BAB 14

Romance Completed 10479

Tik tok tik tok. Terasa hari ini sungguh lama masa berputar. Bagaikan
cinta memberhentikan masa kami untuk terus gapai rasa-rasa cintai yang
kian lama bersulam.

Aku sendiri bagaikan tak percaya aku akan berkahwin maklumlah di usia
semuda ini. Aku dulu menjangkakan akan berkahwin pada usia 24 atau 25
tapi kata mak itu pun sudah dikira tua untuk kaum hawa.

Cincin yang terletak dijari manisku ditatap lama. Indahnya perkahwinan,
terlalu sukar untuk dikongsikan.

"Cantikkan cincin tu." Kata Danish yang entah dari mana datangnya.

"Cantik sangat." Ujarku ringkas.

"Tengoklah siapa pilih." Kata Danish.

"Pandai mama pilih." Mahirah tersenyum. Pujinya ikhlas.

"Untunglah kita pilih orang boleh nama." Terkejut Mahirah dengan kata-kata
Danish. Sungguh dia tak sangka Danish yang memilihnya.

"Alolo, manalah saya tahu abang yang pilih. Pandai abang pilih." Ujarku
seraya mencubit pipinya.

"Hemm." Lagak Danish seperti merajuk. Mengalahkan budak kecil.

"Ala tak comellah kalau merajuk." Muka dicebikkan Danish.

"Abang sedar abang tak comel. Takpe..’’ Wajahnya dilarikan sedikit
daripandangan ku. Arghh, jangan kata Danish benar-benar merajuk. Kalau
dia merajuk aku nak tidur dengan siapa?

Eleh, sebelum ni kau tidur sorang-sorang juga. Bukan adik kau Hakim yang
temankan. Buat macam tak biasa pulak.

Satu ciuman hinggap dipipi Danish. Geram pula aku tengok muka dia
merajuk macam tu. Danish seakan terngamam dengan tindakan aku.

Bukan senang nak buat Mahirah cium padanya. Bibir Danish mengukir
senyuman. Senyuman kemenangan mungkin. Alah, dalam hubungan ni kenalah
ada gurau senda. Tak akanlah nak serious memanjang. Tak syok pulakan.

"Abang." Panggilku.

"Ye yunk." Jawabnya.

"Ooo abang." Sengaja aku buat begitu. Terasa gembira pula boleh usik
dia, lagi pun aku suka bila sahut panggilanku sebegitu, suaranya jadi
manja ditelinga ku.

Aku sebenarnya tak tahu apa penangan Danish sampaikan aku mudah jatuh
cinta padanya.

"Kau ni tak suka pada lelaki ke?" Sampaikan sebegitu sangkaan
teman-temanku pada aku dahulu sewaktu di kolej. Mahu katakan aku terasa
hati memanglah, siapa kita nak tutup mulut manusia? Itu hak dia. Tapi
aku tahu Wardah tidak sebegitu, dia kenal aku bagaimana.

"Abang, kalau saya tanya jangan marah err?" Tanya aku. Takut juga soalan
aku naikkan amarahnya. Sejak aku bergelar isterinya tidak pernah pula
aku lihatnya marah kecuali sewaktu kami di kolej dan belum kenal antara
satu sama lain dahulu.

"Kalau abang nak marah?" Danish membuat muka agak ganas tapi pada aku
muka itu amat melucukan.

"Tak apalah. Tak nak tanya."

"Ala, jangan macam tu. Abang tak marahlah, tanyalah apa sayang nak
tanya. Selagi abang boleh jawab abang jawab." Danish meraih tanganku
lalu dikucupnya. Mungkin dia faham aku merajuk.

"Tapi janji tau?" Kata ku inginkan kepastian.

"Ye, ish abang cium jugakkan." Aku hanya tergelak kecil melihat bibir
kecilnya itu dimuncungkan ke arah aku.

Okey back to normal aku kena tanya jugak. Selagi aku tak tanya,
macam-macam persoalan bermain didalam benak fikiranku sampaikan aku tak
lena tidur.

"Si... siapa Nahan Wajidah?" Tanya Mahirah gagap.

Riak wajah Danish mula berubah. Aku faham, dia kelihatan agak terkejut.
Mungkin dia tidak sangka aku akan tanya benda sedemikian. Maklumlah
sudah hampir 2 bulan berlalu, tapi masih tetap bermain difikiran ku.

Patutkah Danish cerita pada Mahirah tentang masa silamnya?

Tapi bagiku, tiada apa yang perlu dirahsiakan antara suami isteri. Tapi
Mahirah akan faham ke? Aku benar-benar kelu kali ini.

" Mahirah tak paksa abang cerita. Oklah." Mahirah bangun dari posisnya. Malas
untuk melayan perasaan yang celaru ini. Hati elok-elok gembira tak
pasal-pasal rasa seperti berada dalam rumah yang tak berpenghuni dan usang.

Tangan Mahirah ditarik lembut lalu didakap Mahirah kedalam pelukannya. Mata
coklat milik anak gadis itu ditenung lama. Suasana menyepi seketika.

"Abang tak berniat nak rahsia dari Mahirah." Tutur Danish lembut. Aku tak
salahkan dia kalau dia tak mahu bercerita. Mungkin belum bersedia.

"Nahan dulu tunang abang. Kami dah lama kenal. Kami sepatutnya kahwin
pada bulan eman hari tu. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Arwah Nahan
rahsiakan sakit dia dari abang. Dia meniggal seminggu lepas dia putuskan
pertunangan dengan abang. Kata abahnya, dia tak mahu abang sedih." Ujar
Danish panjang lebar.

"Abang mesti sayangkan dia kan?" Ku hanya tersenyum dan tabahkan hati
sendiri.

"Sayang, sayang sangat." Aku hanya angguk mengiyakan. Mataku mula
berkaca apabila dia ungkapkan kata-kata sayang pada Nahan. Mungkin itu
cinta pertamanya. Tapi dia dah arwah, buat apa kau nak cemburu lagi
Mahirah. Kata hati kecilku.

Muka ku tunduk ke bawah. Aku tak kuat kali ini. Air mata akhirnya gugur
juga ke bumi.

"Dia hanya masa lalu abang, sayang adalah realiti untuk abang dan masa
depan abang. Sekarang abang dah ada sayang. Abang cintakan sayang
sepenuh hati. Cukup sayang aje dalam hati abang. Abang tak perlukan yang
kedua dan ketiga lagi." Wajah ku diangkatnya lalu dia menyeka air mataku.

Bibirku disentuh jari jemarinya. Wajah aku ditarikkan sedikit oleh
Danish. Bibir kami mula bersentuhan. Dia mencium lembut muluku. Sesekali
dia mengigit kecil bibirku. Terasa kehangatan nafasnya kini.

Ya, aku percaya pada cintanya. Tak perlulah aku ragu-ragu kasih sayang
dia pada aku.

Benar katanya, arwah Nahan adalah masa lalunya. Semoga arwah tenang
disana. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience