BAB 15

Romance Completed 10479

Bubur Pedas Sarawak sudah siap terhidang diatas meja. Itulah makanan
kegemaranku. Hari ni aku menjadi chef yang tak bergaji buat keluarga
Datin Liana. Bukan susahpun, Mak Esah ada untuk membantu aku. Alah
sekali-sekala turun dapur. Rasa teringin sangat nak makan, maklumlah
kalau duduk kampung senang aje aku nak masuk dapur tapi ni duduk rumah
orang susah sikit, Mak Esah selalu larang aku untuk menolongnya. Katanya
dia boleh buat sendiri, tapi tak sampai hati pula aku nak biarkan dia
buat sendirian, kemas rumahpun dia. Mujurlah hal-hal tanaman Pak Mail
yang uruskan.

Tangan yang berbalut plaster tadi kupandang. Tajam juga pisau yang Mak
Esah asahkan setajam buluh berduri. Harap-harap cepat sembuh, susah nak
buat kerja kalau tangan berbalut ni, rimas rasanya.

Aku berlalu ke ruang tamu untuk memanggil mama dan papa. Kelihatan
kelibat Danish juga turut disitu, setahu aku tadi dia keluar dengan
Adam. Entah bila balikpun aku tak tahu.

"Jom, dah siap." Panggilku seraya tersenyum kearah mereka.

"Ni kira first time abang rasa masakan sayanglah kan?" Tanya Danish. Aku
hanya mengangguk. Harap dia suka apa yang aku suka, kalau dah tak suka
tu aku redha je.

"Jadi abang nak sayang suapkan." Aku bagaikan tak percaya dia boleh kata
sedemikian didepan Datin Liana dan Dato Rizuan. Arghhh memalukan. Nak
bermanja tu biarlah bertempat cik abang oii.

"Abang ni mengadelah." Bahu Danish ku cubit manja.

"Untunglah boleh bersweet- sweet." Ujar Adam dengan nada yang sedikit
cemburu.

"Dah kamu tu tak nak kahwin ke? Wardah tu, baik, manis orangnya. Bukan
sapa-sapa pun kawan baik Mahirah jugak." Adam mula tesipu malu , wajahnya
ditundukkan kebawah. Dah macam anak dara.

Aku memandang Danish yang dari tadi menyudukan makanan ke mulutnya.
Dengan lahapnya dia menelan.

'Mamat ni dah kenapa.'

"Kalau ye pun sedap sangat, makanlah elok-elok Danish." Kali ini suara
Dato Rizuan pula menyindir anak bongsunya.

"Wah pandainya Mahirah masak. Tak sampai sebulan gemuklah Danish nanti." Puji
Datin Liana. Aku hanya tersipu malu. Tak sangka mereka akan suka.

Sejak keluarga aku berpindah ke Sarawak masa aku berusia 11 tahun
dahulu, makan Sarawak menjadi makan kegemaran aku, mee kolok? Sudah
pasti. Senang juga nak pikat hati keluarga Danish ni, lepas ni bolehlah
aku buatkan umai ikan tenggiri pula.

Abah bersara masa aku berusia 15 tahun, abah membuat keputusan untuk
pulang ke kampung. Katanya merantau hanya untuk mencari rezeki. Abah
bersara muda, jadi tidak hairanlah untuk aku. Hasil tanaman yang
diuruskan abah kepada pembekal sudah memadai untuk menampung kami
sekeluarga.

*******************

Cuaca yang elok membuatkan kami sekeluarga berkumpul dilaman untuk minum
petang. Aku membantu Mak Esah menghidangkan kuih dan minuman buat mama
dan papa.

Air teh'o panas ku tuangkan lalu ku hulurkan pada mereka.

"Esah, marilah minum sekali." Panggil Dato Rizuan.

"Tak apalah Dato, banyak lagi kerja kat dapur tu." Tolak Mak Esah.

"Dah, dapur tu biarkan. Duduk dulu, kalau kira kerja tu memang tak
pernah habis." Ujar Dato Rizuan lagi. Dia sebenarnya kesian juga pada
wanita yang separuh usia itu, tidak tahu penat lelah. Kalau dah buat
kerja tu memang tidak ingat dunialah jawabnya.

"Danish, papa ada sesuatu untuk kamu dan Mahirah. Ni kira hadiah
perkahwinan kamu dari mama dan papa." Sampul putih dihulurkan pada
anaknya itu. Semua terpinga-pinga.

Wajah Adam begitu teruja untuk tahu apa isinya. Cek berjumlah 10k kah?
Ataupun percutian ke Paris. Ish tak boleh Paris, rusuhan.

Sepucuk surat dikeluarkan dari sampul tersebut, dan itu adalah geran rumah.

Dato Rizuan dan Datin Liana menghadiahkan sebuah rumah untuk anak dan
menantunya. Itulah yang dijanjikan pada anak teruna mereka dahulu.

"Siapa kahwin dulu, papa dan mama akan hadiahkan sebuah rumah." Kata
Dato Rizuan tahun lalu.

"Ma, pa apa ni?" Tanya Danish untuk kepastian.

"Alahai, dah dapat rumah tak akanlah tiba-tiba jadi tak pandai membaca
pulak ni." Sindir Adam buatkan mereka sekeluarga ketawa. Danish faham
sindiran itu hanyalah gurauan. Dia cukup masak dengan dengan perangai
abang itu.

"Terima kasih papa, mama." Ujarku lalu memeluk erat Datin Liana. Tiada
apa yang mampu aku ucapkan selain dari syukur.

"Bila nak pindah?" Tanya Dato Rizuan.

"Amboi, dah macam taknak bagi Danish duduk sini aje." Danish mencebikkan
bibirnya.

"Bukan tu maksud papa. Carilah kerja dulu. Biar stabil."

"Ye Danish tahu, ingat nak cari jugak." Kata Danish.

"Apa kata abang ambik je Danish dengan Adam kerja dengan abang. Abang tu
bukan larat sangat kehulu-kehilir." Cadang Datin Liana. Dato Rizuan
hanya bersetuju.

Cuaca yang cerah sebentar tadi bertukar hujan. Semua berlalu kedalam
rumah kecuali Mahirah. Dia duduk dibawah payung di depan kolam ikan yang
menampakkan berpuluh-puluh ikan koi didalamnya. Dingin, tapi nikmat.

Terasa hangat tubuh seseorang datang memeluk aku dari belakang. Siapa
lagi kalau bukan Danish. Aku menoleh kearahnya lalu di tersenyum. Muka
Danish yang basah dek hujan aku lap dengan lengan bajuku.

'Kesian dia kena hujan sebab nak datang dekat aku.' Bisik hati kecilku.

Wajah aku ditenung lama olehnya. Mungkin dia faham apa yang bermain
difikiran aku sekarang ini.

Tudung yang kusarung sebelum ke luar runah tadi dibetulkan Danish.
Pipiku diusapnya lembut. Jari jemari dia sungguh hangat. Mahu sahaja aku
memeluknya sekarang, maklumlah hujan. Sejuk hingga ke tulang sum-sum.

"Sayang." Panggilnya lembut. Wajahku dongakkan sedekit kearahnya.

"Abang tahu sayang pasti akan rasa sunyi bila abang dah start kerja
nanti." Mulut Danish kututup dengan jari jemari ku. Aku tahu dia masih
mahu meneruskan kata-katanya.

"Shhhh." Kataku.

"Sayang tahu tu dah tanggungjawab abang. Sayang faham. Tapi satu aje
sayang mintak, jaga hati dan mata abang untuk sayang." Kataku lalu
dipipinyaku kucup. Aku berlalu kedalam rumah meninggalkan Danish
sendirian. Biarlah aku meredahi hujan yang lebat dikala ini dari aku
menjatuhkan air mataku dihadapannya. Aku tak sanggup tunjukkan kesedihan
aku depannya, aku tak mahu dia tak fokus pada pekerjaannya itu nanti.

Langkahku panjangkan kearah kamar. Aku menapak ke tandas untuk mengambil
wuduk, baru aku ingat aku belum solat asar lagipun kalau sedih-sedih
elok ambil wuduk.

Selesai aku solat asar, aku berdoa semoga Allah permudahkan hari-hari
kami sebagai suami isteri, dan permudahkan segala urusan kerjanya nanti.

"Amin". Telekung aku buang laluku lipat dan letakkan diatas sejad.
Sejadah aku letakkan diatas meja.

Nota kecil berwarna kuning aku ambil. Entah siapa yang bagi.

"Walaupun dimana saya berada awak tetap dihati saya." Your husband.

Hati aku rasa sayu, salah aku juga kerana fikir yang bukan-bukan.
Walaupun ayatnya simple tapi cukup buat aku rasa tenang sekarang.

Sungguh aku cintakannya kini, hanya ajal mampu pisahkan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience