BAB 4

Romance Completed 10479

Malam yang dingin lagi sejuk ini membuatkan Danish terasa lapar,
maklumlah baru lepas hujan. Di ajaknya Adam untuk meneman dia ke kedai
burger yang berdekatan dengan rumahnya. Mereka merupakan adik beradik
yang lahir pada tahun sama, tapi bukan kembar. Si Danish lahir pada
bulan satu manakala Adam pula pada bulan sebelas. Dulu Datin Liana
menjangka yang mereka hanya mempunyai seorang anak, tapi siapa sangka
rezeki yang Allah bagi.

"Guna kereta jelah, aku takut hujan pulak nanti." Kata Adam.

"Ye aku tahu kau tak boleh kena hujan." Perli Danish yang membuatkan
Adam menjeling tajam ke arahnya.

Adam memang tidak boleh kena hujan. Maklumlah kulitnya agak sensitif
sikit kerana dia mudah demam.

Dalam perjalanan ke kedai, hujan turun dengan lebatnya. Mahu di katakan
musim tengkujuh belum lagi, tapi hujan mengalahkan musim tengkujuh.

Bagus juga kalau hujan, sekurang-kurangnya pokok tidaklah terlalu kering
tanpa air. Lagi pun sebelum ini Selangor sering tiada air di sebabkan
terlalu panas.

"Burger daging special dua." Kata Danish lalu pergi ke bawah khemah
kerana kesejukan. Kadang-kadang hujan datang sekali dengan angin, itu
yang membuatkan Danish terasa amat sejuk.

Dansih hanya melihat Adam yang sudah masuk ke dalam 7eleven yang berada
di belakang kedai burger.

Datang tiga orang lelaki yang berbadan 'sado' menujuk ke arah kedai
burger lalu di tengking penjual burger tersebut.

"Mana duit aku?" Tanya seorang lelaki yang kelihatan ketua kepada dua
orang lelaki di sebelahnya.

"Saya tak cukup duit lagi bang." Kata penjual burger yang mula ketakutan.

"Aku tak kira, semalam aku datang kau cakap nak langsaikan hari ini."
Kata lelaki itu lalu di keluarkan pisau dari poket seluarnya.

Danish yang hanya melihat dari jauh terngamam. Tidak pulak dia sangka
akan melihat satu pergaduhan pada malam ini.

"Bang tolonglah, saya tak ada duit lagi. Tolonglah saya ada anak dan
isteri." Rayu penjual burger tersebut.

Rasa kesian muncul dalam diri Danish lalu menghampiri samseng-samseng itu.

"Abang biar saya bayarkan hutang dia." Lalu Danish mengeluarkan kad
kredit dan di hulurkan kepada ketua samseng itu.

"Ehhh budak mentah, kalau kau tak mahu aku apa-apakan kau baik kau
blahhh." Ujar salah seorang daripada mereka.

Di cuba samseng itu untuk menikam penjual burger tersebut lalu Danish
cuba menghalang lelaki itu. Di tolaknya penjual burger itu ketepi.

"Arghhh" jerit Danish kesakitan apabila dia di tikam di perutnya.

"Kan aku dah cakap jangan masuk campur." Kata samseng itu lalu memberi
amaran kepada penjual burger itu.

Adam yang baru sahaja keluar dari 7eleven terkejut melihat Danish di
tikam lalu dengan pantas Adam pergi mendapatkan Danish.

"Woiii, aku telefon polis." Jerit Adam membuatkan samseng itu lari.

"Abang tolong call ambulans." Pinta Adam kepada penjual burger itu

"Kalau nyawa aku sampai di sini aje, bagi tahu mama dan papa yang aku
sayang mereka." Danish yang mula mengalirkan air mata. Dia cuba untuk
menahan sakit, tetapi apakan daya dia tidak kuat kerana banyak darah
yang keluar.

"Ehhh gila, jangan cakap macam tulah." Raung Adam. Takut jugak dia jika
apa-apa terjadi pada abangnya itu.

Setelah ambulans sampai, Danish sudah di gegaskan ke Hospital Kuala
Lumpur. Adam hanya mengikut dari belakang dengan keretanya.

Di ambil handphonenya lalu mendail number Dato Rizuan.

Setelah sampai di Hospital, Danish di masukkan di wad kecemasan.

************************

"Wehhh, bangun-bangun. Solat subuh." Kejut Wardah.

Wardah sudah seperti ibu, kakak, dan abah kepada Mahirah. Semua benda
tentang dirinya kebanyakan di uruskan oleh Wardah. Al maklumlah, Wardah
terlalu rajin orangnya.

"Weiiii, tak dengar ke Mahirah." Tempik Wardah lagi.

"Iye lah, aku dengar. Nak bangun la ni. Duk pok pek pok pek pok pek."
Ejek Mahirah.

"Kalau aku tak pok pek pok pek mana kau nak bangun." Kata Wardah yang
mula mengemas katilnya.

Setelah selesai mandi, Mahirah mengerjakan solatnya terlebih dahulu lalu
bersiap-siap untuk ke kelas.

"Wardah jom." Ajak Mahirah yang sudah menunggu di pintu biliknya.

Selesai sahaja kelas, Mahirah dan Wardah ke kafeteria. Tergelak
sorang-sorang Mahirah mengenangkan kejadian yang menimpanya tempoh hari.
Tidak dia sangka pula akan kenal lelaki yang boleh di katakan baiklah
jugak. Tapi tak boleh puji di depan dia, nanti kembang jadinya hidung
yang mancung itu.

" Mahirah kau tak risau ke?" Tanya Wardah yang hanya melihat Mahirah
tersenyum dari tadi.

"Nak risau apa, final exam sudahkan. Minggu depan pun kita sudah nak
kemas barang-barang untuk balik." Kata Mahirah.

Hanya gelengan yang Wardah lakukan. Asal blurrr sangat kawan aku ni.
Desis Wardah.

"Pasal Danish." Kata Wardah

"Kenapa dengan Danish?" Tanya Mahirah.

Ehhh sejak bila aku risau pasal lelaki ini dan kenapa aku nak tahu pasal
dia ni marah hati kecilnya.

"Danish ada dekat hospital sekarang, dia kena tikam semalam masa
keluar." Kata Wardah lalu di ajaknya Mahirah ke sana.

"Macam mana kau boleh tahu?" Mahirah yang hairan, ke mereka ada apa-apa.

"Tu lah kau, group whatsapp fakulti jarang buka kan?" Perli Wardah

"Nanti-nanti lah pergi jumpa dia, aku penat." Jawab Mahirah

"Nak kemas barang-barang lagi, aku ingat nak bali hujung minggu ini
ajelah." Tambah Mahirah lagi.

Wardah hanya mengiyakan lalu pulang ke hostel. Hari ini merupakan
kelas terakhir mereka dan tamatlah pembelajaran Wardah dan Mahirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience