BAB 3

Romance Completed 10479

Dalam perjalanan pulang, hanya tinggal Danish sahaja sendirian yang
masih berjaga. Memanglah berjaga kalau tak siapa yang bawa kereta kan?
Adam, Mahirah dan Wardah sudah lena tidur. Penat mungkin semasa di rumah
Datin Liana dan suaminya tadi,maklumlah banyak pula yang di sembangkan
mereka. Walaupun baru sahaja kenal, mereka sangat rapat.

Terlalu berat untuk Mahirah membuka matanya, mahu katakan berjaga semalam
tidak malahan dia dan Wardah tidur awal semalam.

Terkejut Mahirah sewaktu terjaga dari tidurnya,melihat Wardah dan Adam
masih lagi lena di buai mimpi mungkin. Lalu di carinya kelibat Danish.
Mana pula Danish ni, dahlah di kawasan perkuburan. Apa yang dia buat di
sini.

Al- fatihah di hadiahkan kepada Nahan Wajidah. Lalu di siramkan sedikit
air di atas kubur yang sudah penuh dengan rumput yang segar di atasnya.
Dia tahu, roh Nahan sudah tenang di sana. Walau macam mana pun dia masih
tidak mampu lupakan Nahan walaupun sudah 2 tahun arwah Nahan Wajidah
meniggalkannya.

"Nahan, Nahan. Kenapa Nahan tinggalkan abang." Jerit Danish seraya
melihat bayangan Nahan berada di hadapannya.

Hanya senyuman yang Nahan pancarkan kepadanya.

"Abang tak boleh hidup tampa Nahan." Kat Danish yang sudah mengalirkan
air mata.

"Abang, Allah lebih sayangkan Nahan." Kata Nahan hanya tersenyum.

"Nahan nak abang teruskan hidup abang dan jangan tunggu Nahan lagi. Lagi
pun Nahan tahu abang akan bahagia dengan dia."kata Nahan lalu hilang
dari bayangan Danish.

Gadis muslimah yang sangat di cintainya dahulu dan sekarang. Bahkan
tidak pernah berubah. Masih segar lagi kenangan-kenangan mereka di dalam
ingatan Danish, malahan terasa seperti baru semalam semua itu berlaku.

*Dua tahun lalu*

"Nahan, Danish datang." Kata ayah Nahan Wajidah.

"Ye abah, Nahan nak keluar sekejap dengan Danish." Ujar Nahan meminta izin.

"Ye, elok-eloklah. Dan bagitahulah dia." Dato Izzudin memberitahu anaknya.

"Jom abang." Nahan yang mengampiri Danish lalu masuk ke kereta.

Di dalam kereta, Nahan tidak seperti biasa, hanya diam dan di selalu di
tenungnya wajah si Danish.

"Nahan ada masalah? Tak nak cerita dekat abang.?" Danish yang pelik
melihat sikap Mahirah semenjak dia datang tadi.

Hanya gelengan yang Nahan lakukan.

Setibanya di tasik, Nahan keluar lalu duduk di bangku yang berada di
bawah sebuah pohon lalu Danish menghampirinya. Hampiri 15 minit mereka
diam membisu, mungkin layan perasaan masing-masing.

"Nahan ada benda nak cakap dengan abang." Nahan terus memandang Danish.
Tampak kerisauan di wajah lelaki itu.

"Nahan nak putuskan pertunangan kita, Nahan rasa Nahan belum sedia untuk
semuanya." Dengan pantas Nahan menghabiskan kata-katanya.

Kedengaran juga sedikit sebak di sebalik suara itu, tapi apakan daya dia
tidak mampu lagi meneruskan segala-galanya. Dia juga tidak mahu Danish
sedih nanti.

"Tapi kenapa? Kalau Nahan belum sedia, kita boleh tangguhkan perkahwinan
dan tak perlulah kita putuskan pertunangan ini." Danish yang mula sebak
tapi cuba mengawal perasaannya.

Siapa tidak sedih kalau orang yang kita sayang ungkapkan kata-kata
sedemikian.

"Tolonglah hormat keputusan saya kalau abang sayangkan saya." Rayu Nahan.

Berderai air mata Danish mengalir di pipinya. Naluri lelakinya mungkin
terlalu lemah untuk menerima semua ini.

"Tapi tolonglah sayang, jangan buat begini kat abang." Pujuk Danish.

"Abang tolong hantarkan saya pulang." Pinta Nahan, dia sudah tidak tahan
lagi duduk di sini, terasa sebak yang teramat sangat. Sehinggakan
mengalir juga air matanya di sebalik purdah hitam yang di pakai Nahan
Wajidah.

"Nahan tolonglah." Rayu Danish lagi. Tampak kesedihan di wajahnya.

"Kalau abang tak mahu hantar saya balik, biar saya balik sendri." Nahan
yang mula bangun lalu sudah berjalan meghampiri jalan raya.

Aku harus kuat, aku tidak boleh lemah. Walau apa yang terjadi aku harus
cuba dapatkan Nahan kembali. Tekad hatinya.

"Nahan,biar abang hantarkan." Panggi Danish, biarlah dia melakukan
perkara ini yang mungkin untuk terakhir kalinya.

Di dalam perjalanan pulang, mereka berdua hanya diam membisu sehinggakan
sampai di rumah Nahan.

Setelah hampir dua minggu dia tidak mendengar berita tentang Nahan
tiba-tiba abahnya Dato Izzudin menelefon Danish dan memberitahu bahawa
bekas tunangnya sudah meninggal dunia.

Setelah sampai di rumah arwah Nahan, kelihat sungguh ramai sanak saudara
serta sahabat handai maklumlah Dato Izzudin juga merupakan orang ternama.

Dato Izzudin yang melihat kehadiran Danish menyambutnya dengan
bersalaman lalu dijemput masuk ke dalam rumah.

"Ada benda yang abah nak cakap dengan Danish" Dato Izzudin merasa serba
salah.

"Ada apa abah?" Tanya Danish.

"Sebenarnya Danish, Nahan meninggal kerana sakit barah otak tahap 3.
Kami dah cuba sebaik mungkin, tapi apakan daya Allah lebih sayangkan
Nahan." Dato Izzudin yang mula mengalirkan air mata. Sebak kerana anak
tunggalnya sudah meniggal dunia.

Mengucap panjang Danish dengan kata-kata Dato Izzudin.

"Kenapa dia tidak bagi tahu saya abah?" Danish cuba mengawal perasaannya.

"Dia tak mahu kamu sedih dengan pemergiannya." Kata Dato Izzudin lalu
menghulurkan sepucuk surat kepada Danish lalu beredar dari situ.

Surat yang jelas terpacar namanya di buka dengan perlahan. Surat yang
sempat arwah kirimkan buatnya.

'Abang, Nahan mintak maaf sebab Nahan tak jujur dengan abang. Abang
tahukan Nahan sayang abang sangat-sangat. Nahan nak abang janji yang
abang akan cuba lupakan Nahan dan carilah penganti Nahan. Mungkin yang
lebih baik dari Nahan. Jaga diri abang untuk orang yang sayangkan abang.
Ingatlah, Nahan sentiasa sayangkan abang. Salam sayang.' Berderai air
mata Danish mengalir membasahi pipinya. Mahu sahaja dia meraung di sinu,
harapkan rumah orang sahaja.

'Abang akan sentiasa doakan kesejahteraan sayang di sana. Abang redha
dengan pemergian sayang.' Kata hatinya.

Di tahan perkuburan, Danish sudah meminta izin untuk menjadi wakil
ayahnya untuk mengangkat keranda lalu di letakkan kedalam kubur. Dato
Izzudin akur,mungkin buat kali terakhir Danish ingin berjasa buat anaknya.

Setelah selesai,semua sahabat serta ahli keluarga pulang ke rumah kerana
Dato Izzudin ada membuat tahlil kecil-kecilan.

Danish hanya sendirian di kawasan perkuburan. Di tenungnya batu nisan
yang di ukir nama Nahan Wajidah Bt Izzudin. Di kucup batu nisan itu lalu
Danish pulang ke rumahnya.

Setiap kali hari kelahiran Nahan dan tarikh kematiannya, Danish akan
datang ke sini untuk sedekahkan al-fatihah lalu baca yassin. Kalau ada
masa terluang pada hari biasa dia juga akan datang ke sini.

"Awak." Panggil Mahirah dari belakang membuatkan Danish tersedar dari
lamunannya.

"Ehh kau ni, tak reti nak bagi salam ke." Jerkah Danish, terkejut di
buatnya apabila di sergah sebegitu.

"Maaf saya tak sengaja." Ujar Mahirah, lalu di tenungnya batu nisan itu.

"Nahan Wajidah bt Izzudin." Baca Mahirah perlahan.

Siapa agaknya Nahan Wajidah ni. Isteri dia ke, tak pun adik dia ke?
Mahirah tertanya-tanya.

"Dah jom, aku nak balik." Panggil Danish yang sudah menunggu di pintu pagar.

"Siapa dia?" Tanya Mahirah yang ingin tahu.

"Kau tak kenal." Selamber aje kata Danish.

"Sebab saya tak kenal saya tanya." Mahirah yang masih berdegil mahu tahu
tentang Nahan tiba-tiba diam apabila dijeling oleh Danish.

Perkara ini biarlah hanya aku tahu, dan tak perlulah mereka tahu. Kata
hati Danish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience