BAB 5

Romance Completed 10479

Indah Pagi ini dengan kicauan burung di dada langit membuatkan hari
terasa sungguh tenang. Nikmat pagi dengan matahari yang jelas terpancar,
kita sebagai hamba harus mengucapkan syukur atas kurniaan Nya.

Wardah dan Mahirah besiap-siap untuk ke hospital melawat si Danish. Kata
Wardah, Danish masih belum di benarkan pulang selagi belum sembuh
sepenuhnya.

"Dah jom" kata Mahirah yang sudah terpacak di hadapan pintu. Pagi ini
semangat Mahirah lain macam sikit.

Wardah terasa pelik dengan sikap sahabatnya itu, biasa waktu sebegini
masih berada di katilnya. Kalau tidak di kejutkannya tidak akan bagunlah
gadis itu,tapi hari ini lain. Tak payah di kejutkan sudah bagun. Malahan
lebih cergah dan cepat dari Wardah.

Teksi yang membawa mereka dari kampusnya ke Hospital Kuala Lumpur di
bayar oleh Mahirah. Lalu mereka masuk ke dalam hospital.

"Macam mana kita nak tahu biliknya?" Tanya Mahirah.

"Kejap biar aku ke kaunter pertanyaan, kau pergilah mana-mana dahulu."
Jawab Wardah lalu ke kaunter pertanyaan.

Mahirah mengelilingi setiap sudut di kawasan hospital lalu dia pergi di
tempat menunggu.

" Mahirah Insyirah."panggil seseorang yang cukup Mahirah kenal.

Di tolehnya ke belakang, melihat dari sudut yang agak tidak jauh
darinya. Ustaz Amri, guru di sekolah lamanya yang merangkap Ustaznya
sewaktu tingkatan 5. Seingat Mahirah, kali terakhir dia berjumpa dengan
Ustaz Amri adalah pada jamuan akhir tahun tingkatan 5. Sempat juga
ustaznya itu meminta nombor talifonnya dahulu.

Selepas tamat persekolahan, ada juga dia berhubung dengan ustaznya itu.
Tapi selepas Ustaz Amri cuba meluahkan perasaannya pada Mahirah, Mahirah
cuba melarikan diri dari ustaz Amri. Dia menggagap Ustaz Amri hanya
sebagai seorang guru dan sebagai abang sahaja, malahan tidak lebih dari itu.

"Apa ustaz buat disini?" Tanya Mahirah.

"Abang datang ke sini temankan adik abang." Ujar Ustaz Amri. Jadi kekok
pula mereka setelah lama tidak berjumpa.

"Ustaz sihat?" Tanya Mahirah lagi,tidak tahu apa yang mahu di bualkan
bersama gurunya itu. Dia berasa segan apabila Ustaz Amri bahaskan
dirinya abang.
"Apa ustaz buat di sini?" Wardah yang ingin tahu.

"Dia temankan adiknya." Jawab Mahirah ringkas.

Walaupun Mahirah dan Wardah adalah kawan baik, dia tidak pernah ceritakan
pada Wardah tentang Ustaz Amri melamarnya dahulu. Dia ada juga terfikir,
tidak perlulah dia memalukan Ustaz Amri.

"260 biliknya." Kata Wardah setelah pintu lif terbuka.

"Hah, tu pon bilik dia." Ujar Mahirah.

Dia dan Wardah masuk ke bilik tersebut. Melihat Datin Liana yang setia
menunggu di katil Danish.

"Assalamualaikum."kata Mahirah dan Wardah lalu bersalaman dengan Datin Liana.

"Macam mana Danish?"tanya Mahirah.

"Alhamdulillah esok mungkin dia balik." Kata Datin Liana.

"Alhamdulillah." Ujar Wardah. Hanya anggukan yang Mahirah lakukan.

"Mama nampak macam penat, pergilah balik, Mahirah dan Wardah boleh tolong
tengokkan sekejap." Kata Mahirah.

Terngamam Wardah mendengar kata-kata Mahirah. Aku tengah mimpi ke. Sejak
bila Mahirah jadi macam ni.

"Betul ke?. Kalau macam tu baguslah, mama balik dulu ye." Kata Datin Liana.

Tangan Datin Liana di kucupnya Mahirah dan Wardah.

Lama menuggu Danish, akhirnya dia bangun dari lenanya.

"Arghhh" jerit Danish. Sakit mungkin

"Awak tak apa?" Tanya Mahirah yang tiba-tiba pegang tangan Danish.

Melihat mata Danish yang hanya tertumpu pada tangannya terus dia
melarikan tangan yang erat memegang tangan Danish sebentar tadi.

"Maaf saya tak sengaja." Ujar Mahirah yang menahan malu.

"Tak apa, saya suka." Kata Danish lalu terus ketawa.

Danish mengaduh kesakitan oleh ketawa yang kuat sebentar tadi.

"Saya panggilkan doktor ye." Ujar Mahirah yang ingin berlalu.

"Tak payah, cukup awak aje temankan saya." Kata Danish dengan senyumanya.

Mahirah jadi serba salah lalu duduk di tepi katil Danish. Di mintanya
Danish untuk suapkn makanan.

"Awakkan dah sembuh." Kata Mahirah.

"Perut saya sakit kalau saya gerakkan tangan." Tipu Danish.

"Awak ni saja ajekan." Marah Mahirah .Dalam marahnya, ada jugak rasa
gembira. Entah apalah yang dirasakannya sekarang. Mungkin sukar untuk di
tafsir.

Bubur di atas meja tepinya di ambil lalu cuba di suap kepada Danish.

"Harr, buka mulut tu." Mahirah menghulur sudu yang sudah berisi bubur di
atasnya.

"Arrrrrrrrrrr." Di bawanya bubur itu sepeti layang-layang. Terbang ke
sana, ke sini.

"Awak nak suap tak saya ni." Danish sudah geram dengan Mahirah.

"Awak nak saya suap tak? Kalau nak duduk diam-diam." Katanya lalu ketawa.

Nasiblah waktu itu Wardah ke kedai yang berdekatan. Jadi tidak adalah
dia melihat adengan mereka.

"Aummm." Kata Mahirah selepas suapan terakhir bubur itu masuk ke dalam
mulut Danish.

"Terima kasih." Ujar Danish.

Hanya anggukan yang Mahirah lakukan. Rasa malu pulak bila berbuat
sedemikian, biasanya di lakukan begitu sewaktu adiknya atau Wardah demam
tapi kali ini pada lelaki yang pernah memalukannya. Apa sebenarnya yang
di rancang oleh Nya.

Setelah Datin Liana datang, Mahirah dan Wardah meminta diri untuk pulang.
Maklumlah, sudah nak malam.

'Blukkk' Mahirah terlanggar seorang lelaki yang baru memasuki bilik Danish.

"Maaf maaf." Kata Mahirah.Lelaki itu kelihat ganas dengan parut di muka
dan lengannya.

"Kau ni lelaki yang tikam aku kan?" Kata Danish seraya lelaki itu sudah
di katilnya. Terkejut Datin Liana mendengarnya.

"Sebenarnya aku datang nak mintak maaf." Ujar lelaki itu.

"Aku tak nak maafkan kau." Danish rasa geram.

"Kalau kau tak nak maafkan aku, aku tikam kau sekali lagi." Lalu di
keluarkan pisau dari poketnya.

"Ehhh, aku dah maaf." Danish yang mula takut. Mahu taknya kalau di tikam
sekali lagi. Errrr, tak sanggup. Sakit hanya Allah yang tahu.

"Aku gurau aje. Nama aku Ikhwan Syafiq" Kata lelaki itu terus ketawa
lalu memperkenalkan dirinya pada Danish.

"Siapa perempuan tadi?" Soal Ikhwan, dia yakin pasti Danish tahu, kalau
tidak tak akanlah perempuan itu ada disini.

"Itu Mahirah dan Wardah. Kawan kampus aku dekat UPM." Kata Danish

Setelah Ikhwan pulang, dia kembali berehat. Di baringkan tubuhnya di
katil. Teringat pulak apa yang terjadi petang tadi. Mahirah, gadis yang
bermain di fikirannya sejak dia pulang. Kenapa dan mengapa harus dia?

"Sihat aje,kamu buat apa di sini?" Tanya Ustaz Amir hairan melihat Mahirah
di sini.

"Saya datang melawat kawan bersama Wardah." Jawab Mahirah.

"Owhhh, baguslah. Kirimkan salam abang padanya." Kata Ustaz Amri.

" Mahirah , Mahirah dah kahwin?" Ujar Usatz Amri.

Hanya gelengan yang Mahirah lakukan. Mahirah rasakan seperti ada sesuatu
yang tak kena akan berlaku.

"Abang rindukan Mahirah, lama abang tunggu Mahirah." Kata Ustaz Amri.

Mahirah jadi tak keruan dengan kata-kata ustaznya itu.

"Macam mana, Mahirah dah ada keputusan untuk pinang abang hari itu?"
Tanya Ustaz Amri tampa segan silu.

Mengapa soalan ini di ajukan lagi kepadanya, tidak fahamkah ustaz bahawa
dia tidak boleh menerima Ustaz Amri.

"Maaf Ustaz, saya harus pergi. Wardah sudah mencari saya.
Assalamualaikum." Kata Mahirah lalu meninggalkan Ustaz Amri sendirian.

Terkejut Wardah melihat Ustaz Amri dari jauh. Wardah yang melihat
perubahan terhadap Mahirah semejak berjumpa Ustaz Amri tadi hanya mampu diam.

"Kau tak sihat ke"? Tanya Wardah.

"Aku sihat aje,penat mungkin." Kata Mahirah. Cuba di sembunyikan dari riak
wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience