BAB 9

Romance Completed 10479

Panggilan telefon dari keluarga Danish buatkan mereka harus pulang ke
Selangor dengan segera. Kata Dato Rizuan ada benda yang mereka mahu
bincangkan tentang Danish.

Mahu sahaja Mahirah biarkan Danish pulang sendirian tapi apakan nasib, dia
pula dimarah oleh maknya.

"Apa kamu ni, mana boleh buat suami macam tu." Bebel Puan Aminah pagi tadi.

Mahirah masih dengan muka tidak bersalahnya. Mak ni, apalah salah aku
asyik menantu dia aje yang dibelanya.

Selepas selesai memasukan semua barangan keperlu yang ingin dibawa ke
dalam bonet kereta, mereka mula bertolak. Barang keperluan seperti baju
dan yang penting aje. Kalau dah sabun badan tu tak akanlah nak bawah
jugakan, rumah Datin mestilah sudah tersedia semua keperluan itu. Tapi
lainlah kalau Danish mandi tak bersabun. Nilah kau, suka sangat sangka
buruk pasal suami sendiri. Ishhh tak patut betul.

Air mata yang bergenang dikelompak mata Mahirah akhirnya jatuh jua. Belum
puas Mahirah bermanja dengan Puan Aminah sejak cuti sebulan yang lalu.
Pandangannya dilemparkan keluar tingkap agar Danish tidak nampak dia
menangis.

"Awak tak apa-apa ke" tisu dihulurkan pada Mahirah.

"Saya ok aje, kereta awak ni banyak habuk la. Pedih mata saya." Malu
pula Mahirah untuk mengaku yang dia menangis.

Danish hanya mempu mengelengkan kepala melihat telatah Mahirah. Dia
sebenarnya tahu yang Mahirah menagis. Puan Aminah sudah berkata padanya,
seperti kebiasaan apabila sampai di simpang depan masjid Mahirah akan
terus menagis kerana sedih perlu meninggalkan keluarga untuk pergi
belajar tapi kali ini lain sikit kerana dia pergi untuk mengikut suaminya.

Mahirah di raih lembut sewaktu mereka berhenti di lampu isyarat.
Terkejut buka kepalang Mahirah dibuatnya.

"Saya tahu awak rindukan mak, saya janji nanti saya akan bawa awak balik
sini lagi." Mata coklat milik Mahirah ditenung lama oleh Danish. Mahirah hanya mengiyakan. Kali ini mulutnya kelu. Bagaikan ada gam melekat.

Kedua-duanya hanya diam membisu. Hanya kedengaran enjin dan radio kereta
yang memecahi suasana.

******************

Kehadiran Mahirah buat pertama kalinya sebagai ahli keluarga Dato Rizuan
di sambut baik di banglo milik Dato Rizuan. Mereka mengadakan sedikit
majlis untuk menyambut pengantin baru itu. Pelbagai juadah yang enak di
hidang. Ahli keluarga serta sahabat handai dijemput, antaranya dari
kalangan Dato serta Tan Sri. Siapa tidak kenal Dato Rizuan, ahli
perniagaan yang cukup terkenal di seluruh Malaysia bahkan Dunia. Namanya
cukup dikenali serta disegani ramai.

"Wah cantik menantu u." Ujar seorang wanita dilewat usia itu.

"Tengok anak i pulak macam mana." Ketawa Datin Liana. Wajahnya sungguh
gembira apabila orang memuji menantunya.

"Hai pengantin baru." Usik satu suara dari belakang Mahirah dan Danish.

Itu Adam dan disebelahnya Wardah. What? Apa Wardah buat disini?

" Mahirah awak sihat." Peluk Wardah pada Mahirah.

"Alhamdulillah saya sihat sayang." Seraya tersenyum.

"Janganlah bersayang-sayang dengan Wardah tu, nanti abang cemburu."
Mahirah hanya mampu menahan malu apabila Danish mengusiknya didepan Wardah
dan Adam.

Suka sangatkan sakat aku, ish mamat ni memang nak kena.

"Alahai korang,tak payah nak sweet-sweet kat sini." Kata Adam.

"Abang? Awak mimpi ke?" Mahirah mengerling. Aku sebenarnya tidak suka
orang yang hanya berpura-pura sayang. Kalau sebab nak jaga nama baik kau
untuk nak tunjuk mesra depan mereka baik tak payah. Bentak hatinya.

Sejak bergelar isteri orang ni, bukan nak cakaplah hati aku ni jadi
makin sensitif sikit. Mudah terusik biarpun orang hanya bergurau.
Bahayakan penangan pengantin baru ni.

Usai majlis selesai, Dato Rizuan memanggil kami sekeluarga untuk
berkumpul dan termasuklah Wardah sekali yang dijemput Datin Liana.
Sebenarnya Wardah mahu segera pulang tapi dilarang oleh Datin Liana.
Katanya biarlah tinggal disini dulu seminggu dua. Wardah hanya mampu
mengalah, serbasalah pula mahu menolak pelawaan Datin Liana.

Dalam rancak mereka berborak, azan maghrib kedengaran. Masing-masing
meminta diri ke bilik untuk menunaikan solat.

"Saya nak mandi dulu." Kata Mahirah, lalu kakinya melangkah ke arah tandas.

Danish hanya melihat kelakuan Mahirah, sejak petang tadi Mahirah kelihatan
lain. Macam ada benda yang disembunyikan. Hemm, aku bukan tidak berhak
tahu, tapi mungkin dia belum sedia untuk berkongsi dengan aku.

Tangan Mahirah ditarik perlahan. Langkah Mahirah tiba-tiba berhenti,
tubuhnya bagaikan kaku. Ditarik Mahirah makin hampir dengannya hinggakan
Mahirah dapat rasakan hembusan nafas Danish.

Wajah mulus Mahirah didongakkan sedikit ke atas, maklumlah Danish lebih
tinggi dari Mahirah. Wajah itu ditatap lama.

Danish ni dah kenapa, buang tabiat ke? Malu pula Mahirah untuk mengangkat
mukanya.

"Sayang, kenapa ni. Ada masalah ke?" Suaranya Ya Allah, melting bukan
setakat Mahirah, si penulis ni pun terasa meltingnya apabila bermain
dengan cinta di alam fantasi ni. Ishhh, padah macam ni.

Kali ini bukan setakat tekejut, aku rasa dah nak pengsan. Danish cepat
sambut sayang awak ni. Tapi kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam
hatinya. Mahirah mana berani nak kata sedemikian.

Kalau kau takut nak luah perasaan kau pada dia Mahirah,sampai bila-bilapun
kau tak akan tahu cinta kau terbalas atau tak. Tapi aku rasa cinta aku
tak akan terbalas. Tiba-tiba teringat tentang batu nisan yang terukir
nama Nahan Wajidah di perkuburan tempoh hari. Kali ini persoalan demi
persoalan bermain di fikiran aku. Betul ke sayang yang diugkapkan pada
aku itu, atau hanya mahu memaniskan bait-bait kata mu sahaja wahai
Danish. Habis siapa perempuan tu? Bila aku tanya dia cakap aku tak perlu
tahu.

Satu kucupan hinggap dipipi Mahirah. Terasa hangat, sehangat cinta aku
sekarang pada Danish.

Aku hanya memandang wajah Danish, mustahil untuk aku marah padanya.

"Sekali sayang mengelamun abang akan cium sayang." Aku hanya tersenyum
mendengarnya. Saja nak buat aku cairlah ni kan?

"Saya ok. Awak jangan risau." Terkejut juga Danish, dia menyangka Mahirah
akan memarahinya atas perbuatan itu dan dia juga sudah bersedia untuk di
marahi. Hakikatnya Mahirah kelihatan tenang, tapi disebalik ketenangan
Danish dapat rasakan ada sesuatu yang bermain difikiran isterinya itu.

"Tak apalah,saya nak mandi." Tuala yang tersusun rapi diatas rak diambil
Mahirah lalu berlalu ke tandas.

Dijendela biliknya, Danish melihat keindahan alam. Ternyata suasana di
kampung dan bandar jauh berbeza, rasa rindu pula akan suasana kampung.

"Harrr" terkejut Danish apabila diterjah Mahirah. Amboi, pandai Mahirah sekarang ye usik-mengusik.

"Nasib abang tak ada sakit jantung." Danish mula mengurut dadanya.

"Pergilah mandi nanti nak solat, kan lambat pulak." Kata Mahirah dengan
suka yang masih bersisa di bibirnya.

Danish berlalu pergi. Langkahnya diberhentikan, badannya dipusingkan
lalu memeluk tubuh Mahirah. Pinggan Mahirah di peluk lama. Mahirah hanya kaku
disisi Danish.

"Saya sayang awak kerana Allah." Kata Danish. Air mata yang deras
mengalir dipipi Mahirah diseka oleh Danish. Kali ini satu lagi ciuman
dihadiahkan pada Mahirah.

Suka betul mamat ni cium aku ye. Nak kena ni. Mahirah mula tersenyum
nakal. Kali ini satu ciuman hinggap dipipi Danish lalu Mahirah berlari
meninggalkan Danish yang masih terpinga-pinga bagaikan tidak percaya
yang Mahirah akan menciumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience