"Amanda.. bertahan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience