BAB 18

Romance Series 123204

"HAIH jebon ni. Sesuka hati dia je end call."

Mawar kerut dahi merenung skrin telefon untuk beberapa detik sebelum kembali memasukkannya ke dalam tas tangan. Dia sambung memakai sneakers di depan pintu, diperhati Aina.

Aina yang berpeluk tubuh di muka pintu seperti sedang berfikir sesuatu. Ada riak kurang senang di wajahnya. Pandangannya kemudian dilempar pada Tajul yang sudah menunggu di dalam perut kereta sebelum dia kembali lagi pada Mawar.

   "Aku gerak dulu. Sorry ganggu kau malam-malam," kata Mawar usai menyarung kasut di kaki.

Aina geleng sekali. Riaknya sedikit teragak-agak. "Mmm... Mawar."

Mawar angkat kening.

   "Sorrylah kalau aku cakap ni buat kau terasa."

   "Eh. Lain macam. Sejak bila kau kisah aku terasa ke tidak?"

   "Yang ni lain..."

   "Apa dia?"

   "Mmm... Kau kan dah jadi wife orang. Dah ada suami. Kau tak rasa ke yang kau keluar berdua dengan Tajul is quite inappropriate?"

   "Hah?" Bingung sekejap Mawar mendengar ucapan Aina. Lambat tangkap. Sedetik, dia toleh ke belakang. Melihat Tajul tersengih bak kerang busuk ke arahnya. Jadi dia cari muka Aina semula.

   "Dia just tolong aku pindah barang-barang aku."

   "Ya, aku tahu. Tapi... suami kau tak marah ke? Like dia tahu tak kau dengan Tajul sekarang? Kenapa kau tak mintak tolong suami kau aje?"

  "Tahu... Aku dah bagitahu dia tadi. Pasal mintak tolong dia, aku... tak naklah susahkan dia. Dia busy kot, nak ulang-alik."

   "Tapi-"

   "Kau janganlah risaulah. Plus, bukan selalu aku keluar malam berdua dengan Tajul."

Aina diam. Mati kata nak berkata lebih. Takut kalau dia sampai masuk campur hal rumah tangga orang lain. Nak tak nak, dia akur. Senyum nipis diukir segaris.

   "Yelah. Pesan kat kawan kau tu, hati-hati drive."

   "Alright. Bye," lambai Mawar sambil kaki disusun ke arah kereta Tajul yang menanti di luar pagar rumah.

Sebaik saja dia menerobos masuk, kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan teres, menuju ke destinasi.

Mereka cuma berbual kosong sepanjang 30 minit pemanduan. Sempat juga berhenti makan malam di restoran sebelum tiba di kediaman milik Akram. Tajul menggalas kiri kanan beg plastik empat segi saiz besar sementara Mawar cuma membimbit beg kecil.

Dari luar bangunan apartment, masuk lobi, sampailah dah tercegat depan pintu, mulut Tajul tak henti mengagumi apa yang matanya lihat. Dah macam alien jatuh ke bumi.

   "Berapa sewa bulanan apartment mewah macam ni?" tanya Tajul saat Mawar menekan nombor kata laluan untuk nyah-kunci pintu.

Mawar tak menjawab dek terlalu fokus. Malangnya, fokus yang tiada hasil kerana tiga kali cubaan, dia gagal menekan kata laluan yang betul.

   "Weh... Aku lupa la passcode nak buka ni," ucapnya menggaru-garu hujung kening.

Tajul di sebelahnya dah tayang muka melopong dengan kedua-dua kening terangkat. "Lupa? Macam mana boleh lupa?"

   "Aku baruuu je semalam jejak kaki tempat ni, Tajul oi. Akram pulak bagitahu aku passcode tu sekali sebelum tidur. Dah lelap aku masa tu."

   "Kau tidur sekali dengan dia?" Bulat mata Tajul menanyakan itu membuatkankan dia hampir saja disiku Mawar.

   "Jangan sibuk hal rumah tangga orang. Kerja kau, dengar bila aku cakap. Jawab bila aku tanya. Faham?"

Tajul pasang muka anak kucing kelaparan di kaki lima. Tercebir bibir dengan mata terkebil-kebil.

Melihat itu, Mawar cuma mengeluh. Tangan kanan diangkat lalu dia menekan punat loceng. Dah terbayang dah muka annoying Akram menyambutnya nanti. Lepastu membebel yang dia menyusahkan lelaki itu kena buka pintu.

   "Tekan sekali lagi," bisik Tajul apabila belum ada yang membuka pintu.

Mawar menurut. Loceng ditekan lagi dan selang beberapa saat, pintu akhirnya terbuka.

Tercegat batang tubuh Akram di muka pintu. Berseluar pendek separa lutut dan jersi bola pasukan Terengganu kegemarannya.

Mawar jadi kaku sejenak kerana menyangka Akram akan membebel sakan. Tapi saat ini, tiada suara yang kedengaran. Dia cuba membaca air muka Akram. Air muka.... serius. Serius merenung ke dalam matanya sebelum akhirnya beralih pada Tajul di sebelahnya. Melihat riak serius itu, dia lantas mengerling jam di pergelangan tangan.

   'Belum pukul sepuluh lagi. Fuh!'

   "Sorry. Aku lupa kata laluan," kata Mawar.

Mendengar kata nama digunakan, dahi Akram berlapis nipis. Sebelah mata dikecilkan kerana Mawar masih belum menyedari 'kesilapan' barusan. Dia pandang Mawar, dan dia pandang Tajul.

Mujurlah Mawar cepat tangkap kali ini. "No worries, Tajul dah tahu pasal kita."

Dap!

Akram terpempam. Kendur seluruh muka mendengar ucapan itu.

   'Dia tahu... Sepenting apa dia dalam hidup kau sampai kau boleh bagitahu dia tentang rahsia kita?'

   "Encik Akram." Satu suara menarik Akram untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Akram telan liur. Memandang Tajul yang tersenyum lebar bak anak kecil teruja.

   "Encik Akram ingat saya lagi kan? Tajul." Tersengih-sengih Tajul memperkenalkan dirinya sambil beria hulur tangan untuk berjabat.

Huluran itu tidak terus disambut Akram. Dingin pandangannya merenung tangan itu membuatkan rasa kekok menyelebungi mereka. Kemudian, tanpa menghiraukan Tajul atau Mawar, dia paling tubuh lalu beredar masuk tanpa sepatah kata.

Terkulat-kulat Tajul dibuatnya. Muka sedih terpampang tika dia menoleh pada Mawar.

   "Bunga... Aku ada buat salah ke? Dia marah aku ke?"

Mawar senyum sebelah. "Haaa... Aku cakap kau tak nak percaya kan? Sebelum ni, dia baik sebab kau belum tahu muka sebenar dia. Sekarang dia tahu kau kenal siapa dia sebenarnya, ha. Dia tunjuk belanglah. Itukah sikap sebenar dia, Tajul. Jebon Malaysia."

Tajul cebir lagi. Macam manalah Mawar tak rasa nak kena jaga dia siang malam? Tengok, macam budak kecik tak cukup umur lagi hah.

   "Dah, dah. Jangan buat drama sedih kat sini. Tak mati kebulur lagi kau sebab dia tak layan kau. Letak barang aku kat sini, kau pergi balik sana."

   "Aku tak boleh masuk ke?"

   "Tak boleh. Ni bukan rumah aku. Upah kau, esok aku bayar."

   "Mmm... Yelah..." Meski berat hati, Tajul menurut arahan 'penjaga'nya. Dia meletakkan beg-beg Mawar di depan pintu lalu pamit pergi.

Mawar pun dah macam mak si Tajul, menanti Tajul hilang daripada pandangan dengan selamat. Maklumlah, Tajul agak buta arah. Takut lelaki itu lupa jalan turun.

Apabila yakin Tajul selamat, barulah dia angkut barang-barangnya masuk ke dalam apartment. Dia berselisih bahu Akram di ruang tamu tapi Akram langsung tak membantunya. Susah payah dia seret semuanya masuk bilik sendiri. Disusun saja dekat dinding. Tak berniat nak keluarkan lagi barang-barang itu dari dalam beg. Kalau ada apa-apa dia perlu, dia godek sajalah nanti.

   "Hmm..." Nafasnya sedikit mengah, dia berdiri di sebelah katil. Berkira-kira apa yang dia nak buat seterusnya.

Dia kemudian menanggalkan tudung, mencapai tuala serta pakaian yang nak dipakai. Sebelum masuk ke dalam bilik mandi, dia menapak ke ruang tamu terlebih dahulu. Mendekati Akram yang sedang menonton televisyen di atas sofa tiga serangkai.

   "Kau dah solat isyak ke belum?" soalnya ingin tahu. Yelah. Peraturan solat jemaah itu wujud.

Namun untuk soalanya itu, berlalu sepi tanpa balasan.

Mawar kerut dahi. Tak berpuas hati, dia berdiri pula di depan Akram, menghalang pandangan lelaki itu.

Barulah Akram angkat muka, bertemu anak mata.

   "Kau dengar tak aku tanya. Kau dah solay isyak ke belum? Aku belum, nak solat jemaah tak?" Mawar bertanya lagi tanpa kias.

Geram melihat riak bersahaja Akram. Pelik untuk dia berfikir macam ni tapi jujurnya dia lebih suka Akram yang lancang berbanding Akram yang bisu.

Ah... 'silent treatment' memang paling menyakitkan hati.

   "Kau dengar tak aku tanya?" ulang Mawar mulai hilang kesabaran. Sebelah tangan pegang pakaian, sebelah tangan cekak pinggang.

Kali ini, Akram angkat punggung. Berdiri setentang Mawar dengan jarak dekat. Kalau ada CGI ni, dah nampak terang efek kilat menyambar menerusi pandangan mata mereka.

Namun ia cuma bertahan beberapa detik kerana akhirnya, Akram geleng kepala bersama keluhan. Tanpa buka mulut, dia meninggalkan Mawar. Keluar ke balkoni pula.

Cukuppplah membakar hati Mawar. Pantang betul dia tak diendahkan begini.

   "Tsk. Jadi manusia menyakitkan hati orang!" omelnya sekali sebelum akhirnya dia juga buka langkah meninggalkan ruang tamu.

Dia mandi untuk membersihkan tubuh sekali gus menyejukkan hati. Selesai mandi dan memakai pijama satin warna emas, dia menunaikan solat isyak sendirian. Kemudian dia belek telefon di atas katil seketika. Belek hal kerja tapi tak jadi kerja dek fikiran dan hati terganggu.

Mana tak terganggu kalau batang hidung Akram belum muncul? Dia bukan risaukan lelaki itu, cuma... entah. Perasaan dicuekin itu tidak menyenangkan.

   "Tak reti nak masuk agaknya jebon ni," getusnya mengerling jam loceng yang di atas meja lampu. Dah dekat pukul sebelas malam.

Dia melepaskan keluhan berat. Kepala yang tak gatal digaru-garu kalahkan kera kerana hati serba tak kena. Selepas tolak tambah beberapa andaian dan monolog, dia akhirnya turun dari atas katil. Berniat untuk bersemuka dengan Akram namun baru tiba di muka pintu, tubuhnya bertembung tubuh tegap Akram. Hampir jatuh ke ke belakang.

Kalau biasanya Mawar akan marah-marah bak bertih, kali ini dia diam saja. Sedikit janggal. Tunak mata pun tidak terarah pada lelaki di depannya.

Oleh kerana dia tidak bersuara, maka Akram pun mengelak tubuh Mawar dan menapak ke arah katil. Dia menepuk-nepuk bantal dan menggebar selimut tanda bersedia untuk tidur.

Krik krik. Tak pernah sesepi ini antara mereka. Kalau tidak, ada saja benda nak diberantamkan.

   'Tak boleh jadi!'

Mawar mendekati Akram, menarik lengan Akram untuk menghadap ke arahnya. Dan ia berjaya.

   "Apa masalah kau ni? Hmh? Dah bisu tak boleh cakap?" Mawar menyoal tak betah lagi nak terus berperang dingin. Padahal baru beberapa jam.

Mendengar soalan Mawar, Akram tarik nafas dalam dan hembus sekali.

   "Apa masalah aku?" Dia buat-buat bodoh.

   "Kau tanya aku apa masalah kau? Kau yang masalah. Kenapa tiba-tiba nak pasang muka macam tu?"

   "Pasang muka apa?"

   "Jangan buat bodoh, Akram. Cuba kau cermin muka kau. Kau ingat aku tak perasan layanan kau tadi? That was so childish of you. Enough with your bullshit, let's talk."

   "No cursing, Mawar."

   "And I'm not!"

   "Fine. A talk is what you want huh? So we'll talk. Nak tahu apa masalah aku? Kau masalah aku."

   "Aku?" Kening Mawar bersambung rapat. "Apa aku buat?"

   "Kita dah bincang semalam yang malam ni aku akan bawak kau pergi rumah sewa kau and ambik barang-barang kau. But what? Kau mintak tolong kawan kau. And he's a guy. Kau keluar berdua dengan dia, malam-malam. Am I not enough? Sampai kau perlukan pertolongan lelaki lain?" Panjang lebar Akram meluah rasa hati dengan penuh emosi. Berebut-rebut rasa gelora mahu keluar dari dalam dada. Tak sedar sepuluh jari digenggam kemas.

Mawar diam. Agak lama untuk dia memproses segala apa yang telinganya dengar. Muka merah padam Akram cuba dibaca tapi dia masih tak mengerti kenapa Akram perlu marah macam ni sekali.

   "Just pasal ni kau nak marah aku?"

   "Just pasal ni?" Akram semacam dalam ketidakpercayaan. Mulut hampir terbuka, dia tutup dengan tapak tangan kirinya sebelum bercekak pinggang.

Suasana segenap ruang kamar dibalut ketegangan.

"Are you that dumb, Mawar? Have you not consider my feelings at all? As your husband?"

   "Why would I? Kau sendiri yang cakap. Kau pilih aku sebab kau tak payah pening kepala nak jaga hati aku and aku pun tak perlu jaga hati kau. Memang dari awal aku tak suka kau dan kau tak suka aku. Apa masalahnya sekarang?"

   "I never said that." Akram ketap gigi. Memangkas kenyataan Mawar kerana benar dari awal Mawar tak sukakannya tapi... dia tak pernah sekali pun melisankan di bibir kalau dia tak sukakan Mawar.

Mawar peluk tubuh. "Whatever-lah, Akram. Aku mintak tolong Tajul sebab nak mudahkan kerja. Alang-alang aku dah ada dekat area rumah sewa aku."

   "But still, you're not supposed to. Rule number one, respect each other. Aku jaga batas aku, kau jaga batas kau."

   "Tajul tu kawan baik aku and aku tahu jaga batas aku dengan dia."

   "So what dia kawan baik kau? Dia masih lelaki, no? Apa perasaan kau kalau aku berduaan dalam kereta dengan perempuan lain waktu malam? Hmh?"

   "Tajul tak sama. Dia... aku dah cakap kan? Dia tu tak macam lelaki lain. Kau nampak dia besar panjang macam tu tapi fikiran dia, cara dia bawak diri-"

   "Dia masih ada nafsu sama macam lelaki lain."

   "Stop it, Akram!"

   "Mawar." Akram mencuba bertenang. Dia berundur setapak ke belakang. Udara antara mereka terlalu tegang tika ini.

"Forget about 'kau buat hal kau, aku buat hal aku.' Kita bukan kahwin kontrak yang kahwin harini esok nak cerai, no. Once kau jadi isteri aku, I swear that I take you in my life for a lifetime. You are my wife, you are my responsibility. Kalau kau perlukan sesuatu, ask me. I'll do it for you. Aku mintak tolong sangat kau... hormat aku sebagai suami kau. Aku tahu this sounds selfish but aku mintak kau jangan terlalu rapat dengan Tajul. Jangan naik kereta dia berdua kalau bukan alasan kerja. That's all I ask for now."

Titik. Panjang lebar bicara Akram. Nada suara juga tidak lagi tegang. Separuh merayu.

Cukup untuk buat Mawar bungkam. Kelu lidah nak memberi balasan segera. Tak pernah dia dengar suara Akram begini. Tak pernah dia lihat cahaya di balik mata Akram begini. Lenyap sudah rasa jengkel dalam hatinya.

'Ah. Mudah sangat kau di'ayat', Mawar Safiya.'

   "Ehem." Akhirnya dia berdeham sekali. Waktu macam inilah pesanan uminya bergema dalam kepala. Dia perlu belajar jadi isteri yang baik. Syurga bawah tapak kaki suami.  "Fine."

Terbit senyum lega di wajah Akram. Lelaki itu angguk kepala. Melihat rambut Mawar melekat dekat mata, ringan saja jemarinya diangkat. Lembut menyelit rambut itu ke belakang telinga Mawar sebelum sempat Mawar bereaksi.

   "Aku mintak maaf if aku meninggi suara tadi. Aku tak berniat nak buat macam tu," ucapnya setelah kembali tenang.

Akram mod lembut, buat Mawar serba salah.

   "Mm. Aku pun... mintak maaf sebab tinggi suara."

   "Nak peluk tanda berdamai?"

Berkerut satu muka Mawar mendengar cadangan Akram. Dilihat Akram mendepa kedua-dua lengan. Senyumnya tiada ciri bergurau.

Aduh... Dia tak pernah peluk mana-mana lelaki seumur hidup. Memang jantung akan berdegup laju macam ni ke?

   'Ah lantaklah.'

Mawar menapak selangkah ke depan dan Akram turut melakukan gerak yang sama. Sesaat, tubuh mereka bersatu. Rasa hangat menjalari setiap inci kulit.

Hilang segala gelora, Akram disiram bahagia. Tersenyum dia mengeratkan pelukan di leher Mawar sedang dia dapat rasakan pinggangnya dilingkari lengan Mawar.

Haruman syampu bercampur losyen daripada Mawar mengocak rasa teruja. Matanya dipejam, mengawal nafsu batin agar tidak meruntuhkan kepercayaan Mawar. Sebelah lengan diturunkan untuk memeluk tubuh Mawar dan pelukan dieratkan sehingga tiada ruang antara dua tubuh mereka.

   "Err... Tak cukup aman lagi ke perdamaian kita? Aku tak boleh nafas ni, Akram."

   "Tak. Sikit lagi."

* * * * * *

   Anak matanya merenung bangunan apartment yang berdiri gah di depannya. Kepala disandar pada penyandar kerusi sementara jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta tanpa irama. Nafas turun naik secara perlahan. Air mukanya tidak terlalu serius, tidak juga beriak senang.

Dia sedang jauh memikirkan sesuatu. Seakan merancang satu plot besar namun tidak dapat ditebak apakah itu.

Lama dia begitu. Kemudian barulah tawa kecil kedengaran. Disusuli senyum sinis bergayut di bibir. Matanya yang sepet dia pejam untuk beberapa minit dengan senyum bersisa.

   "Kahwin tanpa rasa cinta?"

Pft! Dia ketawa lagi. Entah apa yang lucu.

    "Even a blind person can see that he likes you, Bunga. What should I do? Should I kill him?"

Share this novel

Rohani Hussin
2023-05-04 21:40:48 

nmpknya mawar tertipu dgn personaliti tajul


NovelPlus Premium

The best ads free experience