Chapter 2

Romance Completed 9464

BAB 2

Zarul memandang keluar jendela. Beberapa hari kebelakangan ini banjir sudah semakin surut. Dua minggu lagi habislah sudah cuti pertengahan semesternya. Dia memanjangkan muncung sambil mencekak pinggang. Anak rambut dituip kebelakang. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Hello, Adie. Apa hal call?"

"Kau tak reti jawab salam eh? Nak aku ajarkan?" balas Adie dalam talian.

"Kau yang call aku tanpa bagi salam macam mana aku nak balas? Dah mamai?" Zarul melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu. Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum melayan kerenah Adie yang bakal menyusul seterusnya.

"Excuse me.. Aku dah bagi salam sebelum aku call kau lagi. Tapi tak pandai jawab-jawab. Dah pekak ke? Aku kat luar rumah kau sekarang. Baik kau buka pintu." Kata Adie tidak puas hati.

Zarul mematikan talian lalu bangun dari tempat duduknya dan terus membuka pintu utama.

"Welcome to my home, im so glad you here friend ."

Adie hanya tersenyum kambing bila Zarul menjemputnya masuk seperti menjemput tetamu yang hadir untuk beraya. Mereka duduk di ruang tamu.

"Sejak bila lagi kau ada kat depan rumah aku?" soal Zarul.

Adie memandang sekilas jam di tangannya dan berfikir sejenak. Sekejap-kejap dia menghitung jari di tangan.

"Lama lah juga, kira-kira dua tiga minit yang lalu gitu."

Zarul memburukkan wajahnya.
habis yang kau kira dekat jari tu, kira apa? Titisan hujan? Bangang.

"Kau datang ni mesti ada hajat, bukan?" teka Zarul. Adie menghadiahkan lagi senyum kambingnya. Zarul macam tahu-tahu sahaja sebab kedatangannya itu. Zarul memang kawan yang memahami.

"Aku berhajat baik. Jangan risau sebab kali ni tak akan ada kerosakan mahupun bencana yang akan berlaku. Trust me, okey?" kata Adie beriya-iya.

"Eleh, dulu pun kau cakap benda yang sama, Adie" Zarul teringat beberapa kali dia terlibat dalam masalah akibat rancangan Adie.

Sebagai contohnya, ketika mereka berumur 12 tahun dan sama-sama telah seminggu selesai menduduki UPSR. Adie mengajaknya untuk sama-sama pergi mandi sungai di Sungai Sejanga. Katanya untuk melepaskan tekanan dan meraihkan hari kebebasan. Kebebasanlah sangat.

Mereka bermain sehingga hari sudah senja. Hujan lebat pula turun mencurah-curah seperti tidak mahu berhenti. Mereka terpaksa menumpang di pondok buruk di mana tempat selalu mereka melepak. Zarul mencadangkan untuk balik dan meredah sahaja hujan lebat itu. Namun, Adie lebih memilih untuk tetap menanti sehingga hujan surut.

Akhirnya Zarul terpaksa mengikuti sahaja kata-kata Adie kerana hari sudah gelap dan dia pula takut untuk balik seorang diri. Akibat itu juga, satu kampung mencari mereka berdua kerana bimbang akan keselamatan mereka. Ada pula yang cakap mereka telah hanyut dek air sungai yang mengalir deras semasa bermain di sungai. Mereka dimarah teruk kerana menyebabkan kerisauan satu kampung.

"Mesti kau ingat masa kita huru-harakan kampung sebab tak balik rumah selepas mandi sungai dulu kan?" Adie menduga apa yang sedang difikirkan oleh Zarul.

"Rancangan kau boleh buat aku kekurangan hemeoglobin dan tak cukup oksigen untuk teruskan hidup." Zarul teringat lagi semua kenangan yang terjadi ketika dia bersama Adie.

Mereka pernah dikejar oleh anjing gila kerana Adie tidak sengaja tersepak kepalanya ketika anjing tersebut sedang tidur. Bukan sekali malahan dua kali. Dari sana jugalah Zarul perasan yang Adie akan lupa pada dunianya kalau terlalu leka bercerita. Sehinggakan anjing tidur di depan pun main langgar saja. Ish-ish-ish.

"Kali ni aku tak ada lagi rancangan gila-gila macam dulu. Kita dah besar dah pun. Aku dah pandai fikir dengan baik lah. Malam ni kau ikut aku pergi kenduri dekat rumah Pak Maud." Adie memandang dengan pengharapan yang tinggi terhadap Zarul.

"Pak Maud yang tak ngam langsung dengan abah kau? Biar betul?" Zarul mengecilkan matanya mencari kebenaran dengan kata-kata Adie.

Adie menaikkan kedua-dua keningnya.

Zarul tahu yang kawannya ini sudah lama jatuh cinta dengan anak Pak Maud sejak sekolah menengah lagi. Dia juga tahu yang Adie lah orang yang paling kecewa bila mengetahui Gia yang dipuja adalah anak kepada Pak Maud yang selalu membangkak ayahnya. Tapi dia sangat kagum dengan Adie yang masih setia mahukan Gia walaupun dia tahu hubungannya nanti tidak akan pernah direstu.

Cuma Adie tidak pernah menyatakan perasaannya kepada Gia secara terus. Dia hanya menyatakan melalui perbuatannya sahaja. Katanya cinta bukan pada mulut, cinta yang hak adalah dengan perbuatan.

"Nak mengurat anaknya lah tu." Usik Zarul.

"Aku tak ada masa lah nak buat semua benda tu. Entah-entah anak dia yang mengurat aku malam ni kot".

Ingatan Adie terus terbayangkan wajah ayu Gia anak Pak Maud. Gia yang berjaya merampas setengah hatinya. Senyuman Gia yang dirindui. Oh Gia.. Dia sangat menyayangi wanita itu. Tapi bila sahaja terbayang akan muka Pak Maud, dia menelan air liur. Mampukah dia dan Gia bersatu nanti jika Pak Maud dan Pak Uda iaitu ayahnya sendiri tidak sehaluan. Dia terbayang wajah Pak Maud yang agak bengis. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Oh bapa mertua, tolonglah jangan terlalu bengis.. Oh Gia, bidadari idaman kalbu, walau apa pun yang terjadi kau tetap menjadi ratu di hatiku.

Adie mengukirkan senyuman di bibir. Wajah Gia berlegar di ruang fikirannya.

"Yang kau senyum seorang ni, asal pula? Nak aku panggilkan imam masjid?" tegur Zarul kepada kawannya itu. Teringatkan jodoh janganlah sampai senyum sorang-sorang. Senyuman menakutkan pula tu..

"Buat apa panggil imam. kau nak kawinkan aku dengan si Gia malam ni? Boleh juga." Ujar Adie. Senyuman masih mekar di bibirnya.

"Aku nak suruh imam tu laung azan kuat-kuat kat telinga kau supaya hilang hantu yang rasuk kau untuk senyum seorang tiba-tiba."

Senyuman yang terukir oleh Adie hilang serta merta. Dia mengangguk perlahan sambil menepuk tangannya dan lantas berkata..

"Hebat permainan ini." Sindiran yang tepat sekali untuk Zarul.

Sedang dia bersenang hati teringatkan bidadari, di sana pula Zarul menghilangkan moodnya. Hebat sungguh permaian Zarul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience