BAB 23

Romance Series 123204

JEMARI kanannya mengelus-elus bibirnya sendiri yang tak lekang dengan senyuman sejak dari tadi. Kepala menyandar, fikiran menerawang ke babak ciuman pertamanya. Meski tak sempurna, tetap saja bermakna. Dia akhirnya berjaya mengucup perempuan yang dia cintai.

Ah... Hatinya berbunga-bunga. Sampai tak sedar dia tergelak kecil menarik perhatian Abby di tempat duduk belakang.

Bukannya Abby tak perasan sikap pelik Akram sejak dah kahwin ni. Selalu sangat termenung, senyum sendiri. Angau sangat gayanya.

   "Hai, Akram. Apa yang geli hati sangat tu? Teringat wife kat rumah ke?" giat Abby menyedarkan Akram.

Bersisa senyuman di wajah manisnya, Akram menoleh sekilas ke belakang sambil membetulkan duduk. Memegang kejap stereng van.

   "Wife saya tak ada kat rumah, Kak Bee. Dia orang bekerja. Tapi tang teringat kat dia tu, betullah tu."

Giliran Abby pula ketawa mendengar jawapan jujur Akram. Tak pernah Akram nak bercakap soal perempuan sebelum ni. Sementara menunggu sorang lagi ahli misi mereka harini, elok juga dia mengorek kisah cinta Akram.

   "Akram ni pandai eh simpan rahsia. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kahwin."

   "Haih. Mana ada tiba-tiba. Awal-awal lagi saya dah bagi Kak Bee kad jemputan. Akak tu yang tak sudi datang. Mentanglah saya ni orang kampung kan..." Sengaja Akram menayangkan muka orang tersisihnya. Membalas pandangan Abby melalui cermin pandang belakang.

Untung saja Abby sudah terbiasa. Wanita berambut kemerahan itu cuma geleng kepala.

   "Akak demam pun bos suruh merangkak datang kerja. Jauh sekali la dia bagi cuti kenduri. Lainlah kalau akak yang nikah."

   "Uish. Jangan, Kak Bee... Runtuh bangunan company Abang Aswari datang mengamuk," gurau Akram memaksudkan suami Abby yang semua orang di pejabat kenal kerana kesetiannya datang hantar bekal setiap hari.

Untuk itu, Abby cuma ketawa. Tidak menolak kemungkinan suaminya benar-benar mengamuk satu bangunan.

   "Hmm... Dah seminggu Akram kahwin kan? Bila nak kenalkan akak dengan si dia? Nak tengok jugak siapa yang bertuah sangat dapat curi hati Encik Akram Hidayat ni."

Kali ini Akram menoleh ke belakang. Bercahaya bola mata bersama senyuman.

   "Saya yang bertuah dapat jadi suami dia, Kak Bee. She's like an angel for me."

   "Wuuuu... How sweet of you..." menggelekek Abby sendiri dek ucapan romantis Akram yang tiba-tiba itu.

Akram pun ikutan ketawa. Boleh tahan meremang bulu roma. Ini kalau Mawar dengar, dia dah boleh bayang macam mana reaksi isterinya itu. Muka mual nak muntah.

Dalam mereka duk berbual, pintu belah penumpang hadapan dibuka dari luar sebelum sebatang tubuh menerebos masuk.

Seorang perempuan. Kulit putih melepak, rambut perang dijalin dua bahagian. Pipi merah bak dicubit, bibir mungil seksi. Tubuh genit sedikit berisi juga seksi. Sekali senyum, terpampang pendakap besi menghiasi barisan gigi bersih. Kesimpulannya, cantik elok.

   "Lama tunggu?" soal gadis itu dengan sengihan paling lebar.

   "Baby. Bontot akak dah naik kejung duduk dalam ni. Apa pasal yang lama sangat..." Abby berkata jujur mengundang tawa Baby.

Ya, Baby. Bukan nama sebenar tapi nama itulah yang diguna pakai. Tiada siapa yang tahu nama sebenarnya.

   "Alaaa... Sorrylah. Baby kena pastikan semua barang cukup and dalam keadaan baik. Barulah mission kita berjalan lancar, kan?"

Akram angguk tanda setuju. "So macam mana? Semua dah ready?"

   "Dah. Sekarang pukul sepuluh pagi. Kita kena siapkan kerja within thirty minutes je sebelum the real maintenance service datang."

Akram angguk lagi.

Baby kemudian mengeluarkan sesuatu daripada beg silangnya lalu dihulur pada Akram.

   "Abang pakai baju ni. Tukar dalam ni je, kita dah lewat."

   "Ayep, captain."

   "Okay, let's go!!"

* * * * * *

   Mawar masih merenung pagar batu kediaman Dato Hilman. Hampir sejam dia merenung pagar itu. Pagar yang utuh, pagar yang tinggi. Otak pun dah penat berfikir macam mana cara nak melepasi pagar itu dengan jayanya. Kawalan agak ketat, CCTV pun banyak.

   "Haishhh..." Keluhan panjang dihela Mawar sambil dia melirik pada Tajul di sebelahnya. Lekaki itu sedang gigit hujung kuku.

"Ini sorang lagi. Boleh tak kau relax? Tenang... Okay? Just chill."

   "Chill? You want me to calm down?" Tajul luaskan bola mata tak percaya dengan apa yang didengar. "Bunga. Kita selama ni cover artikel kejayaan orang je tau. Ini kita nak rosakkan kerjaya sendiri dengan pecah masuk rumah orang, ceroboh rumah menteri!"

   "Syhh!" Mawar kerut dahi dek bingit telinga mendengar suara Tajul. Gabra tak bertempat. Tak padan dengan lelaki.

Ke... dia yang relaks tak bertempat?

Ah. Tak. Tajul yang lemah semangat.

   "Kita dah sampai sini, kau jangan nak ubah fikiran," sambungnya tanda memaksa Tajul untuk ikut serta dalam misinya ini.

Tajul menjuih bibir bawah. Sempat menghantuk-hantuk dahi sendiri pada stereng kereta sebelum Mawar bersahaja menghalang.

   "Okay, dengar sini. Plan aku, kita panjat pagar, masuk dalam, cari isteri Dato Hilman. Lepastu kita ambik gambar dulu sebelum kita bawak dia keluar."

   "Kau gila ke? Macam mana kita nak bawak dia keluar? Kita sendiri belum tentu mampu panjat pagar."

Mawar diam. Lama berfikir-fikir.

   "Kalau macam tu, kita cuba dulu panjat pagar. Kalau lepas, kita cari isteri Dato Hilman, ambik gambar bukti, then kita report polis."

   "Kalau kita kantoi dalam sana?"

   "Lari. Apa jadi sekalipun, lari and jangan pandang belakang. Kau jangan tunggu aku, aku pun takkan tunggu kau. Kita sama-sama lari. Faham?"

Beria Tajul menggeleng dengan muka hibanya. "Aku takkan tinggalkan kau, Bunga. Takkan sesekali aku khianati persahab-"

Tok!

   "Ah!" Lelaki itu mengaduh apabila kepala diketuk Mawar. Laju dia menggosok-gosok kepalanya.

   "Kau nak ke kita dua-kena terperangkap dalam tu? Salah sorang mesti jugak selamat biar boleh report polis. Jangan jadi bengap. Ni bukan filem kat panggung. Jangan nak jadi heroic sangat."

   "Yelah, yelah..."

Mawar mengeluh kecil sambil mengeleng-geleng. Dia mula bersiap sedia. Topeng hitam dipakai, hoodie ditarik menutup kepala. Beg hitam sederhana saiz juga menyilang di tubuh.

Tajul meniru setiap tingkah Mawar sebelum mereka sama-sama melangkah keluar daripada perut kereta.

Perumahan di Damansara Heights ini merupakan perumahan elit jadi tiada jiran-jiran nak membawang di luar rumah, tiada juga jiran-jiran nak mengendap lewat jendela. Setiap jarak rumah agak jauh. Aman dan terkawal. Tambahan pula sekarang jam kerja.

Jadi Mawar dan Tajul menuju ke arah pagar sebelah kiri. Di pagar masuk utama, sudah ada pengawal keselamatan bertugas. Di bahagian pekarangan hadapan pun dia yakin ada beberapa orang lelaki sentiasa berkawal di situ. Yang paling selamat, cuma panjat pagar sisi.

   "Hmm..." Mawar bercekak pinggang mengamati dinding pagar. Di tengah-tengahnya itu ada lubang bercorak bunga. Dan senggang sedepa, ada tiang besar dimana pada separa pinggangnya, ada garis timbul.

Mawar senyum senang. Tak sia-sia dia sertai PLKN dulu.

   "Tajul. Bukak mata, pasang telinga kau tu." Dia menarik perhatian Tajul yang masih tak yakin nak meneruskan misi hari ini.

   "Ini, kau pijak dulu garis kat tiang ni. Nampak kan, dia gelembung macam ni? Muatlah hujung kaki kau sikit," ajar Mawar dengan jelas siap menunjuk bahagian mana nak dipijak.

Tajul angguk.

  "Lepastu, masa kau pijak garis timbul, cubalah berpaut kat tiangnya. Memanglah tak boleh peluk tapi kau cengkam jelah macam mana pun asalkan tak jatuh. Lepastu, kau nampak lubang bunga kat dinding atas ni? Masukkan tangan and kaki kat sini, panjat satu persatu. Akhir sekali, kau hulur tangan, berpaut bahagian atas sekali tu. Barulah kau pegang kuat-kuat, angkat badan kau naik duduk atas tu. Cara turun sama macam kau naik." Panjang lebar Mawar memberi pencerahan mod komando.

Terangguk-angguk Tajul seperti burung belatuk. Kalau ikutkan hati, nak dia berpatah balik tapi melihatkan tatap mata Mawar, terpaksa juga dia menurut.

Seperti mana arahan jelas Mawar barusan, seperti itulah Tajul memanjat naik. Itu pun jatuh dua kali, dimarah juga dua kali. Kali ketiga, Mawar tahan belakang Tajul ketika Tajul memijak garis timbul.

Akhirnya, Tajul berjaya melepasi pagar. Tanpa banyak masalah, Mawar juga berjaya sekali cubaan sahaja. Berkat anak kampung dan kelulusan PLKN.

Sekarang mereka berdua berada dalam kawasan kediaman Dato Hilman. Penuh waspada mereka melinggas sekeliling, memastikan tiada mata berdekatan.

Apabila yakin mereka dalam zon selamat, Mawar menarik lengan Tajul mengikut jejak perlahannya. Berjalan rapat ke dinding rumah, menuju ke bahagian depan. Mawar memanjangkan leher untuk mengintai kedudukan musuh.

Benarlah seperti yang dijangka. Pekarangan hadapan dikawal lebih kurang empat orang lelaki tegap.

   "Macam mana, Bunga?" soal Tajul berbisik. Menempel pada Mawar kalahkan anak itik.

Mawar menoleh. "Pintu depan tak clear. Kita kena masuk ikut pintu sebelah kanan. Kau ingat kan masa interview semalam? Pintu sliding tu dia tak kunci. Yang ada pool tu."

Tajul angguk.

   "Maknanya kita kena pusing belah sana?"

   "Mm. Kita pusing lalu belakang. Alang-alang tu, boleh try tengok pintu belakang."

   "Kat belakang kan dapur. Mestilah ada maid kat dapur. Lepastu an, macam mana kalau kantoi dengan bodyguard Dato Hilman yang semalam tu? Yang besar gila tu. Aku takut, Bunga..."

   "Tsk. Syyhh... Diam. Aku debik karang baru tahu," marah Mawar dek sebal dengan sikap kalut Tajul.

Dia kembali memanjangkan leher ke arah pekarangan tapi kali ini ada sesuatu yang baru. Sebuah van warna hitam meluncur masuk melalui pintu pagar utama. Matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas logo pada van itu.

   "C&C Maintenance Service?"

   "Hmh? Apa dia?" Tajul cuba ke depan untuk melihat sama tapi segera ditolak semula oleh si Mawar.

   "Aku rasa ada technician datang nak repair or servis something."

   "Hah? Habis tu macam mana? Nak balik, datang esok?"

   "Tak, tak, tak. Sekarang masa yang sesuai. Dorang semua fokus kat technician tu. Jom cepat. Kita gerak belakang sekarang."

* * * * *

  
   Akram dan Baby bertukar pandangan ketika lelaki tegap berves kalis peluru sedang meneliti kad nama mereka.

   "Cuba tanggal spek mata kau," arah lelaki tegap itu sambil mengembalikan kad nama pada tuannya.

Akram memegang sekali sudu topinya, berfikir sesaat.

   "Sakit mata, bang. Power saya tinggi sangat. Ini kalau saya buang sekejap pun, berpusing-pusing hah mata saya," dalihnya yang sengaja memakai kaca mata tebal.

Sebelum sempat lelaki di depan Akram buka mulut, Baby lebih pantas mencelah.

   "Abang, kami banyak lagi rumah customer nak kena pergi. Dato sendiri yang call kami, kami datang. Tapi kalau abang rasa payah sangat nak percaya, kami balik jelah. Nanti abang boleh jawab sendiri dengan Dato."

Pantas Baby menarik tangan Akram untuk pergi tapi lelaki tegap tadi menyeru sekali.

   "Korang boleh masuk. Tapi orang kami akan ikut korang."

Akram sudah menjangka hal ini jadi dia setuju. Membawa tangga dan beg sandang, dia dan Baby mengatur langkah masuk ke dalam rumah agam milik Dato Hilman. Sebaik saja menapak masuk, dua orang lelaki berkemeja putih seperti ejen perisik membuntuti mereka berdua.

Oleh itu, Akram dan Baby melakukan kerja tanpa banyak bicara. Akram buat-buat membaiki satu demi satu pendingin hawa lagak penyelenggara profesional. Dalam masa yang sama, mata ligat mengimbas segenap ruang. Mengira setiap jarak ruang, mengira setiap lubang masuk keluar dan mengira setiap kamera litar tertutup.

   "Fifteen minutes. Kita dah bazirkan lima belas minit masa kita kat sini," bisik Baby saat menghulurkan kain lap dan skru pemutar pada Akram.

Akram masih tenang. Mengangguk sekali sedang otak merangka cara. Dia yakin Farhana tiada di tingkat bawah memandangkan dua orang lelaki bersamanya tampak tidak terlalu tegang bila dia dan Baby bergerak daripada satu ruang ke satu ruang. Jadi... tingkat dua. Farhana mungkin dikurung di tingkat atas.

Akram lantas memberi isyarat pada Baby.

Baby menoleh ke arah pengawal di belakang. "Bawah semua dah siap. Kami kena siapkan tingkat atas."

   "No. Dato tak pernah bagi sesiapa naik tingkat atas," pangkas salah seorang daripada mereka tanpa basa-basi.

   "Cuba call Dato sekarang. Kitaorang banyak kerja lagi ni tau." Baby tayang muka berang sambil cekak pinggang.

Akram pula tenang menuruni tangga setelah siap membaiki pendingin hawa yang di dalam kamar ini.

Melihat muka merah padam Baby, lelaki berambut nipis segera menapak keluar untuk menghubungi Dato Hilman.

Kemudian, Baby meminta minuman daripada seorang lagi pengawal bersama mereka dan untung saja pengawal itu menurut.

Apabila tinggal mereka berdua sahaja, Akram pantas mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya lalu diberi pada Baby.

   "You tahu apa nak buat kan?"

Baby angguk sebelum pantas keluar dari dalam bilik. Meski pantas, dia berwaspada setiap langkah.

Akram melipat tangganya, galas di bahu lalu menapak keluar. Sekerat jalan, dia ditahan lelaki berambut nipis.

   "Mana partner kau?" soalnya serius.

Akram kekal tenang. Menoleh sekali ke belakang, melihat seorang lagi lelaki datang bersama segelas minuman.

   "Tandas. Dia dah tak tahan nak terkucil," bohong Akram walau dia tahu jawapannya tidak akan ditelan bulat-bulat.

Mendengar jawapan Akram, lelaki berambut nipis yang boleh tahan tampannya itu memberi isyarat pada temannya.

Akram cuma bersahaja toleh kepala, menyorot lelaki tinggi lampai di belakangnya tadi buka langkah besar naik ke tingkat atas.

Luarannya tenang, dalamnya cuma tuhan yang tahu. Jantung berdegup kuat, berharap Baby sempat menemui Farhana atau sekurang-kurangnya tidak tertangkap.

Kurang seminit, tiba-tiba kedengaran seperti pintu berdentum kuat mengejutkan Akram dan juga lelaki berambut nipis.

   "Kod R! Kod R!" laung suara di atas membuatkan beberapa orang pengawal bergegas naik ke tingkat atas termasuklah lelaki berambut nipis di depan Akram.

Tanpa berfikir panjang, Akram pun pantas berlari nak menuju ke tingkat atas namun baru tiba di anak tangga kedua, Baby pula menuruni anak tangga. Tampak tidak seperti diburu.

   "Jom jom jom." Baby menarik tangan Akram untuk segera keluar sementara situasi di tingkat atas sedang huru-hara.

Meski bingung, Akram tetap keluar bersama Baby.

   "You tak kantoi ke?" tanya Akram sambil menerobos masuk ke dalam perut van. Sempat dia melihat pengawal tadi kalut keluar melalui pintu dan menuju ke sebelah rumah pula.

Van bergerak keluar melalui pagar utama. Sekilas sebelum keluar, Akram terpandang susuk manusia berlindung di balik pokok dekat dinding rumah sebelah kiri. Bertentangan dengan arah yang dituju pengawal-pengawal tadi.

   "Tak... Ada orang lain kat atas tu."

   "Hah??" Serentak Abby dan Akram menoleh pada Baby dengan dahi berkerut seribu.

   "Orang lain? Maksud you? Jap. Habis tu you sempat tak jumpa Puan Farhana?"

Baby geleng, jelas kecewa di air mukanya. "Tak sempat. Waktu Baby cari bilik Puan Farhana, kebetulan baby buka pintu bilik air. Then anak buah Dato Hilman datang. Bila dia nak bawak Baby turun, tiba-tiba je ada dua orang keluar daripada salah satu bilik kat situ and dorang berlari masuk bilik hujung sekali. Tapi bila guard yang nak bawak Baby turun tu masuk bilik yang sama, dua orang tu dah hilang."

Akram terdiam mendengar cerita Baby. Terbayang susuk yang dia nampak di balik pokok tadi.

   "Kalau dua orang tu boleh keluar melalui bilik yang you cakap tu, means dorang tahu ada laluan rahsia. Tapi siapa dorang?"

Baby jongket bahu. "Tak nampak jelas, semuanya sekelip mata. And dorang pakai mask, pakai hoodie."

   "So ada orang lain tahu pasal Puan Farhana selain kita?" Abby turut sama berteka-teki.

   "Sorry... Baby tak settlekan our job kalini."

Akram yang serius berfikir sambil memandu itu sedar sendiri. Pantas bibir tersenyum. "Bukan salah you pun. Kerja ni bukan senang so it's okay. At least kita tahu kedudukan CCTV and kat mana Puan Farhana dikurung. Lain kali kita tukar plan, kita cuba lagi."

Gadis muda di sebelah Akram mudah melukis senyum lebar. Dia kemudian melempar pandang ke depan.

   "But I wonder what happened to those two. Did they manage to escape?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience