BAB 16 : NEW RULES

Romance Series 123204

PAGI ini Mawar mengenakan baju kurung kosong warna hijau lembut dan tudung bawal warna hitam bercorak bunga-bunga. Dia cuma tercegat di sebelah kereta sementara Akram memasukkan bagasi dan barang-barang ke dalam but kereta. Selesai memasukkan barang, but kereta ditutup.

Puan Ameeta dan Encik Rauf mendekati Mawar dan Akram dengan riak sedih nak berpisah. Dari semalam lagi Puan Ameeta memujuk mereka agar bermalam sehari dua lagi tapi apakan daya. Jadual kerja tidak mengizinkan.

   "Mawar..." Puan Ameeta meraih tangan kanan Mawar lalu meletakkan satu kotak baldu empat segi di atas tapak tangan Mawar.

Mawar sedikit terkejut, cuba menolak tapi Puan Ameeta geleng kepala bersama senyuman. "Ambiklah, Mawar. Ini hadiah turun temurun daripada mendiang moyang mak. Dah lama mak simpan, dah tiba masanya bertukar tuan."

   "Lain macam bunyinya, mak. Tak ada saka dalam kotak ni kan?" celah Akram disambut tawa kecil bapaknya.

Mawar dalam diam menyiku sisi tubuh Akram tanda amaran jangan bergurau tak bertempat.

Sementara Puan Ameeta yang sudah terbiasa, cuma senyum. "Mulai sekarang, mak hadiahkan ini kepada Mawar. Menantu pertama mak."

Tercebir bibir Mawar mengawal rasa terharu. Mata berkedip-kedip agar air mata tidak jatuh. Entah. Hatinya mudah tersentuh bila diberi perhatian dan kasih sayang.

   "Terima kasih, mak. Saya akan jaga pemberian mak baik-baik," katanya meski belum tahu isi kandungan kotak baldu merah itu.

Puan Ameeta angguk, beralih pada Akram pula.

   “Along hati-hati memandu ya?” Pesannya berat hati nak menghantar anak menantu pergi.

Akram menyalami, mencium tangan ibunya sebelum memeluk erat tubuh wanita kesayangannya itu.

Mawar juga melakukan hal yang sama. Bergenang matanya apabila Puan Ameeta membisikkan kata nasihat di telingannya sambil mengusap-usap belakang tubuhnya. Dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang ibu mentuanya itu.

Dia kemudian melihat Akram menyalami tangan Encik Rauf. Tidak cukup dengan itu Akram mencium kedua-dua pipi Encik Rauf dan brpelukan erat. Terkaku dia melihat kemesraaan itu kerana... dia tidak pernah melakukan hal itu dengan abahnya. Dia dan abahnya sekadar bersalam tangan. Cium pipi... tidak pernah sekali. Berpelukan cuma di hari raya. Itu pun sesaat sahaja.

Entah kenapa hati malah dicuit rasa cemburu. Jauh di lubuk hatinya sebagai seorang anak, dia juga ingin merasa kasih sayang daripada seorang ayah. Dia ingin dipeluk, ingin dikucup, ingin dibelai dan ingin dimanja. Tapi dia tidak berani. Abahnya juga tidak begitu terbuka.

   “Mawar.” Seruan Akram menyedarkan Mawar dari terus dibawa perasaan.

Mawar melihat semua mata tertumpu ke arahnya dan barulah dia berpijak di bumi yang nyata. Dia segera mendekati Encik Rauf dan menyalami tangan lelaki berkaca mata itu. Tidak disangka, Encik Rauf memeluk lembut tubuhnya untuk beberapa saat. Tiada kejanggalan sama sekali. Yang ada cumalah kasih yang ikhlas.
Terharu menghurung hati. Hiba menjengah masuk.

Mawar cepat-cepat mengerutkan dahi, sekali lagi menahan air mata agar tidak gugur.

   “Kami pergi dulu, mak, bapak,” pamit Akram seraya bergerak masuk ke dalam kereta.

Sambil melambai, Mawar pun menerobos masuk ke tempat sebelah duduk pemandu.

Toyota Camry milik Akram meluncur perlahan meninggalkan pekarangan rumah Encik Rauf dan Puan Ameeta sebelum membelah jalan raya.

   “Sedih ke?” soal Akram sedang memandu santai.

Mawar di sebelah tak jadi termenung jauh. Dia menoleh pada Akram.

   “Kau... dengan ayah kau memang rapat ke?” Dia pula bertanya tanpa menjawab.

Akram senyum mengangguk-angguk kepala. “Rapat. Dah nama pun anak dengan bapak. Memanglah rapat.”

Mawar melepas tawa kecil. Entah sinis, entah simpati pada diri sendiri.

   “Aku tak pernah cium abah. Tak pernah bergurau macam mana kau bergurau dengan bapak kau. Tak pernah abah peluk aku macam mana bapak kau peluk kau.”

Senyum Akram kendur. Menoleh sekilas pada wajah mendung Mawar.

   “Bukan bapak aku. Bapak kita. Abah kau, abah aku. Bapak aku, bapak kau. Dan lain orang lain cara. Walaupun abah tak pernah peluk cium kau, itu tak bermakna dia tak sayang kau. Dia ada cara dia untuk tunjuk rasa sayang dia. Kita sebagai anak, kena cari dan faham cara dia.”

   “Salah ke kalau aku nak rasa dipeluk, dicium, dimanja ayah kandung sendiri? Nak dilayan macam anak orang lain. Macam kau.”

   “Apa kata kau ubah cara pemikiran kau. Kalau abah tak peluk kau, why not kau yang peluk abah?”

Mawar terdiam. Terpukul dengan ucapan Akram.

   “Kalau abah tak cium kau, why not kau cium abah? Kalau abah tak tunjukkan kemesraan, why not kau zahirkan kemesraan kau pada abah?” sambung Akram lagi. Tenang dan tersusun rapi setiap patah bicara.

Sebak tak semena-mena memalu dada Mawar. Pandangannya segera dialih ke luar tingkap sisi. Maka mengalirlah air matanya tiada tertahan.

   “Mawar. Hidup kita sementara saja untuk awak sia-siakan. Tak semua orang masih berpeluang hidup bersama mak ayah. Sebelum terlambat, kau tunaikan hasrat kau sendiri sebab hati seorang ayah kita tak boleh tebak. Mungkin abah pun teringin nak peluk cium anak-anak dia tapi... dia tak biasa. Dia tak reti. Nanti kita balik kampung, kau peluklah abah erat-erat. Kau cium abah semahu kau. Luahkan kasih sayang kau pada abah sebelum terlambat.”

Esakan Mawar kedengaran perlahan membuatkan Akram tidak lagi meneruskan bicara untuk memberi ruang pada Mawar melepas apa yang terbuku dalam hati.

Dia sengaja menekan punat radio. Lagu klasik inggeris menemani perjalanan mereka.

* * * * *

   “Masuklah,” pelawa Akram memberi laluan untuk Mawar merasmikan hari pertama menginjak kaki di apartmentnya ini.

Mawar menapak lambat-lambat sambil mata diluaskan sekitar. Dalam diam mengagumi tempat tinggal Akram yang luas dan selesa ini. Berbezalah dengan rumah sewanya di Cheras.

   “Ini ruang tamu, sana balkoni, itu dapur, ruang makan sebelah dapur.” Laju Akram memperkenalkan ruangan yang ada di dalam rumahnya ini pada Mawar secara ringkas

Mawar mengekor saja langkah Akram.

   “Itu bilik guest, sebelah bilik guest tu, bilik bacaan. Ofis aku. And ini bilik kita.”

Mereka memasuki sebuah kamar serba putih dengan interior moden. Luas dan rapi.

Asyik Mawar mengimbas setiap inci ruang kamar seakan membayangkan dimana dia akan letakkan barang-barangnya nanti.

   “Mulai sekarang, rumah ni rumah kau," kata Akram tersenyum manis sambil menyandar pada bingkai pintu. Bersahaja berpeluk tubuh.

Mawar angguk-angguk dengan bibir bawah dijuihkan sambil masih mengamati segenap ruang.

   "Aku tak sempat lagi beli perabot lain. Almari je aku sempat beli sehari sebelum balik kampung. Letaklah kain baju kau dalam tu. Nanti kita pergi Ikea, beli meja solek or anything kau nak," sambung Akram menarik perhatian Mawar.

Mawar tidak membantah kerana memang dia perlukan meja solek untuk dia letak segala produk jagaan kulitnya. Alat solek tu tak banyak memandangkan dia jenis tak bersolek. Skincare saja yang banyak.

   "Awal ni memang kau akan awkward sikit. Lama-lama kau boleh adapt la. Just kena buat macam rumah sendiri." Akram menapak ke arah Mawar, mengambil beg pakaian yang Mawar pegang sejak tadi lalu meletakkan beg pakaian itu dekat almari putih berkembar.

   "Kau nak makan dulu or kau nak mandi dulu?" Dia bertanya.

Mawar menapak ke arah katil sebelum perlahan saja melabuhkan punggungnya di atas tilam. Empuk...

   "Aku kenyang lagi. Aku just nak mandi and rehat dulu."

   "Mm. Yelah. Kau penat drive tadi kan?" Sempat lagi Akram menyindir.

Mujurlah Mawar dah tak larat nak membalas atau jeling mata. Wanita itu melepaskan tudung seraya merebahkan tubuh melentang. Terkebil-kebil merenung siling.

Akram senyum melihat itu. Suka kerana Mawar selesa dengannya. Tidak malu untuk jadi diri sendiri.

   "Pergilah mandi cepat. Kang sekejap je rehat, dah masuk asar," giat Akram sambil berjalan ke arah meja lampu sebelah kepala katil. Jam di pergelangan tangan kirinya dia tanggalkan lalu dia letak di atas sebelah kaki lampu. Kemudian dia pun duduk di sebelah Mawar.

Sedetik, Mawar angkat tubuh. Longgar sudah ikatan rambutnya.

   "Banyak benda kita kena bincang. Aku main terjun aje pindah rumah macam pindah meja dalam kelas."

Akram tenang dan bersahaja. "Eloklah. Aku pun nak bentangkan rules aku."

Lantas Mawar mengubah ke kedudukan yang paling dia selesa. Menghadap Akram, dia duduk dalam posisi kaki 'W'. Regang habis kain dipakai.

   "First, macam mana aku nak pergi kerja hari-hari? By train paling kurang lima belas ringgit sehari, pokai aku. Kalau by cab, fifty ringgit. Makan pasir gamaknya aku tengah bulan."

   "Don't be dramatic, Mawar." Akram kerut dahi sekejap. Sebelum dia menyambung, "Kau tu dah jadi bini aku, dah jadi tanggungjawab aku. Aku akan bagi kau nafkah, aku akan bagi kau duit belanja. Aku tak adalah kaya mana tapi tak miskinnya aku bayarkan kos transport kau hari-hari."

Mawar jongket bibir atas. Bukan terharu, malah meluat mendengar ucapan Akram.

   "Lagi satu, aku boleh hantar and jemput kau kerja if sempat," ucap Akram lagi membuatkan Mawar tayang muka 'what-the-fish'nya.

   "Dari PJ ke Cheras? Kau sanggup nak drive setengah pergi setengah jam balik? Dah buang tabiat agaknya kau, Akram Hidayat. Ada dapat seruan dari langit ke? Seruan ayah pin suruh kau berbuat baik?"

   "Haiiii..." Akram buat-buat nak cepuk dahi Mawar dek kelancangan isterinya itu. "Kau ni kan. Kerja nak serkap jarang aje."

Mawar memuncung tanda tak kisah. Dia kemudian buat-buat gaya orang 'tak mahu tapi terpaksa mahu'.

   "Well... sebab kau yang suruh aku pindah sini, so aku setuju kau nak belanja kos transport aku. Ambik yang murah je. By train."

Tenang Akram mengangguk. Lengan baju lengan panjangnya dia singsing ke separa bawah siku. "Macam aku cakaplah. If aku sempat, aku sendiri boleh hantar kau pergi kerja and ambik kau balik kerja. And kalau ada rezeki, nanti aku belikan kau kereta secondhand yang boleh kau buat ulang kerja. Tak payah pening kepala nak bayar bulan-bulan."

   "Wow." Mawar tepuk tangan ala dramatis dengan muka 'unbelievable'nya. Muka minta dicepuk Akram. "Serius kau yang sekarang, buat aku seram. Kau sesuai pegang watak antagonis je. Watak baik is not your thing."

Pak! Ha... Berjaya juga Akram mencepuk dahi licin Mawar. Berdendam betul bunyinya. Tak main-main.

   "Aduh..." Mawar mengaduh sampai berkerut satu muka. Tak sempat dia nak guna teknik mengelaknya.

"Kau kalau orang dah buat baik, cakap terima kasih... Dengan rasa bersyukur... Faham?"

"Tak faham and tak nak faham."

"Hahh..." Akram menghela nafas. "Susah bercakap dengan tapir ni. Suka hati kaulah, Pir. Apa lagi kau nak bincang?"

"Barang aku kat rumah sewa. Tak banyak tapi boleh tahan."

"Muat kereta aku?"

"Muat kot."

"Hmm... Esok kita ambik. Malam ni aku ada kerja sikit. Lagi?"

"So far itu aje yang aku ingat."

"Then aku pulak."

Giliran Mawar pula angguk kepala tanda bersedia mendengar bentangan Akram. Lupa kot niat dia nak mandi dan rehat sebelum masuk waktu asar.

Akram memalingkan tubuh ke arah Mawar. Sebelah kali dilipat di atas katil.

"First, respect each other. Respect yang aku maksudkan kat sini adalah, jaga status yang kita pegang. Aku, dah tahu ada bini aku buat cara orang ada bini. Jaga pergaulan, jaga mulut, jaga mata, jaga hati. Jaga segala benda. Kau pun sama. Dah ada laki, buat cara ada laki. And kalau kau nak keluar mana-mana, inform aku. At least aku tahu nak bagi keterangan polis if kau diculik."

"Wow. What a far-sighted person you are." Selamba Mawar menyelit ayat perlinya dengan muka tak bersalah.

Akram mengabaikan hal itu.

"Second, curfew. Sebelum sepuluh malam, dah ada kat rumah. Melainkan kalau kau keluar dengan aku. But... aku jarang keluar malam."

"Wah... Seronoknya. Macam duk asrama." Perlian kedua.

"Yang ketiga, wajib solat jemaah dan wajib juga makan sekali. Tak kisah makan kat rumah or kat luar. Kalau salah sorang tak nak makan sekalipun, teman jugak orang yang nak makan."

Barulah Mawar diam. Anak mata bergerak atas bawah atas bawah memandang Akram.

Dah betul insaf agaknya jebon ni. Bab makan tu tak kisah sangat. Ini nak solat jemaah bagai. Ingatkan kat kampung aje nak berjemaah sebab berlakon depan keluarga.

Aduh... Dia dahlah liat bangun subuh. Bangun tu bangun cuma lambat.

"Itu aje?" Dia bertanya kotlah ada banyak lagi peraturan ditetapkan Akram.

Akram angguk. "So far, itu sahaja. Tapi tengoklah nanti. Kalau aku tengok kau macam ada buat banyak masalah, aku tambah lagi another rules."

"Kau sesuai duduk serumah dengan abah. Menyewa rumah dua orang, sesuai sangattt."

Akram jongket bahu sekali. "So macam mana? Deal?"

Mawar tarik nafas dalam. Hembus pun kuat nau. Nak tak nak, dia terpaksa juga setuju.

"Deal."

Akram menguntum senyum. Manis juga senyumannya bila tiada mod nakal, sinis atau menganjing. Dah macam hero novel cinta.

Melihat itu, Mawar pantas menampar sekali lengan Akram. Tak bersebab, sesuka hati dia aje.

"Menyampah aku tengok kau," katanya lalu segera turun daripada katil.

Tidak mempedulikan Akram yang masih senyum-senyum menyorot langkahnya, dia mula mengemas bagasi. Ketika dia mengemas, Akram menerima panggilan telefon jadi lelaki itu berbual di ruang tamu.

Siap mengemas, Mawar segera mandi. Dia memakai seluar longgar dan baju T lengan pendek di dalam bilik mandi. Rambut pula dibungkus menggunakan tuala kering.

Memanglah dia selesa dengan Akram tapi belum sampai tahap mengganti pakaian di depan lelaki itu. No no no... Tak pernah seumur hidup dia dedahkan kulit tubuhnya di depan mana-mana lelaki.

Apabila dah segar badan terasa, hilang pula rasa mengantuk dan penat. Tak jadi dia nak berehat. Menapak keluar daripada bilik mandi, dia melihat Akram sedang berbaring di atas katil. Sebelah tangan memangku kepala sendiri, sebelah lagi memegang telefon bimbit. Tampak tekun menekur skrin.

Mawar menyanyi kecil mendekati rak panjang tiga tingkat yang terletaknya barangan Akram seperti gel rambut, deodoran, minyak wangi dan seangkatannya. Di atas rak itu, dia tumpang letak tas tangannya tadi. Sekarang dia mencari kotak baldu pemberian Puan Ameeta. Pabila sudah menemui, dia bawa kotak itu duduk di atas katil. Comel pula tingkahnya macam anak kecil.

"Akram, tengok ni." Dah macam budak-budak Mawar memberitahu Akram untuk lihat dia buka pemberian Puan Ameeta.

Akram cuma memandang sekilas.

Dengan teruja, Mawar buka kotak baldu itu dan serta-merta bola matanya bercahaya. Melopong mulut, kaku seketika. Terkejut melihat dua utas gelang emas jenis bangle dan sebentuk cincin emas padu. Emas 999.

"Weh... Akram!" Bersungguh Mawar menepuk-nepuk paha Akram di sebelahnya sedang mata tidak berkalih daripada perhiasan emas.

"Apa dia kau ni?" Akram kerut dahi, melempar ringan telefonnya ke tepi.

"Betul ke tak mak ni? Dia bagi aku barang kemas. Emas tulen ni."

"Lah. Memanglah emas tulen. Takkanlah emas tiruan pulak moyang mak buat harta turun temurun."

"Weh... Tak tergamak aku nak terima. Berharga sangat ni."

Akram angkat tubuh pula. Hairan melihat reaksi Mawar yang macam tak pernah tengok emas. Dia ni daripada kecik lagi dah biasa tengok maknya dengan emas. Keluarga belah maknya dengan emas, berpisah tiada.

"Atau kau tak suka emas? Tak suka pakai perhiasan? Bukan semua makcik-makcik suka ke?"

Mawar mencebir, beria menyarung gelang emas walau barusan katanya tak tergamak nak terima.

"Aku... tak pernah pakai barang kemas."

"Kenapa?"

"Adik-beradik aku semua perempuan. Dulu mana cukup duit umi abah nak belikan sorang satu. Kalau beli untuk sorang je, yang lain terasa hati. End up, semua tak diajar pakai. Bila dah besar, dah mampu beli sendiri pun tak terbeli. Entah. Aku pun tak tahu."

Bungkam Akram mendengar cerita Mawar. Yang bercerita biasa saja riaknya tapi dia... seolah dapat merasakan secalit kesedihan di balik suara Mawar.

Sedetik, dia sedar sendiri. Pandangan matanya turun perlahan pada pergelangan kaki Mawar. Lama...

Bayangan seutas gelang kaki perak melintasi layar mata sekali gus membuatkan roma batang tekuknya naik. Cepat-cepat diusir rasa sebu yang cuba mengocak isi perutnya.

"Mari aku pakaikan." Dia mencapai tangan Mawar dan gelang dari dalam kotak.

Mawar tidak sempat membantah, dibiarkan saja Akram memakaikan dia gelang kedua. Gelang pertama dia sudah pakai sendiri.

Cantik...

Melihat senyuman di bibir Mawar, Akram ikutan tersenyum.

"Kalau kau behave, tiap bulan aku belikan kau emas. Kau nak jongkong emas pun aku bagi."

Laju Mawar tarik muka, membuang senyum. "Apa kata kau dulu yang behave?"

"Kalau aku behave, kau akan behave?"

"Nope. Never."

Pft! Tawa Akram meletus. Hampir saja dia terpedaya dengan yang namanya Mawar. Sejenis manusia keras kepala.

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2023-05-01 21:29:48 

due2 masuk air..best hidup dengan org camni


NovelPlus Premium

The best ads free experience