BAB 8

Romance Completed 10479

"Aku terima nikahnya Mahirah Adelia Binti Akhsali dengan mas kahwinnya
lima ribu lima ratus ringgit tunai."

Selepas akad nikah, Mahirah dan Danish sibuk melayan perasaan
masing-masing di pelamin. Foto yang di ambil juru gambar bagaikan
sekeping gambar yang tiada perasaan tapi manis apabila ditatap. Mereka
hanya mengikut sahaja kemahuan juru gambar, malas pula mahu berbahas
dengannya nanti apa kata para tetamu yang dari tadi tidak habis-habis
melihat mereka. Kedengaran ada juga yang mengatakan bahawa mereka sangat
serasi bagaikan
' pinang di belah dua'. Hadoi. Mahirah dan Danish hanya mampu melayan
kerenah dan telatah ahli keluarga yang tidak habis-habis menyakat
mereka. Manakala Wardah dan Adam pula merupakan pengapit mereka.

Usai bergambar dan melayan ahli keluarga serta sahabat handai mereka di
jemput ke meja makan pengantin untuk makan beradab. Ni yang lemah bagi
Mahirah, kalau dah makan beradab ni hah mesti ada adegan suap-menyuap.'
Eiii, tak mahu.' Jerit hatinya.

Melihat meja makan yang penuh dengan makan, mahu sahaja Mahirah menelan
semuanya sendiri. Bukan dia tak mahu makan pagi tadi, biasalah raja
sehari katakan, nak makanpun tak lalu.

Semua jenis makanan ke ambil lalu letakkan kedalam pinggan sedikit demi
sedikit. Sungguh sedap melihatnya walaupun belum merasa.

"Ok cepat, Danish suap Mahirah." Ujar seorang juru gambar yang sudah
bersiap sedia untuk mengambil gambar.

"Eh tak apa, saya boleh makan sendiri."

Danish hanya tersenyum melihat perwatakn Mahirah. 'Gelabah sungguh dia.
Tapi cantik.'

"Tapi sayang,ni dah kira dalam set pengambaran yang kita ambik. Mari
saya suap awak." Lalu Danish menyuap Mahirah tanpa sebarang kata. Sayang?
Mungkin dah cair dengan kata-kata Danish tadi. Eh tak boleh, kau tak
boleh cair sangat dengan dia Mahirah. Bentak hati kecilnya.

********************

Masih terngiang-ngiang suara Danish di telingaku. Jantungku berdebar-
debar saat dia melafazkan akad. Air mata yang bergenang di ruang mata
pula jatuh berlinangan di pipi. Perasaan aku? Entahlah, aku sendiri
tidak pasti. Desis hati Mahirah.

Puan Aminah memeluk dan mengucup lembut pipi Mahirah selepas anaknya itu
bersalaman dengannya tadi. Begitu juga dengan Wardah yang memeluk erat
sebaik sahaja sahabatnya selesai di nikahkan. Debaran di dada menjadi
lebih laju apabila Danish yang kacak berbaju Melayu putih menghampiri
Mahirah dan menyarungkan cincin. Di saat Mahirah mencium tangannya, Mahirah
berjanji dia akan setia kepada Danish sampai bila-bila walaupun Mahirah
tidak tahu apa sebenarnya perasaan Danish terhadap dirinya. Selagi Mahirah
tidak dengar dari mulut suaminya itu sendiri.

Mahirah membetulakan kain batik yang di sarungnya selepas majlis tadi.
Inai di tangan di renung lagi. Dahulu semasa kecil, Mahirah adalah orang
yang paling gembira apabila menghadiri kenduri kahwin di kampung. Mana
tidaknya, dia memang suka melihat inai yang merah di jari pengantin dan
kini inai itu juga terletak pada jarinya.

Haishhh! Kenapa pula tiba-tiba aku terbayang wajah Danish ni? Debaran di
dada semakin laju apabila mata Danish merenung wajah ku setelah aku
bergelar isterinya tadi.

Daun pintu di kuak dari luar, satu susuk tubah yang cukup aku kenal
menghampiri ku. Lelaki itu adalah Danish. Mukanya kelihat sungguh penat
melayan tetamu hari ini. Kesian pula aku melihatnya.

"Awak pergilah mandi, tukar pakaian tu. Saya nampak awak macam dah
serabai. Kata Mahirah lalu menghulurkan tuala yang dipegangnya tadi.

"Awak dah mandi ke?" Tanya Danish yang menyambut huluran isterinya itu.

"Belom."

"Jom temankan saya mandi. Boleh mandi sekali." Ujar Danish.

Mahirah yang cuba memejamkan matanya sebentar tadi terus membuntangkan
mata. Mahu taknya terkejut, permintaan Danish tu pelik-pelik aje.

"Eh, awak dengar tak mak panggil saya, kejap ye." Mahirah berlari
meninggalkan Danish. Sebenarnya Puan Aminah tidak panggil pun si Mahirah,
dia sengaja kata begitu supaya dapat lari dari permintaan Danish.

Tergelak Danish di buatnya, dia tahu Mahirah belum bersedia untuk
segala-galanya. Danish sengaja menyakat Mahirah untuk melihat reaksi
isterinya itu.

*****************************

Mahirah mengambil beberapa bantal lalu di letakkan diatas lantai. Dia
alasnya sedikit kain kerana takut sakit belakang sewaktu tidur.

"Awak buat apa?" Danish mula bingun.

Mahirah hanya tersenyum. Dia faham Danishkan anak orang kaya, mesti tidak
biasa tidur di lantai. 'Biar aku sahaja.' Omelnya sendirian.

"Saya tidur disini aje." Tubuhnya dibaringkan.

"Kenapa?" Mahirah mula geram. Ishhh Danish ni, buat-buat tak faham pula.
Dah memang tak fahamlah kalau kau pun tak bagi tahu dia Mahirah. Bentak
hatinya.

"Saya tahu awak tak selesa, jadi biar saya tidur dibawah."

"Saya nak awak tidur atas, sebelah saya" Danish mula memuncungkan
mulutnya ke arah tempat yang kosong di sebelahnya.

Mahirah hanya akur, malas pula dia mahu bertekak dengan Danish, nanti
kalau keluarganya dengar susah pula.

"Jangan risau, saya tak akan apa-apakan awak." Ujar Danish yang seperti
faham apa yang Mahirah rasakan.

Bantal peluk dibawa bersama, mana boleh si Mahirah ni tidur tanpa bantal
peluk disisinya. Selimut ditarikkan separuh agar menutup sedikit
badannya. Tudung yang masih tersarung di kepala dibuka lalu letakkan di
meja berhampiran katil.

"Awak." Mahirah terkejut. Dia ingatkan Danish sudah tidur, tapi masih
terjaga mamat ni rupanya.

Mahirah mendiamkan diri. Sengaja tidak mahu melayan Danish. Mata ditutup
rapat, cuba untuk tidur tapi sukar sekali.

Rambut Mahirah paras dada di tarik lembut oleh Danish. Sesekali dia
menciumnya. Arghhh sungguh segar baunya. Naluri kelelakiannya cukup
tercabar.

Ish kenapa lah mamat ni, rambut aku jugak di tariknya. ' Tak suka lah.'
Mahu sahaja dia kata sebegitu, tapi tak mampu pula ayat itu keluar dari
kerongkong mulutnya. Itulah kau Mahirah, lembut sangat.

"Maaf ye, awak tak ada rambut ke main rambut saya ni?" Bersahaja ayat
itu keluar dari bibir munggil Mahirah, kadang-kadang geram jugakkan?

"Rambut awak cantik."

"Saya tahu rambut saya cantik, tapi tak payahlah main ye." Adoi perasan
pulak aku ni. Tapi aku bersyukur dengan ciptaan Tuhan kepada aku.

Suasana kembali sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik di luar rumah.

"Tak baik tau tidur membelakangkan suami."

Ishhh, apa masalah mamat ni semua tak kena. Aku seganlah, kau tu kacak
sangat, nanti kalau aku jatuh cinta macam mana? Tapi tak salahkan, suami
aku sendiri.

Tubuhnya dipusingkan ke arah Danish lalu mata dipejamkan kembali.
Hembusan nafas semakin dekat denga Mahirah, dia pasti itu Danish. Pipinya
disentuh oleh jari- jemari lelaki itu. ' Aduh tangannya sungguh lembut,
dia pasti ingat aku sudah tidur.'

'Cantik, awak sangat cantik. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa
tergugatnya iman saya melihat awak sayang.' Kata-kata itu hanya mampu
diluahkan di dalam hati Danish sahaja. Lagi pun dia tidak tahu apa
perasaan Mahirah terhadapnya.

Tidak mampu lagi untuk mempertikaikan ciptaan Tuhan. Mahirah sangat
cantik, pemurah dengan senyum dan mungkin itulah sebab Dato dan Datin
amat senang dengannya.

Terfikir sejenak, mungkin betul kata arwah Nahan dahulu.

"Kalau kita tak ada jodoh, anggaplah pertemuan kita ini adalah
sebahagian dari kenangan untuk kehidupan kita."

Sejak dari kematian Nahan, hanya dengan kata-kata itulah dia berpegang
untuk kuatkan dirinya. Lagi pun dia berserah pada Allah.

Aku sudah merelakan kepergian Nahan, dan sekarang aku sudah ada si dia.
Walupun belum sempat aku kenal dia sepenuhnya tapi aku percaya dengan
jodoh Allah kepada aku.

Pinggang Mahirah ditarik kedalam pelukannya. Satu kucupan hangat hinggap
di dahi isterinya. Terasa cukup bahagia kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience