BAB 1

Romance Completed 10479

Perlahan langkah kakinya dipanjangkan ke arah kafeteria. Melihat barisan yang
panjang untuk menempah makanan, Mahirah hanya mampu lepaskan satu keluhan yang berat. Rimas dan tak berdaya dia melihatnya. Mahu takk mahu terpaksa juga dia beratur nanti ada pula perut berkeroncong.

Setelah makanan siap ditempah, Mahirah menunggu lebih kurang 10 minit lalu
pergi untuk mendapatkan maknannya.

"Ehh , tak reti nak beratur ke pastu tunggu giliran? " tanya Mahirah
dengan nada yang sedikit marah.

"Suka hati akulah, kau sibuk apahal. Siapa cepat dia dapat. " kata
Danish Iskandar dengan senyuman yang sinis.

"Cantik bahasa awak. Ni saya punya." Dengan pantas Mahirah mengambil makan
yang ditempahnya tadi.

Dengan menggunakan kudrat lelakinya, Danish cuba merampas dulang yang
dipegang oleh Mahirah .Bukan dia tidak mahu beratur, tetapi malas kerana
melihat barisan yang begitu panjang.

'Plukkk' makanan yang elok terhidang sebentar tadi sudah jatuh ke lantai
dek kerana pergaduhan mereka.

"Ni semua salah kau, eh perempuan kenapa kau menyusahkan har? Dah lah
miskin, tak layaklah nak belajar kat sini. Tengok sekarang habis baju
aku kotor, kau mampu bayar ke?" Hentak Danish tampa memikirkan orang
yang ada disekelilingnya.

"Jadi sekarang semua salah saya? Kalau tu yang awak rasa, saya mintak
maaflah." Kata Mahirah berlalu pergi dengan air mata yang membasahi pipi.

Hina sangat ke aku, bukan aku minta hidup susah dan aku sedar aku disini
hanya kerana biasiswa. Tapi perlu ke hina aku?

Wardah tergamam melihat kejadian yang berlaku sebentar tadi, dia hanya
mampu mengikut langkah Mahirah tanpa sebarang kata. Kesian melihat sahabat
baiknya itu.

"Wehhh, kau buat apa tu Danish? Kesian kot dekat perempuan tu,kejam
sangatlah kau ni" Adam yang datang dari belakang menyapa.

"Kau rasa aku kejam sangat ke?" Mula timbul rasa bersalah dalam dirinya.

Kejam sangat ke aku? Hemm, kesian jugak dekat dia pergi macam tu je
makan pon tak lagi. Kata hatinya.

Adam menggelengkan kepala, faham benar dia dengan si Danish ni, kuat
betul mengelamun. Mengalahkan perempuan.

Tampa berfikir panjang, Danish turut beratur di belakang barisan yang
hanya tinggal tiga orang. Setiba gilirannya, dia menempah sebungkus mee
goreng.

Setelah siap membayar mee goreng, Danish berlalu pergi ke arah Adam.

"Jom ikut aku."kata Danish membuatkan Adam terlopong.

Dah kenapa dengan mamat ni, tadi tengking perempuan tu macam tu aje. Ni
ajak aku temankan, tapi garang macam singa. Nak cakap datang bulan,
lelaki. Omel Adam sendirian.

"Wehhh tunggulah kejap." Berlari anak Adam mengejar Danish yang sudah
jauh meninggalkannya.

"Kau kenal perempuan tu?"tanya Danish.

"Perempuan mana?" tanya Adam untuk kepastian.

"Ala, perempuan yang tumpahkan makan atas baju aku tu." Kata Danish
tampa rasa bersalah.

Adam membuatkan mimik muka yang kurang menyenangkan. Salah kau, kau
cakap salah perempuan tu pulak, desis hati kecilnya.

"Yela, perempuan yang aku tumpahkan makanan dia tu." Kata Danish.

"Kenal, Mahirah Insyirah. Gadis yang boleh dikatakan cantik di kampus ni."
Kata Adam dengan pastinya.

"Dia duduk hostel kan?"tanya Danish lagi.

"A'ar duduk hostel."kata Adam

"Kau tahu bilik dia kat mana?" Adam terdiam seketika dengan pertanyaan
Danish.

"Danish,kalau kau nak sakitkan hati dia lagi tak payahlah. Kesian dia
tu. Tak puas lagi ke kau malukan dia tadi." Kata Adam membuatkan muka
Danish bertukar merah.

"Ehhh bodoh,kalau kau nak bebel kat sini blah. Aku datang sini nak
mintak maaf dengan dia." Tengking Danish.

Adam hanya mampu tersenyum menahan malu, ada juga terasa pelik dengan
sikap sahabatnya itu. Sebelum ini sudah ramai perempuan yang Danish
sakitkan hatinya,tapi tidak pula dia rasa bersalah dan apatah lagi mahu
memohon maaf.

"Kenapa kau tak tanya je kawan-kawan perempuan kau tu?" Cadang Adam.

Handphone I-phone 6 plus dikeluarkan lalu Danish mendail satu nombor.
Terpancar senyuman disebalik wajahnya.

"Block A, tingkat 2. Nombor dua dari tangga." Kata Danish kepada Adam

Kakinya dilangkah ke arah hostel perempuan. Melilau Adam dan Danish
mencari block A. Maklumlah, student lelaki sebenarnya tidak dibenarkan
masuk ke hostel perempuan.

"Hahh,tu har." Tunjuk Adam.

Tangga dilangkah satu demi satu, akhirnya sampai juga ke tinggkat dua.

"Aku rasa inilah bilik dia." Ujar Danish

"Ye, aku pon rasa ni bilik dia. Tapi kasut dia tak ada, mungkin dia
belum balik lagi." Kata Adam membuatkan Danish mengiyakan kata-kata Adam.

Mee goreng yang dibelinya sebentar tadi diletakkan didepan pintu. Satu
note diselitkan bersama.

Suasana yang tenang dan aman membuatkan Mahirah terasa sungguh tenang.
Disinilah tempat Mahirah menghabiskan masanya jika mempunyai banyak
masalah dan untuk tenangkan fikiran.

Wardah meghampiri Mahirah lalu duduk disebelah Mahirah .Puas dia mencari
Mahirah, rupanya disini anak gadis ini selepas keluar dari kafeteria
tengah hari tadi.

" Mahirah, kau okey?" Tanya Wardah yang mula memeluk erat bahu Mahirah.

"Aku okey aje Wardah." Hanya itu yang Mahirah katakan.

Satu pelukan di hadiahkan kepada Mahirah Dia tahu Mahirah kuat, cuma
mungkin dia ada masalah. Dia juga sudah cukup masak dengan perangai
Mahirah kerana mereka sudah berkawab dari sekolah rendah.

"Kita balik ye Mahirah,, hari sudah nak senja."ujar Wardah lalu berdiri.

Di tolongnya Mahirah untuk berdiri,lalu mencapai beg sandangnya. Mahirah dan
Wardah berlalu pulang ke hostel.

Setelah sampai di depan pintu bilik mereka, Mahirah dan Wardah memandang
antara satu sama lain. Bungkusan? Milik siapa bungkusan ini, nak cakap
yang aku memang tak lah sebab dah jatuh tadi. Desis hati Mahirah.

Wardah masih di depan pintu melihat Mahirah masuk tampa mengambil
bungkusan itu.

" Mahirah,tak akan nak dibiarkan aje diluar." Jerit Wardah dari luar.

"Kau ni,entah yang sapalah kau ambil tu. Entah-entah dah di bomohkan."
Kata Mahirah membuatkan Wardah memarahinya kerana mulut lancangnya itu.

"Tak baiklah kau cakap macam tu." Kata Wardah lalu masuk kedalam rumah.

Bungkusan yang dibawa masuk sebentar tadi dibuka.Sekeping nota
dikeluarkan dari plastik tersebut. Mahirah hanya melihat gelagat kawannya itu.

" Mahirah, ada nota."kata Wardah lalu melambaik-lambai nota itu di udara.

Mahirah masih dengan degilnya, tidak dihiraukan kata-kata Wardah tadi.

"Saya mintak maaf sebab tumpahkan makanan awak." Sengaja Wardah baca
agak kuat supaya Mahirah mendengar.

Belum sempat Wardah memanggil Mahirah untuk kali ke dua, Mahirah sudah
berada di tepinya.

"Bak sini aku baca."kata Mahirah yang masih dengan egonya. Padahal hati tu
meronta-ronta untuk membaca nota tersebut.

Wajahnya di cebikkan.

"Eleh, saja dia je tu. Entah-entah bukan dia yang hantar. Kau tahukan
dia tu ramai kawan perempuan, agak-agak kawan dia yang saja nak kenakan
kita." Kata Mahirah panjang lebar.

"Sorry sikit ye Cik Mahirah Insyirah, bukan kita tapi awak." Sambil
berjalan ke arah biliknya.

Selepas selesai solat maghrib, mereka berdua membaringkan tubuh di atas
katil. Terlalu penat mungkin. Suasana malam yang begitu nyaman di tambah
pula dengan penghawa dingin membuat mereka lena dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience