BAB 11

Romance Completed 10479

Kereta Bmw X6 meluncur laju melintasi Lebuh Raya Sg. Besi lalu mereka
menuju ke arah Serdang. Kereta itu memasuki sebuah shopping mall
yang cukup terkenal di Selangor iaitu The Mines Shopping Mall. Selepas
breakfast pagi tadi Adam mengajak mahirah dan Danish temankannya dan
Wardah untuk berjalan-jalan. Kata Wardah, segan pula kalau mahu berjalan
berdua-duaan aje. Maklumlah mereka belum kahwin ataupun kenal
sepenuhnya. Aik, Wardah nak kahwin dengan Adam ke?

Pada mulanya aku menolak dan suruh Danish sahaja yang temankan mereka.

"Saya tak nak pergi kalau awak tak pergi." Kata Danish. Ish, mengada
pula dia ni. Lagipun tak sanggup juga aku nak biarkan Wardah ditemani
oleh dua lelaki itu. Bukan dia tak percaya, tapi dunia zaman sekarang
manalah boleh percaya sangat. mahirah hanya akur.

Blous hitam dibetulkan mahirah didepan cermin keretaa lalu aku berjalan
dibelakang Danish. Manakala Wardah pula sudah tidak nampak kelibatnya
dek ramai orang di pusat belah belah ini.

"Kenapa jalan belakang saya ni?" Tanya Danish kehairanan.

Aku hanya mampu tersengih.

"Marilah, saya tak pernah pun makan orang. Lagi pun saya tak ada rekod
jenayah pernah pukul orang." Danish ni kalau dah berseloroh ada-ada
sahaja yang merapu.

Tangan aku dicapainya. Eh sedap-sedap aje pegang tangan aku.

"Siapa suruh awak pegang tangan saya?" Bukan aku marah cuma tanya, nada
ku dikawal agar tiada siapa yang dengar. Nanti mereka ingat kami
bertekak pula.

"Hari tu awak cakap saya tak boleh pegang tangan awak selagi saya tak
pegang tangan tok kadi, saya dah pun pegang kan?" Danish mula mengukir
senyuman dibibir kecilnya itu. Aku hanya mengangguk.

Seksi juga bibir dia, merah. Apalah kau ni mahirah, bibir juga yang kau
pandang.

"Awak, boleh lepas tangan saya?" Segan pula aku bila ada saja mata yang
asyik memandang. Bukan apa, Danish ni kacak orangnya, malahan masa
tidurpun tetap kacak, comel pulak tu. Nak aje aku tarik pipi dia, sampai
kadang-kadang tergugat iman aku bila pandang lama-lama.

"Bagi saya 10 sebab kenapa saya kena lepas?" Hadoi ni yang malas ni, nak
bersebab-sebab pulak.

"Errr, pertama saya malu, kedua or.. orang tengok, ke..." belum sempat
aku menghabiskan kata-kataku, jari telunjuk Danish sudah berada
dibibirku tanda menyuruh aku diam.

"Untuk pegang tangan awak saya ada seribu satu sebab, tapi untuk lepas
tangan awak saya hanya ada satu sebab kenapa tak nak lepaskan." Matanya
memandang tepat kearah anak mataku, terpancar satu keikhlasan
diwajahnya. Tapi betul ke dia ikhlas?

"Apa sebabnya?"ish saja ajekan kau pergi tanya, entah-entah jawapan yang
menempah maut untuk kau mahirah.

"Sebab saya taknak kehilangan awak." Betul ke apa yang aku dengar dari
mulutnya sebentar tadi? Sebenarnya apa yang bermain difikiran lelaki itu.

Bahu aku peluknya erat sambil jalan beriringan dengannya. Arghh, terasa
bahagia pula kalau terus begini. Jujur aku kata, mustahil kalau tiada
perasaan cinta pada suami sendiri, dan tak mustahil untuk mencintai
orang yang baru kita kenal.

"Jom masuk kedai ni sekejap." Tangan aku ditariknya kedalam kedai emas
Poh Kong

"Awak nak buat apa?"

"Saya nak belikan rantai untik girlfriend saya." Kata Danish. Aku
hanya mengukir senyuman dan kali ini senyuman ku sedikit tawar.
Nampak sangat kata-kata kau pada aku tadi tak ikhlaskan.

Aku hanya melihat dia membuat pilih. Ada juga dia bertanya pada aku yang
mana cantik dan aku hanya mengiyakan sahaja.

Aku biarkan Danish membuat pembayaran dan aku berlalu keluar, kaki ku
mengorak langkah ke arah tangga. Tidak lama kemudian langkah ku disusuli
oleh Danish. Terasa sakit pula hati ini, aku hanya biarkan.

"Awak nak kemana pula lepas ni." Soalan itu kubiarkan tanpa jawapan.
Danish mungkin dapat menangkap perubahanku.

"Danish." Panggil satu suara yang entah dari mana. Aku dan Danish
mencari kelibat empunya suara. Mahu dikatakan Adam mustahil kerana
suaranya agak garau sedikit.

"Ikhwan." Danish bagaikan tidak percaya perubahan terhadap gangster yang
menikamnya tempoh hari, begitu jauh bezanya. Apa yang buatkan dia begitu
berubah? Itu menjadi tanda tanya? Tapi dia tetap bersyukur
sekurang-kurangnya Ikhwan sudah tidak menjadi gengster lagi.

"Assalamualaikum" ujar Ikhwan. Salam itu disambut oleh Danish dan H mahirah.

"Aku dah lama cari kau Danish." Mata Ikhwan dari tadi tidak lekang
memandang mahirah. Jadi serba salah pula gadis itu.

mahirah yang duduk jauh dari Danish dan Ikhwan melemparkan pandangannya
didepan tasik. Di dalam shopping mall ada tasik? Korang mesti tak
percayakan? Melihat ikan yang berenang-renang, terasa sungguh tenang.
Bagaikan aku lupa masalah yang menganggu perasaanku sebentar tadi.

"Kau berdua aje dengan gadis tu." Danish mula pelik dengan Ikhwan, dari
tadi bertanyakan tentang mahirah.

"Tadi kau cakap dah lama cari aku, sebab apa?"

"Aku sebenarnya suka kawan kau tu." Terkejut Danish dibuatnya. Kenapa?
Kenapa isteri aku?

"Kau cakap dia teman kampus kau, aku nak kau tolong aku ejaskan dia
boleh?" Danish kelu. Entah apa yang mahu dikatakan pada Ikhwan.

Danish terfikir sejenak, mungkin inilah sebab perubahannya. Satu keluhan
dilepaskan.

Takkan aku nak berbohong pada Ikhwan yang mahirah tu bukan isteri aku, tak
ke aku ni akan nampak dayus. Lagi pun berdosa juga kalau aku tak bagi
tahu hal yang sebenar kerana dia pasti akan terus menyimpan perasaan
pada mahirah.

"Dia sebenarnya isteri aku." Wajah Ikhwan berubah, terkejut mungkin.

"A...aku mintak maaf." Kata Ikhwan, mungkin rasa bersalah dalam dirinya
muncul, tapi Danish tahu ini bukan salah Ikhwan.

"Jagalah dia sebaik mungkin." Kata Ikhwan lalu berlalu pergi. Mungkin
sedih. Tapi dia redha.

Melihat kelibat Adam, aku terus mendapatkannya. Aku tengok Wardah
sungguh gembira, banyak yang dibeli mereka. Aku? Hemm, tak ada mood
nak membeli belah.

Aku mengajak mereka pulang. Bosan pula duduk disini dengan perasaan yang
bercelaru begini. Tempat yang sesuai untuk aku waktu begini adalah
didepan sejadah dengan sebuah
al-Quran ditangan, dan bukannya di hopping mall.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience