BAB 2

Romance Completed 10479

Kereta mini cooper milik Danish Iskandar memasuki perkarangan rumah
Dato Rizuan. Setelah di parking keretanya, dia melangkah masuk ke
dalam rumah. Seperti biasa beginilah suasana rumahnya, sunyi sahaja.

"Danish Iskandar."panggil Dato Rizuan dari ruang tamu.

Danish yang baru sahaja mahu naik ke atas terngamam apabila dengar
namanya di panggil.

'Hadoi, apa pulak salah aku kali ini.' Omel Danish sendirian.

Walaupun berat, dia tetap melangkah ke arah ruang tamu. Melihat mamanya
juga turut ada membuatkan dia terasa lega. Kalau kena marah sekali pun
mama pasti akan menolong ku. Kata Danish untuk sedapkan hatinya sendiri.

"Ada apa papa?"tanya Danish yang duduk di kerusi hadapan Dato Rizuan.

"Kamu ni anak jenis apa ye?" Muka Dato Rizuan sudah merah,maklumlah bila
sudah marah.

Danish hanya diam, terfikir mungkin.

"Apa yang papa cakapkan ni?" Danish jadi semakin keliru.

"Kawan papa dekan fakulti kamu call cakap yang dia nampak kamu masuk
asrama perempuan." Ujar Dato Rizuan.

Dia bukan mahu terus marahkan anaknya tampa mendengar penjelasan, dan
dia yakin pasti ada sebab kenapa anaknya berbuat demikian. Dato Rizuan
cuma marah kerana terasa malu dengan sahabatnya. Sempat juga Dato Rizuan
memberitahu sahabatnya supaya merahsiakan apa yang diketahuinya.

"Kamu buat apa lagi ni Danish."tanya Datin Liana.

"Mama papa, Danish tak buat apa pun." Danish cuba menerangkan apa yang
terjadi, tapi lantas dipotong oleh Dato Rizuan

"Kalau dah rasa gatal sangat nak kahwin, kahwin terus."ujar Dato Rizuan
lalu bangun meninggalkan isteri dan anaknya.

Hanya gelengan mampu Danish lakukan. 'Selepas satu satu benda jadi kat
aku.' Kepalanya ditundukkan kebawah lalu cuba untuk tenangkan fikiran.

"Mama nak jumpa perempuan tu sekarang." Bukan Datin Liana mahu marahkan
dia dan gadis itu,cuma mahukan penjelasan dari kedua-dua pihak.

Kereta mini cooper meluncur laju meninggalkan perkarangan Dato Rizuan.
Meter yang hampir mencecah 120 /km masih cuba di kawal oleh Danish.

Dia tidak salahkan papa dan mamanya untuk marah kepadanya. Bukan Mahirah
jugak akan dia salahkan kerana di sedar semua ini berpunca dari dia.

Kalaulah aku tidak buat hal semalam pasti ini tidak akan terjadi.
Menyesal pun sudah tiada guna, pujuk hati kecilnya.

Di ambil hand phonenya lalu mendail nombor Adam.

"Tunggu aku di kampus."tampa sebarang tindak balas, Danish terus
putuskan talian.

Adam pergi mendapatkan Danish setelah melihat kereta milik lelaki itu
sudah diparking di tepi asrama perempuan.

"Yowww bro"tangan yang dihulurkan Adam langsung tidak di hiraukan Danish.

"Aku nak jumpa perempuan tu sekarang." Danish memandang tepat ke arah Adam.

Dia tahu, hanya Adam yang mampu tolongnya. Lagi pun Adam adalah kawan
baiknya.

Hampir setengah jam mereka fikirkan bagaimana dan di mana mahu mncari
gadis itu. Naik ke biliknya? Memang taklah, buatnya lagi mengamuk papa
dan mama.

"Hah tu pun Mahirah." Tunjuk Adam ke arah Mahirah dan Wardah yang sedang
berjalan ke arah hostel.

Wardah yang perasan akan kehadiran Danish dan Adam hanya mampu berdiam.
Nanti kalau diberitahu Danish tu ada, mau taknya si Mahirah ni lari pulak
macam semalam.

"Awak, ehh kau baju ungu." Danish memperbetulkan katanya. Mungkin kekok
barangkali untuk panggil sebegitu.

Mahirah yang berjalan dengan hanya melihat jalan tar yang sudah pudar
warnanya terkejut kerana rasa seperti dirinya dipanggil.

"Aku rasa aku pakai baju warna ungu hari ini."kata Mahirah yang melihat ke
arah tubuhnya. Memang tak silap akulah orang yang dipanggil.

Adam dan Danish berjalan menghampiri Mahirah dan Wardah.

"Aku nak cakap sekejap dengan kau."kata Adam membuatkan Mahirah terngamam.

Apa pulak kali ini, semalam malu kan aku, pastu bagi nota tanda maaf.
Dah cukuplah, nak cakap apa lagi? Nak tarik balik kata-kata maaf tu?
Desis hati Mahirah sendiri.

Di parking kereta, Wardah dan Adam hanya mampu melihat perbualan
Danish dan Mahirah tetapi langsung tidak di dengari mereka.

"Awak rasa apa yang mereka bualkan?" Tanya Wardah kepada Adam. Dia rasa
Adam pasti tahu apa yang mereka bualkan.

"Entahlahh awak, saya pun tak tahu, yang di cakap dia mahu jumpa Mahirah.’’
Hanya itu yang mampu Adam katakan.

Mahirah menghampiri Wardah dan Adam. Hanya senyuman di hadiahkan pada
Wardah,dia tahu sahabatnya itu risaukan dia.

"Saya nak Wardah pun ikut." Kata Mahirah kepada Danish.

"Adam,kau ikut aku." Kata Danish lalu masuk ke dalam keretanya.

"Eleh,takut aku apa-apakanlah tu." Ujar Danish sendiri.

"Awak ingat saya tak dengar?" Tanya Mahirah.

Danish terdiam. Dia tidak sangka yang Mahirah akan mendengar kata-katanya.
Wardah dan Adam hanya melihat gelagat mereka. Dah seperti anjing dan
kucing mereka ini.

Setiba di rumah Danish, Mahirah dan Wardah agak terkejut. Patutlah belagak
sangat si Danish ni, rupanya anak orang kaya.

"Dah, jom. Apa kau tercegat lagi tu?" Tanya Danish yang sudah berada di
depan pintu rumahnya.

"Awak ni, tak reti nak sabar ke. Saya datang sini pun dah kira okey."
Ujar Mahirah yang geram dengan Danish. Satu jelingan di hadiahkan pada Danish.

Ikutkan hatinya, dia sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Danish.
Tapi kesian pulak kalau dia sahaja yang kena marah. Tapi biar padan
dengan muka dialah, dia yang cari pasal, katanya.

Wardah hanya mengikut Mahirah melangkah masuk ke dalam rumah. Melihat
seorang perempuan tua yang menunggu di hadapan pintu, Mahirah pantas
menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Puan sihat?" Tanya Mahirah mesra.

"Errr, sihat." Kata mak esah gagap.

Danish dan Adam yang sudah berada di dalam rumah hanya mampu gelak
melihat gelagat Mahirah.

"Woiii, mari sini. Mama aku kat sini, tu mak esah pembantu rumah aku."
Ujar Danish dengan gelak yang masih bersisa.

Mahirah hanya mampu menahan malu. Bagaimana aku boleh tak tahu tu orang
gaji Danish. Haishhh, buat malu aku je.

Datin Liana menghampiri Mahirah dan Wardah lalu bersalaman dengan mereka
berdua. Di jemput Mahirah dan Wardah duduk di ruang tamu nya.

"Makcik, err puan sihat?" Mahirah tiba-tiba jadi gagap bila melihat mama
Danish.

"Sihat, ehh tak payah makcik, puan bagai. Panggil mama je." Kata Datin
Liana tersenyum. Walaupun dia orang kaya, dia tidak perah sombong.

Mahirah hanya mengiya, segan pula bila Datin Liana kata sedemikian.

"Pandai Danish cari." Usik Datin Liana membuatkan Mahirah terasa sungguh
malu dengan usikan itu.

"Apa mama ni?" Danish mempertahankan dirinya,nanti apa pulak kata
perempuan tu kalau mamanya terus usik mereka begitu. Sedangkan dia bawa
Mahirah atas permintaan mama.

Dato Rizuan yang turun dari tingkat atas terus ke ruang tamu apa bila
dengar sungguh riuh isteri dan kawan-kawan anaknya bersembang.

"Amboi, sedap sembang." Dato Rizuan yang datang menegur.

"Abang, ni kawan Danish yang " kata-kata Datin Liana terhenti apabila
suaminya mencuit bahunya.

Mak Esah menghidangkan mereka teh dan sedikut kuih untuk mereka menjamu.

"Jemput minum." Kata mak Esah.

Mahirah mengambil cawan yang berisi teh lalu ditiup kerana terlalu panas
untuk di minum begitu sahaja.

"Bila nak kahwin?" Dato Rizuan cuba memecahkan suasana yang sunyi seketika.

"Ahemmm." Tersedak Mahirah dengan kata-kata Dato Rizuan.

"Apalah papa ni, tengok Mahirah sampai tersedak dia." Kata Danish yang
risaukan Mahirah.

"Eh sejak bila ambil berat ni?." Adam sengaja mahu menyakat Danish.

Dato Rizuan memohon maaf,rasa bersalah pula timbul dalam dirinya. Dahlah
air tu panas,manis pulak tu.

Mahirah memulakan bicaranya. Dia tahu Danish risau papanya akan
memarahinya lagi. Punyalah panjang lebar Mahirah cerita hanya angukkan
yang di balas Dato Rizuan dan Datin Liana.

Sudah hampir ke petang mereka bersembang lalu Danish putuskan mahu
menghantar Adam, Mahirah dan Wardah pulang. Tidak elok pula kalau
menghantar mereka pulang ke hostel malam-malam. Datin Liana mengajak
mereka untuk makan malam di rumahnya, tetapi Mahirah menolak. Katanya bila
ada masa terluang dia akan datang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience