BAB 11

Romance Series 123204

SUASANA di kedai mamak tika ini agak meriah. Meja penuh sampai ke luar. Suara pada bertingkah dengan riuh sorakan memandangkan perlawan bola sedang bersiaran langsung.

Mawar dan Tajul sudah lima belas minit duduk di meja bahagian luar kedai. Sengaja pilih tempat kat luar dek tak mahu menyedut asap rokok kat dalam. Meski ada juga yang merokok, tak adalah lemas sangat kerana ruang terbuka. Angin malam pun sejuk aje menyapa kulit.

"Lama lagi ke kawan kau nak sampai? Aku dah tak tahan ni." Tajul bertanya untuk yang ke-sepuluh kali sebelum menyedut teh ais laicinya. Dah macam cacing kepanasan menunggu Mawar buka cerita.

Keluhan pendek dihela Mawar. Gadis berbaju lengan panjang dan seluar jean longgar itu menyandar tubuh. Gayanya memang sedikit 'boyish'. Sedikitttt ajelah. Tak banyak.

"Kau boleh sabar tak? Air kau pun tak luak separuh lagi, banyak pulak bunyi."

"Tsk. Tak boleh ke kau bagitahu aku dulu? Kawan kau tu, nanti kat rumah pun boleh. Dia housemate kau kan?"

"Masalahnya, aku malas nak ulang banyak kali. Korang dahlah dua kali lima. Banyak soalan. Ha, kan senang kalau aku jawab semuanya sekali."

Tajul memuncung bak anak kecil.

Mawar membiarkan Tajul merajuk sendiri. Sempat dia mengerling jam di pergelangan tangan. Hampir pukul sepuluh malam.

'Manalah Si Aina ni. Cakap dah on the way,' desisnya sambil mencapai telefon bimbitnya dari atas meja plastik empat segi warna kuning.

Berniat nak tanya Aina sekali lagi tapiĀ  dilihat ada mesej baru diterima melalui aplikasi Telegram.

Nombor tak dikenali.

Sebaik saja kotak perbualan dibuka, dia dah dapat agak siapa si pengirim mesej.

+ 'Mak cik.'

Itu sahaja, tanpa sebarang mukadimah.

Mawar ketap gigi sedang jari menekan tanda 'back'. Siap menjeling mata walau tiada yang melihat.

Selang sesaat, bunyi dentingan menarik perhatiannya tanda ada mesej diterima lagi. Dia buka sekali lagi kotak perbualan tadi. Membaca mesej kedua.

+ 'Ini nombor personal aku yang satu Malaysia tengah cari. Anggap je kau bertuah sebab tahu nombor ni. Save okay?'

Spontan kening Mawar bertaut dengan riak jijik terpampang di muka.

"Dah gila agaknya jebon ni," getusnya perlahan.

Kurang seminit, mesej ketiga pula muncul.

+ 'Aku tahu kau baca mesej aku. Jari kudung ke? Tak reti reply lepas baca? Ke memang tak reti? Kau kan dulu murid kelas pemulihan.'

"Tak guna punya jebon," Mawar pantas menggerakkan jari-jemari di atas skrin telefon dengan muka cemberut. Penuh emosi.

Nama pun Mawar Safiya. Kesabaran setipis kulit bawang holland. Cepat melenting.

- 'Tak ingin and tak hadap aku nak save nombor telefon kau. Satu Malaysia cari nombor kau? Kau tunggu. Kau tunggu aku tayang nombor kau ni kat billboard. Dasar jebon perasan!'

Hantar!

Mawar tersenyum sebelah tanda berpuas hati dengan respon sendiri. Sumpah dia tak boleh nak hadam macam mana orang boleh sukakan pemilik nama Akram Hidayat. Lelaki tu manusia paling menjengkelkan yang pernah dia kenal dalam dunia ni.

"Mawar... Sorry lambat..." Tiba-tiba Aina muncul entah dari mana menarik perhatian Mawar dan Tajul. Tampak benar-benar rasa bersalah.

Sampaikan tak jadi Mawar nak mengomel.

"Mm. Sokay... Duduk dulu. Kau nak minum apa?" Selamba Mawar angkat tangan memanggil pelayan kedai.

Aina duduk di atas kerusi kuning sebelah Mawar sebelum memesan minuman. Setelah pelayan kedai beredar, barulah dia kembali pada Mawar.

"Sorry tau... Aku singgah ATM tadi, lepastu ada kereta mana entah block jalan aku nak keluar. Sorry..."

"Alah, tak apalah... Asal kau datang, sudah."

Aina angguk walau masih merasa bersalah. Gadis berambut lurus separa pinggang itu kemudian menyedari ada orang lain selain Mawar. Dipandang atas bawah lelaki bertentang Mawar. Tak berlapik dia 'menilai' orang.

Tajul pula koyak senyum walau sedang dinilai. "Hi. I'm Tajul a.k.a Bunga's partner of crime."

"Oh." Aina tersedar, segera membalas senyum. "Aina. Housemate Mawar."

"Dah dah dah. Ni bukan masa korang nak berkenalan," celah Mawar yang grumpy memanjang itu.

Fokus Aina dan Tajul terarah pada Mawar. Mawar pun membetulkan duduk, sedia memulakan sesi makluman dan soal jawab.

"Dengar sini. Dengar baik-baik sebab aku cuma akan cakap sekali. Lepas aku cakap, korang boleh tanya soalan tapi aku jawab apa yang aku nak jawab aje. Faham?"

Serentak Aina dan Tajul mengangguk tanpa sepatah kata. Patuh pula mereka berdua.

"Okay." Mawar tarik nafas lalu dia hembus. Memandang mata Aina dan Tajul silih berganti.

"Bulan Oktober ni aku nak kahwin."

"What??" Terbeliak biji mata Aina mendengar ucapan Mawar. Tak berkedip.

Tajul menggeleng kepala. "Tu nothing, Aina. Cuba awak dengar dengan siapa dia nak kahwin."

Dahi Aina berlapis seribu. Mencari sepasang mata coklat milik Mawar. "Dengan siapa?"

Mawar mengeluh pendek. Sempat menyedut sekali teh aisnya sebelum buka mulut. "Akram. Akram Hidayat."

"What???" Aina terbeliak kuasa dua. Sampai terbangun daripada kerusi namun cepat-cepat Tajul menarik tangan gadis cantik itu untuk kembali duduk.

Nasib baik orang lain semua fokus pada layar TV.

Mawar dah mengagak reaksi Aina jadi dia kekal tayang muka seposennya. Muka dah bosan hidup namanya.

"Wait. Oh my, oh my. Kepala aku." Aina memicit pelipis sendiri. Bingung dan keliru. Dia seakan cuba menyusun teka-teki. "So... Hm... Kau nak kahwin lagi sebulan. Tiba-tiba, tak ada hujan tak ada ribut. Err... And bakal suami kau, Akram Hidayat? Like Akram Hidayat yang dalam kepala aku sekarang? Mr.Brain pujaan Malaya?"

"Mr.Brain perangai jebon," getus Mawar di bawah nafas tanpa memandang Aina. Perlahan dan mungkin tak didengari dua temannya itu.

"Yes. Tadi pagi Encik Akram sendiri datang ofis and mengaku yang dia nak kahwin dengan Bunga," sampuk Tajul kalahkan mak cik bawang.

Aina telan liur. Tak main-main tahap terkejut dia tu.

"Tapi... Tapi... Kan kau tak suka dia. Kau selalu kutuk dia, marah aku bila aku sebut nama dia."

Mawar diam sejenak. Cuba merangka alasan sedang dua pasang mata tertumpu padanya.

"Mana ada aku tak suka dia. Aku tak pernah cakap pun." Itu sahaja mampu dijawab. Bodoh punya otak.

"Aku tak fahamlah, Bunga. Jadi kau memang ada hubungan dengan Encik Akram? Habistu sebelum ni kita pergi ofis dia, kenapa buat-buat tak kenal? Weh... Kau tahu tak betapa susahnya kita nak interview dia? Kenapa dari awal kau tak cakap dia tu boyfriend kau..." Panjang lebar Tajul meluah kata.

Mawar jongket bahu. "Dah kau tak pernah tanya pun hubungan aku dengan dia."

"Wait. Since when ni? Like how the hell kau dengan Mr.Brain? Dia... Mr.Brain kot. Kau dengan dia macam gagak dengan merak kayangan. Dia merak kayangan, kau gagak. Dia langit yang tinggi, kau kerak bumi. So how???"

Pergh... Padu Aina berpujangga sekali gus menghina Mawar secara halus.

Mawar kerut dahi, pandang Aina atas bawah bawah dengan mata sisi. Rasa macam nak hantuk kepala Aina pada meja kuning.

Sabar, Mawar. Sabar... Apalah nasib dapat kawan macam gini. Yang sorang macam gitu. Hahhh...

"Aku dengan Akram dah lama kenal. Kami asal sekampung. Aku kenal dia sejak aku celik mata atas muka bumi ni lagi. Next question."

"No more questions. Aku... speechless." Aina geleng kepala menyandar tubuh. Benaran mati kata kerana otak gagal berfungsi.

"Korang nikah kat mana? Majlis kahwin kat mana?" soal Tajul beria. Bercahaya bola matanya.

"Kat kampung la..."

"Boleh ke magazine kita cover wedding korang nanti?"

"No!" Bersambung kening Mawar membangkang. "Aku tak nak sesiapa tahu pasal aku dengan Akram. Aku bagitahu korang sebab korang kawan baik aku."

"Tak cukup baik lagi kalau sekarang baru kau bagitahu tentang hubungan kau dengan Mr.Brain," celah Aina yang semacam kus semangat gayanya.

Mawar mengeluh sambil menggeleng. Dramatik betul masing-masing.

"Dah tak ada soalan eh? Once aku tutup sesi soal jawab ni, korang dah tak boleh tanya apa-apa pasal aku dengan Akram."

"Aku nak tany-"

"Q&A closed!" pintas Mawar mematikan tutur Tajul yang siap angkat tangan macam budak sekolah rendah.

Pasang muncung lelaki bermata sepet itu kerana tak dapat mengajukan soalan.

Apa Mawar kisah? Gadis itu bangun membawa beg duit, bersedia untuk bayar di kaunter.

Melihat itu, Tajul segera menghulurkan dompetnya namun Mawar beri isyarat kepala tanda dia belanja.

Baru nak buka langkah, telefon bimbit di atas meja pula menjerit minta diangkat. Bersahaja Mawar sambut panggilan tanpa melihat gerangan yang menghubungi. Kaki menapak ke arah kaunter di dalam kedai.

"Hello?" Dia memulakan bicara.

"Berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia and Akta Perlindungan Data Peribadi, if you kongsi data peribadi seseorang, denda boleh dikenakan around fifty thousand ringgit hingga a hundred thousand ringgit atau penjara atau kedua-duanya sekali." Panjang lebar hujahan di hujung talian kedengaran jelas.

Mawar kerut dahi. Muka telefon dialih daripada telinga untuk dia melihat nombor yang tertera di skrin sebelum ia kembali ditekap di telinga kanan. Kakinya berhenti di depan kaunter kosong.

"Ha sila sila. Nanti aku bayar guna duit hantaran."

"Sure. Nanti aku melawat kau kat penjara. If kau perlukan lawyer, aku ada untuk tegakkan benang yang basah."

"No, thanks. Aku rela mereput dalam penjara daripada guna khidmat kau."

"Na-a-uh, sugar. Hidup di balik tirai besi bukan macam dalam drama Korea. Sehari kau kat dalam, baru kau tahu betapa indahnya dunia luar walau kau cuma gelandangan kat luar ni."

"Kenapa? Kau pernah masuk penjara ke?" Ah... Mawar gigit bibir, menyedari ketelanjurannya. Dah nama pun peguam. Mestilah lelaki tu tahu walaupun bukan dia sendiri yang masuk penjara.

"Record aku clean so tak ada pengalaman tidur di balik tirai besi tapi kau mungkin akan merasa nanti."

Mawar jongket bibir atas tanda jelik. Benci betul dengan nada berlagak dan sok tahu Akram. Tak payah tengok muka pun dia dah agak macam mana riak muka lelaki itu.

"Mak cik."

"Hm." Tak sedar dia menyahut bila dipanggil 'mak cik' membuatkan matanya membulat sambil menyumpah kebodohan sendiri.

Oh no. Otaknya dah dibasuh Akram.

"Sekali lagi kau pangg-"

"Kau ada kat mana?" Suara Akram kedengaran rendah. Tidak keras, tidak juga lembut. Tapi rendah. Dan... mungkin lebih serius berbanding awal tadi.

Mawar kerut kening. "Bukan urusan kau."

"Aku dengar bising belakang kau. Kau kat luar ke? Malam-malam macam ni?"
"Kau dah kenapa? Kemaruk nak jadi warden asrama?"

"Mawar Safiya." Tegas. Tidak perlu meninggi suara, nada suara sudah cukup menunjukkan ketegasannya.

Mawar terdiam. Dijentik satu rasa mendengar sebaris namanya disebut suara serak Akram. Entah kenapa mulut tak berani nak melawan.

"Aku... kat kedai mamak. Area Jalan Cheras."

"Kedai mamak? Malam-malam? Dengan siapa?"

"Siang ke malam ke, apa masal-"

"Dengan siapa?"

Kedua kali. Nada tegas tadi kedua kali menyapa telinga Mawar. Dan yang kedua kali juga mampu menundukkan gadis itu.

Mawar gigit dinding bibir bak seorang pesalah. Diam sejenak.

"Dengan kawan aku."

"Nama."

"Tajul and Aina."

Sepi. Tiada balasan dari hujung talian.

Mawar cuba lebih fokus tapi yang dia dengar cuma desas nafas. Hampir tidak kedengaran apa-apa. Ish!

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba aje. Dahlah. Aku letak dulu."

"Bagi aku location. Sekarang."

"Weh-"

Tit... Panggilan sudah diputuskan tanpa amaran.

Berbakul Mawar mengomel dek tak puas hati. Lama juga merenung skrin telefon yang gelap. Berkira-kira sama ada nak mengabaikan arahan Akram atau nak menuruti.

"Nak location buat apa? Nak datang ke? Esh. Takkanlah. Ni mesti dia ingat aku tipu dia."

Di hujung monolog, Mawar memutuskan untuk tidak menghantar lokasinya kepada Akram lalu dia menyambung niatnya datang ke kaunter. Usai buat bayaran, dia kembali pada Tajul dan Aina.

"Jom balik."

Aina dan Tajul sama-sama berdiri.

"Nak aku hantar ke?" Tajul bertanya soalan kurang masuk akal membuatkan Mawar tayang muka redha tak redha.

Aina memulas senyum. "It's okay la, Tajul. I kan serumah dengan Mawar so kitaorang boleh balik sekali."

Barulah Tajul mengangguk-angguk kalahkan belatuk. "Lupa pulak."

"You drive sendiri ke?"

"Haah. Saya drive sendiri. Biasanya Mawar tumpang kereta saya so jadi macam habit. Sebab tu saya tanya tadi."

Mawar geleng kepala. Pening betul ada kawan macam Tajul.

Mereka bertiga mengatur langkah ke tempat parkir. Kebetulan kereta Aina berada dekat dengan kereta Tajul.

Mawar yang barusan dah siap melambai pada Tajul, tak jadi menarik pemegang pintu kereta apabila Tajul berlari mendekatinya.

"Kau memang tak boleh berpisah daripada aku ke? Sekejap pun tak boleh?" giat Mawar bercekak pinggang.

Aina yang dah melabuhkan punggung di tempat pemandu, ketawa kecil.
"Tak..." Tajul melepas mengah pendek. Dihulur telefon bimbitnya di depan muka Mawar tanpa konteks.

"Apa dia?" soal Mawar, tetap saja menyambut telefon milik Tajul.

"Encik Akram call, dia nak cakap dengan kau."

"Hah?" Mawar kaget. Bulat mata memeriksa sebaris nombor pada skrin telefon.

"Kenapa dia call kau? Macam mana dia ada nombor telefon kau?"

"Aku bagi dia business card aku masa kat ofis tadi."

"Ish kau ni!" Sempat Mawar marahkan Tajul sebelum membawa telefon ke cuping telinga. Menapak beberapa langkah menjauhi Tajul.

"Kau gila ke? Call orang sana sini. Meroyan?" Separuh berbisik suara dalam mengawal sebal.

"Pertama, abah kau dah pesan jangan keluar malam, kau tetap keluar malam. Yang kedua, kau lepak mamak and aku yakin 99% manusia kat situ semua lelaki kan? Yang ketiga, kau lepak dengan kawan lelaki kau. Dan yang keempat, aku mintak location, kau ignore aku."

"Jap jap jap. Ni... siapa ni? JPJ mana ni?"

"JPJ bawah abah kau. Kau tunggu aku aku bagitahu abah kau malam ni, siap kau."

"Akram!" Tinggi suara Mawar sebelum sepantas kilat dia menoleh ke belakang. Melihat Tajul sedang fokus ke arahnya, dia lantas menapak beberapa langkah lagi. Suara dikawal semula.

"Akram, kau jangan lebih-lebih eh. Aku bukan keluar buat maksiat. Aku ada benda nak bincang dengan Tajul. Bukan selalu pun aku lepak luar malam-malam." Tak tahulah kenapa dia perlu jelaskan semua ni pada Akram. Geram betul.

"Apa yang penting sangat sampai tak menyempat bincang siang hari?"

"Mind your own business."

"Fine. Kau jawab macam tu kat komando nanti."

"Seriously, Akram? Kau memang jebon kan?"

"Well, at least jebon stay at home je kalau dah malam. Tak ada masa nak lepak dengan perempuan kat kedai ah moy."

Mawar mengeluh sebal. Kulit kuning langsatnya sudah merona merah. Dia sedang mengurut dada mencari kesabaran.

"Aku dah nak balik. Dah kat tempat parking dah pun."

"Balik dengan siapa?"

"Aina."
"Hmm... Okay. Tapi on call dengan aku sampai kau balik rumah. Tak perlu bercakap, just on call."

"Untuk apa??"

"Untuk pastikan kau tak melencong kedai baiyya lain laaa... Aku pegang amanah komando nak pastikan kau tu tak buat apa yang dilarang. Dah cakap jangan keluar malam, keluar jugak. Keluar pulak dengan lelaki."

"Ya Allah... Kau ni kan? Kau dengan abah sama aje. Eloklah. Elok sangat korang dua."

"Yes or no? Ke kau nak aku roger komando? Jangan sampai dia bawak battalion dia usung kau balik kampung."

Mawar genggam telefon sambil ketap gigi. Sumpah dia benci!

"Fine."

"Good. Balik cepat and make sure accept call aku nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience