BAB 20

Romance Completed 10479

Nada dering iphone milik Mahirah berbunyi. Secreen telefon ditatap lama,
unknow number.

"Wait, ni bukan nombor yang sama sms aku tempoh hari ke? "Omel Mahirah
sendirian.

Hatinya kini berdebar-debar, takut pun ada.

Button hijau ditekan, telefon diletakkan berhampiran dengan telinganya.

"Assalamualaikum, si... siapa ni?" Tanya Mahirah yang tiba-tiba berubah
menjadi gagap.

"Sayang, i miss u." Katanya.

Mahirah bagaikan terkejut, apa jenis manusialah salam pun tidak dijawab.

"Siapa sayang awak?"

"U lah sayang i. " Mahirah mula bingung, entah-entH sengaja Danish mahu
mainkan dia?

"Danish u ke ni" tengok, dengan Mahirah pun ber i u, penangan Adam
lah tempoh hari.

Telefon dimatikan oleh pemanggil. Mahirah semakin gusar. Bila ditanya
boleh pula diletak bukannya mahu jawab.

********************

Hari ini aku dan Danish keluar untuk menghirup udara segar, maklumlah
dah lama tak keluar.

Blous ku padankan pada tubuhku. Sedikit coretan lipstick ku letakkan
pada bibir. Make-up? Aku sebenarnya tak suka sangat make-up.

"Yunk, abang nak pergi jusco kejap."

"For?" Tanyaku.

"Abang ingat nak beli barang dapur sikit. Bukan selalu." Aku hanya
mengiyakan sahaja.

Banyak yang di ambil Danish.

Dari cara Danish bercakap nampak kematangan dia, tapi kalau dia berdepan
dengan mamanya perangainya akan jadi sedikit kebudak-budakkan begitu
juga Adam. Maklumlah Datin Liana terlampau manjakan mereka.

"Yunk, abang nak ke toilet kejap." Mataku mengikut gerak langkahnya
sehingga dia hilang dari mataku.

Card yang diberi Danish tadi kuguna untuk membayar semua barangan ini.
Usai membayar aku berlalu kearah tandas dimana Danish melabur. Entah
melabur ke apalah kat dalam sana.

Kedai al-ikhsan ditepi lorong tandas menarik minat ke. Susunannya
kelihatan kemas malahan designnya juga cantik. Kalau dah cantik tu
hargapun mahunya tak cantikkan.

Hampir 10 minit aku menunggu Danish, ni melabur ke atau cuci tandas.
Kepala kujengukkan sedikit kearah lalu untuk ketandas.

What the hell?

Aku bagaikan tak percaya apa yang aku lihat dengan mataku sendiri.
Sungguh aku tak sangka ini akan berlaku. Tergamak Danish. Hati aku
sebak. Air mata yang mahu jatuh cepat ku seka. Kali ini aku harus buat
seperti tiada apa yang aku tahu.

Sejak pulang dari jusco aku hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya
Danish hanya sepatah juga ku jawab malah ada juga kubiarkan soalannya
tanpa jawapan.

Hati aku sakit kini, tiada siapa yang dapat faham apa yang aku rasa. Aku
rasa selama ini aku hanya dipermainkan oleh kata-kata manisnya.

"Sayang kenapa ni." Tanganku diraih Danish malah ku tarik dari
pegangannya. Terasa jijik pula.

Aku berlalu ke bilik, tapi kali ini aku tidur dilantai bertemankan
bantal dan ku alaskan sedikit. Aku mengambil keputusan untuk tidur
dibilik tetamu. Tak sanggup aku tidur dengannya. Sesekali kedengaran
pintu bilikku diketuk. Aku hanya biarkan. Biarlah ia. Kalau dia penat
nanti dia akan berhenti dengan sendirinya.

Kali ini aku sudah tak kesah apa yang mama dan papa fikir pasal kami,
bukan salah aku, salah anak dia.

Lama aku melayan perasaan baru aku teringat aku pernah bermimpi yang
Danish curang dengan aku. Jadi itulah makna sebalik mimpi ku tempoh hari.

Maaf abang, Mahirah tak kuat untuk semua ini, Mahirah tak mampu atasi apa
yang Mahirah rasa. Mahirah tahu cara Mahirah ini berdosa kerana membelakangkan
suami tapi Mahirah rasa ini adalah cara terbaik sebelum Mahirah bertindak
diluar kawalan. Bisik hati kecilku.

Malam ini kutidur bertemankan air mata dipipi ku.

*********************

Langsir kubuka sedikit. Melihat kereta Danish meluncur laju keluar dari
perkarangan Tiara Height, hati aku rasa pedih. Aku rindu dengan
panggilannya, kucupannya dan kata-katanya. Tapi aku terlalu ego untuk
mendengar penjelasanya.

Usai mandi, aku kemaskan baju lalu kuletakkan ke dalam beg. Aku mahu
pulang ke kampung, keputusan ku muktamad.

Teksi yang aku call untuk membuat tempahan tadi kini sudah ada didepan
rumah. Hari ini mama dan papa ke ada kerja diluar daerah jadi aku hanya
berpesan pada Mak Esah yang aku harus ke rumah temanku. Sekali sekala
tipu sunat, aku rasa tak apa.

"Saya nak ke Tbs ye." Kataku pada pakcik yang sudah separuh usia itu.

Wang ku hulurkan pada empunya teksi lalu aku ke kaunter tiket untuk
membeli tiket bas ke Kedah.

Teks mesej ku hantar pada Hakim supaya memberitahu abah tentang
kepulangan aku. Kalau tidak diberitahu terlebih dahulu pasti mereka akan
fikir bukan-bukan nanti macamlah aku tidak kenal dengan mak dan abah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience