Chapter 12

Romance Completed 9464

BAB 12

Selepas kejadian itu, kenduri kesyukuran di adakan di rumah Pak Uda. Ramai saudara-mara dan orang-orang kampung yang turut serta menghadirkan diri. Rumah ketua kampung penuh dengan manusia. Tidak cukup di dalam rumah, di luar rumah juga telah disiapkan kemah and kerusi-kerusi untuk tetamu. Kenduri tersebut diraih dengan sangat riuh dan meriah. Semua orang bercerita berkenaan kejadian yang berlaku.

Meskipun bacaan doa kesyukuran itu telah selesai, masih banyak orang yang enggan balik kerana mahu mendengar cerita-cerita yang sensasi itu. Kebanyakkannya bercerita sesama sendiri. Berlawan-lawan siapa di antara mereka yang lebih tahu. Lebih-lebih lagi kejadian tersebut disiarkan di berita media. Nama-nama mereka disebut-sebut oleh orang kampung.

Zarul muncul dari pintu dapur sambil tangan kanannya membawa sejag kopi sebagai hidangan minuman panas kepada tetamu tatkala cuaca malam sejuk mencengkam tubuh. Tangan kirinya masih sakit dan bahunya masih dibalut dengan kain kasa. Dia sempat melihat Adie dan Gia yang berada di buaian luar rumah melalui jendela. Zarul mencebik. Kau dah lupa daratan ya.. Adie. Mentang-mentang kau anak ketua kampung, boleh pula kau senang-senang dating dengan Gia dan biarkan aku yang jadi tukang servis makanan untuk orang kampung.. Siap kau Adie!

"Hah tu dia.. hero yang selamatkan anak Pak Uda dengan Pak Maud." Kata satu suara yang tidak asing lagi di kampung itu. Makcik Kartini, seorang pengosip terhandal di Kampung Senjaga. Kemudian, diikuti dengan bisikan-bisikan makcik-makcik yang ikut-ikut mengumpat tentang Zarul.

"Masih sakit lagi kah bahu tu, Zarul?. Itu bahu kamu yang kena tembak hari tu kan?." tanya makcik Kartini sambil menunjuk bahu kiri Zarul. Pandai pula ambil berat pasal anak orang..

Zarul mengangguk lalu mengukirkan senyumannya. Dia malas hendak bercakap. Dia meletakkan jag yang dibawa tadi di tengah-tengah ruang tamu. Kemudian cepat-cepat dia berlari keluar rumah. Dia menyarungkan selipar jepun di kaki sebelum pantas menuju ke arah dua orang kawannya yang sudah lupa dunia.

"Amboi.. bukan main mesra lagi korang ya.." tegur Zarul sinis.

Adie dan Gia tersentak. Mereka terkejut melihat kemunculan Zarul di sana.

"Eh, bukan kau dekat dapur ke tadi?" Kata Adie.

"Kau nak aku patahkan tulang belakang kau ker?. Nasib baik aku ada masa tu. Tak juga kenduri ni jadi kenduri arwah nanti." Sindir Zarul. Sengaja dia menyebut tentang tulang belakang Adie, kerana semasa mereka di hospital hari tu, dia masih ingat muka Adie yang menahan kesakitan setiap kali mencuba untuk bergerak. Nasib baik tiada kecederaan yang teruk pada tulang belakang Adie. Kalau ada pun tidak seteruk luka tembakan pada bahu Zarul.

"Ye laaa.. aku kan dah ucap terima kasih banyak-banyak. Tak payah lah ungkit." Kata Adie pula. Dia bersyukur kerana kedatangan Zarul dengan pihak polis menjadikan dia masih bernafas sehingga sekarang. Kalau Zarul lambat sesaat sahaja pada masa itu, dia mungkin sudah mendapat gelaran arwah.

"Tapi macam mana kau tahu kita orang ada dalam bahaya masa tu?" Soal Gia kepada Zarul. Dia yang paling ayu sekali.

"Ada orang lekat notis depan pintu rumah.." Zarul menjeling tajam kepada Adie. Adie tersenyum kambing.

"Sebagai backup je.. takut nanti ada apa-apa.. kan susah." Kata Adie. Selamba.

Sebuah kereta Subaru berhenti di tepi pagar luar halaman. Fian keluar dari kereta itu dan memandang sekeliling. Dia mahu memastikan bahawa dia tidak tersilap rumah lagi. Adie yang ternampak kelibat Fian itu melambai-lambai ke arahnya.

"Fian, dekat sini!" Jerit Adie. Gembira dia melihat kemunculan Fian. Fian tersenyum lalu meneju ke arah mereka.

Sejerus sahaja kakinya berhenti di hadapan mereka. Adie memperkenalkan Fian kepada Gia dan Zarul.

"Kenalkan, ini kawan aku dekat U dulu. Fian."

Zarul mengukirkan senyumannya. Dia dan Fian berjebat tangan tanda perasmian pengenalan mereka.

"Panggil saya Zarul. Kita tak sembat berkenalan hari tu, bukan?" Kata Zarul. Fian mengangguk. Dia diam seketika, nama Zarul itu seperti pernah didengar olehnya sebelum ini. Tapi mungkin hanya kebetulan sahaja.

"Hai, Saya Gia." Kata Gia pula. Fian mengangguk lagi. Rupanya inilah Gia, perempuan yang selalu disebut-sebut namanya oleh Adie ketika dahulu. Kini dia sudah mengenali Gia secara berdepan.

"Maaf, saya lambat sampai. Banyak sangat simpang dalam kampung ni. sesat saya dibuatnya." Ujar Fian. Ini kali pertama dia membawa kereta Subaru miliknya itu memasuki kawasan kampung. Mujur tidak terjatuh ke dalam bendang tadi. Cuma hampir terlanggar dengan kerbau orang sahaja.

"Lah.. Senang je laa nak cari rumah ni.. Adie, kau tak bagi tahu dia detail pasal jalan dalam kampung ni kah?" Soal Zarul kepada Adie. Adie merupakan anak ketua kampung. Sudah tugas Adie untuk menjadi selaku petunjuk arah kepada orang luar.

Adie tersenyum jahat. Tanduknya keluar.

"Tu lah akibatnya lakonan kau dekat bangunan tu. Sesuka hati sahaja kau humpan aku ya." Ujar Adie kepada Fian.

Fian mencebik. Dia teringat peristiwa di mana dia dan Adie terpaksa berlakon untuk membutakan pandangan Leo bahawa mereka sedang berhelah.

"Sekali sekala. Sekurang-kurangnya aku tak patahkan terus tulang belakang kau." Kata Fian.

Adie memuncungkan mulutnya. Yang lain ketawa.

Dalam pada itu, dari tangga rumah kelihatan Pak Maud datang hendak menghampiri mereka.

"Adie.. bapa mertua kau macam nak ke sini sahaja tu." Kata Zarul kepada Adie.

Adie terkejut.

Bukan kerana kehadiran Pak Maud. Tetapi ayat yang dikeluarkan oleh Zarul serupa dengan ayat Amanda ketika mereka berada di halaman rumah Gia semasa kenduri aqiqah lima tahun yang lalu. Adie mengingatinya kerana itulah antara kata-kata terakhir yang didengari dari mulut Amanda sebelum peristiwa hitam itu berlaku.

Adie menoleh ke arah Gia. Gia juga begitu. Adie tahu Gia juga perasan dengan kata-kata Zarul tadi.

Pak Maud semakin dekat. Adie membetulkan kedudukannya. Dia menjarakkan sedikit dirinya dari Gia. Bapa mertua kot.. Bengis gila muka Pak Maud. Pak Maud merenung tajam mata Adie. Adie cuak! Jangan renung lama-lama, takut Aku..

"Pakcik dengar kamu selamatkan Gia." Ucap Pak Maud kepada Adie. Garau suaranya.

Adie menarik nafas lega. Ingatkan, dia hendak dimarah tadi. Almaklumlah dia dating dengan Gia selepas doa kesyukuran itu habis.

"Err.. Sebenarnya pakcik, Zarul dan kawan saya ni.."

"Ya. Adie lah yang selamatkan Gia, pakcik. Gigih sungguh dia bertarung dengan penjahat tu semata-mata untuk Gia. Kan Fian?" Belum sempat Adie menceritakan keadaan sebenar, Zarul terlebih dahulu memotongnya. Dia menepuk-nepuk bahu Adie sambil memandang Fian, meminta sokongan.

"A'ah. Betul tu.. uncle. Adie yang tolong selamatkan Gia. Kami sebagai backup jer." Sokong Fian.

Ternganga Adie memandang Fian dan Zarul silih berganti. Manakala Gia hanya tersenyum ayu.

"Baguslah. Terima kasih. " Ucap Pak Maud kepada Adie sebelum dia beredar menuju ke kawasan kebanyakan orang. Ketika Pak Uda melalui kawasan tersebut, Pak Maud memanggilnya dengan ramah.

"Hah, Uda.. Mari sini.. kita bercerita dahulu." Ajak Pak Maud. Pak Uda tersenyum. Dia mengangguk dan terus menuju ke arah Pak Maud. Penduduk kampung yang berada di situ turut terkejut dengan apa yang dilihat. Pak Maud sudah pandai bermersa dengan Pak Uda. Satu keajaiban yang berlaku di kampung mereka. Orang ramai turun bergembira. Mereka berkumpul, sambil bercerita bersama-sama.

Tatkala itu, Adie dan Gia berpandangan. Hairan melihat gelagat Pak Maud yang tiba-tiba sahaja sudah menjadi seperti ais batu. Meskipun pada awalnya keras, tapi akhirnya cair juga setelah sekian lama membekukan diri sendiri.

"Nampaknya dah ada restu." Kata Zarul sebagai kesimpulan. Adie tersengih-sengih menahan malu. Malu kerana dia mungkin akan menjadi Raja sehari tidak lama lagi. Itu pun kalaulah semuanya menjadi lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience